Ong Kim Swee Tinggalkan Sabah Dengan Berat Hati

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee secara rasminya berpisah dengan pasukan. Jurulatih berusia 53 tahun itu mengesahkan keputusan itu diambil menerusi satu pengumuman di laman sosialnya. Beliau memaklumkan bahawa dirinya akan membawa haluan baharu selepas hampir 36 bulan membimbing The Rhinos. “Dengan rasa berat hati, saya memutuskan untuk memilih haluan berbeza dengan tidak meneruskan […]
Piala Malaysia: Kenyataan Terkini Sabah FC

Sabah FC mengeluarkan kenyataan terkini berhubung saingan pasukan dalam kempen Piala Malaysia 2024. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee akan menentang kelab Liga A1 Semi Pro, PT Athletic pada pusingan 16 terakhir. Aksi pusingan kedua 16 terbaik itu bagaimanapun terpaksa diadakan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 27 November ini. Perkara ini dijelaskan oleh […]
Kemas Kini 5 Venue Baharu Aksi Piala Malaysia

5 venue dan masa bagi aksi pusingan 16 terbaik Piala Malaysia 2024 telah diubah. Perkara itu dinyatakan oleh Malaysian Football League (MFL) berkenaan pindaan yang dilakukan menjelang sepak mula yang bakal berlangsung pada Rabu, 20 November. MFL dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa telah mengemas kini jadual perlawanan Unifi Piala Malaysia 2024-2025 melibatkan beberapa perlawanan. Pindaan […]
Gabriel Peres Pamer Kebolehan Cakap Loghat Sabah

Gelagat tonggak import Sabah FC, Gabriel Peres bercakap menggunakan loghat Sabah mencuri perhatian penyokong pasukan itu. Sejak bersama Sang Badak sejak Januari 2023, pemain pertahanan Brazil itu sentiasa mempamerkan aksi terbaik baik semasa bertahan mahupun menyerang. Ini terbukti dengan 46 penampilan, 10 gol dan tiga bantuan gol yang direkodkan Peres dalam semua kejohanan termasuk Piala […]
Dua Jurulatih Kelab Liga Super Rungkai Kekuatan Sebenar Sabah

Dua jurulatih dari pasukan Liga Super mengesan kekuatan sebenar yang dimiliki oleh Sabah. Sabah kini berada di momentum terbaik setelah merekodkan kemenangan bersih dalam 4 perlawanan terakhir dengan kali terakhir The Rhinos tewas ketika menentang PDRM pada 21 September lalu. Sejak kekalahan itu, anak didik Datuk Ong Kim Swee bangkit melakar satu demi satu kemenangan […]
Piala MFL: Sabah Masih Belum Menang, Tumpas Kepada Perak Di Manjung

Saingan Piala MFL pada Selasa menyaksikan Perak kembali meraih tiga mata setelah menumpaskan pasukan di tangga tercorot, Sabah di Stadium Majlis Perbandaran Manjung. Setelah masih kempunan mencatat sebarang kemenangan, Sabah hadir ke Manjung untuk berdepan Perak yang tewas di tangan Kelantan DN dalam perlawanan terakhir minggu lalu. Kesebelasan utama Sabah dibarisi nama-nama seperti Amir Abada, […]
Amri Yahyah ‘Pulang’ Beraksi Di Sabah

Lagenda bola sepak Malaysia, Amri Yahyah bakal pulang beraksi di Sabah. Undian Piala Malaysia 2024 itu menyaksikan tonggak berusia 43 tahun itu masih meneruskan langkahnya dalam kancah bola sepak di Malaysia. Beliau kini beraksi bersama kelab Liga A1 Semi Pro bersama PT Antlers dan bakal menghangatkan saingan Piala Malaysia kali ini. Berdasarkan undian yang dijalankan […]
Stuart Wilkin Pulang Ke Pangkuan Malaysia Dengan Misi Besar

Pemain tengah Sabah, Stuart Wilkin kembali ke skuad kebangsaan dengan misi besar kali ini. Nama Stuart Wilkin kembali tersenarai dalam 26 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat ke skuad Harimau Malaya bermula Ahad ini. Pemain berusia 26 tahun itu mengakui kecederaan yang dialaminya di awal musim adalah satu cabaran yang sukar buatnya. Sungguhpun begitu, […]
Sabah Pintas Ranking Al-Nasr

Jaguh Liga Super Malaysia, Sabah FC berjaya memintas kedudukan Al-Nasr dalam ranking kelab di Asia. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee berjaya menemui prestasi sebenar pasukan selepas melonjak ke kedudukan ketiga Liga Super. The Rhinos berjaya melakar empat kemenangan besar dalam empat aksi terakhir menentang Perak (4-2), Penang (4-0), Kedah Darul Aman (5-2) dan Kelantan […]
Sabah Tidak Dijual

Pasukan Sabah FC menafikan bahawa saham kelab tersebut bakal dijual. Perkara ini telah dijelaskan oleh The Rhinos mengenai kedudukan semasa pasukan berhubung isu yang tular berhubung penjualan saham kelab. Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa SAFA tidak pernah berunding dengan pihak yang mendakwa menerima tawaran penjualan saham Sabah FC. Bukan itu sahaja, Sabah juga memaklumkan […]
Piala MFL: Gabriel Nistelrooy Jadi Wira JDT Atasi Sabah

Johor Darul Ta’zim II (JDTII) semakin unggul di puncak carta Piala MFL selepas membenam pasukan di tangga tercorot, Sabah FC II di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada Rabu. JDT II yang dibimbing Juan Miguel Munoz Rodriguez membariskan pemain-pemain muda berkualiti seperti G. Pavithran, Alif Mutalib dan Ziad El Basheer di kesebelasan utama manakala Gabriel […]
Sabah Kekalkan Khidmat Ong Kim Swee

Pengurusan Sabah FC bersetuju untuk mengekalkan khidmat jurulatih pasukan itu, Datuk Ong Kim Swee sehingga tamat musim 2024/25. Perkara ini diumumkan sendiri Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Shahelmy Yahya selepas satu mesyuarat khas yang diadakan pada 5 November lalu. Keputusan ini dibuat selepas berpuas hati dengan prestasi baik yang ditampilkan Sang Badak dalam […]
Jurulatih Hebat Eropah Bakal Ke Liga Super?

Jurulatih hebat dari Eropah dikaitkan menyertai salah sebuah pasukan di Liga Super. Aksi Liga Super kini memasuki minggu ke-15 dengan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus gah memimpin saingan. Nasib mencabar terjadi kepada tiga buah pasukan di Liga Super apabila mengumumkan perpisahan dengan jurulatih masing-masing. Terengganu secara rasminya berpisah dengan pengendali Croatia, Tomislav Steinbruckner […]
Sabah Enggan Terlalu Selesa

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mahu anak buahnya enggan terlalu selesa dengan kedudukan ketiga Liga Super ketika ini. Sang Badak kini menghuni kedudukan ketiga liga dengan 26 mata, tiga mata di belakang pasukan gergasi Lembah Klang, Selangor FC. Ini selepas pasukan itu merekodkan empat kemenangan besar berturut-turut. Ini termasuk kemenangan 4-1 ke atas […]
Liga Super: Sabah Beri Kelantan DN Kekalahan Ke-11

Aksi saingan Liga Super malam ini menyaksikan Sabah berpesta gol menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) di Stadium Likas, Sabah. Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik dalam misi menburu kemenangan bagi minggu ke-15 saingan Liga Super 2024. Selepas 15 minit aksi, penyerang Import Sabah, Joao Pedro membuka jaringan pertama pasukan menerusi tandukan menewaskan penjaga gol Kelantan DN. […]
Nafuzi Zain: Kesilapan Mudah Buat Kedah Dihukum

Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mengakui kesilapan mudah yang dilakukan anak buahnya menyebabkan pasukan itu tewas kepada Sabah FC. Kedah berharap dapat mencuri mata daripada Sabah dalam aksi tertangguh liga yang diadakan di Stadium Likas pada 29 Oktober lalu. Sang Kenari bangkit daripada ketinggalan sebanyak dua kali menerusi Jose Cleylton dan […]