Bisa Kaki Kiri Dua Pemain Malaysia Digeruni

Dalam sebuah rancangan Bola Itu Life, pundit bola sepak iaitu Keesh dan Faiz telah membincangkan tentang mencipta pemain sempurna versi Malaysia dan analisis mereka tentang pemain berkaki kiri telah mencuri perhatian ramai. Dalam perbincangan tersebut, Faiz telah menilai Safawi Rasid sebagai pemain tempatan yang digeruni dengan kemahiran kaki kiri beliau manakala Keesh pula berpendapat pemain […]

Corak Latihan Kim Pan-gon Dilabel Unik

Persiapan latihan Malaysia menjelang aksi persahabatan di China September ini terus menjadi tumpuan. Semua mata tertumpu kepada percaturan yang bakal diterapkan oleh ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon untuk mempersiapkan skuad negara ke Chengdu. Malaysia bakal memulakan cabaran berdepan Syria pada 6 September sebelum turun berdepan pasukan ke-78 dunia, China. Mengulas lanjut, antara perkara yang menarik […]

KL City Berdepan Ujian Hebat Tanpa Paulo Josue

Menjelang perlawanan Piala Malaysia 2023 menentang Penang FC malam ini, KL City FC bakal beraksi tanpa kehadiran ayam tambatan dan kapten, Paulo Josue. Ini selepas pemangku jurulatih The City Boys, Miroslav Kuljanac mendedahkan beberapa pemain terpaksa direhatkan akibat kecederaan termasuk pemain naturalisasi Malaysia itu. Dengan Josue direhatkan untuk aksi malam ini, KL City FC bakal […]

Paulo Josue Akui JDT Lawan Hebat

Kapten KL City FC, Paulo Josue mengakui lawan mereka pada aksi final Piala FA 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC sebagai lawan yang hebat dan berkaliber. Ini kerana ketika ini, JDT FC berada di persada Liga Super dengan mencatat rekod 100% kemenangan tanpa sebarang kekalahan. Malah, KL City FC sudah merasa kekalahan di tangan Harimau […]

Kemampuan 3 Perancang Tengah Meledak Beri Dimensi Berbeza Buat Kim Pan-gon

Kemenjadian perancang tengah tempatan di Liga Super semakin menampakkan hasilnya memasuki saingan Liga Super ke-18 sekaligus bakal membuatkan Kim Pan-gon tersenyum lebar. Sungguhpun pemain tempatan perlu bersaing dengan kudrat pemain import, mereka jelas membuktikan bahawa pemain tempata juga memiliki kualiti yang diperlukan untuk terus bersaing. Perkembangan ini juga memberikan pengendali negara, Kim Pan-gon lebih banyak […]

Paulo Josue Nafi Ingin Tinggalkan KL City

Kapten KL City FC, Paulo Josue menafikan ada keinginan untuk meninggalkan kelab yang berpangkalan di Lembah Klang itu. Ini susulan satu khabar angin yang mengaitkan pemain tengah Harimau Malaya itu dengan perpindahan ke sebuah kelab besar dalam tetingkap perpindahan kedua. Khabar angin ini timbul disebabkan beliau sudah lama beraksi bersama KL City FC sejak musim […]

Pemain Naturalisasi Negara Risaukan Arif Aiman

Pemain naturalisasi negara menyuarakan kebimbangan terhadap bintang muda negara, Arif Aiman Hanapi. Pemain berusia 21 tahun itu merupakan antara individu paling penting dalam percaturan ketua jurulatih,Tano Solari di JDT. Malah, beliau sering diberi tanggungjawab utama untuk menggalas peranan selaku pemain serangan pasukan pada musim ini. Kudrat beliau bagaimanapun dilihat sebagai ancaman oleh pemain naturalisasi negara, […]

Paulo Josue Percaya Kebolehan Tiga Penyerang Harimau Malaya

Walaupun berjaya menjaringkan gol menentang Kepulauan Solomon tempoh hari, namun bagi pemain Harimau Malaya, Paulo Josue, beliau percaya bahawa pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon mempunyai banyak pilihan untuk diletakkan sebagai penggempur utama. Josue sentiasa bersedia jika khidmatnya terus digunakan sebagai penyerang utama Harimau Malaya dan dalam masa yang sama, beliau tidak melupakan kebolehan tiga lagi […]

Brendan Gan & Paulo Josue Teruja Beraksi Di Terengganu Jun Ini

Dua bintang utama Harimau Malaya, Brendan Gan dan juga Paulo Josue menyatakan keterujaan untuk membuat kemunculan di Terengganu Jun ini. Perkara ini susulan kenyataan yang dibuat oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mahu melihat aksi skuad kebangsaan berlangsung di Pantai Timur. “Pasukan kita akan beraksi di Kuala Terengganu bagu memberi peluang kepada peminat di […]

Liga Super: Kedah Gagal Pamer Kebangkitan, Ditewaskan KL City

Janji Nafuzi Zain bahawa Kedah akan mempamerkan kebangkitan malam ini selepas dibelasah 6-0 oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu lepas tidak kesampaian. Ini selepas Sang Kenari ditewaskan KL City 3-2 di Stadium Darul Aman. Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan saling menyerang untuk memburu gol pembukaan. Jonathan Balotelli terlebih dahulu menguji kecekapan Azri Ghani seawal minit […]

Bojan Hodak Puji Impak Paulo Josue Bersama Harimau Malaya

Paulo Josue dilihat tidak kekok mengetuai bahagian tengah Harimau Malaya semasa menentang Turkmenistan. Bagi jurulatih KL City, Bojan Hodak, impak yang dibawa kapten mereka itu amat membantu bila saingan Liga Super kembali bersambung pada 31 Mac ini. Ini kerana pengalaman beraksi bersama pasukan kebangsaan sama sekali berbeza dengan pengalaman di peringkat kelab. Ini memaksa pemain […]

Paulo Josue Puas Hati Dengan Debut Cemerlang Bersama Harimau Malaya

Kemenangan 1-0 Malaysia ke atas Turkmenistan semalam turut menyaksikan beberapa pemain membuat kemunculan sulung termasuk kapten KL City, Paulo Josue. Josue yang berpuas hati dengan kemunculan pertamanya berharap ia dapat diteruskan dalam perlawanan menentang Hong Kong pada 28 Mac ini. Malaysia mencatat kemenangan menerusi gol tunggal pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid. Di […]

Paulo Josue Sedia Ikut Falsafah Kim Pan-gon

Menerima panggilan menyertai skuad senior kebangsaan merupakan satu penghormatan buat kapten KL City, Paulo Josue. Atas sebab itu, pemain berusia 34 tahun itu bersedia beradaptasi dengan corak permainan Harimau Malaya yang diterapkan jurulatih Kim Pan-gon. Bekas pemain tengah Juventude itu mengakui ia sedikit berbeza dengan falsafah permainan City Boys yang diterapkan Bojan Hodak. Tetapi bagi […]

3 Pemain Baharu Jadi Tumpuan Bersama Harimau Malaya

Senarai 27 orang pemain yang dipanggil ke kem latihan kebangsaan sudah pun diumumkan secara rasminya namun terdapat beberapa pemain yang mencuri tumpuan para penyokong. Kim Pan-gon dilihat mahu mencuba kombinasi baharu bersama Harimau Malaya dengan 8 muka baharu bakal memperkuatkan pasukan. Namun begitu, terdapat beberapa pemain yang bakal mencuri tumpuan para penyokong. Pemain kelahiran Malaysia-Finland […]

“Paulo & Endrick Ada Kualiti Yang Diinginkan” – Kim Pan-gon

Bagi membina skuad Harimau Malaya yang lebih mantap, 26 pemain lama dan baru dipanggil Kim Pan-gon untuk perlawanan persahabatan menentang Turkmenistan dan Hong Kong. Dan Pan-gon percaya kehadiran Paulo Josue dan Endrick dos Santos menyuntik lebih banyak kualiti kepada skuad negara. Kedua-dua pemain itu memperoleh status sebagai pemain naturalisasi Malaysia sebelum saingan Liga Super bermula. […]

Endrick dos Santos & Paulo Josue Hangatkan Kem Kebangsaan

Dua pemain naturalisasi, Paulo Josue dan Endrick dos Santos telah dipilih menyertai skuad kendalian Kim Pan-gon menjelang aksi persahabatan antarabangsa pada hujung bulan ini Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengeluarkan senarai penuh 27 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat 18 Mac ini. Seramai lapan muka baharu dan Paulo Josue serta Endrick […]