Euro 2024: Portugal Pamer Kebangkitan Dramatik Tewaskan Republik Czech

Portugal membuka kempen Kumpulan F EURO 2024 dengan kemenangan dramatik apabila menewaskan Republik Czech 2-1 hari ini. Kedua-dua pasukan tahu mereka perlu menang jika ingin meraih kelebihan awal sebagai pendahulu kumpulan. Ini selepas kedua-dua pasukan mendapat berita Turkiye menewaskan Georgia 3-1 dalam aksi awal kumpulan. Kesebelasan utama A Selecao yang dibimbing bekas pengurus Everton, Roberto […]

Cristiano Ronaldo Pecah Rekod Baru

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo terus mencipta rekod baru baik di dalam padang mahupun di luar padang. Terbaru, beliau menjadi pemain bola sepak yang memiliki pengikut paling ramai di platform media sosial Instagram. Semakan terbaru di akaun Ronaldo mendapati beliau kini memiliki 630 juta pengikut di platform berkenaan. Bilangan ini jauh mengatasi pesaing terdekatnya, Lionel Messi. […]

Cristiano Ronaldo Yakin Arsenal Tak Akan Jadi Juara EPL

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo yakin kelab utara London, Arsenal bakal kempunan bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/24. Ketika ini, Manchester City memiliki kelebihan dua mata ke atas The Gunners menjelang aksi terakhir liga yang berlangsung pada malam ini. City kini hanya perlu menang ke atas West Ham United untuk bergelar juara. Sementara Arsenal […]

King’s Cup: Cristiano Ronaldo Tersenyum Bawa Al-Nassr Ke Final

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo memacu Al-Nassr layak ke final King’s Cup dengan menewaskan Al-Khaleej 3-1 hari ini. King’s Cup dilihat peluang buat Al-Alami menambah koleksi trofi mereka untuk musim 2023/24. Ini selepas pasukan itu menggondol gelaran juara Arab Club Champions Cup pada awal musim. Babak pertama menyaksikan Al-Nassr memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk […]

Cristiano Ronaldo Terima Kad Merah, Al-Nassr Terus Hampa

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo kembali menarik perhatian peminat bola sepak ekoran tindakannya dalam aksi separuh akhir Saudi Super Cup awal pagi ini. Bekas penyerang Manchester United itu dilayangkan kad merah oleh pengadil selepas beliau dikesan menyiku pemain Al-Hilal, Ali Al-Bulayhi pada minit ke-86. Perlawanan mula panas membabitkan kedua-dua pasukan tatkala Al-Nassr ketinggalan 2-0 pada ketika […]

ACL: Al-Nassr & Ronaldo Dihumban Keluar Oleh Kelab UAE, Al-Ain

Hasrat Cristiano Ronaldo memacu kelab gergasi Arab Saudi, Al-Nassr ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023-2024 tidak kesampaian. Ini selepas mereka disingkirkan kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Ain dalam aksi kedua suku akhir ACL yang berlangsung pada awal pagi ini. Selepas tewas 1-0 dalam aksi pertama suku akhir, Al-Nassr perlu menang hari […]

Kelab UAE, Al-Ain Buat Kejutan Malukan Ronaldo & Al-Nassr

Cristiano Ronaldo dan kelabnya, Al-Nassr terpaksa menelan kepahitan apabila tewas mengejut 1-0 di tangan kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Ain. Kekalahan ini dialami dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023-2024 yang berlangsung pada awal pagi tadi. Meskipun beraksi sebagai pasukan pelawat di Stadium Hazza bin Zayed, Al-Alami dilihat pasukan pilihan untuk […]

Hasrat Lihat Dua ‘Ronaldo’ Beraksi Serentak Bakal Tercapai

Impian peminat bola sepak melihat dua ‘Cristiano Ronaldo’ beraksi sama-sama dalam Al-Nassr bakal tercapai. Ini selepas anak sulung legenda Portugal itu, Cristiano Jr sudah memeterai perjanjian dengan Al-Alami bagi menyertai skuad remaja pasukan itu. Perpindahan sensasi ini didedahkan oleh wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano hari ini. Sekiranya perpindahan ini berjalan lancar, Cristiano Jr bakal menyertai […]

Sepakan Percuma Ronaldo Cederakan Jurukamera

Nama Cristiano Ronaldo menjadi bualan selepas sepakan percumanya mengakibatkan seorang jurukamera cedera. Insiden ini berlaku semasa perlawanan Saudi Pro League membabitkan Al-Raed dan Al-Nassr yang berlangsung pada awal pagi Ahad. Ronaldo yang mengambil sepakan percuma berharap percubaan derasnya dapat menembusi gawang Al-Raed tetapi gagal. Sebaliknya, bola tersebut terkena kepala jurukamera yang berada di belakang gol […]

AFC Champions League Play-Off: Al-Nassr Gah Atasi Cabaran Gergasi UAE

Dua gol lewat yang dijaringkan pada minit ke-95 dan 97 ketika menentang kelab UAE, Al-Shabab sudah cukup untuk membantu Al-Nassr layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2023-2024. Al-Alami mempertaruhkan trio serangan berbisa terdiri daripada legenda Portugal, Cristiano Ronaldo, bekas penyerang Liverpool, Sadio Mane dan Anderson Talisca. Manakala Al-Shabab pula memanfaatkan pengalaman bekas bintang […]

Gelagat Cristiano Ronaldo Layan Peminat Cilik Raih Perhatian

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo mencuri perhatian ramai dengan melayan kerenah pemain-pemain cilik Jepun termasuk mencipta dua bantuan gol. Ini merupakan sebahagian daripada program kem bola sepak anjuran Al-Nassr buat pemain-pemain cilik Negara Matahari Terbit itu. Ketika ini, Al-Nassr berada di Jepun untuk jelajah pra-musim sebelum mengharungi musim baru Saudi Pro League yang akan bermula pada […]

Al Nassr Mahu Borong Pemain ‘Buangan’ Manchester United

Kelab Cristiano Ronaldo, Al-Nassr bakal membawa seorang lagi pemain Manchester United beraksi di Saudi Pro League. Akhbar Daily Mirror melaporkan bek tengah Red Devils, Eric Bailly kini menjadi sasaran perpindahan The Knights of Najd bernilai £20 juta (RM117 juta). Bek tengah berusia 29 tahun itu disisihkan pengurus United, Erik ten Hag dan dipinjamkan ke kelab […]

Cristiano Ronaldo Kini Jadi ‘Ejen’ Pemain Eropah Ke Liga Arab Saudi

Cristiano Ronaldo mendedahkan bahawa dirinya menjadi punca ramai pemain bola sepak Eropah mula berhijrah ke Liga Arab Saudi. Ronaldo menyifatkan keputusannya untuk menyertai kelab Arab Saudi berjaya menarik perhatian para pemain Eropah. “Saya 100% yakin tidak akan kembali ke kelab Eropah. Saya membuka jalan ke Liga Arab dan sekarang semua pemain mahu datang ke sini.” […]

Kelab Ronaldo Buru David de Gea

Selepas kontraknya tidak diperbaharui oleh Manchester United, penjaga gol David de Gea kini bergelar ejen bebas. Dan disebabkan statusnya itu, penjaga gol Sepanyol itu berpeluang untuk kembali bergandingan dengan Cristiano Ronaldo di kelab Saudi Pro League, Al-Nassr. Akhbar The Sun melaporkan Al-Alami sedang menimbang sama ada menawarkan kontrak kepada bekas penjaga gol Atletico Madrid itu. […]

Cara Cristiano Ronaldo Sujud Syukur Raikan Gol Buat Ramai Tersentuh

Gol Cristiano Ronaldo pada minit ke-59 sudah cukup untuk membantu Al-Nassr mengalahkan Al-Shabab dalam perlawanan Saudi Pro League semalam. Tetapi apa yang menarik perhatian ramai pengguna media sosial ialah tindakan legenda Portugal itu melakukan sujud syukur sebelum melakukan keraian Siuunya. Ronaldo tahu sekiranya Al-Alami tewas kepada Al-Shabab, maka itu sudah cukup untuk Al-Hilal bergelar juara […]

Cristiano Ronaldo Mahu Tinggalkan Al-Nassr Segera

Baru beberapa bulan berada di Arab Saudi, Cristiano Ronaldo sudah mempertimbang untuk meninggalkan kelab Al-Nassr. Dan menurut satu laporan di Sepanyol, Ronaldo sedia kembali ke Real Madrid bagi mengisi peranan sebagai duta kelab berkenaan. Menurut laporan akhbar El Nacional, keputusan tersebut dibuat selepas Ronaldo dan pasangannya, Georgina Rodriguez merindui kehidupan di Madrid, Sepanyol. Semasa bersama […]