Nooa Laine Tekad Balas Kepercayaan Selangor

Pemain tengah kebangsaan, Nooa Laine berazam untuk membalas kepercayaan Selangor FC selepas menyertai pasukan itu secara tetap. Sebelum ini, pemain tengah berusia 21 tahun itu menyertai Merah Kuning secara pinjaman dari kelab Finland, SJK Seinajoki pada Februari lalu. Meskipun Nooa perlu bersaing dengan pemain berpengalaman di bahagian tengah, itu tidak menghalangnya merekodkan 23 penampilan dan […]
Selangor Bayar Pampasan Kekalkan Nooa Laine

Selangor membayar pampasan kepada SJK Seinajoki untuk menukar status Nooa Laine daripada perpindahan pinjaman kepada perpindahan tetap. Perkara ini disahkan sendiri Pengarah Teknikal SJK, Richard Dorman apabila ditanya tentang status terkini pemain berusia 21 tahun itu. Beliau memaklumkan Selangor sudah mengaktifkan klausa perpindahan tetap Nooa sekaligus membolehkannya menyertai pasukan gergasi Lembah Klang itu. “Semasa musim […]
Selangor Tebus Kontrak Nooa Laine, Tinggalkan Kelab Finland Secara Tetap

Perancang tengah muda negara, Nooa Laine secara rasminya menjadi milik Selangor secara tetap. Tonggak berusia 22 tahun itu menyertai Gergasi Merah secara pinjaman pada awal musim 2024/25 dari kelab Finland, SJK Seinäjoki. Beliau memainkan peranan penting dan menjadi nadi posisi tengah Gergasi Merah terutamanya dalam saingan AFC Champions League Two (ACL2) sehingga membantu Selangoe mendahului […]
Seorang Lagi Pemain Bakal Lapor Diri Bersama Harimau Malaya

Seorang lagi tonggak dilaporkan bakal hadir menyertai kem latihan Harimau Malaya. Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal diperkuat dengan kehadiran 25 pemain berbanding 26 pada senarai awal susulan pengguguran penjaga gol berpengalaman. Ahmad Syihan Hazmi. Tonggak pertahanan Buriram United, Dion Cools bersama 5 pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) baru sahaja menyertai sesi latihan dua hari […]
6 Pemain Baru Jalani Latihan Bersama Harimau Malaya

Kem Harimau Malaya diperkuatkan dengan kehadiran enam pemain baru yang melapor diri hari ini. Lima pemain Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) iaitu Matthew Davies, La’Vere Corbin-Ong, Shahrul Saad, Feroz Baharudin dan Endrick dos Santos melapor diri hari ini. Turut sama hadir melapor diri untuk tugasan skuad kebangsaan ialah pemain pertahanan Buriram United, Dion Cools. […]
Nooa Laine Ikut Selangor Ke Jakarta, Persiapan Bersama Harimau Malaya Tertangguh

Pemain tengah kebangsaan, Nooa Laine sah menyertai rombongan Selangor FC ke Jakarta, Indonesia hari ini. Sebelum ini, pemain berusia 21 tahun itu menjadi sebahagian daripada 26 pemain yang menyertai kem Harimau Malaya. Dengan panggilan tersebut, Nooa menjadi satu-satunya wakil Merah Kuning dalam skuad kebangsaan. Sementara Samuel Somerville, Sharul Nazeem Zulpakar, Fazly Mazlan, Aliff Haiqal Lau […]
8 Pemain Selangor Bantu Harumkan Nama Malaysia Di Qatar

8 pemain Selangor bakal memperkuatkan skuad Harimau Malaya dalam misi mengharumkan nama Malaysia dalam saingan Piala Asia B23 di Qatar. Senarai akhir barisan 23 pemain skuad kendalian Juan Garrido Torres ke Qatar telah diumumkan dan sebanyak 1/3 pemain yang dipanggil merupakan pemain dari pasukan Selangor. Selangor akan melepaskan 8 pemain muda mereka sewaktu pasukan Gergasi […]
4 Pemain Muda Malaysia Tunjuk Kemajuan Hebat Bersama Kim Pan-gon

4 pemain muda Malaysia mempamerkan kemajuan hebat selepas terpilih untuk membantu pasukan di Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman. Harimau Malaya hanya mengekalkan 18 orang pemain yang berada dalam skuad Piala Asia 2023 dengan kemasukan bebebapa tonggak baharu menjadi perhatian. Hal ini susulan kecederaan Matthew Davies dan juga Junior Eldstal memaksa pengendali kelahiran Korea Selatan […]
Kim Pan-gon Bawa 4 Watak Baharu Ke Oman

Ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon dijangka mempertaruhkan 4 muka baharu dalam skuad yang bakal dibawa ke Oman. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu berjaya membawa prestasi terbaik bersama skuad kebangsaan terutamanya ketika mengharungi aksi Piala Asia 2023. Harimau Malaya juga merekodkan permulaan cemerlang di pentas Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas merakamkan dua kemenangan awal menentang Kyrgyzstan […]
Dua Posisi Utama Jadi Buruan Nooa Laine

Pemain tengah Harimau Malaya, Nooa Laine berkongsikan keinginan untuk beraksi diposisi tertentu untuk membuktikan kemampuan dirinya. Nooa Laine yang meraih kepercayaan Kim Pan-gon untuk membarisi jentera tengah negara bagi aksi menentang Oman kelak mahu memberikan yang terbaik dalam membantu Malaysia meraih kemenangan. Nooa Laine akan bersama-sama pemain seperti Syamer Kutty Abba, Mukhairi Ajmal, Stuart Wilkin, […]
Persaingan Terlalu Sengit, Nooa Laine Sasar Rebut Tempat Ke Oman

Perancang tengah muda negara, Nooa Laine optimis untuk memberikan yang terbaik bersama skuad kebangsaan sekiranya terpilih dalam senarai 25 pemain bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Pemain berusia 22 tahun itu memilih untuk pulang ke Malaysia secara pinjaman apabila menyertai Selangor FC bagi saingan musim 2024/25. Bintang kelahiran Finland itu bagaimanapun optimis untuk terus membawa […]
Nooa Laine Tak Sabar Cipta Memori Indah Bersama Selangor

Pemain tengah berbakat, Nooa Laine mengakui tidak sabar untuk mencipta memori indah bersama pasukan baharunya, Selangor FC. Nooa Laine bakal memperkuatkan jentera tengah Selangor untuk saingan musim hadapan bersama-sama Mukhairi Ajmal, Syahir Bashah, Aliff Izwan dan Yohandry Orozco. Pemain berusia 21 tahun itu juga bersedia merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan dan tidak sabar untuk […]
Kiko Insa: JDT Adalah Pilihan Pertama Semua Orang, Termasuk Pemain Baru Kamu

Sebuah tangkap layar memaparkan pendedahan sebenar perbualan antara Kiko Insa dan juga ejen yang difahamkan menguruskan pemain baharu Selangor FC, Nooa Laine. Pengumuman terbaru oleh The Red Giants menyaksikan pemain kelahiran Finland itu kini menjadi milik Selangor secara pinjaman dari kelab Finland, SJK Seinajoki. Pelbagai respon yang berlegar dalam kalangan pengguna media sosial susulan khabar […]
“Saya Bangga Dapat Bawa Nama Selangor” – Nooa Laine

Pemain tengah baharu Selangor FC, Nooa Laine meluahkan rasa terujanya untuk menyarung jersi The Red Giants musim hadapan. Beliau yang diumumkan secara rasmi pada Jumaat berkata, reputasi Selangor sebagai kelab yang memiliki sejarah yang mengagumkan membuatkan beliau berasa bangga untuk menyarung jersi keramat pasukan itu. Ini membuatkan beliau tidak sabar untuk berjumpa para penyokong skuad […]
Terkini: Nooa Laine Milik Selangor

Pemain tengah Harimau Malaya, Nooa Laine sah menyertai pasukan Selangor FC untuk saingan Liga Super musim 2024-2025. Perpindahan bekas pemain tengah SJK Seinäjoki itu diumumkan skuad Merah Kuning menerusi satu hantaran di media sosial rasmi mereka hari ini. Memulakan kariernya bersama JJK Jyväskylä pada 2018, beliau merekodkan 15 penampilan dan satu gol. Nooa kemudiannya menyertai […]
JDT Akui Ditawarkan Pemain Malaysia Di Luar Negara, Elak Jerat ‘Perang Bidaan’

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan terdapat percubaan ejen pemain yang menawarkan seorang pemain Malaysia yang berkelana di luar negara kepada kelab tersebut. Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards, beliau memberitahu situasi sebenar berhubung perkara yang tular di media sosial itu. Sebelum ini, menerusi laporan wartawan Astro Arena, […]