Joao Pedro Tutup Kehilangan Ramon Machado Di Sabah

Sengat penyerang baru Sabah FC dari Brazil, Joao Pedro menggembirakan penyokong Sabah selepas menyertai pasukan itu pada September lalu. Sebelum ini, ramai penyokong Sang Badak bimbang penyerang berusia 24 tahun itu tidak dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan rakan senegara, Ramon Machado. Ini disebabkan Pedro hanya menjaringkan dua gol dalam 12 penampilan semasa bersama bekas kelabnya […]
Liga Super: Sabah Malukan Kedah Di Likas

Aksi saingan Liga Super malam ini menyaksikan Sabah merakamkan kemenangan ketiga berturut-turut selepas menewaskan Kedah di laman sendiri. Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik bagi misi memburu tiga mata penuh. Kedah hadir tanpa Syafiq Ahmad dan Halim Saari yang difahamkan beraksi bersama skuad Piala MFL. Seawal 2 minit permainan, Sabah membuka jaringan menerusi Saddil Ramdani […]
Dominic Tan Jaring Gol Roket Jarak Jauh

Nama bek tengah Harimau Malaya, Dominic Tan menjadi sebutan penyokong Sabah FC dalam aksi terbaru Liga Super menentang Penang FC. Ini selepas sepakan jarak jauhnya membantu Sang Badak meraih kemenangan 4-0 ke atas Sang Harimau Kumbang di Stadium Bandaraya pada 25 Oktober lalu. Menariknya, semua gol yang menerjah gawang Sikh Izhan Nazrel dijaringkan dari jarak […]
Ong Kim Swee Lega Gawang Sabah Tak Dibolosi

Pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee menghela nafas lega melihat gawang pasukan tidak dibolosi ketika bertemu Penang dalam aksi Liga Super pada Jumaat. Pada aksi tersebut, 4 gol memukau masing-masing daripada Saddil Ramdani, Gabriel Peres, Stuart Wilkin dan Dominic Tan memastikan Sabah pulang dengan tiga mata dari gelanggang Penang. Menurut Ong Kim Swee, beliau nyata […]
Liga Super: 4 Gol Jarak Jauh Sabah Buat Penang Terus Hampa

Penang terus kemarau kemenangan setelah tumpas dengan jaringan besar di tangan Sabah dalam perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya pada Jumaat. Setelah merekodkan 5 aksi tanpa kemenangan, Penang turun di laman sendiri dengan misi untuk membenam Sabah yang cemerlang mengatasi Perak di Manjung minggu lalu. Kesebelasan utama Penang diterajui nama-nama seperti Sikh Izhan, Syamer Kutty […]
Perak Enggan Jadikan Stadium Sebagai Alasan Kekalahan

Bek tengah Perak FC, Shivan Pillay enggan menjadikan pertukaran venue sebagai alasan di sebalik kekalahan mereka di tangan Sabah FC. Perak beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) untuk baki kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25. Ini disebabkan stadium keramat mereka, Stadium Perak menjalani proses penaiktarafan yang sedang berjalan. Ini termasuk penukaran rumput lembu […]
Yusri Che Lah Anggap Faktor Fizikal Paksa Perak Akur Kepada Sabah

Pengendali Perak, Yusri Che Lah melihat faktor fizikal dari aspek ketinggian memberi kelebihan buat pasukan Sabah ketika aksi Liga Super pada Sabtu. Pada aksi tersebut, Perak terpaksa akur dengan dua jaringan lewat dari Sabah memaksa The Bos Gaurus berputih mata pada perlawanan yang dijalankan di Stadium Manjung itu. Menurut Yusri, tiga jaringan yang dibolosi semalam […]
“Walaupun Menang Sabah Perlu Kekal Fokus” – Ong Kim Swee

Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee tidak mahu para pemainnya terlalu selesa disebalik kemenangan bergaya 4-2 ke atas Perak tempoh hari. Sabah meraih 3 mata hasil jaringan Ko Kwang-min, Stuart Wilkin, Joao Pedro dan juga Miguel Cifuentus ketika berkunjung ke Perak. Pengendali Sabah itu bagaimanapun mahu anak buahnya kekal fokus dalam menghadapi saingan […]
Liga Super: Sabah Curi 3 Mata Perak Saat Akhir

Perak terpaksa berputih mata setelah kecundang di tangan Sabah dalam perlawanan Liga Super Malaysia 2024-2025 pada petang Sabtu di Manjung. Beraksi di Manjung kali ini, Perak melayani kehadiran Sabah bukan lagi di Ipoh memandangkan stadium tersebut sedang menjalani kerja-kerja naik taraf sehingga akhir musim Pengendali Perak, Yusri Che Lah menampilkan Haziq Nadzli selaku penjaga gol […]
Live: Info Siaran Langsung Perak vs Sabah, Kesebelasan Utama & Siaran TV

Aksi Ke-13 Liga Super bakal menyaksikan pertembungan antara Perak dan juga Sabah. Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah masih berwaspada untuk beraksi di Manjung sebagai venue utama dan memaklumkan bahawa keadaan padang di sana sedikit keras. “Kita telah mendapati keadaan padang agak keras sebenarnya tetapi mungkin dengan cuaca yang sedikit baik hari ini dan pagi […]
Sabah Pintas Ranking 3 Kelab Korea

Kelab Liga Super Malaysia, Sabah FC terus bersinar apabila memintas kedudukan tiga kelab besar Korea. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee memperagakan aksi konsisten sejak tiga musim untuk menempatkan diri dalam kelompok kelab terbaik di Malaysia. Semi finalis Piala AFC 2023 ini kini menghuni tangga ke-7 Liga Super selepas 10 perlawanan dengan 14 mata. The […]
Sabah Hilang Khidmat Darren Lok

Sabah FC terpaksa melupakan khidmat penyerang kebangsaan, Darren Lok untuk beberapa perlawanan Liga Super. Sebelum ini, ramai penyokong Sang Badak bimbang apabila penyerang berusia 33 tahun itu terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama aksi New Zealand menentang Malaysia. Isu kecederaan mendorong pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente memasukkan Akhyar Rashid sebagai pengganti bekas penyerang PJ […]
Khairul Fahmi Mulakan Karier Sebagai Penyerang

Siapa sangka sebelum dikenali sebagai penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat sebenarnya memulakan karier bola sepaknya sebagai penyerang. Anekdot pelik tapi benar ini dikongsikan sendiri oleh beliau semasa menjadi tetamu program Astro Arena, Bola Dulu Baru Kamu! baru-baru ini. Khairul Fahmi yang mesra disapa Apek memaklumkan beliau pada awalnya bermula menjadi penyerang semasa berusia 11 […]
Sabah Bangga Bawa Nama Malaysia Di Asia

Pengendali skuad bola sepak wanita Sabah FC, Justin Ganai tetap bangga dengan pencapaian pasukan itu di pentas Asia. Peluang Sabah untuk layak ke peringkat seterusnya saingan Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) semakin tipis. Ini selepas pasukan itu tewas dua kali dalam saingan Kumpulan A. Ini termasuk kekalahan besar 7-0 di tangan kelab China, Wuhan Jiangda […]
Berita Pesawat Terhempas Palsu, Sabah Bakal Ambil Tindakan

Sabah FC menafikan berita pesawat pasukan terhempas dan bakal mengambil tindakan sewajarnya atas laporan palsu tersebut. Sabah FC dalam satu kenyataan rasmi menafikan laporan berita oleh portal dalam talian yang bertajuk ‘Nahas Pesawat Tragis Meragut Nyawa Pemain Terbaik Sabah FC’. Perkara ini dijelaskan oleh Pengurus Sabah FC, Rafie Robert yang mengesahkan bahawa berita yang tular […]
AWCL: Sabah Tewas Besar 7-0 Kepada Wuhan

Hajat Sabah FC untuk melakar kemenangan dalam saingan kumpulan Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) tidak kesampaian apabila tewas 7-0 kepada Wuhan Jiangda. Kedua-dua pasukan berharap dapat bangkit selepas masing-masing tewas dalam aksi pertama Kumpulan A. Wuhan selaku tuan rumah tewas 2-1 kepada Abu Dhabi Country Club. Manakala Sabah pula terpaksa akur dengan kehandalan naib juara […]