Nidzam Jamil Puji Kerja Keras Alex Agyarkwa

Usaha keras yang ditampilkan oleh tonggak tengah Selangor, Alex Agyarkwa mendapat pujian dan perhatian ketua jurulatih, Nidzam Jamil. Nidzam yang ditemui selepas aksi berdepan Negeri Sembilan dalam pusingan 16 terbaik Piala FA berkata, secara keseluruhan beliau berpuas hati dan gembira dengan kemenangan yang dicapai anak-anak buahnya. ”Sudah tentu, saya ingat untuk Piala FA atau apa-apa […]

Nidzam Jamil Akui Aksi Persahabatan Di Indonesia Beri Banyak Manfaat

Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil akui aksi persahabatan di Indonesia beri banyak manfaat. Selangor FC merangkul kejuaraan kedua bagi saingan RTCI Premium Sports menumpaskan Persija Jakarta.  Jurulatih berusia 44 tahun ini gembira dengan prestasi yang ditampilkan oleh semua pemain kerana mengekalkan momentum kemenangan berterusan. “Kita fikir minit permainan untuk bermain, pemain yang tidak dapat […]

Selangor Ingin Kekalkan Mentaliti Kemenangan

Menjelang aksi final RCTI Premium Sports, jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil mahu anak buahnya mengekalkan mentaliti kemenangan mereka. Kempen awal Liga Super musim 2024/25 menyaksikan Merah Kuning merekodkan kemenangan ke atas Kedah Darul Aman (KDA FC) dan Negeri Sembilan FC. Momentum itu kemudiannya diteruskan dalam RCTI Premium Sports apabila Selangor menewaskan Sabah FC dalam aksi […]

Nidzam Jamil Impikan Seorang Pemain Indonesia Bersama Selangor

Pintu hati ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil sentiasa terbuka jika pihak pengurusan Selangor mahu membawa masuk pemain Indonesia pada masa akan datang. Perkara tersebut diluahkan beliau ketika sesi sidang media selepas tamat perlawanan antara Selangor menentang Sabah dalam kejohanan RCTI Premium Sports di Jakarta. Rekod cemerlang yang ditonjolkan pemain-pemain Indonesia ketika menyarung jersi Selangor menjadi […]

Nidzam Jamil Sasar Kekal Momentum Cemerlang Di Indonesia

Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil berharap pasukan itu dapat tampil cemerlang dalam kejohanan RCTI Premium Sports yang bermula esok sehingga 2 Jun. Kejohanan RCTI Premium Sports merupakan kejohanan kelab antarabangsa empat penjuru membabitkan empat pasukan. Indonesia diwakili oleh dua kelab Liga 1, Persija Jakarta dan PSIS Semarang. Sementara Malaysia pula diwakili oleh dua pasukan Liga […]

Nidzam Jamil Gembira Dengan Impak Ronnie Fernandez

Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil gembira dengan sumbangan yang dihasilkan penyerang Chile, Ronnie Fernandez kepada pasukan itu semalam. Perlawanan Liga Super antara Selangor dengan Negeri Sembilan FC menyaksikan Merah Kuning meraih kemenangan besar 4-0. Fernandez membuka akaun golnya untuk musim 2024/25 menerusi gol pada minit ke-57. Noor Al-Rawabdeh menggandakan kelebihan Selangor pada minit ke-67. Yohandry […]

Selangor Pantau Situasi Khuzaimi Piee

Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil mengakui pasukan itu memantau keadaan terkini pemain pertahanan mereka, Khuzaimi Piee. Baru-baru ini, Khuzaimi menjadi mangsa kecurian apabila rumahnya dipecah masuk. Kejadian ini disedari bek tengah Harimau Malaya itu selepas pulang daripada menjalani latihan bersama Selangor. Insiden ini menyaksikan Khuzaimi kehilangan motosikal Yamaha Y15, empat beg silang pelbagai jenama dan […]

Nidzam Jamil Kagum Dengan Semangat Luar Biasa Mukhairi Ajmal

Ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil memuji semangat luar biasa yang dipamerkan Mukhairi Ajmal pada musim ini. Mukhairi Ajmal tampil dalam kesebelasan utama Selangor dalam aksi menentang Kedah Darul Aman yang berkesudahan dengan kemenangan menjadi milik Selangor hasil jaringan Aliff Haiqal. Nidzam Jamil telah memberikan pandangan beliau tentang kesungguhan Mukhairi Ajmal dalam pasukan Selangor dan gembira […]

Nidzam Jamil Ulangi Rekod Hebat Tan Cheng Hoe

Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil berjaya mengulangi rekod hebat yang dicipta oleh bekas pengendali, Tan Cheng Hoe. Jurulatih muda itu memulakan tugas pertama berdepan Kedah Darul Aman selepas aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak diteruskan susulan Gergasi Merah tidak hadir pada perlawanan tersebut. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik namun tuan rumah berjaya memperoleh […]

Selangor Perlu Tunggu Ruventhiran Lebih Lama

Selangor terpaksa melupakan khidmat Ruventhiran buat sementara waktu ekoran kecederaan yang melanda pemain bek kiri pasukan itu. Perkara tersebut dikongsikan oleh Nidzam Jamil, ketua jurulatih Selangor dalam program Nadi Bola di Astro Arena. “Alhamdulillah, perkara baiknya ialah kita dapat kurangkan senarai kecederaan kita. Saya fikir hampir semua pemain cergas kecuali Ruventhiran yang cedera semasa bersama […]

Selangor Dapat Skuad Terbaik Menentang Kedah

Pasukan Selangor FC bakal menurunkan skuad terbaik apabila berdepan Kedah Darul Aman FC dalam aksi Liga Super musim 2024/25 yang seterusnya. Ini kerana hampir semua pemain dalam pasukan Merah Kuning disahkan cergas dan bersedia untuk beraksi sekiranya dipilih oleh jurulatih, Nidzam Jamil. Hanya bek kiri kebangsaan, V. Ruventhiran saja yang masih menjalani proses pemulihan. Bek […]

“Kedah Bukan Hanya Tentang Syafiq Ahmad” – Nidzam Jamil

Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil tidak mahu hanya memberi fokus kepada penyerang Kedah Darul Aman, Syafiq Ahmad. Kedua-dua pasukan akan bertemu bagi aksi Liga Super ke-2 sungguhpun aksi Selangor dan JDT tidak berlangsung pada minggu lalu. Motivasi The Red Giants kini berada pada tahap tertinggi selepas tidak beraksi pada perlawanan pembukaan selain para pemain […]

Dua Calon Dikenal Pasti Isi Posisi Faisal Halim

Dua calon pemain Selangor FC dijangka bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Faisal Halim yang masih dalam proses pemulihan selepas mangsa simbahan asid pada 7 Mei. Jurulatih Selangor, Nidzam Jamil mengenal pasti dua calon lain iaitu Mukhairi Ajmal dan pemain baharu Selangor, Reziq Bani Hani untuk berada di posisi sayap bagi perlawanan Liga Super menentang Kedah […]

Faisal Halim Kongsi Pendekatan Berbeza Nidzam Jamil & Tan Cheng Hoe

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim melihat Tan Cheng Hoe dan Nidzam Jamil memiliki pendekatan berbeza sebagai jurulatih. Faisal berpandangan sedemikian selepas melihat kedua-duanya menggalas peranan sebagai jurulatih Merah Kuning. Cheng Hoe membimbing Selangor dari pertengahan 2022 hingga Mac tahun ini dengan Nidzam menggalas peranan sebagai pembantu jurulatih. Selepas bekas jurulatih Harimau Malaya itu menerima […]

Selangor Terpaksa Bayar Trofi Juara Dengan Harga Mahal

Meskipun berjaya menggondol gelaran juara Selangor Asia Challenge (SAC) 2024 semalam, Selangor FC terpaksa membayar kejayaan itu dengan harga yang mahal. Ini selepas jurulatih pasukan, Nidzam Jamil mendedahkan pasukan itu terpaksa melupakan khidmat pemain muda, Aliff Izwan Yuslan selama enam minggu. Pemain tengah Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) itu terpaksa disisihkan kerana mengalami kecederaan metatarsal. […]

Nidzam Jamil Puji Mentaliti 8 Pemain Selangor Di Qatar

Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil memuji mentaliti yang dipamerkan lapan pemain pasukan itu yang beraksi dalam Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2024 baru-baru ini. Skuad negara yang dibimbing Juan Torres Garrido membawa lapan pemain Merah Kuning untuk kejohanan berkenaan. Lapan pemain tersebut ialah Mukhairi Ajmal, Nooa Laine, Azim Al Amin Kamaruddin, Syahir Bashah, Muhammad […]