Ranking FIFA: Malaysia Negara Asia Paling Cemerlang, Lonjak 7 Tangga

Ranking FIFA Malaysia: Skuad kebangsaan Malaysia kini melonjak 7 tangga selepas meraih mata maksimum hasil kecemerlangan di pentas Kelayakan Piala Dunia 2026. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon kini menjadi tumpuan dunia selepas kejayaan luar biasa sebagai pasukan Asia Tenggara sekaligus membuka mata ramai pihak ketika ini. Kemenangan berdepan pasukan ke-102 dunia, Kyrgyzstan memberikan skuad negara tambahan […]

5 Negara ASEAN Catat Penurunan Ranking FIFA

Ranking FIFA Masa-Nyata ASEAN: 5 negara ASEAN merekodkan penurunan ranking FIFA selepas mengharungi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 baru-baru ini. Hal ini berbeza dengan Malaysia yang mempamerkan perjuangan hebat untuk menewaskan Kyrgyzstan dan Chinese Taipei. Kemenangan membolehkan Malaysia meraih tambahan +26.1 mata untuk naik ke tangga 130 dunia dengan 1122.9 mata. 4 […]

Kyrgyzstan Buatkan Ranking Oman Jatuh Merudum

Biarpun tewas kepada Malaysia, Kyrgyzstan boleh menarik nafas lega apabila berjaya mengutip tiga mata penuh ketika menewaskan Oman 1-0 dalam aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Spartak semalam. Dengan kemenangan itu, Kyrgyzstan berjaya mengekalkan kedudukan ranking mereka di tangga ke-97 dunia manakala berbeza buat Oman yang terpaksa akur jatuh tiga anak tangga […]

Ranking FIFA: Malaysia ‘Bakal’ Kembali Ke Kelompok 120 Dunia Selepas 18 Tahun

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia berpeluang untuk kembali memahat sejarah apabila berada pada kedudukan yang amat baik untuk kembali ke kelompok 120 terbaik dunia selepas 18 tahun. Harimau Malaya mencatatkan permulaan cemerlang di pentas Kelayakan Piala Dunia 2026 apabila berjaya menundukkan lawan daripada kelompok 100 terbaik dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3 di Bukit Jalil. Kemenangan menyaksikan […]

Ranking FIFA: Malaysia Hampiri Negara Eropah, Kini Ke-137 Dunia

Perkembangan terbaru mengenai kedudukan terkini Malaysia dalam ranking FIFA akhirnya terjawab apabila skuad negara kini menghuni tangga ke-137 dunia. Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi aksi persahabatan yang cukup baik pada bulan Oktober apabila muncul naib juara Pestabola Merdeka 2023. Harimau Malaya berjaya mengatasi cabaran pasukan ke-102 dunia, India dengan keputusan 4-2 namun dikecewakan oleh Tajikistan […]

Ranking FIFA: Kedudukan Malaysia Jatuh Selepas Dipintas Tiga Negara

Pestabola Merdeka sudah pun melabuhkan tirainya dengan Malaysia menjadi naib juara selepas kecundang 0-2 di tangan Tajikistan di pentas final semalam. Secara keseluruhan, Malaysia mengakhiri Pestabola Merdeka dengan satu kemenangan selepas menewaskan India 4-2 pada aksi pertama dan satu kekalahan kepada Tajikistan. Mengikut pada kiraan mata ranking FIFA, Malaysia hanya berjaya menambah 1.82 mata selepas […]

Pasukan Ke-159 Dunia Jerat Poland

Pasukan kebangsaan Poland berada dalam prestasi yang merisaukan selepas hampir-hampir dimalukan oleh pasukan kerdil setelah diikat dengan keputusan 1-1. Poland yang menghuni tangga ke-30 dunia berdepan Moldova dalam usaha untuk memungut mata penting FIFA namun terjejas dengan kejutan daripada pihak lawan. Perlawanan yang berlangsung di gelanggang keramat Poland itu menyaksikan mereka tidak dapat menurunkan penyerang […]

Ranking FIFA: Filipina Kembali Pintas Kedudukan Malaysia

Pesaing hebat Malaysia, Filipina memberi saingan sengit kepada pasukan kebangsaan selepas memintas kedudukan FIFA berdasarkan kedudukan masa nyata. Skuad kendalian Kim Pan-gon melakukan satu tugasan yang cukup luar biasa selepas memintas kedudukan Filipina selepas kali terakhir melakukannya kira-kira 12 tahun yang lalu. Harimau Malaya berjaya mengejutkan pasukan ke-102 dunia, India di Stadium Nasional Bukit Jalil […]

Ranking Masa-Nyata FIFA: Malaysia Pintas Kedudukan Filipina Selepas 12 Tahun

Hasrat Malaysia untuk memintas kedudukan ranking FIFA Filipina akhirnya tertunai selepas penantian selama hampir 12 tahun. Pasukan kendalian Kim Pan-gon berjaya mencatatkan kemenangan bermakna berdepan pasukan ke-102 dunia, India dengan keputusan 4-2 untuk meraih tambahan +6.04 mata FIFA. Harimau Malaya terus mencatatkan unjuran positif selepas memungut tambahan +3.33 mata untuk membawa kepada jumlah keseluruhan menjadi […]

Ranking FIFA: Malaysia ‘Selangkah’ Kembali Ke Kelompok 120 Dunia Selepas 21 Tahun

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia berpeluang untuk menghampiri kedudukan ke-120 terbaik dunia selepas kali terakhir berjaya melakukannya kira-kira 21 tahun lalu. Skuad Harimau Malaya dijadualkan berdepan India bagi aksi Pestabola Merdeka, 13 Oktober ini sungguhpun terlepas peluang untuk beraksi dua aksi persahabatan antarabangsa kali ini. Hal ini susulan Palestin yang menarik diri akibat pergolakan yang berlaku […]

Amerika Syarikat Bantu Malaysia ‘Rampas’ Ranking FIFA Terbaik Dekad Ini

Amerika Syarikat bantu Malaysia ‘rampas’ ranking FIFA terbaik dekad ini selepas kali terakhir melakukannya 17 tahun lalu pada tahun 2006 di mana Malaysia pada ketika itu pernah berada di kedudukan ke-124 dunia. Malaysia kembali di kedudukan terbaik berbanding ranking FIFA rasmi sebelum ini di kedudukan 137 selepas negara dari Kepualaun Carribean, St Kitts and Nevis […]