Switzerland Iringi Brazil Ke Pusingan Kalah Mati Piala Dunia

Switzerland terpaksa bekerja keras sebelum membenam cabaran Serbia 3-2 dalam aksi terakhir Kumpulan G Piala Dunia 2022. Dengan kemenangan tersebut, ini membolehkan mereka mengiringi Brazil layak ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2022. Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling menyerang sebaik sepak mula. Rossocrociati mendahului seawal minit ke-20 menerusi Xherdan Shaqiri. Djibril Sow menerima hantaran […]
Uruguay Dan Ghana Tersingkir Dari Piala Dunia

Walaupun mencatat kemenangan selesa 2-0 ke atas Ghana, kemenangan tersebut tidak bermakna kepada Uruguay. Ini selepas mereka dan Black Stars tersingkir dari Piala Dunia susulan kemenangan mengejut Korea Selatan ke atas Portugal dalam satu lagi aksi Kumpulan H. Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan bermula dengan berhati-hati dan tidak mengambil terlalu banyak risiko. Bagi Ghana, seri […]
Korea Selatan Diamkan Portugal, Mara Ke Pusingan Kalah Mati

Portugal mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2022 sebagai juara Kumpulan H walaupun tewas mengejut 2-1 kepada Korea Selatan dalam perlawanan terakhir kumpulan di Stadium Bandar Pendidikan. Kemenangan mengejut ini membolehkan Pahlawan Taeguk mengiringi A Selecao ke pusingan kalah mati. A Selecao mendahului Pahlawan Taeguk seawal minit kelima menerusi penyerang Sporting Braga, Ricardo Horta. […]
Piala Dunia: “Mana Ada Kami Sengaja Kalah”, Busquets Pertahan Kekalahan Sepanyol

Selepas dikejutkan Jepun dalam aksi terakhir peringkat kumpulan pada awal pagi Jumaat, timbul tanggapan bahawa Sepanyol sebenarnya sengaja tewas perlawanan itu. Sebelum perlawanan, Sepanyol hanya memerlukan seri untuk layak selaku juara kumpulan yang dilabel kumpulan maut ini, tetapi sekiranya tewas mereka tetap boleh mara sebagai naib juara dengan syarat Costa Rica tidak mengutip mata penuh […]
Jerman Tersingkir Dari Piala Dunia

Selepas Belgium dan Denmark, giliran Jerman pula mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Dunia. Ini selepas mereka menewaskan Costa Rica 3-2 dalam perlawanan terakhir Kumpulan E Piala Dunia 2022. Perlawanan hari ini juga dianggap bersejarah kerana menampilkan pengadil wanita pertama dalam sejarah Piala Dunia. Stephanie Frappart dari Perancis diberi kepercayaan mengadili perlawanan yang menentukan siapa bakal […]
Jepun Dan Sepanyol Mara Ke Pusingan Kalah Mati Piala Dunia

Sepanyol mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2022 walaupun tewas mengejut 2-1 di tangan Jepun dalam perlawanan terakhir Kumpulan E hari ini. Dengan kemenangan mengejut ini, Jepun muncul juara kumpulan diikuti oleh Sepanyol. Jepun sudah mula mengasak Sepanyol sebaik sepak mula. Kesilapan Sergio Busquets menghantar bola segera direbut Jepun sekitar minit kelapan di mana […]
Bintang Dunia Belgium Gagal Mara Ke Pusingan Kalah Mati Piala Dunia

Croatia mengikat Belgium 0-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan F sekaligus mengiringi Maghribi layak ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2022. Keputusan tersebut turut menyingkirkan The Red Devils dari kejohanan ini. Babak pertama menyaksikan pemain sayap Spurs, Ivan Perisic mengancam gawang The Red Devils menerusi satu percubaan jauh pada minit pertama. Bagaimanapun, percubaannya itu langsung tidak […]
Maghribi Mara Ke Pusingan Kalah Mati Piala Dunia Tewaskan Kanada

Maghribi layak ke pusingan kedua Piala Dunia 2022 selepas berjaya mengalahkan Kanada dalam perlawanan terakhir Kumpulan F hari ini. Babak pertama menyaksikan Singa Atlas sudah mendahului lawan seawal minit keempat menerusi Hakim Ziyech. Ini selepas penjaga gol Milan Borjan tersilap beri bola kepada pemain sayap Chelsea itu sekaligus memudahkannya mengangkat bola melepasi penjaga gol Red […]
Australia Mara Ke Pusingan Kedua Piala Dunia

Australia terpaksa bekerja keras dalam perlawanan terakhir Kumpulan D menentang Denmark sebelum mengiringi Perancis ke pusingan kedua Piala Dunia 2022. Manakala Denmark dan Tunisia tersingkir walaupun Helang Carthage melakar kejutan membenam Perancis 1-1. Perlawanan di Stadium Al-Janoub itu menyaksikan permulaan seimbang Australia dan Denmark pada babak pertama. Tetapi Danish Dynamite lebih banyak menguasai bola dan […]
Brazil Hilang Neymar

Juara dunia lima kali, Brazil menerima tamparan hebat apabila bintang sensasi pasukan, Neymar Jr dilaporkan mengalami kecederaan. Pemain PSG itu turun selaku bintang tumpuan dalam kejohanan ini dalam misi merangkul Piala Dunia ke-6 bersama negaranya itu dijangka tidak dapat diturunkan dalam aksi terakhir kumpulan. Walau bagaimanapun, kelibat pemain berusia 30 tahun itu sering mengundang kesukaran […]
Frappart Pengadil Wanita Pertama Piala Dunia

Satu lagi sejarah Piala Dunia bakal dilakar dalam perlawanan terakhir Kumpulan E membabitkan Jerman dan Costa Rica pada awal pagi 2 Disember. Ini kerana pengadil wanita Perancis Stephanie Frappart telah dipilih sebagai pengadil perlawanan tersebut. Frappart akan dibantu oleh dua penolong pengadil wanita Neuza Beck (Brazil) dan Karen Diaz Medina (Mexico) untuk perlawanan itu di […]
Piala Dunia: Doan Yakin Jepun Boleh Kecewakan Sepanyol

Setelah memulakan kempen Piala Dunia dengan kemenangan sensasi 2-1 ke atas Jerman, Jepun dilihat berpotensi cerah mencipta kejutan besar mara ke pusingan kalah mati dari kumpulan yang dianggap kumpulan paling sukar dalam edisi kali ini. Tetapi kini, di sebalik menduduki tangga kedua Kumpulan H, mereka mungkin akan ditunjukkan jalan keluar malah memerlukan keajaiban untuk mara […]
England Dan Amerika Syarikat Mara Ke Pusingan Kedua Piala Dunia

England dan Amerika Syarikat muncul dua pasukan seterusnya mengikut Belanda dan Senegal layak ke pusingan kedua Piala Dunia 2022. Ini selepas kedua-dua pasukan menang dalam perlawanan terakhir Kumpulan B. England yang berdepan cabaran Wales di Stadium Ahmad bin Ali mendominasi perlawanan sebaik sepak mula. Peluang terbaik mereka hadir pada minit ke-10 apabila Harry Kane membuat […]
Belanda Dan Senegal Mara Ke Pusingan Kedua Piala Dunia

Belanda dan Senegal menepati ramalan layak ke pusingan kedua Piala Dunia 2022 selepas menang perlawanan terakhir Kumpulan A. Belanda mudah menundukkan pasukan tuan rumah Qatar dengan Senegal pula bekerja keras sebelum mengalahkan Ecuador. Dalam perlawanan Oranje menentang The Maroon di Stadium Al-Bayt, minit-minit awal babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan menguji gawang lawan menerusi Memphis Depay […]
Piala Dunia: Brazil Layak Ke Pusingan Kedua

Brazil mengikut jejak langkah Perancis mara ke pusingan kedua Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Switzerland dalam aksi kedua Kumpulan G hari ini. Brazil yang bermain tanpa kelibat Neymar tetap merbahaya sebaik sepak mula. Jentera serangan Brazil diketuai Richarlison, Vinicius Jr dan Raphinha mula menguji Rossocrociati seawal minit keempat tetapi hantaran Raphinha gagal dicapai oleh penyerang […]
Piala Dunia: Korea Selatan Terkejut Diaibkan Ghana

Hasrat Korea Selatan merekodkan kemenangan pertama dalam Kumpulan H Piala Dunia 2022 tidak kesampaian. Ini selepas Pahlawan Taeguk diaibkan pasukan gergasi Afrika, Ghana 3-2 dalam aksi kedua kumpulan. Dengan jurang ranking pasukan yang besar iaitu Korea Selatan (ke-28 dunia) dan Ghana (ke-62 dunia), tidak hairanlah mengapa pasukan gergasi Asia itu memberi tekanan sebaik sepak mula. […]