Pemain Warisan Malaysia Dapat Peluang Kedua Di England

Pemain warisan Malaysia, Richard Chin memperoleh peluang baharu untuk terus merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukannya, Charlton Athletic. Bintang muda berusia 20 tahun itu dipinjamkan ke Dartford pada musim lalu untuk mendapatkan lebih banyak minit bermain. Beliau telah pun pulang ke pangkuan kelabnya namun bergelut untuk mendapatkan peluang untuk beraksi di bawah kendalian Dean Holden. […]

Kudrat Richard Chin Tak Mampu Halang Newport, Tewas di Piala EFL

Pemain warisan Malaysia, Richard Chin membuat penampilan pertama musim 2023-2024 bersama Charlton Athletic dalam pusingan pertama Piala EFL menentang Newport County awal pagi ini. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi beliau dan pasukannya apabila The Addicks tewas mengejut 3-1 kepada kelab League Two itu sekaligus menyaksikan mereka tersingkir dari Piala EFL. Richard yang diturunkan sebagai bek sayap […]

Richard Chin Bersungguh-Sungguh Mahu Wakili Malaysia Berbanding England

Pemain warisan negara, Richard Chin menyatakan hasrat untuk mewakili Malaysia berbanding gergasi dunia bola sepak, England. Menerusi satu temubual bersama Astro Arena, pemain muda berusia 22 tahun itu kini berada di Malaysia bagi menyelesaikan urusan dokumentasi bagi membolehkannya mewakili Harimau Malaya. Katanya, beliau melihat peluang dan kemampuan bola sepak Malaysia untuk terus berkembang selain sudah […]

Richard Chin & Nooa Laine Pimpin Skuad Muda Negara Ke Kelayakan Piala Asia

Selepas gagal layak ke final Sukan SEA 2023, skuad B-23 negara amat memerlukan suntikan pemain baru yang mampu membawa mereka ke hadapan. Hari ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan Richard Chin bakal membantu Harimau Muda untuk kempen Kelayakan Piala Asia B-23 pada September ini. Kelibat bek tengah muda Charlton […]

Pemain Warisan Negara, Richard Chin Calon Pemain Muda Terbaik Charlton Athletic

Pertahanan kental campuran Malaysia-Seychelles, Richard Chin tersenarai sebagai calon pemain muda terbaik bersama kelabnya, Charlton Athletic bagi musim 2022-2023. Pemain berusia 20 tahun itu memainkan peranan yang cukup penting bersama pasukan musim lalu dan menjadi tunjang utama buat kelab England tersebut. Beliau bagaimanapun pada musim ini telah pun dipinjamkan ke kelab divisyen 6, Dartford dan […]

Charlton Athletic Sambung Kontrak Pemain Warisan Malaysia, Richard Chin

Sejak ramai mengetahui statusnya sebagai pemain warisan Malaysia, ramai penyokong negara memerhatikan perkembangan terbaru Richard Chin. Dan hari ini, kelabnya iaitu Charlton Athletic menyambung lagi kontrak pemain pertahanan berusia 20 tahun itu selama semusim lagi. Ini selepas The Addicks mengaktifkan klausa penyambungan kontrak automatik selama setahun dalam kontrak pemain tersebut. Chin akan kekal di The […]

Richard Chin Intai Peluang Rebut Tempat Ke Piala Asia

Nama bek tengah berdarah Malaysia-Seychelles, Richard Chin menjadi tumpuan selepas membantu kelabnya, Charlton Athletic menyingkirkan Brighton dalam Piala Carabao tahun lepas. Dan kini, bek tengah berusia 20 tahun itu berharap dapat mewakili Malaysia ke Piala Asia 2023 yang bakal diadakan pada tahun hadapan. Walaupun berpeluang mewakili England dan Seychelles di peringkat antarabangsa, Richard sentiasa konsisten […]

Richard Chin Tonggak Utama Charlton Dalam Piala EFL

Selepas Luqman Hakim Shamsudin mengutip minit berharga bersama KV Kortrijk, giliran Richard Chin pula menyinar bersama pasukan Liga Satu (divisyen tiga England), Charlton Athletic. Ini selepas The Addicks mencipta kejutan menewaskan kelab EPL, Brighton and Hove Albion dalam pusingan ke-16 Piala EFL yang berlangsung awal pagi tadi. Brighton yang diperkuatkan beberapa pemain yang baru pulang […]

Charlton Tersingkir Piala FA, Richard Chin Beraksi 90 Minit

Pemain warisan Malaysia, Richard Chin telah diturunkan dalam kesebelasan utama oleh pasukannya, Charlton Athletic pada aksi pusingan kedua Piala FA Inggeris menentang Stockport County awal pagi tadi. Namun begitu, hasrat Charlton untuk mara ke pusingan seterusnya tidak kesampaian apabila terpaksa akur tewas 1-3. Dalam perlawanan itu, penyerang Stockport, Will Collar menjadi wira Stockport apabila meledak […]

Richard Chin Jadi Pemain Warisan Malaysia Pertama Beraksi Di Piala FA England

Pemain warisan Malaysia yang kini beraksi bersama Charlton Athletic di England, Richard Chin mencipta sejarah sebagai pemain warisan Malaysia pertama yang beraksi di Piala FA England. Richard diturunkan selaku pemain gantian dalam kemenangan bergaya 4-1 Charlton menewaskan Coalville Town pada aksi pusingan pertama Piala FA sekaligus melayakkan pasukan itu ke pusingan kedua. Gol-gol Charlton telah […]

Richard Chin Fokus Tingkatkan Prestasi Demi Panggilan Harimau Malaya

Pemain berdarah kacukan Malaysia-Seychelles, Richard Chin berkongsi mengenai status terkini beliau untuk menjadi sebahagian daripada pemain Harimau Malaya. Pemain muda Charlton Athletic itu berkata bahawa agen yang menguruskan karier beliau England kini sudah berkomunikasi dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam menyelesaikan segala dokumentasi. “Ya, agensi saya kini sedang berhubung dengan FA Malaysia (FAM) untuk melihat […]

Richard Chin Sempurnakan Debut Di EFL

Pemain kacukan Malaysia-Seychellois, Richard Li Hua Chin sempurnakan debutnya di EFL League One, England sekaligus menjadi pemain Malaysia pertama selain Shaun Maloney yang beraksi di kasta tinggi bola sepak di England. Pemain tengah berusia 19 tahun ini berada dalam kesebelasan utama kelabnya, Charlton Athletic menentang Forest Green dalam perlawanan minggu ke-8 EFL League One dengan […]

Richard Chin Bantu Charlton Athletic Bedal Gillingham

Pemain kelahiran Malaysia-England, Richard Chin memainkan peranan yang cukup penting untuk membantu pasukannya, Charlton Athletic menewaskan Gillingham FC dengan keputusan 3-0. Bintang muda berusia 19 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan beraksi dengan cukup baik dalam tempoh 81 minit di atas padang. Richard yang diturunkan selaku pertahanan kiri pada perlawanan ini beraksi dengan cukup […]

Richard Chin Memukau Bersama Charlton Athletic

Pemain berdarah Malaysia, Richard Chin semakin mendapat tempat bersama skuad senior Charlton Athletic yang kini berada di kasta ketiga Liga England. Richard Chin berjaya membantu pasukannya untuk mara ke pusingan kedua Piala Carabao selepas menundukkan Walsall FC dengan keputusan 1-0. Dalam perlawanan tersebut, Richard beraksi sebagai kesebelasan utama dan beliau beraksi selama 81 minit sebelum […]

Richard Chin Pamer Aksi Bertenaga Bantu Charlton Tewaskan Sheffield

Pemain kacukan Malaysia – Seychelles yang beraksi bersama Charlton Athletic di England mempamerkan aksi berkualiti dalam kemenangan 5-3 menewaskan Sheffield United. Perlawanan tersebut melibatkan skuad bawah 21 tahun kedua-dua pasukan yang beraksi dalam saingan Professional Development League di England. Dalam perlawanan tersebut, Richard telah menghasilkan satu bantuan gol yang mana ianya hasil daripada hantaran lintang dari sebelah kiri […]

Pemain Kacukan Malaysia, Richard Chin Buat Penampilan Pertama Bersama Charlton Athletic

Pemain kacukan Malaysia-England, Richard Chin membuat penampilan pertama bersama pasukan senior Charlton Athletic dalam saingan Trofi Liga Bola Sepak khas untuk pasukan divisyen 3 England. Richard Chin yang beraksi di posisi tengah berada dalam kesebelasan utama sebelum digantikan Ryan James Viggars pada minit ke-75. Dalam perlawanan terbabit, Charlton Athletic tewas tipis 1-0 kepada pasukan tuan […]