Cristiano Ronaldo & Mr Beast Bergabung?

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo mengotakan janjinya untuk mencetus sensasi di internet apabila dilaporkan bergabung dengan personaliti YouTube terkenal, MrBeast. Sebelum ini, bekas penyerang Manchester United itu memaklumkan projek terbarunya bakal mencipta sensasi di internet. Walau bagaimanapun, Ronaldo tidak menyatakan apa projek yang dirancang untuk saluran YouTube miliknya. Kini, akaun X Total Cristiano mendedahkan satu gambar […]
Cristiano Ronaldo Sedih Ada Pemain Tolak Peluang Wakili Negara

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo mengakui kecewa bila ada pemain yang menolak peluang mewakili skuad kebangsaan negara itu. Luahan penyerang berusia 39 tahun itu dibuat dalam majlis anugerah Quinas De Ouro anjuran Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) pada 11 November lalu. Legenda Manchester United itu menerima anugerah Platinum Quinas bagi mengiktiraf jasanya yang mempromosikan kecemerlangan bola […]
Al-Hilal Tolak Ronaldo, Buru Mo Salah

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal dilaporkan tidak menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai sasaran utama mereka dalam pasaran perpindahan Januari 2025. Ini kerana menurut wartawan Give Me Sport, Ben Jacobs, sasaran sebenar pasukan yang dibimbing Jorge Jesus itu ialah penyerang berbisa Liverpool dari Mesir, Mohamed Salah. Ini bukan kali pertama Salah dikaitkan dengan perpindahan ke Saudi Pro […]
Cristiano Ronaldo: Gol Ini Untuk Ayah Saya

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo meraikan gol dalam cara yang berbeza dalam aksi kedua Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) baru-baru ini. Aksi kedua Liga Barat ACLE membabitkan Al-Nassr dan Al-Rayyan menyaksikan pasukan gergasi Arab Saudi itu meraih kemenangan 2-1. Dua gol Al-Alami disumbangkan oleh Sadio Mane dan Ronaldo. Manakala Al-Rayyan meraih gol saguhati menerusi bekas penyerang […]
ACL: Persiapan Al-Nassr Terjejas, Tiada Kelibat Cristiano Ronaldo

Al-Nassr terpaksa melupakan khidmat legenda Portugal, Cristiano Ronaldo untuk aksi sulung peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Meskipun kini mencecah usia 39 tahun, Ronaldo terus membuktikan dirinya masih berbisa di depan gol. Kempen musim 2024/25 menyaksikan beliau sudah menjaringkan lima gol dan empat bantuan gol dalam semua kejohanan termasuk Saudi Pro League (SPL). Ini […]
Ten Hag: Itu Ronaldo Cakap, Bukan Saya

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag enggan melayan kritikan legenda Portugal, Cristiano Ronaldo. Ronaldo kembali mencetuskan pertelagahan dengan bos lamanya apabila menuduh ten Hag tidak memiliki mentaliti kemenangan yang diperlukan di Old Trafford. Ini disebabkan pengurus Belanda itu dilihat realistik tentang prospek trofi utama yang dikejar United seperti Liga Perdana Inggeris (EPL) dan enggan menetapkan […]
“Saya Masih Sayangkan Man United” – Cristiano Ronaldo

Legenda Man United, Cristiano Ronaldo mengakui masih menyayangi kelab itu meskipun meninggalkan kelab berkenaan beberapa tahun yang lalu. Ronaldo menempa nama sebagai legenda kelab itu dari 2003 hingga 2009. Beliau membantu United melakar pelbagai pencapaian termasuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Selepas merekodkan lebih banyak kejayaan trofi bersama Real […]
“Tambah Gol Latihan Pun Saya Tak Sampai 900 Gol”

Legenda Jerman, Toni Kroos menyifatkan rekod 900 gol yang dicipta Cristiano Ronaldo sebagai luar biasa. Ronaldo kembali menjadi bualan peminat bola sepak apabila menjaringkan gol ke-900 dalam kariernya. Detik indah itu hadir dalam aksi terbaru Liga Negara-Negara UEFA (UNL) antara Portugal dan Croatia baru-baru ini. A Selecao mendahului menerusi gol bek kanan Manchester United, Diogo […]
Cristiano Ronaldo Ledak Gol Ke-900

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo mencipta satu lagi rekod sejarah dengan meledakkan gol ke-900 dalam kariernya. Akhbar Daily Mail melaporkan gol tersebut dicipta dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA (UNL) antara Portugal dan Croatia di Lisbon awal pagi ini. A Selecao membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi bek kanan Manchester United, Diogo Dalot. Ronaldo menggandakan kelebihan […]
Cristiano Ronaldo: Saya Perlu Kalahkan Dia

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo berazam mahu menewaskan penggiat YouTube terkenal, MrBeast dari segi bilangan pengikut. Akhbar Marca melaporkan azam itu dizahirkan beliau selepas memiliki lebih 55 juta pengikut di platform berkenaan. Ketika ini, MrBeast memiliki pengikut teramai di YouTube iaitu sebanyak 313 juta pengikut. “Anak-anak saya bergurau dengan mengatakan saya menjadi penggiat YouTube tetapi matlamat […]
Cristiano Ronaldo Dedah Cabaran Terbesar Di Arab Saudi

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo melihat adaptasi sebagai cabaran yang perlu dihadapi bila berpindah ke Arab Saudi. Selepas memilih meninggalkan Manchester United secara persetujuan bersama pada November 2022, Ronaldo memilih berkelana ke Timur Tengah. Beliau memilih Al-Nassr sebagai kelab barunya pada Januari 2023. Perpindahan tersebut mengejutkan ramai pihak ketika itu kerana ramai peminat bola sepak menyangka […]
Cristiano Ronaldo Pecah Rekod Baru

Legenda Manchester United, Cristiano Ronaldo memecahkan rekod baru YouTube selepas melancarkan saluran rasmi miliknya baru-baru ini. Talksport melaporkan usaha terbarunya yang dilancarkan pada 21 Ogos lalu menyaksikan lebih sejuta orang mengikuti akaun berkenaan dalam tempoh kurang 90 minit. Dan berdasarkan semakan terkini, saluran YouTube Ronaldo kini memiliki lebih lapan juta pengikut. Saluran YouTube ini dilancarkan […]
Ronaldo K. Jadi Milik Muangthong United

Muangthong United terus memperkuat cabaran pasukan itu untuk kempen 2024/25 dengan membawa masuk bintang muda Indonesia, Ronaldo Kwateh. Sebelum ini, nama Ronaldo menjadi sebutan ramai penyokong Indonesia apabila memilih untuk berkelana ke Eropah pada usia 18 tahun. Ini selepas bekas pemain sayap Madura United itu menerima tawaran kelab Super Lig (divisyen bola sepak utama Turkiye), […]
Ucapan Penuh Emosi Cristiano Ronaldo Selepas Portugal Tersingkir

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo memuat naik satu hantaran penuh emosi selepas pasukan itu tersingkir dari EURO 2024 baru-baru ini. Portugal yang dilabel antara pasukan pilihan kejohanan terpaksa menelan kepahitan apabila disingkirkan Perancis di peringkat suku akhir. Lebih perit, pasukan yang diberi jolokan A Selecao itu tersingkir menerusi penentuan sepakan penalti. Ini sekaligus menafikan hasrat Portugal […]
Cristiano Ronaldo Nyaris Cedera Teruk

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo nyaris mengalami kecederaan teruk selepas tamat perlawanan terakhir Kumpulan F EURO 2024 pada 27 Jun lalu. Ini selepas sekumpulan pegawai keselamatan bertindak menghalang seorang peminat yang cuba mendapatkan beliau semasa hendak kembali ke bilik persalinan. Akhbar Daily Mail melaporkan peminat tersebut berusaha mendekati Ronaldo dengan melompat ke laluan tangga menuju ke […]
Cristiano Ronaldo Pecah Rekod Eropah

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo mencipta sejarah tersendiri apabila turun menentang Republik Czech dalam aksi Kumpulan F EURO 2024 semalam. Ini kerana ini merupakan penampilan keenam Ronaldo dalam kejohanan bola sepak berprestij itu. Pencapaian bersejarah ini meletakkanya di hadapan Luka Modric dan rakan senegara, Pepe. Modric yang mengetuai cabaran Croatia untuk EURO 2024 berkongsi lima penampilan […]