Korea Selatan Tumbangkan Iraq

Aksi persahabatan antara Korea Selatan dan Iraq menyaksikan keputusan akhir memihak kepada Taeguk Warriors dengan jaringan 1-0. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Universiti New York itu menyaksikan pasukan bimbingan Jurgen Klinsmann menurunkan kesebelasan kedua dengan beberapa nama besar duduk di bangku simpanan. Iraq terlebih dahulu hampir di depan selepas hantaran lolos Ali Jasim berjaya menemui […]
Persiapan Syria Terjejas, Tukar Pelan Saat Akhir Bertemu Malaysia

Persiapan menjelang pertemuan antara Malaysia dan Syria bagi aksi persahabatan tidak berlangsung seperti yang diharapkan oleh pasukan gergasi Timur Tengah itu. Pasukan kendalian Hector Cuper menerima tamparan hebat selepas hanya seri berdepan pasukan ke-98 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 1-1 awal pagi tadi. Keadaan ini bertambah buruk selepas pasukan hanya merekodkan dua kemenangan dalam 6 aksi […]
Nilai Terkini Skuad Malaysia Mengejutkan, Atasi Pasukan Ke-94 Dunia

Nilai pasaran skuad Malaysia yang dibawa ke Piala Asia telah pun berjaya mengatasi beberapa pasukan 100 terbaik dunia sekaligus membuktikan perkembangan yang amat baik tahun 2024. Skuad kendalian Kim Pan-gon dibarisi muka berpengalaman di pentas tertinggi Asia itu apabila layak secara merit selepas 43 tahun. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu memilih untuk mempertaruhkan muka baharu […]
Bahrain Uji Pasukan Ke-25 Dunia

Pasukan Asia Barat, Bahrain menjadikan pasukan keempat terbaik Asia, Australia sebagai perlawanan pemanas badan terakhir sebelum ke Piala Asia 2023. Ini peluang terakhir buat jurulatih The Reds, Juan Antonio Pizzi menilai keserasian barisan 26 pemain hari ini sebelum kempen Piala Asia bermula. Australia menjadi pilihan Pizzi kerana kualiti yang dimiliki The Socceroos mirip dengan pasukan […]
Ingat Piala Asia, Ingat Indra Putra Mahayuddin

Nama pemain lagenda Harimau Malaya, Indra Putra Mahayuddin akan sentiasa dikenang sebagai salah seorang pemain yang meledak gol dalam saingan Piala Asia. Gol Indra Putra ketika menentang China dalam perlawanan pembukaan Piala Asia 2007 menjadi jaringan terakhir Malaysia dalam saingan paling berprestij di Asia itu. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu berakhir […]
Kyrgyzstan ‘Rantai’ Syria

Aksi persahabatan antara pasukan Kyrgyzstan dan Syria menyaksikan keputusan perlawanan berakhir dengan seri. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shabab Al-Ahli itu merupakan aksi tertutup sambil kedua-dua pasukan menguji gandingan baharu dalam pasukan. Syria yang menghuni tangga ke-91 dunia kelihatan bergelut pada awal permainan untuk melakukan hantaran-hantaran jauh kepada jentera serangan. Kyrgyzstan cuba datang sesekali menerusi […]
Shin Tae-yong Bawa 7 Pemain Kelas Eropah Di Piala Asia

Kemunculan Indonesia yang dibimbing jurulatih Korea Selatan, Shin Tae-yong di Piala Asia 2023 bakal bawa aura berbeza. Ini kerana daripada 26 pemain yang diumumkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) semalam, tujuh daripadanya beraksi di Eropah. Mereka ialah Sandy Walsh (KV Mechelen), Shayne Pattynama (Viking FK), Elkan Baggott (Ipswich Town), Justin Hubner (Wolverhampton Wanderers), Marselino Ferdinan […]
Poster Piala Asia Buatkan Rajagobal Termenung

Bekas jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Datuk K. Rajagobal meluahkan isi hatinya sejurus melihat poster Piala Asia 2023 yang memaparkan dua bintang, Faisal Halim dan Son Heung-min. Rajagobal merasakan pentas Piala Asia adalah idaman buat semua pemain bola sepak profesional. Dirinya juga tidak terkecuali untuk bercita-cita beraksi di pentas berprestij di Asia ini. Sebagai jurulatih juga, […]
Aura Pemain Malaysia Mula Dirasai, Terima Sambutan Hangat Di Qatar

Ketibaan pemain Malaysia di Qatar mendapat sambutan positif daripada para peminat yang teruja untuk menyaksikan kelibat mereka di sana. Menerusi perkongsian di laman FAM TV, para pemain kelihatan begitu bersemangat untuk turun berlatih sebagai persediaan bagi menghadapi aksi berprestij di Asia itu berbaki kurang seminggu. Kehangatan mula terasa di sana apabila kelihatan para peminat bola […]
Hong Kong Hampir Kejutkan Juara Pestabola Merdeka

Hong Kong memberikan satu cabaran yang cukup hebat kepada juara Pestabola Merdeka 2023 sebelum tewas tipis dengan keputusan 2-1. Perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Sheikh Ziyad itu menyaksikan kedua-dua pasukan melakukan persiapan terbaik untuk ke Piala Asia 2023. Pasukan bimbingan Petar Sergt melakukan tugas yang amat baik apabila berjaya memperoleh gol pertama menerusi rembatan […]
Indonesia & Thailand Alami Nasib Serupa Ke Piala Asia

Indonesia dan Thailand menghadapi ujian yang cukup hebat sebelum melangkah ke pentas Piala Asia yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Sang Garuda berada dalam momentum yang kurang baik sementara Thailand kini masih dalam fasa penyesuaian dengan falsafah yang diterapkan oleh ketua jurulatih baharu, Masatada Ishii. Indonesia kini menghuni tangga ke-146 dunia menerima tamparan hebat apabila […]
KBS Anjurkan Tayangan Skrin Besar Aksi Piala Asia Di SNBJ

Saingan Piala Asia 2023 bakal menyaksikan kemunculan skuad senior Malaysia yang layak secara merit buat kali pertama sejak tahun 1980. Justeru, sebagai tanda sokongan kepada Harimau Malaya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menganjurkan tayangan skrin besar perlawanan Kumpulan E skuad negara di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Perkara ini diumumkan oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) […]
Kepulangan Malaysia Di Piala Asia Buka Mata Bekas Kapten Korea Selatan

Lagenda bola sepak Korea Selatan, Koo Ja-cheol gembira melihat kepulangan Malaysia yang beraksi di Piala Asia 2023 tidak lama lagi. Bekas pemain handalan Taeguk Warriors itu mengakui bahawa Harimau Malaya menjadi antara pasukan yang menarik perhatiannya selepas kembali bersaing di pentas tertinggi Asia itu. Skuad bimbingan Kim Pan-gon kembali beraksi di kejohanan berprestij Asia itu […]
3 Kriteria Penting Tentukan Pilihan Kim Pan-gon Ke Asia

Saingan Piala Asia 2023 menyaksikan Kim Pan-gon telah memilih barisan 26 pemain Malaysia untuk menggalas cabaran di kejohanan itu. Beberapa nama yang dipilih beliau mengejutkan penyokong Harimau Malaya seperti Natxo Insa, Mohamadou Sumareh dan Sikh Izhan Nazrel. Bagaimanapun, Pan-gon mendedahkan pemilihan pemain dibuat dengan mengambil kira penyusunan organisasi di bahagian pertahanan, perubahan bila menyerang dan […]
Malaysia Bakal Raih Hampir RM1 Juta Hasil Penyertaan Di Piala Asia

Malaysia berpeluang untuk meraih wang ganjaran sebesar hampir RM1 juta selepas mengesahkan kemaraan ke pentas Piala Asia selepas 43 tahun. Skuad kendalian Kim Pan-gon juga berada dalam momentum terbaik selepas merekodkan dua kemenangan di pentas Kelayakan Piala Dunia 2026 menewaskan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Harimau Malaya juga melangkah ke pentas berprestij Asia itu dengan […]
Roberto Mancini Umum 26 Pemain Terhebat Arab Saudi Ke Qatar

Arab Saudi muncul pasukan terbaru yang mengumumkan barisan 26 pemain untuk cabaran Piala Asia 2023. Daripada 26 pemain, 19 merupakan pemain-pemain tiga kelab elit Arab Saudi iaitu Al-Nassr, Al-Ittihad, dan Al-Hilal. Nama-nama seperti Ali Lajami (Al-Nassr), Abdulrahman Ghareeb (Al-Nassr), Saleem Al-Dawsari (Al-Hilal) dan Saleh Al-Shehri (Al-Hilal) terus diberi kepercayaan oleh jurulatih Itali, Roberto Mancini. Mancini […]