Kelayakan Piala Dunia: Vietnam Penuhi Jangkaan Kalahkan Filipina

Vietnam memulakan kempen Kumpulan F dengan kemenangan apabila menewaskan negara serantau Filipina di Stadium Memorial Rizal semalam. Dengan tiga negara ASEAN dalam Kumpulan F iaitu Vietnam, Filipina dan Indonesia, kedua-dua pasukan tahu kemenangan penting bagi merebut slot kedudukan dua teratas kumpulan. The Azkals yang diperkuat beberapa tonggak Liga Malaysia (Liga M) seperti Manuel Ott dan […]

Kelayakan Piala Dunia: Oman Cemerlang Atasi Taiwan

Oman memulakan kempen Kumpulan D dengan langkah kanan apabila menewaskan pasukan dari Asia Timur, Taiwan 2-0 di Kompleks Sukan Sultan Qaboos. Dengan Malaysia mengetuai Kumpulan D buat sementara waktu selepas mengalahkan Kyrgyzstan 4-3, kedua-dua pasukan berharap dapat membuka kempen masing-masing dengan kemenangan. Tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Omar Al-Malki pada minit ke-17. […]

Piala Dunia U17: Maghribi Tewaskan Indonesia

Skuad B-17 Maghribi mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia B-17 2023 dengan mengalahkan tuan rumah Indonesia 3-1 hari ini. Maghribi tahu mereka memerlukan kemenangan hari ini bagi membolehkan mereka layak ke pusingan seterusnya. Indonesia turut memiliki misi sama selepas dua kali seri dalam Kumpulan A. Maghribi terlebih dahulu membuka jaringan menerusi penalti […]

Kelayakan Piala Dunia: Australia Berpesta Gol Ke Atas Bangladesh

Australia melaungkan amaran kepada semua pencabar mereka dalam Kumpulan I dengan membelasah pasukan Asia Selatan, Bangladesh 7-0. Dari segi ranking, Bangladesh dianggap pasukan bukan pilihan dengan ranking ke-183 berbanding Australia (ranking ke-27 dunia). Perlawanan hari ini juga dianggap istimewa buat jurulatih Australia, Graham Arnold. Apabila beliau berada di tepi padang hari ini, beliau memintas rekod […]

Kelayakan Piala Dunia: Jepun ‘Bantai’ Myanmar

Pasukan gergasi Asia, Jepun memulakan kempen kelayakan Kumpulan B dengan bergaya apabila membelasah Myanmar 5-0 di Stadium Panasonic Suita. Dengan Samurai Biru sebagai pasukan pilihan, skuad Chinthe yang dibimbing Michael Feichtenbeiner berharap tidak mengalami kekalahan besar di tempat lawan. Bagaimanapun, harapan bekas pengendali Selangor FC itu punah apabila penyerang Feyenoord, Ayase Ueda meletakkan Jepun di […]

Son Heung-min: Ini Mungkin Piala Dunia Terakhir Saya

Kapten Korea Selatan, Son Heung-min tidak menolak kempen Piala Dunia 2026 sebagai kempen Piala Dunia terakhirnya bersama pasukan itu sekiranya layak ke kejohanan berkenaan. Kenyataan ini dibuat dalam sidang media pra-perlawanan kelayakan Piala Dunia membabitkan Singapura dan Korea Selatan semalam. Heung-min bersikap realistik dengan kemungkinan itu memandangkan usianya kini sudah mencecah 31 tahun. Penyerang Tottenham […]

Madame Pang Janji RM1.3 Juta Kepada Pemain Thailand

Skuad Thailand bakal mendapat habuan lumayan sekiranya berjaya melepasi kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026. SiamSport mendedahkan pengurus pasukan Gajah Perang, Nualphan Lamsam atau Madame Pang bersedia membayar 10 juta baht (RM1.3 juta) kepada pemain dan staf pasukan. Ganjaran bonus ini ditawarkan kepada mereka sekiranya skuad Thailand berjaya keluar dari Kumpulan C dan mara […]

Piala Dunia U17: Amerika Syarikat Sekat Tentangan Sengit Burkina Faso

Amerika Syarikat terus gah menerajui Kumpulan E dengan mengalahkan Burkina Faso 2-1 di Stadium Antarabangsa Jakarta (JIS) hari ini. Selepas berjaya mengalahkan Korea Selatan 3-1 dalam aksi pertama kumpulan, Baby Nats hanya memerlukan satu kemenangan untuk mara ke pusingan seterusnya. Sementara Burkina Faso yang dibimbing bekas bintang import Persib Bandung, Brahima Traore berharap dapat mengelak […]

65,000 Tiket Aksi Iraq & Indonesia Habis Terjual

Bekas juara Piala Asia edisi 2007, Iraq bakal mendapat sokongan padu penyokong menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Indonesia esok. ASEAN Football melaporkan kesemua 65,000 tiket untuk perlawanan tersebut di Stadium Antarabangsa Basra sudah habis dijual. Ini pasti akan menambah tekanan kepada Tim Garuda yang berharap dapat meraih kemenangan dalam aksi pertama Kumpulan F […]

Piala Dunia U17: England Bangkit Tewaskan Iran

Ubi muda England bangkit daripada ketinggalan sebelum merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Iran dalam aksi kedua Kumpulan C hari ini. Selepas mengalahkan Brazil 3-2 dalam aksi pertama kumpulan, keyakinan anak-anak buah Hossein Abdi berada pada tahap tinggi. Pada masa sama, The Three Lions juga turun dengan penuh semangat selepas membelasah New Caledonia 10-1. Babak pertama […]

Indonesia Mahu Kalahkan Iraq

Pemain sayap Indonesia, Egy Maulana Vikri percaya pasukan itu memiliki keupayaan untuk mengejutkan pasukan hebat dari Asia Barat, Iraq. Tim Garuda berdepan tugas sukar untuk aksi pertama kelayakan Kumpulan F. Ini kerana dari segi ranking, Iraq berada di tangga ke-68 berbanding Indonesia (ranking ke-145). Walaupun mengakui pasukan yang dibimbing Jesus Casas itu pasukan yang hebat, […]

Piala Dunia U17: Brazil Cemerlang Belasah New Caledonia

Skuad B-17 Brazil bangkit daripada kekecewaan dalam aksi pertama Kumpulan C dengan membelasah pasukan dari rantau Pasifik, New Caledonia 9-0 hari ini. Selepas tewas mengejut 3-2 di tangan Iran, ubi muda Selecao tidak mahu pisang berbuah dua kali lagi ini. Sementara New Caledonia pula mahu melupakan memori dibelasah 10-1 oleh England dalam aksi pertama Kumpulan […]

Piala Dunia U17: Ecuador Tundukkan Maghribi

Ecuador menghidupkan peluang mara ke pusingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia B-17 dengan mengalahkan Maghribi 1-0 dalam aksi kedua Kumpulan A. Maghribi berpotensi layak ke pusingan 16 pasukan terbaik dengan kelebihan satu perlawanan jika menang hari ini. Manakala Ecuador memerlukan kemenangan selepas seri 1-1 dengan tuan rumah Indonesia dalam aksi pertama Kumpulan A. Babak pertama […]

Piala Dunia U17: USA Atasi Saingan Hebat Korea Selatan

Pertembungan dua pasukan tumpuan di Piala Dunia U17 itu menyaksikan Korea Selatan memberikan masalah besar kepada USA sebelum keputusan memihak kepada USA dengan jaringan 2-1. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Jakarta itu memperlihatkan percaturan terbaik yang ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan dalam misi memburu tiga mata. Aksi bermula baik apabila USA memulakan tekanan awal untuk mencari […]

Piala Dunia U17: Perancis Mudah Atasi Burkina Faso

Perancis memulakan kempen Kumpulan E dengan bergaya menerusi kemenangan 3-0 ke atas Burkina Faso di Stadium Antarabangsa Jakarta (JIS) hari ini. Perancis turun dengan misi meraih tiga mata awal dalam Kumpulan E. Selain mereka dan Burkina Faso, Amerika Syarikat dan Korea Selatan turut berada dalam kumpulan sama. Babak pertama menyaksikan Perancis banyak mendominasi perlawanan. Bagaimanapun, […]

Piala Dunia U17: Jepun Kalahkan Poland

Skuad B-17 Jepun memulakan kempen Kumpulan D dengan kemenangan dengan menewaskan Poland 1-0 hari ini. Jepun berharap dapat mara lebih jauh selepas sebelum ini berjaya sampai ke pusingan 16 pasukan terbaik dalam dua edisi Piala Dunia B-17 sebelumnya. Sementara Poland pula berharap meraih pencapaian lebih baik selepas tersekat di peringkat kumpulan dalam edisi 1999. Babak […]