Nooa Laine Jadi Sasaran Baharu JDT?

Pemain kacukan Malaysia/Finland, Nooa Laine dijangka akan memperkuat juara bertahan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim. Nooa yang kini sedang menikmati musim indah bersama pasukan SJK Seinajoki di Liga Finland bakal menjadi sasaran baharu buat kem Harimau Selatan untuk memperkuatkan lagi jentera tengah pasukan. Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail […]
Nooa Laine Sasar Benam India Di Gelanggang Keramat Harimau Malaya

Pemain tengah kebangsaan, Nooa Laine berazam untuk memberikan yang terbaik di kejohanan Pesta Bola Merdeka, Jumaat ini. Bakal beraksi buat kali pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, pemain berusia 20 tahun ini bangga diberi kepercayaan untuk bersama skuad Harimau Malaya. Beliau menzahirkan rasa teruja dan gembira mendapat panggilan ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon kali ini. […]
Malaysia Panggil 3 Pemain Luar Negara Gempur India

Malaysia tampil dengan sedikit kelainan bagi aksi Pestabola Merdeka dengan menampilkan beberapa muka baharu termasuklah kelibat tiga pemain luar negara untuk memacu cabaran negara. Aksi Pestabola Merdeka kembali diadakan selepas sedekad pengajurannya dihentikan telah membawa kepada percaturan penting ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk membawa barisan pemain terbaik. Antara muka baharu yang dipanggil ialah penjaga gol […]
3 Pilihan Bintang ‘No.6″ Pikul Tugas Besar Harimau Malaya

Posisi pemain tengah bertahan Harimau Malaya sentiasa menjadi sebutan ekoran fungsi penting dalam mematahkan serangan pihak lawan dan menghubungkan jentera pertahanan dan serangan pasukan. Berikut merupakan 3 pemain tengah bertahan yang berpotensi untuk memikul tugas Harimau Malaya: 1. Afiq Fazail Pemain berusia 28 tahun ini menyerlah dibahagian tengah JDT ketika ini. Malah Afiq Fazail telah […]
Nooa Laine Harap Diturunkan Berdepan Filipina

Pemain tengah muda negara, Nooa Laine berharap dapat diturunkan dalam aksi kedua Kumpulan H menentang Filipina petang ini. Nooa sebelum ini tidak dapat diturunkan dalam aksi pertama Kumpulan H menentang Bangladesh kerana keletihan selepas mengharungi perjalanan yang jauh dari Finland. Masalah sama turut dialami penyerang KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin. Kini, Nooa dilihat sudah bersedia […]
Ini Senarai Akhir Barisan Unik Malaysia Ke Kelayakan Piala Asia B-23

Teka teki mengenai barisan akhir yang bakal dibawa ke Kelayakan Piala Asia B-23 bagi mewakili Malaysia akhirnya terjawab. Ketua jurulatih B-23 kebangsaan, E. Elavarasan telah membuat keputusan muktamad bagi mengharungi kempen Kelayakan Piala Asia B-23 2024. Berdasarkan kemas kini yang dimuat naik oleh FAM, terdapat kelibat barisan pemain yang diharapkan mampu mencipta impak segera di […]
Luqman Hakim & Nooa Laine Ketuai Skuad Berbakat Malaysia Ke Kelayakan Piala Asia B-23

Senarai 25 orang pemain yang bakal mengetuai cabaran negara di Kelayakan Piala Asia B-23 di Thailand sudah pun terjawab. Menerusi satu pengumuman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), seramai 25 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih B-23 kebangsaan, E. Elavarasan bagi menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-23. Kem latihan yang bermula Rabu, 30 […]
Nooa Laine Gegarkan Finland Dengan Gol Peluru

Pemain Harimau Malaya yang kini beraksi di Finland, Nooa Laine berjaya meledak gol menarik buat pasukannya SJK Seinajoki dalam aksi Veikkausliiga menentang FC KTP semalam. Gol menarik itu terhasil pada minit ke-49 perlawanan. Nooa yang menerima hantaran dari rakan sepasukannya tidak menunggu lama untuk melepas rembatan deras bak peluru ke arah gawang lawan sekali gus […]
Visi Luar Biasa Nooa Laine Belah Pertahanan Papua New Guinea Jadi Bualan

Tatkala kemenangan besar Malaysia ke atas Papua New Guinea jadi tumpuan, persembahan individu yang ditampilkan oleh pemain Malaysia-Finland, Nooa Laine terus menjadi bualan. Pemain berusia 21 tahun itu diterbangkan jauh dari kelabnya, SK Akatemia untuk membawa cabaran negara sungguhpun terlepas aksi pertama berdepan Kepulauan Solomon. Beliau yang mengisi posisi Syamer Kutty selaku pemain tengah bertahan […]
Nooa Laine Galas Peranan Penting Berdepan Papua New Guinea

Perancang tengah Malaysia-Finland, Nooa Laine diberi bayangan akan memainkan peranan berdepan Papua New Guinea Selasa ini. Pemain muda berusia 21 tahun diterbangkan jauh dari kelabnya, SK Akatemia bagi memacu cabaran skuad kebangsaan dalam dua aksi persahabatan. Beliau bagaimanapun tidak dapat diturunkan berdepan Kepulauan Solomon minggu lalu kerana difahamkan kurang cergas. Kehilangan Natxo Insa bagaimanapunntelah membuka […]
Richard Chin & Nooa Laine Pimpin Skuad Muda Negara Ke Kelayakan Piala Asia

Selepas gagal layak ke final Sukan SEA 2023, skuad B-23 negara amat memerlukan suntikan pemain baru yang mampu membawa mereka ke hadapan. Hari ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan Richard Chin bakal membantu Harimau Muda untuk kempen Kelayakan Piala Asia B-23 pada September ini. Kelibat bek tengah muda Charlton […]
Matyo Harap Nooa Laine Tak Pulang Ke Malaysia Terlalu Awal

Bekas penyerang lagenda Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha berharap agar pemain tengah warisan negara, Nooa Laine dapat terus kekal beraksi di Eropah. Pemain berusia 20 tahun itu telah membuat debut bersama pasukan negara berdepan Turkmenistan sebelum turun dalam kesebelasan utama pasukan menentang Hong Kong. Nooa jelas sedang menyesuaikan diri dengan corak permainan skuad kebangsaan sambil […]
Nooa Laine Teruja Dengan Aura Padu Ekor Harimau Malaya

Pemain tengah sensasi Harimau Malaya, Nooa Laine mahu meningkatkan kemampuan penyudahnya di hadapan gawang apabila tampil buat kali pertama bersama pasukan negara semalam. Bintang kelahiran Finland-Malaysia itu mengakui teruja untuk membuat kemunculan kali pertama bersama pasukan kebangsaan sambil mahu membaiki beberapa aspek dalam permainannya. Beliau dimasukkan pada babak kedua untuk menggantikan perancang tengah JDT, Endrick […]
3 Pemain Baharu Jadi Tumpuan Bersama Harimau Malaya

Senarai 27 orang pemain yang dipanggil ke kem latihan kebangsaan sudah pun diumumkan secara rasminya namun terdapat beberapa pemain yang mencuri tumpuan para penyokong. Kim Pan-gon dilihat mahu mencuba kombinasi baharu bersama Harimau Malaya dengan 8 muka baharu bakal memperkuatkan pasukan. Namun begitu, terdapat beberapa pemain yang bakal mencuri tumpuan para penyokong. Pemain kelahiran Malaysia-Finland […]
“Satu Penghormatan Wakili Harimau Malaya” – Nooa Laine

Selepas menerima panggilan menyertai skuad senior Harimau Malaya, Nooa Laine menganggap ia sebagai satu penghormatan. Justeru, sekiranya terpilih dalam kesebelasan utama, pemain berusia 20 tahun itu berharap tidak menghampakan kepercayaan Kim Pan-gon kepadanya. Laine merupakan sebahagian daripada lapan pemain baru yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan. Selain dia, duo naturalisasi Endrick dos Santos dan Paulo Josue, […]
Penyokong Teruja Nantikan Debut Nooa Laine Bersama Harimau Malaya

Perancang tengah kelahiran Malaysia-Finland, Nooa Laine telah pun dipanggil dalam senarai 27 orang pemain yang akan menjalani latihan kem kebangsaan di Johor minggu ini. Malaysia akan berdepan dua perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1 berdepan Turkmenistan dan Hong-Kong di Stadium Sultan Ibrahim. Berdasarkan senarai pemain yang dimumkan, terdapat 8 orang pemain baharu yang dipanggil untuk membawa […]