Piala Asia: Arif Aiman & Son Heung-min Antara Bintang Tumpuan Kumpulan E

Pemain sayap Harimau Malaya, Arif Aiman disenaraikan dalam kelompok pemain tumpuan menjelang Piala Asia yang bakal tiba seminggu dari sekarang. Menerusi poster yang dimuatnaik oleh AFC Asian Cup di laman X, kelibat Arif Aiman dilihat mencuri tumpuan di samping bintang Korea Selatan, Son Heung-Min. Arif juga dinilai sebagai pemain tumpuan bagi pasukan Malaysia bagi kempen […]
Lee Kang-in Raih Trofi Pertama Di Perancis

Bintang baru Korea Selatan dan Paris Saint-Germain (PSG), Lee Kang-in bakal tampil bersemangat dalam aksi Piala Asia 2023. Ini disebabkan bekas bintang Real Mallorca itu membantu PSG menggondol gelaran juara Trophee Des Champions awal pagi tadi. Selepas senarai skuad Korea Selatan ke Piala Asia 2023 diumumkan, hampir semua pemain telah melapor diri kecuali Kang-in. Beliau […]
Kualiti Pemain Eropah Buat Bahrain Tenang Di Piala Asia

Wakil Asia Barat, Bahrain tidak tergugat dengan cabaran tiga pasukan Kumpulan E Piala Asia 2023 termasuk pasukan ketiga terbaik di Asia, Korea Selatan. Ini kerana menurut pengendali Bahrain, Juan Antonio Pizzi, mereka sedar pasukan yang diberi jolokan Pahlawan Taeguk itu berada pada kelas tersendiri. Korea Selatan yang dibimbing Jurgen Klinsmann diperkuat 12 pemain yang berpangkalan […]
Kelab Qatar Tak ‘Layan’ Malaysia

Hasrat Malaysia untuk mengadakan aksi persahabatan kedua berdepan sebuah kelab di Qatar tidak kesampaian apabila difahamkan kelab itu menolak peluang yang diberikan. Harimau Malaya berangkat lebih awal ke Qatar sebagai persiapan menjelang sepak mula Piala Asia 2023 yang bakal bermula pada 13 Januari 2024. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon pada awalnya dijadualkan berdepan Arab Saudi namun […]
Netizen Indonesia ‘Serang’ Jordi Amat & Justin Hubner

Dua pertahanan tengah Indonesia, Jordi Amat dan Justin Hubner diserang oleh netizen Indonesia susulan aksi longlai ketika bertemu Libya semalam. Kedua-dua pemain warisan ini dimasukkan pada separuh kedua setelah ketinggalan 1-0 kepada pasukan ke-120 dunia pada babak pertama. Hasrat untuk melakar kebangkitan bagaimanapun terhalang apabila Libya meledak tiga gol lagi untuk melengkapkan kemenangan 4-0 berdepan […]
Chanatip Songkrasin Tersisih Dari Skuad Akhir Thailand Ke Piala Asia

Pemain bintang skuad kebangsaan Thailand, Chanathip Songkrasin telah disisihkan daripada skuad 26 pemain terakhir pasukan kebangsaan Thailand untuk Piala Asian Cup 2023. Pemain berusia 30 tahun yang mengalami kecederaan ketika aksi menentang China dalam Kelayakan Piala Dunia November lalu dikhabarkan tidak dapat pulih dengan sepenuhnya sebelum kejohanan Piala Asia. Penyerang kebangsaan Thailand, Supachai Jaided antara […]
Piala Asia 2023 Akan Disiarkan Secara Langsung Di RTM

Khabar gembira buat para peminat bola sepak tempatan apabila RTM bakal menyiarkan Piala Asia 2023 secara langsung. Perkara ini disahkan oleh Farhan Zulkefly yang merupakan Setiausaha Menteri Komunikasi, Yang Berhormat Fahmi Fadzil di laman X miliknya. “Piala Asia akan disiarkan di RTM bermula 12 Januari 2024”, tulis beliau sambil menyebut akaun Fahmi Fadzil di kapsyen […]
Lebih 60,000 Penyokong Hadir Saksikan Perlawanan Jepun Menentang Pasukan Asia Tenggara

Perlawanan persahabatan antara Jepun dan Thailand pada 1 Januari lalu bukan saja aksi pemanas badan pra-Piala Asia 2023 buat kedua-dua pasukan. Malah, perlawanan ini menjadi saksi kehadiran penonton tertinggi untuk perlawanan antarabangsa membabitkan Samurai Biru. Mengikut perkongsian wartawan sukan The Japan Times, Dan Orlowitz, kehadiran penonton di Stadium Nasional Jepun pada hari itu ialah seramai […]
Astro Siarkan Aksi Malaysia Di Piala Asia Secara Langsung

Dengan saingan Piala Asia 2023 bakal bermula tidak lama lagi, peminat bola sepak Malaysia kini boleh menonton kejohanan berprestij itu di Astro. Astro mengesahkan kesemua 51 perlawanan Piala Asia akan disiarkan secara langsung termasuk perlawanan membabitkan Harimau Malaya di Astro Arena dan Astro SuperSport. Perkara ini diumumkan menerusi satu hantaran di akaun X Astro Arena […]
Laman Forbes Kongsikan Kisah Kebangkitan Malaysia Era Kim Pan-gon

Salah sebuah laman terkemuka USA, Forbes berkongsikan kisah kejayaan Malaysia sejak berada di bawah kendalian ketua jurulatih, Kim Pan-gon. Pengendali berusia 54 tahun itu mula mengambil alih pasukan pada tahun 2022 dan berjaya mentransformasikan bola sepak Malaysia ke arah yang lebih baik. Harimau Malaya juga merekodkan 66 peratus kemenangan sejak beliau mengendalikan pasukan termasuklah layak […]
Malaysia Umum Senarai Akhir 26 Pemain Di Piala Asia

Malaysia mengesahkan senarai 26 pemain yang bakal menggalas cabaran negara ke Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung bermula 13 Januari 2024. Skuad kendalian Kim Pan-gon tiba seawal 1 Januari 2024 di Qatar sebagai persiapan awal untuk bertemu dengan pasukan ke-91 dunia, Syria bagi aksi persahabatan. Teka-teki mengenai perjalanan skuad negara akhirnya terjawab apabila Persatuan Bola […]
Pemain China Didenda, Dimalukan Pasukan Ke-150 Dunia

Kekalahan memalukan di tangan Hong Kong menyaksikan pemain China didenda oleh ketua jurulatih, Aleksandar Jankovic. Pasukan ke-79 dunia itu menempuhi prestasi yang cukup menggusarkan selepas tewas mengejut kepada pasukan ke-150 dunia, Hong Kong dengan keputusan 2-1. Tiga orang pemain China juga dilayangkan kad merah dalam perlawanan tersebut sekaligus memberikan amaran penting mengenai prestasi pasukan ke […]
Kesilapan Justin Hubner Lawan Libya Bawa Padah

Bek tengah muda Indonesia, Justin Hubner pasti tidak akan melupakan perlawanan pertamanya untuk satu tempoh yang lama. Ini disebabkan dua kesilapan beliau membantu Libya membelasah Indonesia 4-0 dalam aksi pemanas badan pertama pra-Piala Asia semalam. Percubaan Hubner membuat hantaran pendek dihukum The Knights of Mediterranean pada minit ke-58 menerusi pemain tengah Omar Al Khouja. Lebih […]
Jurulatih Jordan Resah Pemain Tak Fokus, Pertahanan Makin Rapuh

Jurulatih Jordan berada dalam situasi cemas beberapa hari sebelum sepak mula Piala Asia apabila pasukan ke-87 dunia itu menghadapi beberapa masalah besar dalam pasukan. Skuad kendalian Hussein Ammouta itu mengharungi tempoh yang cukup sukar selepas tewas beberapa perlawanan terakhir termasuklah dibelasah oleh Norway dengan keputusan 6-0. Jordan hanya meraih satu keputusan seri sementara tewas 6 […]
Indonesia Dibedil Libya

Indonesia mengalami kekalahan pertama bagi aksi persahabatan Tier 1 apabila tumpas berdepan Libya dengan keputusan 4-0. Perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Mardan menyaksikan ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong menurunkan hampir kesemua pemain tempatan dalam kesebelasan utama pasukan. Pemain sayap sensasi Sabah, Saddil Ramdani hampir meletakkan pasukan di hadapan seawal minit pertama namun rembatannya berjaya […]
Gandingan Bintang ‘RM38 Juta’ Jadi Taruhan Syria Hadapi Malaysia

Syria bakal mempertaruhkan gandingan baharu bernilai RM38 Juta bagi menghadapi cabaran Malaysia dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 tidak lama lagi. Skuad kendalian Hector Cuper melakukan beberapa keputusan mengejutkan termasuklah menyisihkan khidmat penyerang berbisa pasukan, Omar Al-Samah. Beliau memberitahu bahawa keputusan yang dibuat adalah berdasarkan percaturannya tanpa melibatkan sebarang unsur peribadi. “Saya faham kekecewaan yang […]