“Malaysia Buru Slot Pusingan Akhir Piala Asia” – Elavarasan

Jurulatih skuad B-23 Malaysia, E. Elavarasan mahu merealisasikan sasaran melepasi pusingan kelayakan agar dapat beraksi di Piala Asia B-23 2024 di Qatar. Beliau melihat sasaran tersebut tidak mustahil boleh dicapai memandangkan majoriti pemain yang dibawa ialah pemain-pemain sama yang beraksi dalam Sukan SEA 2023 dan Piala AFF B-23 2023. “Kita datang ke sini dengan satu […]

Thailand Sasar Layak Ke Piala Asia B-23

Skuad B-23 Thailand melaungkan amaran kepada semua pasukan dalam Kumpulan H Kelayakan Piala Asia B-23 termasuk Malaysia dengan berazam layak ke pusingan akhir kejohanan itu. Perkara tersebut dinyatakan oleh jurulatih skuad Gajah Perang, Issara Sritaro. Ini kerana anak-anak buahnya telah membuat persiapan untuk pusingan kelayakan ini sejak tahun lepas. Dibantu dengan sokongan penyokong tempatan, Thailand […]

“Skuad Ini Kembalikan Era Gemilang Malaysia”

Kecemerlangan prestasi yang ditampilkan oleh Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini mendapat pujian dan perhatian lagenda bola sepak negara, Dollah Salleh. Bekas penyerang kebangsaan itu melihat pasukan negara kini dalam momentum terbaik untuk membentu satu era ’emas’ baharu buat Harimau Malaya. Beliau ketika ditemui di Majlis Pelancaran Pestabola Merdeka di Wangsa Maju menjelaskan, kembalinya penganjuran […]

Sergio Aguero Mahu Pastikan Kim Pan-gon Bawanya Ke Piala Asia

Kapten Sri Pahang FC, Sergio Aguero mahu memastikan namanya tersenarai dalam skuad Harimau Malaya yang bakal beraksi dalam Piala Asia 2023. Selepas membuat penampilan bersama skuad senior Malaysia dalam Piala AFF 2022, pemain naturalisasi negara itu terlepas panggilan skuad kebangsaan susulan masalah kecederaan. Kini, selepas kembali cergas dan menunjukkan prestasi bagus bersama Tok Gajah, Aguero […]

Lawan Malaysia Di Piala Asia Label Vietnam Lemah

‘Musuh’ Malaysia dalam saingan Piala Asia 2023, Korea Selatan menganggap Vietnam sebagai pasukan lemah menjelang aksi persahabatan kedua-dua pasukan itu pada Oktober ini. Jurulatih Taeguk Warriors, Jurgen Klinsmann melihat Golden Star Warriors sebagai satu-satunya lawan alternatif mereka untuk kalendar antarabangsa FIFA pada Oktober. Sebarang rancangan untuk mengundang pasukan dari Amerika Selatan atau Eropah untuk tempoh […]

Bekas Bintang JDT Perkuat Filipina Pada Usia 37 Tahun

Bekas bintang JDT menjadi antara pemain yang dipanggil untuk memperkuat pasukan kebangsaan Filipina bagi kem latihan pusat bulan September. Beliau pernah beraksi bersama pasukan Harimau Selatan musim lalu tetapi lebih banyak diturunkan bersama JDT II. Pemain kelahiran Santa Maria, Sepanyol itu memiliki pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Asia Tenggara selepas beraksi bersama […]

Pasukan Ke-73 Dunia Lawan Terakhir Malaysia Sebelum Ke Piala Asia

Malaysia akan menutup perjalanan bagi persiapan ke Piala Asia 2023 dengan bertemu salah sebuah pasukan dalam kelompok 100 terbaik dunia. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon kini dalam persiapan rapi untuk ke kejohanan berprestij tersebut selepas mengesahkan perlawanan berdepan Syria dan China bagi aksi persahabatan September ini. Perlawanan yang berlangsung di Chengdu, China itu menyaksikan Harimau Malaya […]

Malaysia Rasmi Uji Pasukan Piala Dunia

Hasrat Malaysia untuk berdepan pasukan yang beraksi di Piala Dunia akhirnya tercapai apabila salah sebuah pasukan telah menyatakan persetujuan. Harimau Malaya kini dalam misi melakukan persiapan terbaik untuk ke Piala Asia di Qatar tahun hadapan termasuklah menguji beberapa pasukan gergasi dunia bermula September ini. Menerusi satu kenyataan oleh FAM, anak didik Kim Pan-gon bakal berdepan […]

Malaysia Diundi Bersama Oman & Kyrgyzstan | Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027

Malaysia berdepan laluan yang agak mencabar menjelang Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027. Berdasarkan undian yang telah berlangsung di AFC House, Bukit Jalil, Harimau Malaya yang diletakkan dalam Pot 3 berdepan laluan mencabar. Skuad kebangsaan kini berada pada prestasi kemuncak apabila melonjak ke tangga 136 dunia berdasarkan ranking semasa yang dikemas kini oleh […]

Posisi Penjaga Gol Nombor Satu Malaysia Sukar Digugat

Persediaan Malaysia menuju ke pentas tertinggi bola sepak Asia dilihat berada pada landasan terbaik selepas posisi penjaga gol menunjukkan kualiti yang tersendiri daripada pesaingnya. Persaingan merebut tempat pada setiap possi berlangsung cukup sengit tatkala beberapa penjaga gol mula menunjukkan potensi sebenar. Menerusi satu komen oleh pengurus kelab Selangor Elit, Jazli Rahimi dalam rancangan Nindia Bola, […]

Pertahanan Kebal ‘Musuh’ Malaysia Di Piala Asia Sertai Bayern Munich

Orang besi Korea Selatan, Kim Min-jae yang bakal beradu dengan barisan penyerang Malaysia di Piala Asia akan menyertai Bayern Munich. Ini selepas kelab Bavaria itu sudah memuktamadkan terma peribadi dengan orang besi Napoli itu. Kini, yang tinggal ialah Die Roten membayar penuh klausa perpindahannya berjumlah €60 juta (RM306 juta) dengan Napoli. Menurut wartawan sukan terkenal, […]

Bahrain Lantik Jurulatih Baharu Sebelum Ke Piala Asia

Bahrain dilaporkan melakukan persediaan yang cukup ampuh sebelum ke Piala Asia apabila mempertimbangkan pelantikan jurulatih baharu. Bahrain diundi dalam satu kumpulan bersama Malaysia dengan dua lagi pasukan bakal menjadi cabaran besar iaitu Jordan dan juga Korea Selatan. Pasukan yang dibimbing oleh pengendali kelahiran Portugal, Helio Sousa ini bagaimanapun difahamkan akan menerima kehadiran jurulatih baharu dari […]

Piala Asia B-17: Skuad Muda Malaysia Lesu Ditewaskan Yaman

Hasrat skuad Malaysia B-17 melakar kemenangan sulung dalam Kumpulan A Piala Asia B-17 tidak kesampaian hari ini. Ini selepas anak-anak buah Osmera Omaro ditewaskan Yaman 4-0 di Stadium Thammasat. Sebaik sepak mula, anak-anak buah Hasan Ali Albaadani mula menekan skuad B-17 negara. Dan mereka tidak menunggu lama berada di hadapan pada minit ke-21 menerusi Abdulrahman […]

Aksi Malaysia & Arab Saudi Bakal Jadi Kenyataan

Menjelang Piala Asia 2023 yang diadakan pada Januari tahun hadapan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sibuk mengatur beberapa aksi persahabatan sebelum kejohanan itu bermula. Dan satu daripadanya bakal menjadi kenyataan iaitu aksi persahabatan membabitkan Malaysia dan Arab Saudi. Difahamkan aksi persahabatan membabitkan Harimau Malaya dan Arabian Falcons itu bakal diadakan sekitar Disember ini atau Januari […]

Kelayakan Piala Asia B-23: Malaysia Diundi Bersama Thailand, Bangladesh & Filipina

Skuad Malaysia B-23 kini mengetahui siapa lawan yang menanti mereka di pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024. Cabutan kumpulan yang dibuat hari ini menyaksikan Harimau Muda ditempatkan bersama Thailand, Bangladesh dan Filipina dalam Kumpulan H. Keputusan undian diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi laman media sosial rasmi mereka termasuk Twitter hari ini. Undian […]

Kim Pan-gon & TMJ Bertemu Demi Bola Sepak Malaysia

Pertemuan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) meraih tumpuan para peminat bola sepak tanah air. Kunjungan beliau ke Johor ditemani oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin yang sempat bertentang mata di pejabat kelab JDT. […]