Piala Dunia U17: Indonesia Tampil Aksi Berkelas Dunia Ikat Ecuador

Pasukan kebangsaan Indonesia mempamerkan aksi yang cukup memukau untuk mengikat negara Amerika Selatan, Ecuador dengan keputusan 1-1. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Tomo itu menyaksikan kedua-dua pasukan bermula garang pada babak pertama. Tuan rumah dilihat lebih mendominasi dengan bantuan pemain ke-12 memberikan semangat luar biasa buat pasukan. Asakan tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila […]
Piala Dunia U17: Maghribi Tewaskan Panama

Skuad B-17 Maghribi memulakan kempen Kumpulan A Piala Dunia B-17 2023 dengan langkah kanan selepas mudah mengatasi Panama 2-0 hari ini. Beraksi di Stadium Gelora Bung Tomo, kedua-dua pasukan mahu bermula dengan positif untuk aksi pertama kumpulan. Bagaimanapun, pasukan Afrika Utara itu terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Saifdine Chlaghmo pada minit ke-16. Tersentak, Panama melancarkan […]
Palestin Pilih Kuwait Sebagai Gelanggang Berkecuali

Palestin boleh menghela nafas lega kerana sudah mempunyai gelanggang berkecuali untuk aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Australia pada 21 November ini. Football Palestin mendedahkan Singa Kanaan telah bersetuju memilih Kuwait sebagai gelanggang berkecuali mereka pada tarikh tersebut. Pemilihan ini memberi kelegaan kepada pasukan itu selepas cubaan beraksi di gelanggang berkecuali yang ditawarkan […]
Vietnam Sisihkan Dua Bintang Utama Menjelang Tugasan Penting

Vietnam tempang tanpa dua tonggak utama menjelang aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Dua tonggak utama yang terpaksa disisihkan jurulatih Pahlawan Bintang Emas, Philippe Troussier ialah kapten Nguyen Quang Hai dan bek kiri Doan Van Hau. Kedua-duanya tidak dipanggil jurulatih Perancis itu kerana mengalami masalah kecederaan seperti yang dilaporkan ASEAN Football. Selain […]
Dua ‘Wonderkid’ Eropah Perkuat Indonesia Di Piala Dunia U17

Dua bintang muda yang berpangkalan di luar negara bakal memperkuat cabaran Indonesia dalam Piala Dunia U17 yang bakal berlangsung pada 10 November ini. Dua bintang tersebut ialah penyerang Hoffenheim, Amar Rayhan Brkic dan bek kanan remaja Sao Paulo, Welber Jardim. Selain mereka, pengendali skuad B-17 Indonesia, Bima Sakti turut mengekalkan beberapa nama yang beraksi untuk […]
Arab Saudi Rasmi Tuan Rumah Piala Dunia 2034

Arab Saudi sah dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia 2034. Perkara ini diumumkan oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino awal pagi tadi selepas tarikh tutup bidaan hak tuan rumah kejohanan itu berakhir semalam. Sebelum ini, Australia berminat menawarkan diri sebagai tuan rumah Piala Dunia 2034 sebagai tuan rumah bersama Indonesia. Malah, pada satu ketika, wujud cadangan […]
Afrika Selatan Muncul Juara Piala Dunia Ragbi Benam New Zealand

Afrika Selatan kekal bertakhta sebagai juara dunia ragbi dengan menggondol Piala Dunia Ragbi 2023 awal pagi ini. Kejayaan itu diraih selepas mereka mengenepikan satu lagi jaguh ragbi dunia, New Zealand di pentas final yang diadakan di Stade de France, Saint-Denis, Perancis hari ini. Dari segi rekod pertemuan, kedua-dua pasukan kelihatan seimbang dengan New Zealand memenangi […]
Indonesia Bakal Uji Sebuah Lagi Pasukan Piala Dunia

Pasukan kebangsaan Indonesia difahamkan sedang mengatur perbincangan untuk mengadakan aksi persahabatan berdepan pasukan di Piala Dunia 2022. Perkara ini dikongsikan oleh laman Asean Football yang memberitahu mengenai perancangan rapi skuad kendalian Shin Tae-yong menjelang sepak mula Piala Asia tahun hadapan. Indonesia yang kini memiliki skuad terbaik dengan prestasi yang cukup memukau sedang mengatur langkah bagi […]
Singapura Atasi Guam

Singapura mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/2027 dengan menewaskan Guam dalam aksi timbal balik pusingan pertama. Selepas meraih kemenangan tipis 2-1 pada aksi pertama di Singapura, The Lions memerlukan kemenangan bagi membolehkan mereka layak dengan selesa. Manakala Guam pula berharap dapat mencipta keajaiban dengan meraih kemenangan ke atas pasukan dari Asia Tenggara […]
Ilhan Fandi: Jangan Risau, Saya Akan Kembali Jaringkan Gol

Penyerang muda Singapura, Ilhan Fandi percaya dengan sedikit masa, beliau akan kembali menjaringkan gol. Penyerang KMSK Deinze itu membuat kemunculan pertama untuk Singapura menentang Guam selepas sebelum ini berehat panjang akibat kecederaan ACL pada penghujung tahun lalu. Ilhan yang masuk sebagai pemain gantian menggantikan Shawal Anuar mendapat beberapa peluang menjaringkan gol tetapi kesemua percubaannya tidak […]
Singapura Atasi Tentangan Sengit Guam

Singapura membuktikan status mereka sebagai pasukan pilihan apabila mengatasi Guam dalam aksi pertama pusingan kelayakan pertama Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Perlawanan ini dilihat mudah atas kertas dengan melihat ranking FIFA kedua-dua pasukan. Singapura menduduki ranking ke-157 dengan Guam (kedudukan ke-201). Justeru, tidak hairanlah Singapura tampil garang di Stadium Nasional Singapura pada babak pertama. Begitupun, […]
Indonesia & Malaysia Bincang Potensi Anjurkan Piala Dunia 2034

Selepas Arab Saudi, Indonesia pula mempunyai keinginan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 dengan gagasan membentuk pakatan dengan Malaysia, Singapura dan Australia. Perkara itu dinyatakan Ketua Umum PSSI, Erick Thohir semasa ditemubual akhbar Sydney Morning Herald. Pemilik Oxford United itu menyifatkan jika itu berlaku, mereka mampu memberi saingan kepada bidaan yang dibuat oleh Arab Saudi. […]
Media Terkemuka Asia Cadang 3 Stadium Malaysia Jadi Venue Piala Dunia 2034

Sebuah akhbar Australia mencadangkan sekiranya pakatan Malaysia-Australia sebagai tuan rumah Piala Dunia 2034 jadi kenyataan, tiga stadium negara ini patut dijadikan sebagai venue kejohanan. Akhbar Sydney Morning Herald menggagaskan idea ini atas alasan Malaysia memiliki beberapa stadium yang memenuhi kriteria stadium perlawanan Piala Dunia berbanding Australia. FIFA menetapkan sesebuah stadium perlu memiliki kapasiti sekurang-kurangnya 40,000 […]
Skuad Kebangsaan USA & Jepun Bakal Tiba Di Indonesia

Dengan Piala Dunia B-17 bakal berlangsung tidak lama lagi di Indonesia, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun telah membuat persiapan awal dengan menyertai kejohanan bola sepak remaja di Bali. Ini selepas Orange Veins dan Bali United mengumumkan penganjuran kejohanan bola sepak remaja antarabangsa di pulau terkemuka itu. Selain AS dan Jepun, pasukan lain yang mengambil bahagian […]
Negara Asia Berpeluang Jadi Tuan Rumah Piala Dunia 2034

Negara-negara Asia mempunyai peluang besar menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 berdasarkan pengumuman FIFA semalam. Footy Rankings mendedahkan perkara ini berlaku disebabkan Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico sebagai tuan rumah Piala Dunia 2026. Ini disusuli pengumuman bahawa enam negara sebagai tuan rumah Piala Dunia 2030 iaitu Brazil, Uruguay, Argentina, Portugal, Sepanyol dan Maghribi. AS, […]
Jordi Amat: Indonesia Mampu Layak Ke Piala Dunia

Bek tengah Indonesia, Jordi Amat percaya tidak mustahil untuk pasukan itu mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2026. Keyakinan Amat bersandarkan kepada peruntukan lapan slot kelayakan Piala Dunia yang diperuntukkan kepada AFC. Dengan lapan slot tersebut, peluang negara Asia Tenggara terutama Indonesia untuk layak amat cerah. Selain meningkatkan peluang layak ke Piala Dunia, ini secara […]