KL City Tiada Rehat, Mula Fokus Aksi Menentang Terengganu

Jurulatih KL City FC, Miroslav Kuljanac menyifatkan pasukan itu perlu melakukan persediaan awal untuk aksi liga seterusnya menentang Terengganu FC. KL City ceria apabila mencatatkan kemenangan ketiga dalam liga untuk musim 2024/25. Kali ini, mereka menewaskan Sabah FC 3-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. Gol sendiri pemain import Sang Badak, Ko Kwang-min, Paulo […]
Ong Kim Swee Hampa Sabah Pulang Tangan Kosong

Pasukan Liga Super, Sabah FC jelas hampa dengan prestasi semasa pasukan apabila tewas kali ke-4 dalam 5 perlawanan musim ini. Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee apabila melihat pasukannya tumbang kepada The City Boys. Pengendali berusia 53 tahun itu kelihatan hampa selepas pasukannya tunduk kepada KL City di Cheras dengan keputusan […]
Liga Super: KL City ‘Hukum’ Sabah

Aksi Liga Super minggu 7 menyaksikan KL City melakar kemenangan penting ke atas Sabah. Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik namun Sabah turun tanpa tonggak penting iaitu Saddil Ramdani dan juga Darren Lok yang berada di bangku simpanan. Usaha mencari jaringan oleh The City Boys dilancarkan beberapa kali sebelum sepakan penalti diberikan kepada tuan rumah. Pertahanan […]
Sabah Cari Pengganti Saddil Ramdani

Sabah FC kini giatkan usaha untuk mencari pengganti Saddil Ramdani. The Rhinos dalam misi penting untuk meneruskan langkah musim 2024/25 dan bakal bertemu KL City FC. Usaha memgekalkan konsistensi aksi di atas padang diuji hebat apabila penyerang berbisa, Ramon Machado memilih untuk meninggalkan pasukan. Hal ini diburukkan lagi apabila dua peledak utama Sabah, Darren Lok […]
Paulo Josue Buru Gol Awal Lawan Sabah

Kapten KL City FC, Paulo Josue berharap pasukan Lembah Klang itu dapat meraih kelebihan gol awal bila turun menentang Sabah FC. Harapan itu timbul selepas melihat The City Boys jarang menjaringkan gol awal dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25. Gol terawal pasukan itu untuk musim ini direkodkan dalam aksi pembukaan liga menentang Kuching […]
Sabah Buru Penyerang Berprofil Tinggi

Sabah difahamkan mahu memburu penyerang berprofil tinggi menjelang pintu perpindahan kedua tidak lama lagi. Setelah terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada penyerang berbisa, Ramon Machado bulan lalu, jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee berhasrat untuk mencari pengganti tidak lama lagi. Menurut beliau, krisis di jentera serangan The Rhinos kini semakin meruncing dengan ketiadaan Ramon dan dua […]
Saddil Ramdani Tinggalkan Sabah?

Selepas Ramon Machado, Sabah FC berpotensi kehilangan seorang lagi tonggak import iaitu Saddil Ramdani. Sejak menyertai Sabah pada 2021, Saddil menjadi pilihan Datuk Ong Kim Swee menjadi sebahagian daripada jentera serangan pasukan itu. Berdasarkan data terkini Transfermarkt, beliau telah merekodkan 70 penampilan, 16 gol dan 28 bantuan gol untuk skuad Badak. Kini, portal bola sepak […]
Liga Super: Sabah Tundukkan 10 Pemain Negeri Sembilan

Sabah FC berjaya menamatkan rentetan kekalahan sebelum ini dengan berjaya menundukkan Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas sebentar tadi. Sabah yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee tidak dapat menurunkan skuad terbaik apabila tidak dapat menggunakan Saddil Ramdani dan Darren Lok. Manakala Negeri Sembilan mencipta kejutan apabila hanya menurunkan dua import di […]
Siaran Langsung Liga Super: Sabah vs Negeri Sembilan (Live Streaming)

Aksi minggu ke-7 Liga Super bakal menemukan Sabah dan juga Negeri Sembilan. Sabah berada dalam momentum kurang baik selepas tewas tiga perlawanan pada peringkat kumpulan manakala Negeri Sembilan merekodkan tiga mata pertama menewaskan Sri Pahang. Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mahu anak buahnya kembali bangkit selepas tewas 3 perlawanan berturut-turut. “Sebelum ini, […]
AWCL: Sabah Berpeluang Bertemu Juara Liga Korea

Sabah berpeluang untuk bertemu juara Liga Korea dalam saingan AFC Women’s Champions League (AWCL). Selaku juara Liga Wanita Nasional 2023, Sabah menjadi wakil tunggal Malaysia ke saingan AWCL dan perlu melalui pusingan kelayakan terlebih dahulu sebelum beraksi di peringkat kumpulan. Pada sesi undian yang dijalankan pada Khamis lalu, Sabah yang dibimbing oleh Justin Ganai telah diundi di dalam bersama […]
Negeri Sembilan Waspada Dengan Amukan Sabah

Kapten Negeri Sembilan FC, Nasrullah Haniff Johan mahu pasukan itu tidak memandang enteng cabaran Sabah FC menjelang aksi terbaru Liga Super. Sabah ibarat harimau luka selepas tewas tiga kali berturut-turut dalam aksi Liga Malaysia (Liga M). Anak buah Datuk Ong Kim Swee itu bukan saja terpaksa menelan kepahitan disingkirkan Terengganu FC dalam saingan Piala FA […]
KL City Kekal Kebal, Tundukkan Skuad Muda Sabah

Pasukan KL City FC Extension mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Piala MFL 2024/25 apabila menewaskan Sabah FC II di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. KL City Extension mahu meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Penang FC 2-1 pada 17 Julai lalu. Sementara Sabah II pula mengharapkan magis jurulatih baru, Alto Linus untuk membantu mereka […]
Ramon Machado Sertai Kelab Azerbaijan, Araz-Naxcivan

Selepas meninggalkan Sabah FC beberapa minggu yang lalu, penyerang Brazil, Ramon Machado sudah menemui kelab baru. Penyerang berusia 33 tahun itu sah menyertai kelab divisyen pertama Azerbaijan, Araz-Naxcivan pada 22 Julai lalu. Perpindahan bekas penyerang skuad Badak itu diumumkan di platform rasmi kelab itu. “Seorang lagi pemain bola sepak menyertai pasukan Araz-Naxcivan untuk latihan pra-musim. […]
MPFL: Komen Bintang JDT Selepas Kalahkan Sabah Dengan 9 Gol

Tonggak utama JDT membuka mulut setelah mencatatkan kemenangan besar ke atas Sabah dalam aksi ke-11 Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL). JDT turun ke Shah Alam sekali lagi untuk aksi berdepan Sabah setelah tewas di tangan Selangor 1-2 pada minggu lalu yang juga kekalahan pertama Harimau Selatan dalam saingan MPFL. Pasukan bimbingan Juan Antonio Miguel Garcia […]
MPFL: JDT Jadikan Sabah Mangsa Kebangkitan

Skuad futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali ke landasan kemenangan dengan menewaskan Sabah dalam aksi Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) pada Ahad. Setelah mengalami kekalahan pertama di tangan Selangor, JDT pastinya mahu menjadikan aksi kali ini untuk menebus duka minggu lalu sementara Sabah berada di tahap yang baik setelah membelasah KL City 6-1. JDT turun […]
AWCL: PSF Nasaf & Kelab Nepal Jadi Lawan Besar Sabah

Kekuatan Sabah bakal diuji dengan lawan dari Uzbekistan dan Nepal dalam saingan kelayakan AFC Women Champions League (AWCL) 2024/2025. Sabah yang merupakan juara Liga Wanita Nasional 2023 menjadi wakil tunggal Malaysia ke saingan AWCL dan perlu melalui pusingan kelayakan terlebih dahulu sebelum bersaing di peringkat kumpulan. Pada sesi undian yang dijalankan pada Khamis, Sabah yang […]