V. Ruventhiran Mahu Manfaatkan Pengalaman Tewaskan Thailand

Pemain pertahanan skuad B-23 Malaysia, V. Ruventhiran melihat Thailand mampu ditewaskan menjelang aksi terakhir Kumpulan H yang berlangsung esok. Bek kiri Selangor FC itu berpandangan sedemikian kerana beliau pernah membantu skuad senior negara mengalahkan Gajah Perang dalam aksi separuh akhir Piala AFF 2022. Justeru, pengalaman itu mahu dimanfaatkan bagi membantu Harimau Muda mengalahkan Thailand dan […]

Jürgen Klinsmann: Kalau Tak Suka Saya, Cari Jurulatih Lain

Ketua jurulatih Korea Selatan, Jürgen Klinsmann tidak mahu bercakap banyak mengenai kedudukannya bersama pasukan kebangsaan tersebut. Pengendali kelahiran Jerman itu menerima kritikan dari segenap penjuru apabila prestasi kurang memberangsangkan menghantui skuad kendaliannya. Korea Selatan masih tidak mencatatkan sebarang kemenangan selepas 5 aksi di bawah bimbingannya termasuklah seri 0-0 menentang Wales baru-baru ini. Jurulatih berusia 58 […]

Skuad Muda Thailand Tempang Berdepan Malaysia

Skuad B-23 Thailand menerima tamparan hebat apabila Anan Yodsangwal terpaksa disisihkan selepas mengalami kecederaan. Perkara ini disahkan sendiri oleh jurulatih Gajah Perang, Issara Sritaro. Ini bermakna Anan tidak dapat diturunkan apabila Thailand bertemu Malaysia dalam aksi terakhir Kumpulan H pada 12 September ini. Penyerang berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan patah tulang rusuk dalam aksi […]

Jurulatih Singapura Kecewa Pasukannya Tak Mampu Melawan Guam

Jurulatih skuad B-23 Singapura, Nazri Nasir merasa kecewa selepas anak-anak buahnya tidak berupaya mengatasi cabaran pasukan kerdil, Guam dalam aksi kelayakan Piala Asia B-23 2024. Aksi kedua Kumpulan C menyaksikan Singapura sekadar seri 1-1 dengan The Nobleman di Stadium Viet Tri semalam. The Young Lions mendahului menerusi sepakan penalti Farhan Zulkifli pada minit ke-63. Biarpun […]

T. Saravanan: Kita Perlu Menang

Penyerang muda KL City FC, T. Saravanan menyifatkan perlawanan terakhir Kumpulan H menentang Thailand sebagai perlawanan wajib menang buat skuad B-23 Malaysia. Ini kerana hanya kemenangan yang dapat menjamin kelayakan Harimau Muda ke Piala Asia B-23 2024 sebagai juara kumpulan. Kedua-dua pasukan ketika ini mengumpul enam mata dengan masing-masing meraih kemenangan kedua ke atas Filipina […]

Kelayakan Piala Asia U23: Indonesia Bantai Taiwan 9-0

Skuad B-23 Indonesia memulakan kempen kelayakan Piala Asia B-23 2024 dengan bergaya apabila membelasah Taiwan 9-0 dalam aksi kedua Kumpulan K di Stadium Manahan, Surakarta hari ini. Hadir sebagai naib juara Piala AFF B-23 2023, Timnas Indonesia yang dibimbing Shin Tae-yong tampil garang pada babak pertama. Pemain tengah KMSK Deinze, Marselino Ferdinan membuka tirai jaringan […]

Kelayakan Piala Asia U23: Malaysia Gah Belasah Filipina

Malaysia meneruskan rentak cemerlang dalam aksi kelayakan Piala Asia B-23 2024 dengan membelasah Filipina 4-0 dalam aksi kedua Kumpulan H hari ini. Selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Bangladesh, jurulatih E. Elavarasan tahu mereka perlu meraih kemenangan besar ke atas Young Azkals. Ini kerana berdasarkan kedudukan empat naib juara kumpulan terbaik ketika ini, Harimau Muda […]

Jürgen Klinsmann Lebar Rekod Buruk Bersama Korea Selatan

Ketua jurulatih Korea Selatan, Jürgen Klinsmann masih mencari rentak sebenar bersama pasukan baharunya selepas meneruskan rekod tanpa kemenangan sekali lagi. Pengendali kelahiran Jerman itu mengambil alih jawatan ketua jurulatih pada awal tahun ini gagal mencari rentak yang diharapkan buat pasukan. Beliau juga kelihatan tidak disenangi atas beberapa tindakannya dan juga komen yang diberikan kepada media. […]

Nooa Laine Harap Diturunkan Berdepan Filipina

Pemain tengah muda negara, Nooa Laine berharap dapat diturunkan dalam aksi kedua Kumpulan H menentang Filipina petang ini. Nooa sebelum ini tidak dapat diturunkan dalam aksi pertama Kumpulan H menentang Bangladesh kerana keletihan selepas mengharungi perjalanan yang jauh dari Finland. Masalah sama turut dialami penyerang KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin. Kini, Nooa dilihat sudah bersedia […]

Fergus Tierney: 1-0 atau 5-0 Sama, Kami Nak Menang

Penyerang negara, Fergus Tierney hanya mensasarkan kemenangan ke atas Filipina dalam aksi kedua Kumpulan H esok tanpa memikirkan jumlah jaringan skuad negara. Malaysia sebelum ini melakar kemenangan 2-0 ke atas Bangladesh dalam aksi pertama kumpulan pada 6 September lalu. Aliff Izwan Yuslan dan Tierney masing-masing menyumbat satu gol dalam perlawanan itu. Bagi pemain berdarah Scotland […]

Kim Pan-gon Kongsi Sebab Bersungguh-Sungguh Mahu Jadi Jurulatih Malaysia

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon akhirnya memberi sebab mengapa dirinya begitu yakin untuk menjadi jurulatih Harimau Malaya. Pengendali berusia 53 tahun itu sedang melakukan tugas yang cukup cemerlang bersama Harimau Malaya ketika ini termasuklah mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang Syria tempoh hari. Beliau dalam sesi sidang media pra-perlawanan Malaysia menentang China akhirnya memberi sebab tentanh […]

“Prestasi Individu Lebih Penting Berbanding Keputusan” – Matyo

Bekas penyerang lagenda Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih mesra dikenali sebagai Matyo yakin persembahan individu lebih diutamakan berbanding keputusan di China. Pemain berusia 37 tahun itu teruja dengan kemampuan sebenar Harimau Malaya selepas berjaya mengikat pasukan ke-94 dunia Syria dengan keputusan 2-2. Mengulas lanjut, beliau melihat motivasi pasukan ketika ini berada pada tahap yang […]

Usia Muda Bukan Penghalang Aliff Izwan

Penyerang muda Selangor FC, Aliff Izwan Yuslan tidak melihat usia mudanya sebagai penghalang untuk pamer aksi cemerlang dalam pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024. Semalam, penyerang berusia 19 tahun itu membantu skuad B-23 Malaysia mengalahkan Bangladesh 2-0 dalam aksi pertama Kumpulan H. Lebih menarik, Aliff turut menyumbat gol jarak jauh pada minit ke-82 yang menewaskan […]

Lubnan Tersepit Diikat Skuad Muda Kemboja

Skuad B-23 Kemboja mencipta kejutan dalam aksi pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024 dengan mengikat pasukan Timur Tengah, Lubnan 2-2 dalam aksi pertama Kumpulan J. Walaupun tidak lama dibimbing oleh jurulatih baru dari Jepun, Koji Gyotoku, Angkor Warriors kelihatan serasi dan tidak tergugat dengan status Lubnan sebagai pasukan pilihan. Biarpun ketinggalan menerusi gol awal Muhammad […]

Kelayakan Piala Asia U23: Malaysia Atasi Cabaran Bangladesh

Skuad B-23 Malaysia terpaksa bekerja keras sebelum berjaya meraih kemenangan ke atas Bangladesh dalam aksi pertama Kumpulan H Pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 hari ini. Kedua-dua pasukan tahu kemenangan hari ini penting bagi menjamin pemburuan slot naib juara terbaik kumpulan kelayakan. Ini kerana selain juara kumpulan kelayakan, empat naib juara kumpulan terbaik juga berpeluang […]

Luqman Hakim Tagih Sokongan Padu Rakyat Malaysia

Penyerang KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin mengharapkan sokongan rakyat Malaysia bagi membantu skuad B-23 melepasi pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024. Luqman kembali menyarung jersi Harimau Muda selepas tidak dapat berbuat demikian sebelum ini untuk aksi Piala AFF B-23 pada Ogos lepas. Biarpun Thailand dijangka menjadi pencabar Malaysia dalam saingan Kumpulan H, sokongan padu penyokong […]