Ranking FIFA: Indonesia Pintas Malaysia Kali Pertama Selepas 5 Tahun

Ranking FIFA: Indonesia telah memintas Malaysia buat kali pertama pada kedudukan ranking FIFA selepas hampir 5 tahun tidak melakukannya. Skuad kendalian Shin Tae-yong berjaya membawa prestasi yang diharapkan daripada Piala Asia 2023 apabila menundukkan Vietnam sebanyak dua kali. Sang Garuda merekodkan kemenangan 1-0 di laman sendiri sebelum meraih satu lagi kejayaan apabila menundukkan pasukan kendalian […]

Ranking FIFA: Harapan Malaysia Lonjak 4 Tangga Masih Menyala

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia masih memiliki peluang terakhir untuk menghampiri kelompok 120 terbaik dunia sekiranya berjaya mengatasi Oman. Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi permulaan cemerlang dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 apabila mencatatkan kemenangan berdepan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Hasrat untuk mengekalkan rekod itu bagaimanapun lebur di tangan anak didil Jaroslav Silhavy apabila tewas […]

Ranking Masa-Nyata FIFA: Kedudukan Terkini Malaysia Selepas Tewas Di Tangan Oman

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia terlepas peluang untuk menghuni kelompok 120 terbaik dunia selepas tewas di tangan Oman dengan keputusan 2-0. Skuad kendalian Kim Pan-gon menurunkan kesebelasan terbaik untuk mencari kemenangan ketika selepas menundukkan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Hasrat besar itu bagaimanapun tertangguh apabila pulang dengan kekecewaan dari Muscat, Oman selepas tuan rumah mendapat tiga […]

Ranking FIFA: Penantian Malaysia Ke Kelompok 120 Terbaik Dunia Bakal Berakhir

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia berpeluang untuk memasuki ke kelompok 120 terbaik dunia menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman. Perlawanan yang bakal berlangsung di Muscat, Oman itu menyaksikan Harimau Malaya berpeluang untuk merekodkan kemenangan ke-3. Ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon membawa 24 orang pemain dengan dua bintang berpengalaman, Matthew Davies dan Junior Eldstal terpaksa […]

Vietnam & Palestine ‘Pintas’ Kedudukan Malaysia

Dua buah negara handalan bola sepak Asia, Vietnam dan Palestine memintas kedudukan Malaysia bagi nilai pasukan selepas Piala Asia 2023. Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi kempen yang agak cemerlang selepas memungut satu mata hasil keputusan seri berdepan Korea Selatan. Harimau Malaya mara ke Qatar dengan menghuni tangga ke-19 Asia selaku pasukan paling bernilai dengan 6.73 […]

Ranking FIFA: Thailand & Indonesia Catat Peningkatan Tertinggi Negara Asean

Negara jiran, Thailand dan Indonesia terus mendaki tangga ranking FIFA pasca kempen Piala Asia yang lalu. Menerusi ciapan terbaharu daripada Asean Football menyaksikan Thailand dan Indonesia mencatatkan peningkatan drastik selepas berjaya melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik pada Piala Asia bulan lepas. Thailand merupakan pasukan Asean yang merekodkan peningkatan tertinggi dengan lonjakan sebanyak 12 anak […]

Ranking Jordan Naik Menggunung

Jordan menjadikan kehadiran mereka di Piala Asia 2023 Qatar ini sebagai sesuatu yang akan diingati apabila mengesahkan kemaraan ke separuh akhir selepas menewaskan Tajikistan 1-0 pada aksi suku akhir semalam. Kemaraan Jordan ke separuh akhir kejohanan berprestij di Asia ini diserikan lagi dengan satu lagi kepuasan iaitu kedudukan ranking FIFA mereka dijangka akan naik menggunung […]

Ranking FIFA: Hasrat Akhir Malaysia Tercapai, Lonjak Tangga Penting FIFA

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia mencatatkan perjuangan hebat sebelum mencatatkan kemenangan ke atas Korea Selatan sekaligus menyebabkan kedudukan negara melonjak tiga tangga ke kedudukan lebih baik. Skuad kebangsaan mempamerkan aksi memukau untuk mengikat pasukan ke-22 dunia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Skuad bimbingan Kim Pan-gon tumpas dalam dua aksi terawal Kumpulan E berdepan Jordan dan Bahrain […]

Ranking FIFA: Ini Kedudukan Terkini Malaysia Sekiranya Tewaskan Korea Selatan

Ranking FIFA Malaysia: Harimau Malaya memiliki satu lagi peluang terakhir untuk meraih mata maksimum FIFA sekaligus membantu pasukan melonjak 7 tangga untuk menembusi kelompok 120 dunia. Skuad kendalian Kim Pan-gon menerima tamparan selepas tewas dua aksi pembukaan menentang Bahrain dan Jordan sekaligus menyebabkan skuad negara turun ke kedudukan 135 dunia. Harimau Malaya bagaimanapun optimis untuk […]

AFC Asian Cup: Thailand Hampiri Kedudukan 100 Terbaik Dunia

Thailand berpeluang untuk menembusi kelompok 100 terbaik dunia tidak lama lagi. Ini selepas kejayaan Thailand mengikat pasukan di ranking ke-75 dunia, Oman dalam aksi kedua kumpulan F AFC Asian Cup kelmarin. Menurut perkongsian Footy Rankings di laman X, skuad bimbingan Masatada Ishii itu telah memperoleh tambahan mata sebanyak 3.89 hasil keputusan seri semalam. Ini sekaligus […]

Ranking FIFA: Malaysia Hilang Mata Maksimum, Turun 4 Tangga Lagi

Ranking FIFA Malaysia: Hasrat Malaysia untuk melangkah ke kedudukan lebih baik dalam ranking FIFA tidak kesampaian apabila skuad negara kini turun ke kedudukan 136 dunia. Skuad bimbingan Kim Pan-gon berjaya mempamerkan kebangkitan yang diharapkan selepas kecewa di tangan Jordan dengan keputusan 4-0. Pasukan negara memainkan peranan yang baik bertemu pasukan ke-86 dunia, Bahrain namun mencatatkan […]

Ranking FIFA: Malaysia Berpeluang Catat Unjuran Positif, Hampiri Kedudukan Terbaik 19 Tahun Lalu

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia memperoleh peluang untuk menambah mata penting FIFA berdepan jaguh Timur Tengah, Bahrain bagi aksi kedua peringkat kumpulan. Skuad bimbingan Kim Pan-gon melalui kempen yang cemerlang di Kelayakan Piala Dunia 2026 sebelum tewas 0-4 kepada Jordan pada aksi pembukaan. Harimau Malaya kini berada pada landasan terbaik untuk kembali memungut mata FIFA selepas […]

AFC Asian Cup: Thailand Gah Daki Anak Tangga Ranking FIFA

Kemenangan berharga ke atas Kyrgyzstan pada aksi Kumpulan F Piala Asia 2023 semalam menyaksikan Thailand kini gah mendaki anak tangga ranking FIFA. Melalui satu hantaran yang disiarakan oleh Footy Ranking di laman X, Thailand memperolehi tambahan mata sebanyak 18.99 mata. Dengan tambahan mata itu, ranking Thailand melonjak ke kedudukan 105 dunia berbanding kedudukan ke-113 sebelum […]

Ranking FIFA: Malaysia Raih Mata Maksimum, Pecah Rekod 19 Tahun Jika Tewaskan Jordan

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia berpeluang untuk melonjak 6 tangga sekiranya berjaya mengutip tiga mata berdepan pasukan ke-87 dunia, Jordan pada aksi pembukaan Piala Asia. Skuad bimbingan Kim Pan-gon tiba awal di Qatar untuk melakukan persiapan rapi termasuklah ketika mengikat pasukan ke-91 dunia, Syria dengan keputusan 2-2. Harimau Malaya berpeluang untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA sekiranya […]

AFC Asian Cup: Qatar Buatkan Ranking Lubnan Jatuh Menjunam

Pasukan tuan rumah Piala Asia 2023, Qatar mempamerkan taring mereka dengan mudah menewaskan Lubnan 3-0 pada aksi pembukaan. Kemenangan itu membuatkan ranking FIFA Lubnan jatuh. Melalui hantaran yang dikongsikan oleh Footy Rankings di laman X, kekalahan kepada Qatar menjadikan mata ranking FIFA Lubnan ditolak 10.75 mata dan sekali gus menyaksikan Lubnan jatuh dua anak tangga […]

Ranking FIFA: Malaysia Kukuhkan Langkah Ke Kelompok 120 Terbaik Dunia

Ranking FIFA Malaysia: Kemas kini kedudukan ranking FIFA menyaksikan Malaysia kekal berada pada kedudukan ke-130 terbaik dunia menjelang sepak mula Piala Asia di Qatar tahun hadapan. Harimau Malaya mencatatkan perkembangan memberangsangkan selepas merekodkan dua kemenangan berdepan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Anak didik Kim Pan-gon juga mencatatkan kejayaan membanggakan […]