Piala Dunia: Maghribi Tewaskan Sepanyol Secara Penalti, Mara Ke Suku Akhir

Pasukan dari benua Afrika, Maghribi mencipta kejutan dengan mara ke suku akhir Piala Dunia 2022. Ini selepas Singa Atlas itu berjaya menewaskan pasukan gergasi Eropah, Sepanyol 3-0 menerusi penentuan sepakan penalti. Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bermula seimbang sebaik sepak mula. Tetapi Maghribi terlebih dahulu mencemaskan pertahanan La Roja menerusi percubaan bek kanan PSG, Achraf […]

Tite Jelaskan Dia Menari Kerana Mahu Dekatkan Hubungan Dengan Pemain

Jurulatih Brazil, Tite mencuri tumpuan apabila turut sama menari bersama pemainnya ketika perlawanan pusingan kedua menentang Korea Selatan, yang dimenangi mereka dengan keputusan 4-1 pada awal pagi Selasa. Brazil tampil dengan permainan dominan untuk mendahului Korea Selatan 4-0 di separuh masa pertama, dan selepas Richarlison meledak gol ketiga pada minit ke-29, para pemain meraikannya dengan […]

Penyokong Wanita Piala Dunia Rasa Selamat Di Qatar

Sejak Piala Dunia 2022 diadakan di Qatar, negara tuan rumah itu sentiasa dirundung kontroversi terutama isu pekerja asing. Tetapi bagi ramai penyokong khususnya penyokong wanita, satu perkara sudah terbukti di situ: keselamatan mereka sentiasa terjamin. Sebelum ini, Qatar sentiasa dimomokkan dengan pelbagai label oleh media Barat seperti konservatif, menindas kaum wanita dan kolot. Keputusan tuan […]

Kad Hayya Piala Dunia Qatar Bantu Umat Islam Kerjakan Umrah

Ketika ini, pusingan kalah mati Piala Dunia 2022 sedang berjalan dengan dua perlawanan terakhir bakal berlangsung malam ini. Tetapi bagi sesetengah penyokong, ada yang mengambil kesempatan ke Qatar agar berpeluang mengerjakan ibadat umrah pada kadar yang berkemampuan. Salah seorang yang mengambil kesempatan ini ialah Ahashanuzzaman Shujan dari Bangladesh. Dia membeli dua tiket perlawanan pada 28 […]

Piala Dunia: Brazil Belasah Korea Selatan Untuk Mara Ke Suku Akhir

Brazil menepati status mereka sebagai pasukan pilihan Piala Dunia 2022 selepas membelasah Korea Selatan 4-1 dalam aksi kalah mati di Stadium 974 hari ini. Babak pertama menyaksikan Selecao membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi Vinicius Junior. Raphinha melarikan bola ke sebelah kiri pertahanan Pahlawan Taeguk sebelum menolak bola pantas ke dalam kotak penalti mereka. Walaupun […]

Piala Dunia: Croatia Singkirkan Jepun, Layak Ke Suku Akhir

Hasrat Jepun untuk mara ke suku akhir Piala Dunia 2022 tidak kesampaian selepas ditewaskan Croatia 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan pusingan kalah mati hari ini. Sebaik sepak mula, Jepun mula mengasak kubu Croatia terlebih dahulu. Dan anak buah Hajime Moriyasu hampir saja mendahului seawal minit ketiga menerusi tandukan Shogo Taniguchi selepas menerima hantaran […]

Piala Dunia: Isteri dan Teman Wanita Tidak Puas Didakwa Punca Jerman Tersingkir Awal

Akhbar kebangsaan Jerman, Bild membuat rumusan mengenai punca tersingkirnya Jerman seawal pusingan kumpulan dari saingan Piala Dunia Qatar 2022. Jerman yang membuka kempen dengan kekalahan mengejut 1-2 di tangan Jepun, bangkit mengikat Sepanyol 1-1 dan kemudiannya menewaskan Costa Rica 4-2 dalam aksi terakhir Kumpulan E namun ia tidak memadai untuk mereka meneruskan perjuangan. Ia lantas […]

Hero Piala Dunia Jepun Rungkai Kisah Korbankan Bola Sepak Demi Segulung Ijazah

Bintang Piala Dunia Jepun, Kaoru Mitoma sebenarnya pernah menolak peluang keemasan apabila beliau ditawarkan kontrak profesional bola sepak semata-mata mahu melanjutkan pelajaran di universiti. Pemain berusia 25 tahun itu merupakan bintang dalam pembikinan skuad matahari terbit itu apabila mereka kini berada pada landasan terbaik dalam kejohanan berprestij tersebut. Kisah perjalanan bekas bintang Kawasaki Frontale mencuri […]

Mbappe Pecah Rekod Piala Dunia Pele

Semalam Perancis layak ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2022 selepas mengalahkan Poland 3-1 menerusi dua gol Kylian Mbappe. Dengan dua gol itu juga, penyerang PSG itu telah memecahkan rekod pemain termuda menjaringkan gol Piala Dunia yang dipegang oleh legenda Brazil, Pele. Selain itu, bekas penyerang AS Monaco itu turut menyamai rekod Lionel Messi dengan […]

Piala Dunia: England Benam Senegal, Jumpa Perancis Di Suku Akhir

England membuktikan status mereka sebagai pasukan gergasi Eropah dengan mengalahkan Senegal dalam pusingan kalah mati Piala Dunia 2022. Dengan kemenangan ini, ia bakal menyakskan pertembungan Three Lions dan Perancis di peringkat suku akhir. Babak pertama menyaksikan Senegal bertahan menyerap asakan Three Lions. Tetapi mereka boleh saja mendahului pada minit ke-23 menerusi Ismaila Sarr selepas England […]

Dua Gol Mbappe Bawa Perancis Ke Suku Akhir Piala Dunia

Dua gol Kylian Mbappe membantu juara dunia Perancis menang selesa ke atas Poland 3-1 dalam aksi kalah mata Piala Dunia 2022 hari ini. Kemenangan ini membantu mereka layak ke peringkat suku akhir. Babak pertama menyaksikan permulaan seimbang kedua-dua pasukan sebaik sepak mula. Tetapi Les Bleus terlebih dahulu mengancam seawal minit ketiga menerusi tandukan Raphael Varane […]

Kylian Mbappe Enggan Promosi Arak Di Piala Dunia

Selepas tamat perlawanan Piala Dunia 2022, lumrah bagi pemain terbaik perlawanan (MOTM) diberi anugerah MOTM yang ditaja oleh Budweiser. Tetapi bagi bintang PSG Kylian Mbappe, beliau sengaja tidak menunjukkan nama jenama arak itu pada trofi setiap kali mengambil gambar MOTM dengan terbaru selepas perlawanan Kumpulan D menentang Denmark. Bagi pemain-pemain lain dari Gareth Bale hingga […]

Piala Dunia: Argentina Bakal Bertemu Belanda Di Suku Akhir

Argentina terpaksa bekerja keras sebelum dapat menundukkan Australia 1-0 dalam satu lagi aksi kalah mati Piala Dunia 2022. Dengan kemenangan ini, Albiceleste bakal bertemu Belanda di peringkat suku akhir bagi menentukan pasukan mana layak ke separuh akhir. Separuh masa pertama menyaksikan Argentina bergelut menembusi pertahanan Socceroos yang dibimbing Graham Arnold. Tetapi bila ada legenda bertaraf […]

Piala Dunia: Belanda Jadi Pasukan Pertama Mara Ke Suku Akhir Tewaskan USA

Status Belanda sebagai pasukan gergasi Eropah terus terserlah apabila berjaya menewaskan Amerika Syarikat 3-1 dalam perlawanan pertama pusingan kalah mati Piala Dunia 2022. Dengan kemenangan tersebut, itu juga melayakkan Oranje ke peringkat suku akhir kejohanan. Babak pertama menyaksikan USA hampir mendahului Belanda seawal minit ketiga menerusi Christian Pulisic. Selepas menerima hantaran dari pemain tengah Leeds, […]

Gara-gara Dikeluarkan, Jurulatih Portugal Kena Maki Hamun Dengan Ronaldo?

Benarkah Cristiano Ronaldo telah memaki hamun jurulatih Portugal, Fernando Santos kerana mengeluarkannya pada minit ke-61 ketika perlawanan menentang Korea Selatan? Itu persepsi dan andaian dibuat media Portugal setelah melihat bekas pemain Manchester United itu seolah tidak berpuas hati dan bercakap sesuatu kepada Santos ketika berjalan keluar padang, tatkala perlawanan tersebut menyaksikan Portugal mengalami kekalahan 1-2. […]

Brazil Dikejutkan Cameroon Tapi Layak Ke Pusingan Kalah Mati

Cameroon melakar kejutan terbesar Piala Dunia 2022 dengan menewaskan Brazil 1-0 dalam aksi terakhir Kumpulan G. Tetapi kemenangan tersebut tidak cukup membantu The Indomitable Lions daripada tersingkir dari Piala Dunia selepas Switzerland membenam cabaran Serbia dalam satu lagi aksi Kumpulan G. Babak pertama menyaksikan Brazil mendominasi bola sebaik sepak mula. Tetapi percubaan Selecao ke arah […]