EPL: Arsenal Diaibkan Newcastle United

Newcastle United menghadiahkan kekalahan kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada kelab gergasi utara London, Arsenal. The Magpies mahu bangkit selepas tewas dua aksi terakhir liga di tangan Brighton dan Chelsea. Manakala The Gunners mahu menamatkan penantian dua perlawanan tanpa kemenangan selepas diikat 2-2 dengan Liverpool. Penyerang berbisa Sweden, Alexander Isak terus menjadi sandaran gol pengurus […]
EPL: Newcastle United Bangkit Ikat Manchester City

Aksi saingan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan Manchester City meneruskan rekod tanpa kalah selepas diikat Newcastle United dengan keputusan 1-1. Skuad kendalian Eddie Howe pastinya memburu kemenangan di laman sendiri selepas tewas bertemu Fulham minggu lepas. Sementara, Man City mahu mengekalkan rekod terbaik mereka. Pertahanan Man City, Josko Gvardiol membuka jaringan pertama pasukan selepas […]
Kontrak Baru Bintang Newcastle Terselit Klausa Barcelona?

Pemain tengah Newcastle United, Bruno Guimaraes baru sahaja menandatangani kontrak baru dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu namun difahamkan kontrak baru bintang tersebut terselit klausa Barcelona. Melalui satu laporan daripada Daily Mail, Bruno difahamkan baru sahaja menyatakan persetujuan untuk kekal bersama Newcastle sehingga tahun 2028. Kontrak yang ditandatangani pemain kebangsaan Brazil itu juga turut […]
Penerangan Lengkap Mengapa Chelsea Terlepas Slot UEL

Selepas Manchester United mengesahkan kejuaraan Piala FA 2023/24 menewaskan Manchester City bermakna Chelsea terlepas slot ke UEFA Europe League (UEL). Mengapa? Menurut peraturan yang ditetapkan oleh Liga Perdana Inggeris, 7 pasukan akan beraksi di UEFA Europe Competition bagi musim hadapan. Empat pasukan terbaik Liga akan bertanding dalam kejohanan UEFA Champions League. Antaranya ialah Manchester City […]
Australia All-Stars Malukan Newcastle United 8-0

Nama pasukan Australia All-Stars menjadi sebutan apabila pasukan itu membelasah kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United 8-0 dalam aksi persahabatan hari ini. Australia All-Stars terdiri daripada bintang-bintang yang mewarnai A-League musim ini. Antara yang dipilih ialah bekas penyerang Fulham, Adam Taggart dan pemain sayap Australia, Mathew Leckie. Sementara Newcastle pula menurunkan barisan pemain muda […]
EPL: Man United Pastikan Newcastle United Pulang Dengan Tangan Kosong

Manchester United berjaya meraih kemenangan penting dalam aksi menentang Newcastle United di Stadium Old Trafford. Erik Ten Hag masih menurunkan Casemiro dan Jonny Evans dibahagian tengah pertahanan manakala Bruno Fernandes dan Alejandro Garnacho memperkuatkan serangan pasukan. Newcastle United pula mempertaruhkan trio serangan Anthony Gordon, Alexandar Isal dan Jacob Murphy dalam usaha membolosi benteng pertahanan tuan […]
EPL: Tottenham Hotspur Jadi ‘Rendang Hangus’ Raya Ke-4, Diaibkan Newcastle

Newcastle United menikmati kemenangan penting dikala musim perayaan apabila gah menewaskan Tottenham Hotspur di Stadium Saints James’ Park. The Magpies turun dengan formasi 4-3-3 dengan mempertaruhkan trio serangan Harvey Barnes, Alexander Isak dan Anthony Gordon. Ange Postecoglou pula meletakkan penyerang terkenal Asia, Son Heung-min sebagai ketua serangan pasukan diikuti Timo Werner, Brennan Johnson dan James […]
EPL: Chelsea Bekerja Keras Tewaskan Newcastle United

Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris pagi ini menyaksikan pertembungan antara Chelsea dan Newcastle yang berakhir dengan keputusan 3-2. Perlawanan bermula rancak, Chelsea berjaya memecah kebuntuan gol seawal 6 minit permainan menerusi Nicolas Jackson. Pada minit ke-42, Newcastle United kembali menyamakan kedudukan menerusi penyerang, Aleksandar Isak yang berjaya merembat masuk menewaskan penjaga gol Chelsea, Petrovic. Chelsea […]
FA Cup: Newcastle United Ke Suku Akhir, Elak Dimalukan Blackburn Rovers

Newcastle United berterima kasih kepada penjaga gol mereka, Martin Dubravka kerana membawa mereka ke suku akhir The FA Cup. The Magpies mara ke suku akhir selepas mengetepikan cabaran kelab Liga Kejohanan, Blackburn Rovers di Ewood Park menerusi penentuan sepakan penalti dalam pusingan kelima kejohanan hari ini. Separuh masa pertama menyaksikan Rovers memberi tekanan kepada pelawat […]
EPL: Arsenal Cemerlang Belasah Newcastle United

Kelab gergasi utara London, Arsenal terus menghambat Liverpool dan Manchester City yang menduduki kedudukan dua teratas Liga Perdana Inggeris (EPL). Ini selepas The Gunners mempamerkan aksi dominan dengan membelasah Newcastle United 4-1 di Stadium Emirates hari ini. Arsenal yang dibimbing Mikel Arteta perlu menang jika ingin merapatkan jurang dengan dua pasukan di atas. Manakala Newcastle […]
EPL: Gol Dramatik Oscar Bobb Bantu Man City Tewaskan Newcastle United

Gol dramatik Oscar Bobb membantu juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Man City menewaskan Newcastle United di St. James Park awal pagi ini. Dengan Liverpool hanya beraksi pada minggu hadapan, City berharap kemenangan hari ini dapat merapatkan jurang mata daripada lima kepada dua mata. Sementara The Magpies pula berharap dapat meneruskan rentak kemenangan selepas mengalahkan […]
‘Bantuan’ Anthony Gordon Beri Kelebihan Kepada Mohamed Salah

Kemenangan 4-2 Liverpool ke atas Newcastle United pada awal pagi semalam menyaksikan Mohamed Salah berjaya melepasi 150 gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). Pencapaian itu diraih hasil ‘bantuan’ pemain sayap The Magpies, Anthony Gordon pada minit ke-86. Liverpool berpeluang menambah gol keempat apabila Martin Dubravka didakwa menjatuhkan Diogo Jota dalam kotak penalti. Penalti ini dianggap […]
Magis Mohamed Salah Pimpin Liverpool Tumbangkan Newcastle

Dua gol penyerang Mesir, Mohamed Salah memastikan Liverpool meraih kemenangan pertama tahun 2024 dengan menewaskan Newcastle United 4-2 di Anfield. Kedua-dua pasukan turun dengan prestasi berbeza. The Reds yang dibimbing Jurgen Klopp masih belum kalah dalam lima perlawanan terakhir semua kejohanan termasuk Piala EFL. Manakala The Magpies yang dibelenggu masalah kecederaan pula mengalami empat kekalahan […]
EPL: Nottingham Forest Pamer Kejutan Malukan Newcastle United

Nottingham Forest meraih kemenangan 3-1 ke atas Newcastle United yang beraksi digelanggang sendiri, Stadium St. James’ Park. Newcastle United terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-23 hasil sepakan penalti Alexander Isak. VAR menghadiahkan sepakan penalti setelah Ola Aina melakukan kekasaran terhadap Isak didalam kawasan kotak penalti. Chris Wood kemudian berjaya menyamakan kedudukan sebelum tamat […]
UCL: AC Milan Bangkit Singkirkan Newcastle United Dari Saingan Eropah

Newcastle United gagal melepasi peringkat kumpulan dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) selepas kecundang di tangan jaguh Itali, AC Milan di laman sendiri. Dalam aksi yang berlangsung di St James Park, Newcastle United yang turun untuk meraih tiga mata bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya dilihat beraksi cemerlang dengan asakan bertali arus ke kubu lawan. […]
David De Gea Bakal Kembali Ke EPL?

Bekas penjaga gol Manchester United, David De Gea dikhabarkan bakal kembali semula beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL). Menurut laporan daripada media antarabangsa, MailSport menyatakan David De Gea antara calon pilihan untuk menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh penjaga gol utama Newcastle United, Nick Pope. Penjaga gol utama The Magpies mengalami kecederaan bahu yang memaksa beliau […]