Pau Marti Dah Jangka Cara India Bermain

Jurulatih Malaysia, Pau Marti Vicente sudah menjangka bagaimana corak permainan yang telah diterapkan India kendalian Manolo Marquez dalam aksi persahabatan India dan Malaysia di Hyderabad pada Isnin. Jurulatih dari Barcelona, Sepanyol itu memberitahu media selepas perlawanan bahawa beliau tidak terkejut melihat pemain-pemain Harimau Malaya akan ditekan hebat pemain-pemain India yang diakui mempunyai kepantasan. “Saya dah […]

5 Perkara Positif Dalam Aksi India vs Malaysia

India berjaya ikat kemaraan Malaysia di Hyderabad dengan keputusan seri 1-1. Suka atau tidak, keputusan ini bukanlah pilihan utama rakyat Malaysia yang sudah tentu mahukan kemenangan mutlak di tempat lawan. Berikut merupakan 5 perkara positif yang berjaya dikesan penulis untuk tatapan umum: Selamat Datang Fazrul Amir Selamat datang Fazrul Amir ke Harimau Malaya! Fazrul Amir […]

Pau Marti Anggap Malaysia Perlu Atasi India Di Hyderabad

Pengendali skuad Harimau Malaya, Pau Marti melihat aksi berdepan India di Hyderabad sebagai peluang buat Malaysia meraih kemenangan. Skuad kebangsaan terbang ke Hyderabad untuk menentang India dengan momentum selepas mencatat kemenangan ke atas Laos dalam aksi persahabatan pada Khamis lalu. Manakala pasukan India pula turun dengan misi penting bagi memburu kemenangan pertama apabila hanya merekodkan 4 keputusan […]

JDT Berterima Kasih Kepada Harimau Malaya

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berterima kasih kepada Harimau Malaya. Skuad Harimau Malaya telah meminta agar tiga tonggak utama iaitu Arif Aiman, Feroz Baharudin dan juga Matthew Davies pulang ke kelab lebih awal daripada tugasan kebangsaan. Johor Southern Tigers merakamkan ucapan penghargaan kepada Harimau Malaya terutamanya ketua jurulatih, Pau Marti yang memberikan kelonggaran […]

Harith Haiqal Anggap Dion Cools Ada ‘Ciri-Ciri Yang Sukar Dijumpai’

Pemain pertahanan Selangor, Harith Haiqal menganggap ciri ciri-ciri seorang pemimpin yang ada pada Dion Cools sukar dijumpai. Nama Harith Haiqal kembali tersenarai dalam 26 pemain yang tersenarai bagu memperkuatkan barisan Pau Marti menghadapi perlawanan Antarabangsa Tier 1. Pemain muda berusia 22 tahun ini menyatakan bahwa Dion Cools sangat bagus dalam memimpin pasukan. “Jika diberi peluang […]

Stuart Wilkin Pulang Ke Pangkuan Malaysia Dengan Misi Besar

Pemain tengah Sabah, Stuart Wilkin kembali ke skuad kebangsaan dengan misi besar kali ini.  Nama Stuart Wilkin kembali tersenarai dalam 26 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat ke skuad Harimau Malaya bermula Ahad ini.  Pemain berusia 26 tahun itu mengakui kecederaan yang dialaminya di awal musim adalah satu cabaran yang sukar buatnya. Sungguhpun begitu, […]

Fazrul Amir Sedia Rebut Tempat Dalam Skuad Harimau Malaya

Pemain sayap Kelantan Darul Naim, Fazrul Amir sedia untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan Harimau Malaya jika mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Pau Marti Vicente. Fazrul Amir hadir memperkuatkan kem kebangsaan untuk menggantikan Mukhairi Ajmal yang mengalami kecederaan. Pemain berusia 24 tahun itu tidak mahu menghampakan kepercayaan yang diberikan oleh Pau Marti dan mahu berada dalam […]

Kelayakan Piala Asia 2027: Malaysia Balang 2, Harapan Pintas India Lebur

Harapan Malaysia untuk memintas India bagi undian Kelayakan Piala Asia 2027 sudah pun musnah. Skuad kendalian Pau Marti berada dalam momentum cemerlang apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024 selepas menundukkan Lubnan. Harimau Malaya kemudiannya tewas kepada New Zealand sekaligus terlepas peluang untuk mendapatkan tambahan mata FIFA bagi memperbaiki kedudukan bagi undian Kelayakan Piala Asia 2027. […]

Penyerang Luar Negara ‘Ganti’ Romel Morales

Penyerang berbisa Harimau Malaya, Romel Morales terpaksa disisihkan dengan penyerang luar negara menjadi pengganti. Skuad kendalian Pau Marti bakal mengharungi dua aksi persahabatan Tier 1 FIFA menentang Laos dan juga India. Khabar kurang baik diterima apabila dua pemain telah pun mengalami kecederaan iaitu Natxo Insa dan Mukhairi Ajmal sebelum Romel turut mengalami nasib sama. Menerusi […]

“Dia Pemain Idaman Setiap Jurulatih”

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti teruja untuk kembali mendapatkan khidmat pemain tengah Kuala Lumpur City FC, Zhafri Yahya. Pemain berusia 30 tahun itu dipanggil saat akhir menggantikan pemain tengah JDT, Natxo Insa yang mengalami kecederaan. “Zhafri Yahya, pemain berusia 30 tahun itu menggantikan Natxo Insa dari Johor Darul Ta’zim yang tidak dapat melapor diri. “Hal ini selepas […]

Pau Marti: Aksi Lawan New Zealand Jadi Pengajaran

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente menyifatkan aksi persahabatan menentang New Zealand pada Oktober lalu memberi pengajaran berguna buat pasukan itu. Malaysia mengharungi satu aksi persahabatan antarabangsa di Auckland pada bulan tersebut dengan All Whites. Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu sejak Februari 2006. Keinginan Harimau Malaya mengulangi kejutan menewaskan New Zealand pada 1999 tidak […]

Dua Individu Dari Barcelona Jadi Tumpuan Aksi India & Malaysia

Kemunculan dua individu kelahiran Barcelona, Sepanyol pada aksi persahabatan antarabangsan di antara India dan Malaysia pada 18 November ini bakal menjadi tumpuan. Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Pau Marti Vicente dan jurulatih India, Manolo Marquez merupakan dua jurulatih yang berasal dari Barcelona. Biarpun kedua-duanya dilahirkan di bandar Barcelona, namun hanya Pau Marti yang mempunyai pengalaman bersama […]

Haziq Nadzli Kembali Selepas 6 Tahun

Penjaga gol Perak FC, Haziq Nadzli kembali memperkuatkan skuad kebangsaan selepas kira-kira enam tahun namanya ‘hilang’ dari senarai pemain untuk dipanggil oleh ketua jurulatih Harimau Malaya. Haziq, 26 telah menampilkan aksi terbaik beliau bersama Perak dalam saingan domestik musim ini dan berjaya mempamerkan aksi penyelamatan luar biasa demi mempertahanankan gawang Perak daripada dibolosi. Nama Haziq […]

“Itu Permintaan Pau Marti” – FAM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa Ketua Jurulatih, Pau Marti yang meminta untuk menguji sebuah kelab pada aksi Oktober lalu. Menerusi satu kenyataan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, beliau memaklumkan bahawa keputusan untuk bertemu satu kelab dan juga satu negara bagi aksi Tier 1 FIFA adalah ketentuan dari ketua jurulatih. Beliau […]

Hamidin Tunai Hajat Besar Pau Marti

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi permintaan Ketua Jurulatih, Pau Marti. Pengendali kelahiran Sepanyol itu kini bergelar pemangku Ketua Jurulatih selepas pemergian Kim Pan-gon yang menyertai Ulsan HD. Harimau Malaya telah mengharungi tiga aksi di bawah kendaliannya namun tewas berdepan pasukan ke-95 dunia, New […]

Pau Marti: New Zealand Pasukan Terkuat Kami Hadapi

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente mengakui New Zealand merupakan pasukan terkuat yang dihadapi pasukan itu pada tahun 2024. Skuad negara turun menentang New Zealand di Auckland pada 14 Oktober lalu untuk aksi persahabatan antarabangsa pertama kedua-dua negara sejak 2006. Meskipun berjaya mengekang All Whites pada separuh masa pertama, skuad negara terpaksa akur dengan kehebatan […]