SUKMA: Terengganu Ke Suku Akhir, Kalahkan Sabah

Terengganu berjaya layak ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Sabah 2-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B. Selepas tewas 1-0 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi pertama kumpulan, Terengganu memerlukan kemenangan 2-0 ke atas Sabah jika ingin mara ke peringkat seterusnya. Manakala Sabah pula hanya memerlukan keputusan seri atau menang jika ingin layak selaku juara […]
Bintang Muda Jepun Sertai Sabah Di AWCL

Sabah mengumumkan ketibaan bintang muda dari Jepun untuk memperkuat pasukan bagi menghadapi kelayakan AFC Women’s Champions League (AWCL). Ketibaan pemain yang dikenali sebagai Misaki Nakayama ini diumumkan menerusi hantaran di Facebook Persatuan Bola Sepak Sabah pada Jumaat “Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan pemain tengah baru kami, Misaki Nakayama, yang berasal dari Kanagawa, Jepun,” umum Sabah […]
SUKMA: JDT Tanggung Kekalahan Menentang Sabah

Hajat Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam Kumpulan B SUKMA tidak kesampaian apabila tewas tipis kepada Sabah. Selepas meraih kemenangan ke atas Terengganu, JDT berharap dapat mengesahkan kemaraan awal ke peringkat suku akhir dengan menewaskan Sabah. Ini mendorong pengendali JDT, Gonzalo Sanz Zaballos menurunkan barisan berbeza untuk menentang Sabah yang dibimbing Jelius Ating. […]
Liga Super: Selangor Bawa Pulang Tiga Mata Berharga Dari Sabah

Aksi saingan Liga Super malam ini menyaksikan Selangor berjaya membawa tiga mata berharga menewaskan Sabah di Stadium Likas, Sabah. Skuad kendalian Nidzam Jamil turun dengan barisan terbaik mempertaruhkan Ronnie Fernandez, Alvin Fortes dan Reziq Bani di jentera serangan. Sementara, anak buah Ong Kim Swee pula mahu menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri mendapatkan tiga mata […]
Siaran Langsung Liga Super: Sabah vs Selangor (Live Streaming)

Perlawanan Minggu 8 Liga Super melibatkan pertembungan antara Sabah dan Selangor FC. Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee percaya saingan sengit bakal diberikan oleh Gergasi Merah sungguhpun beraksi di laman lawan. “Kita juga tahu Selangor mendapat kemenangan ketika beraksi di luar sebelum ini dan layak ke final Piala FA dan sudah pasti lawan itu […]
AWCL: Pemain Import Baharu Sabah Muncul Dalam Latihan

Cabaran Sabah FC dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Wanita (AWCL) musim 2024/25 semakin mantap menerusi kehadiran seorang pemain import. Sabah mara ke peringkat kelayakan AWCL selepas muncul juara Liga Wanita Nasional (LWN) 2023. Pasukan itu bakal berentap dalam Kumpulan C bersama kelab Uzbekistan, Nasaf dan kelab Nepal, APF. Pusingan kelayakan Kumpulan C bakal berlangsung di […]
Kedudukan Anugerah Penalti: Selangor & Sabah Di Tangga Teratas

Dua pasukan Liga Super, Selangor dan Sabah berada pada kedudukan teratas anugerah penalti bagi saingan musim 2024/25. Berdasarkan catatan statistik oleh MakanBola, terdapat 12 daripada 13 pasukan Liga Super telah diberikan. anugerah sepakan penalti pada musim ini. Selangor dan juga Sabah masing-masing dianugerahkan tiga sepakan penalti sekaligus menjadi pasukan tertinggi diberikan penalti setakat inu. The […]
Ramon Machado Bawa Taring Dari Sabah Gegar Azerbaijan

Bekas penyerang berbisa Sabah FC, Ramon Machado tidak perlu menunggu masa yang lama untuk menggegarkan arena bola sepak di Azerbaijan. Ramon yang kini beraksi untuk Araz Nakhchivan di Azerbaijan hanya memerlukan dua perlawanan untuk meledak jaringan buat kelab barunya itu. Pada aksi Liga Premier Azerbaijan di antara Araz Nakhchivan dan Shamakhi FK, Ramon menjaringkan gol […]
Farhan Roslan Puas Buka Akaun Gol

Pemain sayap Sabah FC, Farhan Roslan mengakui merasa lega kerana dapat membuka akaun jaringannya untuk musim 2024/25. Farhan menjadi pilihan Datuk Ong Kim Swee untuk merobek gawang Sri Pahang FC bersama Darren Lok dan Jafri Firdaus Chew untuk aksi liga pada 9 Ogos lalu. Selepas ketinggalan menerusi gol awal Kpah Sherman, Sang Badak menyamakan kedudukan […]
Tindakan Nakal Kpah Sherman Ke Atas Dominic Tan Undang Padah

Tindakan nakal penyerang Sri Pahang FC, Kpah Sherman terhadap pemain pertahanan Sabah FC, Dominic Tan dalam aksi Liga Super di antara kedua-dua pasukan pada Jumaat mengundang padah. Insiden yang berlaku pada minit ke-67 permainan itu menyaksikan Kpah Sherman sedang mengejar bola dan dicabar hebat oleh pemain Sabah, Haris Stamboulidis. Kedua-duanya terjatuh dan bola dapat diselamatkan […]
Ketumpulan Penyudah Hantui Sri Pahang

Masalah ketumpulan penyudah terus menyukarkan Sri Pahang FC untuk mengakhiri kemarau kemenangan mereka dalam Liga Super. Hal ini diakui sendiri pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad selepas aksi terbaru liga antara pasukan itu dengan Sabah FC di Temerloh pada 9 Ogos lalu. Penyerang Liberia, Kpah Sherman membuka tirai jaringan buat tuan rumah. Sang Badak kemudiannya bangkit […]
Liga Super: Sabah Kekal Di Kedudukan ke-3 Liga, Benam Sri Pahang

Perlawanan saingan Liga Super minggu ke-8 malam ini menyaksikan Sabah bangkit membenam tuan rumah, Sri Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh. Aksi bermula rancak apabila penyerang Sri Pahang, Kpah Sherman menjaringkan gol pembukaan selepas menerima umpanan kemas dari Sergio Aguero seawal 7 minit permainan. Selepas setengah jam Sabah memberi asakan, akhirnya Jafri Chew berjaya menyamakan […]
Punca Ketiadaan 4 Tonggak Sabah Terjawab

Punca ketiadaan 4 tonggak Sabah akhirnya terjawab. Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee memaklumkan ketiadaan beberapa tonggak utama menjejaskan persembahan anak buahnya. Beliau menjelaskan kekalahan 3-0 di tangan KL City itu sukar dibendung setelah pasukannya beraksi babak kedua dengan 10 pemain. Keadaan bertambah buruk apabila pemain utama cedera sekaligus memberikan kekalahan kedua kepada Sabah […]
Gianluigi Buffon Jadi Inspirasi Khairul Fahmi

Bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menjadikan legenda Itali, Gianluigi Buffon sebagai inspirasi buat beliau. Meskipun usianya kini mencecah 35 tahun, bekas penjaga gol Kelantan FC itu terus mendapat kepercayaan Datuk Ong Kim Swee sebagai penjaga gawang Sabah. Keupayaannya terus terbukti apabila berjaya menafikan sepakan penalti Paulo Josue dalam aksi Liga Super antara […]
Sabah Tewas Mengejut Kepada Skuad Muda Melaka

Hasrat skuad Piala Belia Sabah untuk mencipta kemenangan kedua musim ini gagal menjadi kenyataan apabila terpaksa akur dengan kekalahan kepada pasukan Melaka. Beraksi sebagai tuan rumah, Melaka menampilkan aksi berkualiti dan memaksa Sabah berputih mata tewas buat kali ketujuh dalam saingan Piala Belia. Melaka berjaya di hadapan pada minit ke-27 hasil penyudah penyerang muda berbakat […]
Kim Swee Jawab Misteri Ketiadaan Saddil Ramdani

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menjawab misteri ketiadaan Saddil Ramdani. Pemain kelahiran Indonesia itu tidak berada dalam skuad sejak beberapa perlawanan terakhir sekaligus menimbulkan tanda tanya. Ketiadaan tonggak lincah ini selain Darren Lok juga yang baru pulih daripada kecederaan menjejaskan rentak serangan The Rhinos. Spekulasi hangat mengaitkan perpindahan Saddil Ramdani ke Indonesia […]