Bangladesh Antara 5 Potensi Lawan Harimau Malaya November Ini

Bangladesh berpotensi menjadi antara salah satu lawan Harimau Malaya bulan November ini. Skuad kendalian Pau Marti bermula cemerlang apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024 selepas menundukkan Lubnan dengan keputusan 1-0. Prestasi sama tidak berupaya diterjemahkan di tempat lawan apabila tunduk dengan jaringan besar berdepan pasukan ke-95 dunia, New Zealand dengan keputusan 4-0 di Auckland. Ujian […]

“Dia Akan Dapat Pasport & Main Untuk Malaysia” – Hamidin

Harimau Malaya dijangka bakal menerima seorang lagi pemain warisan yang disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin. Baru-baru ini, hasrat untuk melihat tonggak utama Go Ahead Eagles, Mats Deijl untuk mewakili Harimau Malaya tidak kesampaian. Hal ini susulan beliau tidak melepasi syarat FIFA kerana pemain berusia 27 tahun […]

Pau Marti: Malaysia Terima Pengajaran Berguna Hadapi New Zealand

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente menyifatkan kekalahan 4-0 kepada New Zealand banyak memberi pengajaran kepada pasukan itu. Malaysia dan All Whites berentap di Stadium North Harbour, Auckland untuk aksi persahabatan antarabangsa pertama sejak tahun 2006. Selepas berjaya merantai pasukan Oceania itu pada babak pertama, New Zealand yang dibimbing Darren Bazeley menyumbat empat gol pada […]

Pau Marti: Malaysia Berpeluang Cipta Sejarah

Pengendali skuad kebangsaan Malaysia, Pau Marti Vicente melihat aksi menentang New Zealand sebagai peluang menempa nama dalam catatan sejarah bola sepak negara. Selepas diikat 1-1 dengan kelab baru A-League, Auckland FC pada 11 Oktober lalu, kini fokus Harimau Malaya tertumpu pula kepada aksi persahabatan antarabangsa dengan All Whites. Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu sejak […]

“Pau Marti Nak Dia”

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelaskan sebab pengendali Malaysia B-23, Juan Torres bersama Pau Marti bagi mengemudi skuad kebangsaan. Perkara ini dijelaskan oleh Presiden FAM, Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin berkenaan keputusan duo Sepanyol itu mengemudi Harimau Malaya. Baru-baru ini, skuad kebangsaan mengharungi kempen cemerlang apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024. Hamidin memaklumkan bahawa […]

Respon Pau Marti Selepas Malaysia Seri Dengan Auckland

Ketua Jurulatih Malaysia, Pau Marti berpuas hati dengan prestasi skuad kebangsaan selepas diikat Auckland FC. Harimau Malaya berterima kasih dengan jaringan penyamaan perancang tengah, Nooa Laine yang menyaksikan Malaysia meraih keputusan seri menentang Auckland. Kelab baharu di A-League itu memberi cabaran hebat dari aspek fizikal dan juga kelajuan menurut pemerhatian pengendali kelahiran Sepanyol itu. Katanya, […]

Harimau Malaya Lawan Kelab Ke-1136 Dunia

Harimau Malaya menghadapi tentangan kelab ke-1136 dunia bagi aksi persahabatan bulan Oktober 2024. Skuad kendalian Pau Marti masih segar dengan kejayaan menjulang Pestabola Merdeka apabila menundukkan Lubnan dengan keputusan 1-0. Perjalanan pasukan kebangsaan diteruskan apabila bakal menentang pasukan ke-95 dunia, New Zealand di Auckland pada 14 Oktober 2024. Malaysia kini menghuni tangga ke-132 dunia berdepan […]

Pau Marti Bawa 9 Pemain B-23 Malaysia Ke New Zealand

9 pemain Malaysia bawah 23 tahun mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Pau Marti untuk dibawa menghadapi cabaran New Zealand. Skuad Harimau Malaya kini berada di Auckland, New Zealand untuk siri perlawanan persahabatan yang berlangsung pada jendela antarabangsa FIFA bagi bulan Oktober ini. Pengendali skuad negara, Pau Marti menyenaraikan 27 nama pemain bagi membawa cabaran Harimau Malaya […]

Pau Marti Sedar Tugas Besar Hadapi New Zealand

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente menyifatkan aksi persahabatan menentang New Zealand sebagai tugasan mencabar buat pasukan itu. Ini kali pertama skuad negara berentap dengan pasukan yang menduduki ranking ke-95 dunia itu sejak 23 Februari 2006. Menariknya, aksi persahabatan edisi 2024 diadakan di lokasi sama kedua-dua pasukan berentap iaitu Stadium North Harbour, Auckland. Aksi pada […]

FAM Sahkan Posisi Ketua Jurulatih Malaysia Jadi Rebutan

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan posisi selaku ketua jurulatih Harimau Malaya kini menjadi rebutan beberapa nama. Jawatan ketua jurulatih skuad kebangsaan kini dipegang oleh Pau Marti yang mengambil alih tugas yang ditinggalkan oleh Kim Pan-gon sejak Julai yang lalu. Di bawah bimbingan Pau Marti, skuad negara telah meraih gelaran juara di kejohanan Pestabola Merdeka […]

Harimau Malaya Ke New Zealand Tanpa Dion Cools

Harimau Malaya bakal berhadapan cabaran pasukan ke-95 dunia, New Zealand tanpa kelibat kapten, Dion Cools. Sebelum ini, nama pemain pertahanan berusia 28 tahun itu tersenarai dalam senarai 27 pemain yang dipanggil pengendali skuad negara, Pau Marti Vicente. Ramai penyokong negara tidak sabar melihat kelibat Cools. Ini disebabkan beliau memberi impak besar kepada kelab gergasi Thailand, […]

3 Pemain Luar Negara Dapat Panggilan Malaysia

3 pemain luar negara mendapat panggilan untuk memperkuat Malaysia bagi aksi persahabatan bulan Oktober ini. Skuad kendalian Pau Marti Vicente masih segar dengan kejayaan menjulang Pestabola Merdeka 2024 selepas menundukkan Lubnan dengan keputusan 1-0. Harimau Malaya dijadualkan berdepan pasukan ke-95 dunia, New Zealand dengan aksi bakal berlangsung di Auckland pada 14 Oktober 2024. Pengendali kelahiran […]

Haziq Nadzli Ketuk Pintu Hati Pau Marti

Kemenjadian prestasi penjaga gol Perak FC, Haziq Nadzli telah mengetuk pintu hati ketua jurulatih Malaysia, Pau Marti Vicente. Biarpun hanya di dalam senarai menunggu, namun itu merupakan satu petanda bahawa prestasi semasa Haziq sedang dipantau rapi barisan kejurulatihan Harimau Malaya. Haziq merupakan satu-satunya penjaga gol yang diletakkan di dalam senarai menunggu dengan Pau Marti membuat […]

Nazmi Faiz Dapat Perhatian Pau Marti

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor kembali mendapat perhatian kem Harimau Malaya diketuai Pau Marti. Pada Khamis, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan senarai 27 pemain Harimau Malaya bagi aksi persahabatan bertemu New Zealand pada 14 Oktober ini. Daripada senarai panggilan tersebut, tiga muka baharu telah dipanggil dengan 2 daripadanya ialah […]

Malaysia Pertaruh Skuad Campuran Hadapi New Zealand

Malaysia mempertaruhkan skuad campuran berdepan New Zealand bagi aksi Oktober ini. Ketua Jurulatih, Pau Marti Vicente menyenaraikan 27 orang pemain yang ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Ahad, 6 Oktober 2024. Hal ini bagi menghadapi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang New Zealand di Stadium North Harbour, Auckland pada Isnin, 14 Oktober 2024. Pengendali […]

Pau Marti Ubah 8 Pemain Pilihan Kim Pan-gon

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti telah mengubah 8 pemain dalam senarai terakhir Kim Pan-gon. Pengendali kelahiran Sepanyol itu menamatkan penantian skuad kebangsaan untuk menjulang trofi apabila memenangi Pestabola Merdeka 2024. Malaysia menundukkan Lubnan dengan keputusan 1-0 hasil jaringan penyerang JDT, Romel Morales untuk membuka era baharu Pau Marti. Beliau bagaimanapun mengambil keputusan untuk menyenaraikan 8 […]