EPL: Newcastle United Malukan Man Utd Lagi

Kelab gergasi EPL, Man Utd mempamerkan prestasi terburuk mereka musim ini apabila tunduk 1-0 kepada Newcastle United di St. James Park. Kedua-dua pasukan berharap dapat bangkit semula selepas masing-masing meraih keputusan seri dalam aksi terbaru Liga Juara-Juara UEFA (UCL) minggu ini. Babak pertama menyaksikan tuan rumah mendominasi perlawanan berdasarkan statistik Sofascore. Sofascore merekodkan 14 percubaan […]

UCL: PSG Bergelut Diikat Newcastle United

Paris Saint-Germain (PSG) semakin hampir layak ke pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara UEFA (UCL) apabila seri 1-1 dengan Newcastle United awal pagi ini. Dengan persaingan dalam Kumpulan F masih terbuka, PSG memerlukan kemenangan bagi memperkukuh kedudukan sebagai pendahulu kumpulan. Sementara The Magpies pula perlu menang sekiranya mahu merampas tempat kedua daripada gergasi Jerman, Borussia […]

EPL: Newcastle United Belasah Chelsea Tanpa Belas Kasihan

Newcastle United tampil aksi memukau apabila menewaskan Chelsea 4-1 untuk mendaki tangga 6 teratas liga. Chelsea menurunkan bintang utama seperti Raheem Sterling, Enzo Fernandes dan Marc Cucurella dalam perlawanan ini. Newcastle yang sebelum ini mengalami isu kecederaan pemain pula tampil menurunkan trio Miguel Almiron, Alexander Isak dan Anthony Gordon. Isak membuka akaun jaringan pada minit […]

Bekas Peledak Berbisa EPL Mencari Kelab Baharu

Penyokong Newcastle United pastinya mengingati bisa penyerang Senegal, Papiss Cisse dalam EPL satu ketika dahulu. Dan kini, TalkSport melaporkan bekas peledak Freiburg itu sedang mencari kelab baru selepas dilepaskan kelab Ligue 2, Amiens pada musim lepas. Cisse ketika ini sedang menjalani latihan bersama kelab bukan liga, Macclesfield bagi mengekalkan tahap kecergasannya. Menariknya, jemputan berlatih di […]

UCL: Borussia Dortmund Buat Newcastle United Pulang Tangan Kosong

Borussia Dortmund berjaya menewaskan cabaran Newcastle United untuk meraih 3 mata berharga dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. Dortmund mempertaruhkan Fullkrug selaku penyerang utama pasukan manakala Calum Wilson pula menjadi penggempur utama Newcastle. Hantaran Marcel Sabitzer berjaya ditanduk masuk Fullkrug untuk gol pertama Dortmund pada minit ke-26. Dortmund mendominasi untuk babak pertama apabila beberapa serangan berbahaya […]

EPL: Newcastle United Tamatkan Rekod Tanpa Kalah Arsenal

Rekod tanpa kalah Arsenal sejak awal musim akhirnya lebur apabila mereka tunduk 1-0 kepada Newcastle United di St. James Park awal pagi ini. Arsenal memerlukan kemenangan bagi membolehkan mereka menghambat musuh setempat, Tottenham Hotspur dan pendahulu liga, Manchester City. Sementara The Magpies pula mahu menghambat Aston Villa dan Liverpool yang masing-masing menduduki tangga kelima dan […]

EFL Cup: Man United Disingkirkan Newcastle United

Prestasi tidak menentu Man United berterusan apabila mereka disingkirkan Newcastle United dari Piala EFL awal pagi ini. United amat memerlukan kemenangan selepas tewas 3-0 kepada Manchester City dalam aksi derby Manchester pada Ahad lepas. Sementara Newcastle pula mahu bangkit selepas diikat Wolves 2-2 di Molineux pada Sabtu lepas. Babak pertama menyaksikan The Magpies mendominasi tuan […]

UCL: PSG Dibelasah Newcastle United

Kelab gergasi Perancis, PSG seakan tidak percaya apabila menjadi mangsa amukan Newcastle United dalam aksi kedua Kumpulan F awal pagi ini. Selepas meraih keputusan terpuji dengan mengikat A.C. Milan tanpa jaringan di San Siro, The Magpies teringin melakar kemenangan pertama dalam kejohanan Eropah dalam tempoh 20 tahun. Manakala Les Parisien berharap dapat meraih kemenangan kedua […]

Sanusi Berhijrah Ke Newcastle

Birmingham City akhirnya terpaksa melepaskan prospek masa depan kelab itu, Trevan Sanusi apabila pemian berusia 16 tahun itu dipancing kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United. Pemain skuad kebangsaan bawah 16 tahun England itu menjadi rebutan beberapa kelab di England. Pemain sayap itu belum membuat penampilan sulung seniornya tetapi berada di bangku simpanan Birmingham pada penghujung […]

Bisa Pemain 18 Tahun Ini Buat Newcastle Menangis

Penyerang muda Brighton & Hove Albion FC, Evan Ferguson nyata membuka mata ramai pihak apabila mempamerkan bisanya sebagai penyerang tulen. Ferguson meledak hatrik dalam kemenangan 3-1 Brighton ke atas Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi. Pemain berasal dari Ireland itu berjaya meledak pada minit ke-27, minit ke-65 dan minit ke-70. Dengan […]

EPL: Liverpool Bangkit Tewaskan Newcastle United Pada Minit Akhir

Liverpool berjaya melakukan kebangkitan luar biasa apabila menewaskan Newcastle United 2-1 dengan kudrat 10 pemain di Stadium St. James’ Park. Pasukan kendalian Jurgen Klopp seakan tidak bersedia dalam perlawanan ini setelah Trent Alexander-Arnold dilayangkan kad kuning seawal minit ke-6 perlawanan. Trent sekali lagi melakukan kesilapan apabila gagal menerima hantaran Salah dan memberikan peluang buat Anthony […]

Manchester United & Newcastle Mahu Dapatkan Khidmat ‘Musuh’ Harimau Malaya Di Piala Asia

Dengan tamatnya kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, fokus semua pasukan ialah memperkuat pasukan masing-masing untuk musim 2023-2024. Dan difahamkan Manchester United dan Newcastle United mahu mendapatkan bek tengah Napoli, Kim Min-jae. Berdasarkan ciapan wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano di Twitter, nama bek tengah Korea Selatan itu kini dalam radar dua kelab EPL tersebut. […]

EPL: Hasrat Liverpool Ke UCL Berkecai, Seri Dengan Aston Villa

Peluang tipis Liverpool untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim hadapan tidak kesampaian hari ini. Ini selepas anak-anak buah Jurgen Klopp diikat Aston Villa 1-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield hari ini. Memandangkan perlawanan hari ini merupakan perlawanan terakhir di tempat sendiri untuk musim 2022-2023, Reds pastinya mahu meraih satu lagi […]

EPL: Newcastle Pecah Rekod EPL Belasah Spurs

Dengan persaingan merebut kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) makin sengit, ramai menjangkakan perlawanan sengit membabitkan Newcastle United dan Tottenham Hotspur malam ini. Tetapi sebaliknya, Magpies membelasah Spurs 6-1 di stadium keramat mereka, St. James Park. Sebaik sepak mula, Toon Army mula menekan anak-anak buah jurulatih interim, Cristian Stellini. Dan mereka tidak perlu menunggu […]

EPL: Newcastle ‘Bersahurkan’ Manchester United Di St. James Park

Newcastle hampakan Manchester United yang bergelut sepanjang perlawanan dengan kemenangan bergaya 2-0 di St. James Park. Separuh masa pertama ternyata milik tuan rumah yang bertali arus melakukan serangan dan beberapa kali hampir membolisi gawang Manchester United namun tiada sebarang jaringan berjaya dijaringkan kedua-dua pasukan. Bersambung babak ke-2, Newcastle mempertingkat corak serangan dan beberapa kali hampir […]

Piala EFL: Manchester United Julang Trofi, Tewaskan Newcastle United

Hasrat anak-anak buah Eddie Howe menjulang trofi Piala EFL tidak kesampaian apabila mereka tewas 2-0 kepada juara kejohanan, Manchester United di pentas final. Kedua-dua pasukan sudah lama mengalami kemarau kejuaraan dengan United mahu menamatkan penantian mereka sejak 2016. Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan bermula seimbang dan mencari peluang untuk menjaringkan gol. Red Devils mendahului pada […]