Liga Europa: Liverpool Ke Pusingan 16 Terbaik, Belasah LASK Linz

Liverpool layak secara merit ke pusingan 16 pasukan terbaik Liga Europa selepas membelasah wakil Austria, LASK Linz 4-0 di Anfield hari ini. Selepas tewas kepada Toulouse dalam aksi keempat kumpulan, The Reds tidak mahu dirundung kecewa lebih-lebih lagi di hadapan penyokong sendiri. Kesebelasan utama Liverpool diketuai penyerang Mohamed Salah mula mengasak LASK sejak wisel permulaan […]
Mo Salah Jadi Mangsa Serangan

Bintang pasukan Liverpool FC, Mo Salah menjadi mangsa serangan ketika membantu Mesir dalam satu aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Pemain berusia 32 tahun beraksi dalam kesebelasan utama pasukan ketika berdepan Sierra Leone semalam yang menyaksikan Mesir mencatatkan kemenangan 2-0. Aksi berlangsung baik sepanjang 85 minit pertama sebelum keadaan secara tiba-tiba menjadi tidak terkawal. Detik cemas […]
‘Mo Salah’ Kini Beraksi Di Malaysia?

Terdapat ramai peminat bola sepak di seluruh dunia cuba meniru aksi dan skil yang selalu dilakukan pemain kegemaran mereka. Namun tidak semua peminat mampu meniru wajah dan penampilan pemain kegemaran mereka. Berbeza dengan bintang Liverpool, Mohamed Salah. Lima tahun yang lalu, seorang pemuda dari Mesir iaitu Ahmed Bahaa mencuri perhatian peminat bola sepak seluruh dunia […]
Liga Europa: Liverpool Kenduri Gol Belasah Toulouse

Liverpool meneruskan rentak kemenangan dalam saingan liga Europa apabila membelasah Toulouse 5-1 di Stadium Anfield. Diego Jota membuka jaringan seawal minit ke-9 perlawanan sebelum Toulouse menyamakan kedudukan 7 minit kemudian menerusi T. Dallinga. Pemain Jepun, Wataru Endo meletakkan Liverpool kembali dihadapan menerusi tandukan pada minit ke-30 permainan. Giliran Nunez mencetak nama selaku penjaring 4 minit […]
EPL: Mohamed Salah Pacu Liverpool Tewaskan Everton

Liverpool terpaksa bekerja keras sebelum berjaya mengalahkan Everton 2-0 dalam aksi terbaru EPL hari ini. The Reds berharap kemenangan hari ini dapat merapatkan jurang mereka dengan dua jiran utara London, Tottenham Hotspur dan Arsenal yang menduduki kedudukan dua teratas liga. Sementara Everton pula berharap dapat mencuri satu mata di Anfield dan melebarkan kelebihan mata dengan […]
EPL: Liverpool & Brighton Sama-Sama Gagah

Penyakit ‘lambat panas’ kembali menghantui Liverpool apabila mereka sekadar seri 2-2 dengan Brighton di Stadium Amex hari ini. Kontroversi perlawanan mereka dengan Tottenham Hotspur sudah dilupakan The Reds dengan fokus kini mendapatkan tiga mata daripada The Seagulls. Begitupun, anak-anak buah Roberto De Zerbi membuktikan mereka pasukan yang liat dan menghiburkan lebih-lebih lagi selepas mengalahkan Manchester […]
Liga Europa: Liverpool Nyaris Diaibkan Kelab Austria

Kelab gergasi EPL, Liverpool bangkit dari ketinggalan buat kali keempat musim ini sebelum mengalahkan kelab kerdil Austria, LASK dalam saingan Liga Europa awal pagi ini. Seperti disaksikan dalam perlawanan menentang Bournemouth, Newcastle United dan Wolves, The Reds dikejutkan dengan gol awal pihak lawan. The Black-Whites mendahului menerusi Florian Flecker pada minit ke-14. Flecker melepaskan satu […]
EPL: Liverpool Bangkit Tewaskan Wolves

Liverpool bangkit daripada ketinggalan sebelum meraih kemenangan 3-1 ke atas Wolverhampton Wanderers di Molineux. The Reds yang tempang tanpa beberapa tonggak memilih memberi kemunculan pertama kepada bek tengah muda, Jarell Quansah. Quansah bergandingan dengan Joel Matip di bek tengah dengan Joe Gomez berperanan sebagai bek kanan. Begitupun, percaturan pengurus Jurgen Klopp memakan diri sebaik babak […]
Perpindahan Mo Salah Ke Arab Bakal Rosakkan Karier Jota

Al-Ittihad masih lagi tidak berputus asa mendapatkan penyerang Liverpool, Mo Salah. Bagaimanapun, tindakan kelab gergasi Arab Saudi itu bakal jejaskan karier bakal rakan sepasukannya dari Portugal, Jota. Jota yang baru menyertai The Tigers dari Celtic dengan yuran perpindahan £25 juta (RM146 juta) dilihat sukar menyesuaikan diri dengan suasana pasukan itu. Malah, sebelum ini, sudah timbul […]
EPL: Liverpool Gah Atasi Tentangan Aston Villa

Liverpool memastikan perlawanan EPL ke-300 pengurus mereka, Jurgen Klopp berakhir dengan noktah ceria dengan mengalahkan Aston Villa 3-0 di Anfield hari ini. Biarpun tetingkap perpindahan musim panas 2023 sudah ditutup, spekulasi yang mengaitkan perpindahan Mohamed Salah ke Al-Ittihad masih lagi panas. Dengan tetingkap perpindahan Arab Saudi hanya ditutup pada 20 September ini, penyokong The Reds […]
Liverpool Tolak Tawaran RM883 Juta Kelab Arab Mentah-Mentah

Hari terakhir tetingkap perpindahan musim panas 2023 menyaksikan Liverpool memutuskan untuk menolak tawaran perpindahan bernilai £150 juta (RM883 juta) yang dibuat Al-Ittihad. Wartawan The Athletic, David Ornstein mendedahkan tawaran tersebut dibuat untuk bintang antarabangsa Mesir, Mohamed Salah. Tawaran dikatakan dibuat menerusi satu panggilan telefon dari Riyadh kepada pengarah Liverpool, Mike Gordon malam semalam. Bagaimanapun, The […]
Jurgen Klopp Minta FIFA Siasat Arab Saudi

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp meminta FIFA untuk menyiasat isu perpindahan liga Arab Saudi yang rancak membawa masuk pemain dari eropah ketika ini. Jurgen Klopp tidak gembira dengan jadual perpindahan liga Arab Saudi yang dibuka sehingga 20 September manakala liga England pula dibuka sehingga 1 September ini. Ini selepas Al-Ittihad ingin mendapatkan khidmat Mohamed Salah dan […]
EPL: Liverpool Lega Bangkit Atasi Bournemouth

Pasukan gergasi Merseyside, Liverpool terpaksa bekerja keras sebelum berjaya menewaskan AFC Bournemouth 3-1 dalam aksi kedua EPL di Anfield hari ini. Selepas dibelasah 9-0 musim lepas, The Cherries yang dibimbing pengurus baru dari Sepanyol, Andoni Iraola tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dan sebaik babak pertama bermula, Bournemouth terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ketiga […]
Mesir Bakal Jadi Lawan Malaysia September Ini?

Malaysia dikhabarkan berpeluang bertemu dengan gergasi Timur Tengah, Mesir bagi aksi persahabatan antarabangsa tier 1 pada bulan September ini. Aksi pasukan kebangsaan sering menjadi tumpuan tatkala Malaysia kini melonjak satu anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-137 dunia. Sebagai persediaan ke Piala Asia, skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon menempuh pelbagai cabaran termasuklah dua kemenangan […]
“Kami Gagal” – Mo Salah

Kemenangan 4-1 Manchester United ke atas Chelsea bukan sekadar mengesahkan kelayakan Red Devils ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim hadapan. Tetapi itu juga bermakna Liverpool bakal beraksi di Liga Europa – sesuatu yang mengecewakan ayam tambatan mereka dari Mesir, Mo Salah. Selepas merekodkan tujuh kemenangan berturut-turut sebelum ini, Reds yang dibimbing Jurgen Klopp dilihat ada […]
EPL: Gol Dramatik Firmino Bantu Liverpool Ikat Arsenal

Liverpool menunjukkan mereka bukanlah pasukan yang mudah diperbudak-budakkan Arsenal. Ini selepas Reds berjaya mengejar dan mengikat Gunners 2-2 di Anfield hari ini. Separuh masa pertama menyaksikan Liverpool sudah dibolosi seawal minit kelapan menerusi Gabriel Martinelli. Martinelli tenang menyudahkan hantaran kapten Martin Odegaard yang terkena bek tengah tuan rumah, Virgil van Dijk menewaskan Alisson. Itu merupakan […]