Nidzam Jamil: Di Selangor, Seri Ibarat Kalah

Ketua Jurulatiu Selangor FC, Nidzam Jamil yakin mentaliti besar pasukan menyebabkan keputusan seri ibarat kekalahan bagi pemainnya. Perkara ini dinyatakan olehnya selepas Gergasi Merah merekodkan kemenangan 4-1 ke atas Terengganu bagi aksi separuh akhir Piala FA 2024. Kemenangan bergaya itu membolehkan Selangor melangkah ke pentas akhir dengan JDT atau Kedah Darul Aman menjadi halangan terakhir. […]

“Selangor Bertuah Bawa Pulang Satu Mata” – Nidzam Jamil

Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil akui pasukannya masih bertuah meskipun seri di tempat lawan menentang Sri Pahang malam tadi. Selangor FC mempunyai kelebihan pada separuh masa kedua apabila penyerang Sri Pahang Mykola Agapov dilayangkan kad merah.  Beliau bagaimanapun percaya bahwa anak buahnya sudah melakukan yang terbaik untuk menjaringkan gol. Namun, jurulatih berusia 44 tahun […]

Bila Faisal Halim Akan Beraksi? Ini Jawapan Nidzam Jamil

Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil menjawab tanda tanya tentang status terkini pemain sayap Selangor, Faisal Halim. Ramai dalam kalangan peminat dan pemerhati bola sepak tempatan menantikan kelibat pemain lincah kebangsaan itu untuk kembali beraksi diatas padang. Faisal yang sebelum ini berdepan insiden simbahan asid terpaksa berehat dalam jangka masa panjang bagi sesi pemulihan dan rawatan. […]

Nidzam Jamil: Kita Nak Ada Di Tempat JDT & Terengganu

Pengendali Selangor, Nidzam Jamil bercita-cita untuk membawa anak-anak buahnya ke satu tahap seperti JDT dan Terengganu setelah menewaskan Penang dalam aksi Liga Super pada Sabtu. Dalam aksi yang berlangsung di Stadium MBPJ itu, Gergasi Merah bangkit dari dua kekalahan lalu di tangan KL City dan Terengganu untuk menumbangkan Penang 4-1 di laman sendiri. Empat gol […]

“Banyak Kerja Rumah Saya Perlu Buat” – Nidzam Jamil

Nidzam Jamil selaku ketua jurulatih Selangor FC mengakui dirinya perlu mencari jalan bagi mengatasi isu pertahanan Selangor yang kerap dibolosi dalam beberapa aksi yang lalu. Selangor tewas tipis 3-2 kepada Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin untuk aksi separuh akhir pertama Piala FA 2024/2025. Kekalahan tersebut merupakan kekalahan ketiga Selangor untuk musim ini dan […]

Nidzam Jamil: Kalah 3-2 Lawan Terengganu Tak Teruk

Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil tetap positif dengan persembahan pasukannya sungguhpun tewas 3-2 di tangan Terengganu. Beliau yang ditemui selepas perlawanan di Gong Badak memaklumkan bahawa pasukannya sudah berusaha sebaik mungkin. Pengendali muda ini bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan aksi bertenaga anak buahnya untuk menghabiskan perjuangan 90 minit di laman lawan. Nidzam Jamil memuji […]

Nidzam Jamil: Saya Percaya Selangor Boleh Menang Aksi Ini

Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil percaya Selangor sebenarnya mampu menewaskan KL City. Pengendali muda berusia 44 tahun itu menyaksikan anak buahnya menghadapi tentangan hebat The City Boys di laman lawan. Beliau bagaimanapun memuji kesungguhan yang ditonjolkan oleh para pemainnya untuk mencari jaringan dan mencipta peluang. “Kalau kita menilai KL City dengan cerita luar padang, […]

Nidzam Jamil Hairan ‘Saya Tak Tahu Reziq Makan Apa’

Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil hairan dengan kemajuan yang ditunjukkan oleh peledak berbisa, Reziq Bani Hani. Pemain kelahiran Jordan itu tiba di Selangor dengan reputasi hebat namun mengalami kecederaan. Hal ini memaksa beliau diketepikan daripada beberapa perlawanan buat sementara waktu. “Reziq (Bani Hani) amat mengejutkan kerana kalau ikutkan doktor sebentar tadi. “Saya rasa mungkin […]

Faisal Halim Kembali Berlatih, Selangor Tidak Mahu Tergesa-Gesa

Selangor FC menjawab mengenai tempoh masa yang diperlukan oleh Faisal Halim bagi kembali menyertai pasukan setelah dilaporkan sudah turun berlatih semula minggu lalu. Faisal Halim difahamkan sudah turun ke sesi latihan ringan minggu lalu buat kali pertama setelah insiden disimbah asid awal Mei lalu yang menyebabkan pemain berusia 26 tahun itu terpaksa menjalani beberapa siri […]

Zainal Abidin: Keputusan Nidzam Jamil Adil

Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan menyifatkan keputusan yang dibuat Nidzam Jamil dalam aksi suku akhir kedua Piala FA antara Selangor FC dengan Kuching City FC sebagai adil. Keputusan yang dimaksudkan bekas jurulatih Sri Pahang FC itu ialah tindakan Nidzam memasukkan Aliff Izwan Yuslan, Fazly Mazlan dan Syahir Bashah sebagai pemain gantian pada […]

Nidzam Jamil: Safuwan Baharudin ‘Berkorban’ Demi Pemain Muda

Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil memuji karakter Safuwan Baharudin yang mengetuai kejayaan pasukan menyingkirkan Kuching City dalam aksi suku akhir Piala FA di Kelana Jaya pada Sabtu. Selangor yang bangkit dari ketinggalan secara agregat pamer semangat juang yang tinggi meskipun dipaksa beraksi dengan 9 orang pemain sebelum penentuan sepakan penalti memberikan kemenangan buat The Red […]

Semangat Selangor Tebus Kekalahan Membara di MBPJ

Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil percaya anak buahnya mampu bangkit kembali untuk mencipta kemenangan ke atas Kuching City esok. Selangor terpaksa akur apabila tewas tipis dalam perlawanan pertama menentang skuad kendalian Aidil Shahrin di Kuching, Sarawak. Nidzam Jamil akui kekalahan yang dialami Selangor tempoh hari sedikit sebanyak dapat membantu mengenali kelemahan pasukan sekaligus dapat […]

Nidzam Jamil Yakin Ada Peluang, Fokus Aksi Timbal-Balik Di Stadium MBPJ

Pengendali Selangor, Nidzam Jamil optimis dengan peluang pasukan bimbingannya untuk kembali bangkit dari kekecewaan menjelang aksi kedua Piala FA di Stadium MBPJ minggu hadapan Pada Sabtu, Selangor yang bertandang ke Stadium Negeri Sarawak dikejutkan dengan kekalahan tipis 2-1 kepada Kuching City dalam aksi yang diuji dengan cuaca buruk beberapa jam sebelum perlawanan. Tonggak import Selangor, […]

Nidzam Jamil: Selangor Ada 25 Pemain Yang Bagus

Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil mengakui bukan mudah menjaga keharmonian pasukan terutama buat pemain yang jarang diturunkan. Saingan Liga Malaysia (Liga M) menyaksikan Selangor kekal tanpa kalah dalam empat perlawanan termasuk perlawanan pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA 2024. Merah Kuning bukan saja berada di tempat kedua Liga Super dengan sembilan mata. Malah, Selangor turut […]

Nidzam Jamil Puji Semangat Melawan Perak

Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil memuji semangat juang yang ditunjukkan lawan mereka, Perak FC dalam aksi minggu keempat Liga Super. Aksi terbaru liga menyaksikan kedua-dua pasukan berentap di Stadium MBPJ pada petang 23 Jun lalu. Merah Kuning mendahului menerusi dua gol yang disumbang Ronnie Fernandez. Selangor kemudiannya dipaksa bermain dengan 10 pemain selepas Alex Agyarkwa […]

“Saya Tak Tahu Reziq Bani Hani Makan Apa” – Nidzam Jamil

Ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil akui terkejut dengan perkembangan positif pemain import, Reziq Bani Hani yang dibelenggu kecederaan sebelum ini. Reziq yang mengalami kecederaan buku lali ketika beraksi di kejohanan jemputan RCTI Premium Sports pada awal Jun dikhabarkan terpaksa disisihkan oleh Selangor selama beberapa minggu sebelum ini. Ini memaksa The Red Giants turun tanpa khidmat […]