Richard Chin Ingin Kekal Di Eropah

Pemain pertahanan muda Malaysia, Richard Chin menyatakan keinginan untuk kekal beraksi di Eropah. Nama pemain berusia 21 tahun itu mula mencuri tumpuan penyokong Harimau Malaya apabila beraksi untuk pasukan lamanya, Charlton Athletic Minat penyokong semakin bertambah apabila Richard menyertai sesi latihan skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) pada September 2023. Sebelum menyertai kelab barunya, Farnborough, […]
Richard Chin Ledak Gol Sulung Bersama Farnborough

Pemain pertahanan warisan Malaysia, Richard Chin terus mempamerkan impak positif bersama kelab barunya, Farnborough FC. Sejak menyertai The Yellows sebagai ejen bebas selepas meninggalkan Charlton Athletic, Richard pantas menempatkan diri dalam perancangan jurulatih, Spencer Day. Selepas membantu Farnborough menewaskan Torquay United pada 17 Ogos lalu, pemain berusia 21 tahun itu mula menunjukkan sengatnya di hadapan […]
Farnborough Pilihan Destinasi Baru Richard Chin

Pemain warisan Malaysia, Richard Chin memilih Farnborough sebagai kelab barunya selepas meninggalkan kelab League One, Charlton Athletic. Selepas The Addicks memilih untuk tidak memperbaharui kontrak pemain berusia 21 tahun itu, ramai peminat bola sepak negara tertanya-tanya destinasi terbaru Richard. Ada yang berspekulasi beliau akan kembali ke Malaysia selepas mengikuti sesi latihan skuad Malaysia Bawah 23 […]
Richard Chin Dilepaskan, Ini Pendapat Penganalisis England

Pemain warisan Malaysia yang kini bersama Charlton Athletic, Richard Chin sah bakal dilepaskan kelab England itu pada penghujung musim ini. Bagi penganalisis bola sepak England, Tomh Williams, keputusan Charlton untuk melepaskan Richard itu adalah satu kerugian memandangkan pemain itu adalah prospek yang baik buat kelab. “Richard Chin pemain muda yang sangat bagus,” kongsi Tomh Williams […]
Charlton Athletic Lepaskan Richard Chin, Bakal Pulang Ke Malaysia?

Pemain pertahanan muda Malaysia, Richard Chin berpotensi pulang ke tanah air selepas tamat musim 2023/24. Ini selepas kelab beliau, Charlton Athletic mengumumkan senarai pemain yang dikekalkan dan tidak diperbaharui kontrak untuk musim 2024/25. Nama Richard berada dalam senarai pemain yang tidak dikekalkan The Addicks untuk musim depan. Ini bermakna selepas tempoh pinjamannya di Bath City […]
Richard Chin Berisiko Tiada Dalam Skuad Piala Asia B-23

Pemain pertahanan muda negara, Richard Chin berdepan risiko tidak dapat bersama skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) untuk Piala Asia B-23 2024. Ini selepas jurulatih Harimau Muda, Juan Torres Garrido menerima maklumat bahawa pemain pertahanan berusia 21 tahun itu mengalami kecederaan. Richard yang mewakili Charlton Athletic dilaporkan mengalami kecederaan serius semasa beraksi bersama pasukan pinjaman, […]
Richard Chin Angkat Nama Malaysia Depan Orang Eropah

Pemain pertahanan muda Malaysia, Richard Chin terus menunjukkan prestasi mantap bersama Bath City. Baru-baru ini, Richard membantu The Romans mengalahkan St. Albans City 3-1 dalam aksi terbaru Liga Kebangsaan Selatan Vanarama (VNLS) baru-baru ini. Lebih manis, beliau turut menyumbat gol kedua pasukan itu pada minit ke-63. Gol tersebut terhasil apabila penjaga gol St. Albans, Michael […]
Richard Chin Temui ‘Cinta’ Baharu Di England

Pemain pertahanan muda negara, Richard Chin terus menimba pengalaman menerusi kelab pinjaman terbarunya di England. Bek tengah Charlton Athletic itu menyertai kelab pinjaman terbarunya, Bath City selepas dipanggil kembali daripada tempoh pinjamannya bersama Dartford sebelum ini. Chin dijangka kekal bersama The Romans sehingga tamat musim ini. Sebelum ini, beliau merekodkan enam penampilan bersama Dartford. “Kami […]
Kobe Jae Chong Pamer Kecemerlangan Di Barwell FC

Kobe Jae Chong kini mempamerkan kecemerlangan di Barwell FC apabila mencatat 11 gol dan bantuan jaringan pada musim ini. Pemain warisan Malaysia ini pantas menyesuaikan diri buat pasukan Barwell yang berada dalam saingan Southern League Premier Division Central. Baru-baru ini, Kobe mencetak 1 bantuan jaringan dan membantu Barwell mengikat Alvechurch FC 2-2. Kini pemain berusia […]
Persaingan Pertahanan Kiri Malaysia Ke Piala Asia Makin Rancak

Berbaki sebulan sahaja lagi sebelum kejohanan Piala Asia 2023 bermula, persaingan posisi pertahanan kiri skuad Malaysia kini menjadi tumpuan apabila beberapa nama mula menonjol. Kim Pan-gon pastinya sudah mempunyai beberapa pemain pilihan untuk menggalas posisi tersebut namun persaingan masih terbuka untuk terus meraih kepercayaan ketua jurulatih itu. Kecederaan pertahanan kiri berbakat, Azam Azmi Murad yang […]
Dua Bintang Muda Malaysia Gegar Gawang Eropah

Dua bintang muda Malaysia yang kini bermain di eropah mempamerkan aksi cemerlang setelah berjaya mencetak gol peribadi. Richard Chin yang baru sahaja menyertai Dartford secara pinjaman dari Charlton Athletic bukan sahaja menjaringkan gol, malah turut melakukan bantuan jaringan dalam kemenangan selesa 3-0 Dartford ke atas Torquay. Pertahanan kiri berusia 21 tahun itu antara pemain yang […]
Richard Chin Sertai Kelab Divisyen Enam England

Sebaik pulang daripada menjalani latihan bersama skuad B-23 negara, bek tengah Charlton Athletic, Richard Chin dipinjamkan ke kelab divisyen enam England, Dartford. Perpindahan pinjaman itu diumumkan oleh kedua-dua pasukan di laman media sosial rasmi mereka awal pagi tadi. Richard bukan asing dengan pasukan itu kerana sudah beraksi dengan The Darts secara pinjaman pada musim lepas. […]
“Baru Dua Hari, Nampak Potensinya Besar”

Pengurus skuad Bawah 23 tahun negara, Datuk Seri Shahril Mokhtar teruja melihat kedatangan seorang lagi pemain warisan Malaysia yang memiliki potensi besar yang amat baik iaitu Richard Chin. Pemain berusia 21 tahun itu menjadi antara pemain idaman untuk membarisi skuad muda negara kerana pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Eropah. Pemain kelahiran Malaysia-England […]
Richard Chin Kini Bergelar Pemain Malaysia

Bek tengah muda Charlton Athletic, Richard Chin kini sah bergelar pemain skuad B-23 Malaysia. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan sukan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menerusi satu perkongsian di X. Difahamkan proses dokumentasi membabitkan pemain berdarah Malaysia-England itu telah dimuktamadkan. Keadaan ini membolehkan beliau menyertai skuad Harimau Muda yang dibimbing Juan Torres Garrido biarpun namanya […]
3 Pemain Malaysia Tembusi Pasaran Eropah

Semakin ramai pemain bola sepak Malaysia mula berhijrah ke luar negara dan menembusi pasaran eropah sekaligus menawarkan pendedahan dan pengalaman berbeza mereka. Walaupun bukan mudah untuk mencipta nama di eropah, namun keberanian dan kesungguhan para pemain ini wajar dipuji dalam usaha mereka membina identiti serta membentuk karier bola sepak sendiri. Berikut merupakan 3 pemain Malaysia […]
Richard Chin Catat ‘Assist’ Penting Bersama Charlton Athletic

Pemain warisan Malaysia, Richard Chin terus mempamerkan prestasi memberangsangkan biarpun pasukannya, Charlton Athletic tewas kepada Crawley Town dalam aksi pertama kumpulan Trofi EFL yang berlangsung semalam. Dalam aksi di Stadium Broadfield, kesilapan Richard mengawal bola mengakibatkan tuan rumah mendahului hasil jaringan Harry Forster pada minit pertama selepas menolak bola muntah penjaga gol Harry Isted. Pemain […]