Ketumpulan Penyudah Resahkan KL City

Ramai penyokong KL City FC resah dengan ketumpulan jentera serangan pasukan itu dalam aksi pembukaan Liga Super 2024/25 baru-baru ini. KL City yang turun menentang Kuching City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi kapten, Paulo Josue pada minit ke-12. Walau bagaimanapun, The Cats kembali menyamakan kedudukan enam […]
Paulo Josue Dedikasikan ‘Siuu’ Kepada Faisal Halim

Kapten KL City FC, Paulo Josue mencuri tumpuan peminat bola sepak dengan melakukan keraian gol Siuu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. Josue mengetuai barisan pemain The City Boys yang turun berentap dengan Kuching City FC untuk aksi pertama Liga Super 2024/25. Meskipun kehilangan Kamal Azizi Mohamad Zabri pada minit awal permainan kerana kecederaan […]
“Pemain Sedia Pamer Karakter Seperti Lawan Korea Selatan” – Paulo Josue

Pemain tengah menyerang, Paulo Josue menganggap Malaysia bersedia untuk terus bersaing di tahap tertinggi bertemu pasukan-pasukan kuat seperti di Piala Asia yang lalu. Paulo Josue bagaimanapun mahu fokus dalam aksi menentang Oman terlebih dahulu untuk mencerahkan laluan Malaysia untuk ke peringkat seterusnya. Jika Malaysia mampu melayakkan diri ke peringkat yang lebih tinggi, skuad kebangsaan berpeluang […]
“Seri Dengan Korea Selatan, Gol Romel Morales Itu Penyudah KL City” – Khalid Samad

Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad mengingatkan bahawa kudrat dua tonggak KL City, Romel Morales dan Paulo Josue telah membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia. Beliau menjelaskan perkara ini dalam satu sesi sidang media berkenaan perkembangan pasukan The City Boys bagi musim 2024/25. Mengulas lanjut, Khalid memberitahu bahawa tunggakan gaji KL City […]
Paulo Josue Tinggalkan KL City? Ini Jawapan Stanley Bernard

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City FC, Stanley Bernard memaklumkan bahawa kapten pasukan, Paulo Josue akan terus kekal bersama pasukan itu. Perkara ini dinyatakan dalam sidang media khas KL City FC yang berlangsung hari ini. Selain Stanley, sidang media itu turut dihadiri Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Datuk Khalid Samad. Stanley mengakui pada […]
Paulo Josue Puji Kerja Keras Romel Morales Untuk Malaysia

Paulo Josue memuji kerja keras yang dipamerkan oleh Romel Morales sewaktu pertama kali dipanggil menyarung jersi Harimau Malaya. “Saya rasa Romel seorang yang kuat bekerja keras dan bagus. Dia mampu belajar dan mendengar apa yang lain nasihatkan. Saya rasa dia layak dan merupakan aset penting untuk pasukan kebangsaan.” “Sudah tentu dua perlawanan awal dia sedikit […]
Paulo Josue: Jordan Pasukan Hebat Namun Kita Mampu Cipta Kejutan

Paulo Josue akui Jordan adalah pasukan yang hebat namun Malaysia mampu mencipta kejutan menjelang aksi pertama kumpulan E Piala Asia 2023 kelak. “Kami sedang menyesuaikan diri dengan cuaca dan padang. Sebab itulah jurulatih mahu kami tiba awal di sini.” “Kita adalah pasukan underdog di Piala Asia, Kita mampu kejutkan mereka jika mereka bermain dengan teruk.” […]
Media Brazil Kongsi Detik Indah Paulo Josue Sarung Jersi Malaysia

Nama penyerang Malaysia, Paulo Josue menjadi bualan media luar negara menjelang Piala Asia yang bakal membuka tirai tidak lama lagi. Menerusi ciapan yang dimuatnaik oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, kelibat Paulo Josue bersama skuad negara menjadi perhatian media Brazil menerusi satu artikel yang dimuatnaik oleh media tersebut. “Penampilan Paulo Josue di Piala Asia […]
“Saya Sampai Mati Kuala Lumpur”- Paulo Josue

Sebelum ini timbul desas-desus yang mengatakan pemain naturalisasi negara yang juga kapten Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue akan berhijrah ke kelab baharu musim hadapan. Namun khabar angin tersebut kini boleh dilupakan apabila Paulo Josue mengatakan bahawa beliau masih mempunyai kontrak bersama KL City dan akan kekal bersama kelab tersebut musim hadapan. Perkara tersebut dikongsikan […]
Paulo Josue: KL City Sasar Kedudukan Enam Terbaik

Kapten KL City FC, Paulo Josue berharap dapat membantu pasukan itu menamatkan kempen Liga Super dalam kedudukan enam terbaik. Ketika ini, kedudukan tersebut dihuni oleh finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC. Bagaimanapun, selepas diikat 1-1 Penang FC pada minggu lepas, mereka hanya memiliki kelebihan tiga mata di hadapan The City Boys. Sekiranya KL City berjaya […]
Pelan Berdepan Kyrgyzstan Dari Kaca Mata Paulo Josue

Penyerang Malaysia, Paulo Josue mempunyai pandangan tersendiri menjelang aksi Malaysia menentang Kyrgyzstan pada Khamis ini. Paulo Josue kekal optimis dengan prestasi semasa Malaysia ketika ini namun dalam masa yang sama tetap mahu berhati-hati berdepan Kyrgyzstan. “Para staf kejurulatihan telah melakukan analisis tentang persembahan pada Pestabola Merdeka tempoh hari dan telah memperincikan beberapa perkara yang perlu […]
Paulo Josue Sedia ‘Berkorban’ Demi Leandro Velazquez

Kapten KL City FC, Paulo Josue bersedia memberi ruang kepada Leandro Velasquez seandainya pemain berdarah Argentina itu dipanggil menyertai Harimau Malaya. Sebelum ini, DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim mendedahkan harapan baginda untuk melihat Velasquez menjadi pemain naturalisasi terbaru negara. Pemain berdarah Brazil itu melihat kehadiran bekas pemain perancang Newell’s Old Boys itu mampu […]
KL City Hadapi Terengganu Tanpa Dua Perancang Utama

KL City dijangka bakal menghadapi gergasi Pantai Timur, Terengganu tanpa kelibat dua pemain utama menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia malam ini. Paulo Josue yang baru pulih daripada demam denggi tempoh hari telahpun mula menjalani latihan bersama KL City beberapa hari yang lalu namun pemain ini tetap tidak dapat diturunkan ekoran digantung perlawanan. Manakala […]
Paulo Josue: Terengganu Pasukan Yang Kuat

Kapten KL City FC, Paulo Josue mengakui lawan mereka di separuh akhir Piala Malaysia 2023, Terengganu satu pasukan yang patut dihormati. Ini kerana pasukan gergasi dari Pantai Timur itu telah mencipta kejutan dengan menyingkirkan Selangor FC di pentas suku akhir. Ini satu pencapaian yang hebat memandangkan Selangor merupakan antara pasukan yang terkuat dalam liga selain […]
Paulo Josue Kembali Cergas Buat KL City

Pasti ramai yang tertanya-tanya kelibat pemain naturalisasi negara, Paulo Josue yang tidak kelihatan dalam kem latihan skuad kebangsaan bagi Pestabola Merdeka baru-baru ini. Kini, kapten Kuala Lumpur City FC (KL City) itu kembali ke padang latihan skuad ibu kota itu. Difahamkan, Josue tidak dapat beraksi bersama skuad kebangsaan bagi Pestabola Merdeka gara-gara dijangkiti demam denggi. […]
Malaysia Berisiko Hilang Tonggak Utama Berdepan India

Skuad kebangsaan Malaysia bakal kehilangan seorang tonggak utama dalam aksi berdepan India kelak atas faktor kesihatan. Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah mengesahkan Paulo Josue telah mengalami demam denggi dan berkemungkinan besar akan terlepas aksi Pestabola Merdeka. Ini bermakna Malaysia bakal kekurangan seorang pemain berkualiti dibahagian serangan pasukan. Paulo Josue bermain sebagai pemain tengah […]