Shopee Cup: PSM Makassar & BG Pathum Sama Handal

Aksi kumpulan A Shopee Cup melibatkan PSM Makassar dan BG Pathum menyaksikan kedua-dua pasukan terikat seri di Indonesia. PSM Makassar kini berada di tangga ke-3 Liga 1 Indonesia setelah mencatat 2 kemenangan bersih sementara BG Pathum pula tumpas dalam aksi Thai League minggu lalu. Barisan pemain PSM Makassar diketuai Yuran Fernandes manakala BG Pathum merehatkan […]

BG Pathum United Tak Sabar Berdepan PSM Makassar

Jurulatih BG Pathum United, Makoto Tegumori menyatakan bahwa pasukannya sudah bersedia untuk berdepan pasukan terkuar Indonesia, PSM Makassar.  Meskipun beraksi di tempat lawan, jurulatih kelahiran Jepun ini akui persiapan mental dan fizikal skuad bimbingan tidak berdepan masalah malah teruja dan tidak sabar untuk beraksi.  “Ini adalah perlawanan pertama. Oleh itu, pasukan kami bersedia dan bersemangat […]

PSM Makassar Tagih Sokongan Penyokong Demi Nama Indonesia

Jurulatih PSM Makassar, Bernardo Tavares mengharapkan sokongan penyokong bagi aksi pertama pasukan itu dalam Shopee Cup menentang BG Pathum United pada Rabu 21 Ogos. Sokongan daripada penyokong amat ditagih Tavares memandangkan PSM Makassar bukan sahaja membawa nama kelab malah turut membawa nama Indonesia. “Saya berharap penyokong dapat turun ke stadium untuk menyokong kita kerana kita […]

Persija Jakarta Tarik Diri Sertai Shopee Cup

Kelab Liga 1 Indonesia, Persija Jakarta membuat keputusan mengejut dengan menarik diri daripada menyertai kejohanan terbaru kelab ASEAN, Shopee Cup. Pengumuman ini dibuat presiden kelab, Mohamad Prapanca di laman sesawang rasmi mereka semalam. Sebelum ini, nama Persija dan PSM Makassar dipilih sebagai wakil Indonesia untuk Shopee Cup atau nama rasminya, ASEAN Club Championship untuk musim […]

“Kami Tiru Apa Yang Sabah Buat” – Bernardo Tavares

Ketua jurulatih PSM Makassar, Bernardo Tavares memuji aksi anak buahnya yang menewaskan Sabah di Likas walaupun pasukannya kekal tersingkir dalam Piala AFC. “Saya gembira dengan keputusan ini. saya rasa kami mencipta lebih 2 atau 3 peluang untuk jaringkan gol untuk babak pertama dan babak kedua.” “Penting untuk jaringkan gol awal dan kami buat apa yang […]

Sabah Terperangkap Dengan Taktikal PSM Makassar

Kekalahan 1-3 Sabah FC di tangan PSM Makassar pada aksi terakhir kumpulan H Piala AFC telah mencalarkan momentum kemenangan mereka sejak beberapa perlawanan terdahulu. Bagi jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee, beliau berpendpat para pemainnya tidak memanfaatkan peluang terhidang. Selain itu, taktikal PSM Makassar yang bertahan menyukarkan tugas pemain Sabah. Pemain Sabah telah terperangkap dengan […]

AFC Cup: Sabah Tewas Mengejut Kepada PSM Makassar

Wakil Malaysia di Piala AFC, Sabah FC menamatkan saingan dengan langkah kiri apabila tewas mengejut kepada juara bertahan Liga 1 Indonesia, PSM Makassar. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas, Sabah menyaksikan beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama pasukan. The Rhinos tersentak apabila hantaran lolos oleh Kenzo Nambu berjaya menemui larian Yacob Sayuri sebeelum melepaskan rembatan untuk […]

Siaran Langsung AFC Cup: Sabah vs PSM Makassar, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Perlawanan antara pasukan Sabah dan juga PSM Makassar bagi aksi terakhir Piala AFC 2023 menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air. Aksi yang berlangsung di Stadium Likas menyaksikan kedua-dua pasukan berada dalam momentum terbaik dengan The Rhinos mencatatkan 5 kemenangan dalam perlawanan terakhir yang diharungi. PSM Makassar pula kini sedang mencari aksi terbaik apabila tidak […]

PSM Makassar Enggan Dimalukan Sabah Lagi

Walaupun sudah tersingkir dari Piala AFC, PSM Makassar turun dengan misi berbeza bila menentang Sabah FC di Stadium Likas malam ini. Ini kerana menurut jurulatih mereka, Bernardo Tavares, inilah peluang terbaik PSM mempertahankan maruah mereka sebagai juara Liga 1 Indonesia musim lepas. Selepas dibelasah 5-2 oleh skuad Badak di Stadium Kapten 1 Wayan Dipta pada […]

“Saya Tak Mahu Pemain Saya Diganggu” – Ong Kim Swee

Sabah FC akan meneruskan saingan Piala AFC untuk bertemu pasukan dari Indonesia, PSM Makassar pada esok (13 Disember) di Stadium Likas. Biarpun sudah layak ke peringkat kalah mati zon Asia Tenggara, namun ianya bukanlah tiket buat Sabah untuk memandang enteng perlawanan terakhir kumpulan H ini. Bagi jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee, beliau mahu anak-anak […]

Liga 1: Barisan Bintang Baru Bhayangkara ‘Rantai’ PSM Makassar

Skuad Bhayangkara yang berwajah baru bertuah dapat meraih satu mata selepas bangkit mengikat PSM Makassar 1-1 dalam aksi terbaru Liga 1 Indonesia. Ramai penyokong tidak sabar melihat legenda Belgium berdarah Indonesia, Radja Nainggolan membuat penampilan hari ini. Bagaimanapun, BolaSport melaporkan Nainggolan tidak diturunkan jurulatih Mario Gomez selepas mengalami sedikit kecederaan kaki. Itu tidak menghalang bekas […]

Liga 1: Barisan Bintang Persib Disekat PSM Makassar

Kelab Liga 1 Indonesia, Persib Bandung terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat tanpa jaringan juara liga musim lepas, PSM Makassar. Perlawanan hari ini menjadi tumpuan berikutan nasib berbeza kedua-dua pasukan dalam Liga 1 Indonesia musim ini. Juku Eja kini berada di tempat ke-10 dengan Persib yang dibimbing Bojan Hodak pula di tangga kedua […]

AFC Cup: Hai Phong Dan PSM Makassar Sama-Sama Kuat

Kelab Vietnam, Hai Phong pulang hampa apabila diikat PSM Makassar 1-1 dalam aksi kelima Kumpulan H hari ini. Dengan kedua-dua pasukan terikat enam mata selepas empat perlawanan, kemenangan penting jika mereka mahu layak sebagai pasukan tempat kedua terbaik Zon ASEAN. Biarpun beraksi di gelanggang sendiri, The Flamboyant lebih banyak mendominasi perlawanan dengan Sofascore mendedahkan penguasaan […]

Liga 1: PSM Makassar Tundukkan Cabaran Persikabo

PSM Makassar mudah menundukkan cabaran Persikabo 1973 untuk meraih 3 mata berharga dalam saingan Liga 1. Seteru Sabah dalam kancah Piala AFC, PSM Makassar turun dengan formasi 3-5-2 manakala Persikabo tampil dengan formasi 4-3-3. PSM bermula baik apabila mempunyai beberapa percubaaan ke arah gawang gol Persikabo dan Adilson Silva menjaringkan gol pertama pada minit ke-23. […]

Kemenangan Dewa United Tertangguh Lagi, Kini Diikat PSM Makassar

Saingan Liga 1 Indonesia diteruskan dengan aksi Dewa United yang melayan kunjungan juara liga musim lalu, PSM Makassar. Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Indomilk itu berakhir dengan keputusan seri 1-1 dicatatkan kedua-dua pasukan. Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan demi mendapatkan gol awal perlawanan. Dewa United akhirnya berjaya di hadapan seawal minit ke-9 […]

AFC Cup: PSM Makassar Bangkit Tundukkan Hougang United

Aksi Piala AFC 2023 hari ini membabitkan pertemuan antara wakil dari Singapura, Hougang United menentang wakil Indonesia, PSM Makassar. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar ini bermula dengan aksi separuh masa pertama tamat dengan keputusan seri tanpa jaringan. Kedua-dua pasukan gagal meraih sebarang gol meskipun banyak peluang keemasan terhidang. Babak pertama tamat, Hougang United […]