3 Beregu Negara Tempah Tiket Ke Olimpik

Berita baik buat kontinjen badminton negara apabila tiga beregu utama negara sudah mengesahkan tempat di Sukan Olimpik Paris 2024. Menurut infografik yang dimuatnaik oleh ShuttleHard, Malaysia sudah mempunyai wakil bagi acara beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran berdasarkan kiraan mata kelayakan ke Sukan Olimpik, Race To Paris. Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi […]
All England: Perjuangan Hebat Pearly Tan-M. Thinaah Dihentikan Oleh Regu Jepun

Hasrat beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah untuk mara ke separuh akhir All England Open Championship 2024 tidak kesampaian. Ini selepas mereka ditewaskan oleh regu nombor 11 dunia dari Jepun, Rena Miyaura dan Ayako Sakuramoto di pentas suku akhir. Rekod pertemuan antara kedua-dua regu dianggap seimbang dengan masing-masing meraih satu kemenangan. Kali terakhir […]
BATC: Indonesia Tamatkan Perjuangan Hebat Malaysia

Malaysia terpaksa menelan kepahitan tersingkir dalam kejohanan Badminton Asia Team Championship (BATC) 2024 selepas tumpas kepada Indonesia pada Jumaat. Malaysia yang muncul naib juara kumpulan Y diundi berdepan juara bertahan edisi lalu bagi saingan wanita, Indonesia yang menjuarai kumpulan Z dalam aksi suku akhir ini. Skuad wanita negara menurunkan K. Letshanaa sebagai perseorangan pertama menggantikan […]
Indonesia Masters: Pearly-Thinaah Hantar Beregu China Pulang Awal
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-Thinaah Muralitharan mara ke pusingan kedua Indonesia Masters selepas menewaskan Keng Shuliang-Zhang Chi dari China. Aksi di set pertama menyaksikan pasangan negara bermula baik dengan pukulan-pukulan yang gagal dibalas lawan. Pearly dan Thinaah berjaya meninggalkan lawan dengan jurang mata yang besar 13-6 sebelum menamatkan perlawanan dengan keputusan 21-12. Bersambung […]
India Open: Pearly Tan & M. Thinaah Benam Cabaran Regu Taiwan

Beregu wanita utama Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah bangkit daripada kekecewaan tersingkir di pusingan pertama Malaysia Open 2024 dengan mara ke pusingan kedua India Open 2024. Pearly-Thinaah berjaya mara selepas melepasi cabaran regu ke-24 dunia dari Taiwan, Lee Chia-hsin dan Teng Chun-hsun. Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada regu Taiwan itu dengan dua […]
Malaysia Open: Nasib Berbeza Dua Beregu Negara

Dua beregu negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Pearly Tan-Muralitharan mengalami dua nasib yang berbeza ketika turun beraksi di Petronas Malaysia Open 2024. Turun beraksi di gelanggang dua, Goh Soon Huat dan pasangannya Shevon Lai berhasil menundukkan lawan dari England, Gregory Mairs-Jenny Mairs dalam aksi tiga set. Pada aksi set pertama, gandingan negara mudah menamatkan […]
Info Siaran Langsung Malaysia Open Badminton 2024 (Live Streaming)
Aksi Petronas Malaysia Open 2024 bakal membuka tirainya pada tahun ini dengan penuh bergaya tatkala para pemain bakal memulakan langkah. Malaysia bakal mempertaruhkan barisan terhebat dengan pengarah jurulatih, Rexy meletakkan sandaran kepada perseorangan lelaki, Ng Tze Yong, beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik. Aksi beregu wanita pula bakal menampilkan sentuhan Pearly Tan-M Thinaah dan beregu […]
Thinaah Buka Mulut Tentang Hubungannya Bersama Pearly Tan

Pemain beregu wanita utama negara, M. Thinaah menyifatkan hubungan dengan rakan regu, Pearly Tan baik-baik saja. Sebelum ini, ramai peminat badminton bimbang selepas melihat wajah suram mereka semasa pusingan pertama China Masters 2023. Bagaimanapun, Thinaah memberi jaminan hubungannya dengan Pearly kekal akrab baik di luar mahupun dalam gelanggang. Kini, fokus kedua-duanya ialah memburu lebih banyak […]
Punca Pearly Tan ‘Menghilang’ Kini Sudah Terjawab

Pemain beregu wanita negara, Pearly Tan menjelaskan ketiadaannya di sesi latihan sebelum ini adalah kerana beliau dijangkiti Covid-19. Pearly Tan berkongsi kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari mengenai perkembangan dirinya yang tidak kelihatan turun di gelanggang untuk sesi latihan sebelum ini. Pemain berusia 23 tahun itu berkata ketiadaan kelibat beliau disebabkan beliau dijangkiti Covid-19 baru-baru […]
Rexy Mainaky: Kita Sedang Siapkan Pearly & Thinaah

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky kini fokus membantu mempersiapkan regu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah. Musim 2023 menyaksikan rentak kecemerlangan mereka kerap diganggu dengan isu kecederaan terutama selepas Sukan Asia 2023. Bagaimanapun, itu tidak menghalang Pearly-Thinaah daripada menduduki ranking ke-12 dunia untuk acara beregu wanita. Justeru, fokus Rexy dalam tempoh […]
“Tak Ada Gaduh, Tak Ada Keinginan Jadi Juara”
Jurulatih beregu wanita negara, Hoon Thien How menjelaskan bahawa pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah tidak mempunyai sebarang permasalahan antara satu sama lain. Beliau mengesahkan bahawa tiada pertengkaran di antara mereka berdua (Pearly dan Thinaah), mereka hanya tiada kemahuan untuk menjadi juara. “Takde gaduh, takde feel mahu champion,” ujarnya ketika ditemubual oleh […]
Peminat Risau Lihat Wajah Suram Pearly-Thinaah Ketika Beraksi

Ramai peminat badminton negara merasa risau bila melihat Pearly Tan-M. Thinaah beraksi dalam pusingan pertama acara regu wanita China Masters 2023 semalam. Turun menentang pilihan kelapan kejohanan dari Korea Selatan, Jeong Na-eun dan Kim Hye-jeong, pasangan negara itu tewas menerusi keputusan 21-11,15-21, 22-20. Namun begitu, apa yang menarik perhatian ramai pengguna media sosial ialah wajah […]
China Masters: Regu Korea Selatan Tunjukkan Pearly Tan & M. Thinaah Jalan Keluar

Regu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah memberi tentangan sengit kepada regu Korea Selatan, Jeong Na-eun dan Kim Hye-jeong sebelum tersingkir dari pusingan pertama China Masters 2023. Rekod pertemuan dua regu ini dianggap seimbang dengan masing-masing memenangi satu pertemuan sebelum ini. Selain itu, mereka hanya dipisahkan satu tangga dari segi kedudukan ranking. Na-eun-Hye-jeong menduduki […]
Japan Masters: Regu Jepun Tamatkan Cabaran Pearly Tan & M. Thinaah

Cabaran regu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah dalam Japan Masters 2023 berakhir hari ini. Ini selepas cabaran mereka ditamatkan oleh regu tuan rumah, Rena Miyaura dan Ayako Sakuramoto di pentas suku akhir. Dari segi rekod pertemuan, Pearly-Thinaah memiliki kelebihan kerana pernah menang ke atas regu nombor 14 dunia itu. Bagaimanapun, set pertama menyaksikan […]
Japan Masters: Pearly Tan & M. Thinaah Ke Suku Akhir, Ketepikan Cabaran Regu Jepun

Beregu wanita utama Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah mudah lepasi pusingan kedua Japan Masters 2023 dan mara ke suku akhir. Pearly-Thinaah berjaya mara selepas mengatasi regu yang menduduki ranking ke-28 dunia, Rui Hirokami dan Yuna Kato dari Jepun. Biarpun berehat selama sebulan selepas Sukan Asia 2023, kehandalan regu negara yang menduduki ranking ke-13 dunia […]
Japan Masters: Pearly Tan & M. Thinaah Berjuang Lepasi Pusingan Pertama

Regu wanita utama Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah terpaksa bekerja keras sebelum mara ke pusingan kedua Japan Masters 2023 petang tadi. Ini merupakan penampilan pertama regu yang menduduki ranking ke-13 dunia itu dalam tempoh sebulan selepas kempen Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China. Turun menentang regu Korea Selatan, Lee Yu-lim dan Shin Seung-chan, Pearly-Thinaah […]