Liga 1: Persija Jakarta Buat PSM Makassar Termenung

Aksi Liga 1 Indonesia hari ini membabitkan pertemuan antara pasukan PSM Makassar dan Persija Jakarta. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Habibie menyaksikan pasukan pelawat, Persija Jakarta mengutip tiga mata di laman lawan. Separuh masa pertama tamat dengan jaringan menerusi Witan Sulaeman untuk Persija mendahului 1-0 dihadapan. Pada minit ke-27 permainan, gerakan satu dua antara […]

AFC Cup: PSM Makassar Mudah Tewaskan Hougang United

Hasrat PSM Makassar untuk mencatatkan kemenangan pertama di pentas asia musim ini menjadi kenyataan apabila berjaya menumbangkan kelab Singapura, Hougang United dengan keputusan 3-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Kapten I Wayan Dipta sebentar tadi. PSM Makassar memulakan perlawanan dengan positif apabila menguasai perlawanan dan beberapa serangan dilancarkan bagi mendapatkan gol awal. Usaha berterusan […]

PSM Makassar Buru Penjaring Terbanyak Liga Vietnam

Lawan Sabah FC dalam saingan Piala AFC, PSM Makassar kini memburu penyerang import baru bagi menyelesaikan masalah barisan serangan yang tumpul. Keputusan ini terpaksa dibuat selepas Juku Eja bergelut menjaringkan gol dalam saingan Liga 1 Indonesia dan Piala AFC. Daripada 17 perlawanan yang diharungi dalam semua kejohanan, PSM Makassar hanya menang lima kali, tiga seri […]

Gaji Pemain Beres, Bernardo Tavares Tegaskan PSM Makassar Bersiap Bangkit

Pelatih PSM Makassar, Bernardo Tavares, memastikan bahwa permasalahan gaji timnya sudah beres. Manajemen skuat Juku Eja telah membayarnya. Hal ini Bernardo Tavares sampaikan kala ditanya oleh suporter yang hadir mendukung sesi latihan PSM Makassar di Stadion Kalegowa, Sabtu (14/10/2023). “Dan untuk saat ini situasi sekarang gaji para pemain semuanya on time,” kata Bernardo Tavares, dilansir […]

Liga 1: PSM Makassar Catat Kekalahan Ke-5 Berturut, Dimalukan Madura United

Aksi ke-15 saingan Liga 1 Indonesia hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan PSM Makassar dan Madura United. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora B J Habibie menyaksikan pasukan pelawat berjaya mengutip tiga mata mengatasi pasukan lawan. Separuh masa pertama berakhir dengan satu gol berjaya dicetak pasukan Madura United yang mendahului PSM, 1-0. Seawal minit keenam […]

Bernardo Tavares: Gaji 2 Pemain Sabah Mampu Bayar Gaji Semua Pemain PSM Makassar

Jurulatih PSM Makassar, Bernardo Tavares mengakui gaji dua pemain Sabah FC mampu melunaskan isu gaji yang dihadapi mereka ketika ini. Untuk makluman, Juku Eja sedang berdepan masalah kewangan musim ini terutama pembayaran gaji pemain. Malah, Tavares juga sanggup melelong baju dan trofi milik beliau seperti dilaporkan Detik.com bagi memastikan gaji pemain dan pegawai pasukan dapat […]

Darren Lok Sedia Bawa Momentum Sempurna Bersama Malaysia

Penyerang Sabah FC, Darren Lok berharap dapat meneruskan momentum cemerlang dalam Piala AFC bila menyertai kem latihan Harimau Malaya nanti. Aksi hari ini menentang PSM Makassar menyaksikan Sabah membelasah lawan mereka lima gol tanpa balas. Dua gol daripadanya disumbang Darren pada minit keenam dan ke-46. Biarpun Sabah kini selesa mendahului Kumpulan H selepas dua perlawanan, […]

Bernardo Tavares: Kami Tidak Mampu Lawan Kualiti Sabah

Ketua jurulatih PSM Makassar, Bernardo Tavares memuji kualiti yang dimiliki oleh barisan pemain Sabah FC selepas membelasah pasukannya dengan keputusan 5-0. Aksi yang berlangsung di Stadium Kapten Wayan l Dipta itu menyaksikan The Rhinos sukar digugat sungguhpun beraksi di tempat lawan. Pengendali kelahiran Brazil itu bagaimanapun berpuas hati dan menghargai kudrat yang diberikan oleh para […]

Siaran Langsung AFC Cup: PSM Makassar vs Sabah, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi kedua Kumpulan H menyaksikan pertembungan antara pasukan PSM Makassar dan Sabah mencuri tumpuan. Sabah kini dalam momentum terbaik apabila berada di tangga ke-5 Liga Super selain merakamkan kemenangan berdepan Hougang United dalam aksi pertama Piala AFC tempoh hari. Wakil Malaysia ini juga cukup digeruni oleh ketua jurulatih PSM Makassar, Bernardo Tavares yang amat waspada […]

Ong Kim Swee Tidak Gusar Dengan Rekod Tempat Lawan Sabah

Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee tidak bimbang dengan rekod tempat lawan menjelang aksi kedua Kumpulan H menentang PSM Makassar esok. Rekod tempat lawan Sabah kurang memuaskan terutama dalam Liga Super. Daripada 13 kemenangan yang direkodkan musim ini, hanya tiga direkodkan di tempat lawan. Kali terakhir skuad Badak meraih kemenangan di tempat lawan dalam […]

Bernando Tavares Sudah Lama Intip Sabah

Ketua jurulatih PSM Makassar, Bernando Tavares optimis dengan kemampuan anak buahnya untuk menampilkan persembahan terbaik dalam pertembungan Piala AFC 2023 antara PSM Makassar dan Sabah pada esok. Biarpun pasukan kendaliannya mendapat kurang rehat berbanding Sabah, beliau dan barisan kejurulatihannya bagaimanapun sudah melakukan persiapan rapi untuk menurunkan skuad terkuat. Pengendali dari Portugal ini akui beliau sentiasa […]

Liga 1: PSM Makassar Tumbang Kepada PSIS Semarang

Aksi ke-14 saingan Liga 1 Indonesia hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan PSIS Semarang dan PSM Makassar. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Jatidiri Semarang menyaksikan pasukan tuan rumah berjaya mengutip tiga mata mengatasi pasukan lawan. Separuh masa pertama berakhir dengan dua gol berjaya dicetak pasukan PSIS Semarang. Gol pembukaan perlawanan dihasilkan menerusi Paulo Gali Freitas. […]

PSM Makassar Tewas Tipis Kepada Borneo FC

Juara Liga 1 Indonesia musim lepas, PSM Makassar mengalami kekalahan kelima musim ini apabila tewas kepada Borneo FC dalam aksi terbaru liga di Stadium Segiri hari ini. Selepas tunduk 3-0 kepada kelab Vietnam, Hai Phong dalam saingan Piala AFC minggu lepas, Juku Eja berharap dapat bangkit dalam saingan liga. Begitupun, dengan Pesut Etam menduduki tangga […]

AFC Cup: Jaguh Indonesia, PSM Makassar Kalah Besar Kepada Hai Phong

Wakil Indonesia di Piala AFC, PSM Makassar mengalami detik duka apabila tewas berdepan kelab Vietnam , Hai Phong. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sân vận động Lạch Tray menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik. Anak didik Bernardo Tavares melakukan serangan bertali-arus kepada lawan untuk memperoleh gol awal namun sering digagalkan. Pasukan pelawat bagaimanapun tersentak apabila […]

Pesaing Sabah Di AFC Hadapi Saat Sukar

Pesaing Sabah FC di Piala AFC 2023 menghadapi saat sukar apabila diuji dengan pelbagai masalah. Pasukan yang menjadi juara Liga 1 Indonesia tahun 2022, PSM Makassar kini menghadapi krisis terutamanya staf dan barisan pemain yang kini tidak menerima gaji. Terdapat beberapa luahan yang telah dimuat naik oleh para pemain ke media sosial berikutan masalah yang […]

PSM Makassar Minta Ubah Aksi Liga Gara-Gara Piala AFC

Kelab Liga 1 Indonesia, PSM Makassar memohon jasa baik liga untuk meminda tiga tarikh perlawanan kerana bertembung dengan Piala AFC. Tiga perlawanan yang diharap mendapat kelulusan pengendali liga, PT Liga Indonesia Baru (LIB) ialah Borneo FC (24 September), PSIS Semarang (29 September) dan Dewa United (12 November). Tiga perlawanan ini didapati terlalu hampir dengan tiga […]