Al-Hilal Tolak Ronaldo, Buru Mo Salah

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal dilaporkan tidak menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai sasaran utama mereka dalam pasaran perpindahan Januari 2025. Ini kerana menurut wartawan Give Me Sport, Ben Jacobs, sasaran sebenar pasukan yang dibimbing Jorge Jesus itu ialah penyerang berbisa Liverpool dari Mesir, Mohamed Salah. Ini bukan kali pertama Salah dikaitkan dengan perpindahan ke Saudi Pro […]

Salah Kecil Hati, Umum Tinggalkan Liverpool Lebih Awal

Bintang Liverpool, Mohamed Salah mengumumkan bahawa saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2024/25 adalah musim terakhirnya bersama Liverpool. Pemain berusia 32 tahun itu mahu menikmati musim terakhirnya dengan gembira tanpa memikirkan mengenai masa depan.  “Seperti yang anda tahu ini tahun terakhir saya di kelab… Saya hanya mahu menikmatinya, saya tidak mahu memikirkannya. Beliau menyatakan bahawa tiada […]

Jurgen Klopp & Mo Salah ‘Perang’ Besar

Kem Liverpool dikejutkan dengan pertelingkahan di antara pengurus pasukan, Jurgen Klopp dan ayam tambatan pasukan, Mo Salah. Kejadian ini bermula apabila pasukan lawan Liverpool iaitu West Ham United berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi penyerang England, Michail Antonio setelah The Reds mendahului 2-1. Klopp yang berada di tepi padang bersama Salah yang sedang bersiap sedia untuk […]

EPL: Penalti Bantu Liverpool Ikat Manchester United

Manchester United hampir mengejutkan Liverpool di gelanggang keramat Stadium Old Trafford namun penalti pada hujung permainan mengubah segalanya. Anak buah Erik Ten Hag turun dengan misi besar bagi menamatkan kemarau kemenangan setelah mensia-siakan dua perlawanan terakhir dengan keputusan seri dan kalah. Liverpool pula mencari 3 mata berharga bagi menghidupkan peluang memburu kejuaraan liga disamping membalas […]

Liverpool & Man United Buru Tonggak Hebat Bernilai RM180 Juta

Pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dan Man United FC memburu khidmat pengganti jangka panjang di bahagian serangan pasukan. Pemain yang dimaksudkan itu ialah pemain sayap Borussia Dormund, Donyell Malen yang kini menjadi sebutan ramai di Jerman. Bintang kelahiran Belanda itu sudah menyertai The Yellow Walls sejak tahun 2021 menjadi antara watak penting pasukan. […]

Mesir Lawan ‘Perintah’ Liverpool Rehatkan Mo Salah

Mesir telah melawan ‘perintah’ Liverpool untuk merehatkan Mohamed Salah apabila memanggil penyerang tersebut untuk aksi persahabatan akhir Mac ini. Mohamed Salah ketika ini sedang dalam fasa pemulihan setelah menerima kecederaan serius sewaktu membantu Mesir dalam kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) tempoh hari. Beliau yang hampir cergas dan diturunkan sewaktu Liverpool menentang Brentford pada bulan Februari […]

Liverpool Catat Kerugian RM54 Juta

Liverpool FC

Liverpool telah mencatatkan kerugian hampir RM54 juta bersamaan dengan £9 juta pada musim 2022/23 yang lalu. Kerugian tersebut terjadi ekoran beberapa faktor seperti penurunan pendapatan hari perlawanan dan juga pendapatan melalui media. Musim lalu Liverpool tersingkir awal di pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) kepada gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan agregat 6-2 selain menamatkan saingan […]

3 Pemain Ternama Dunia Hampiri Arab Saudi

Arab Saudi dijangka akan menerima kehadiran tiga bintang ternama dunia untuk menghiasi liga utama mereka dalam masa terdekat ini. Tiga pemain yang dikaitkan ke Arab Saudi adalah pemain Manchester United, Casemiro, arkitek Manchester City, Kevin De Bruyne dan bintang Liverpool, Mohamed Salah. Melalui satu laporan dari The Sun, ketiga-tiga pemain ini menjadi sasaran utama kelab-kelab […]

EPL: Mo Salah Kembali Menyengat, Liverpool Belasah Brentford

Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan pertembungan antara Liverpool menentang Brentford yang berkesudahan dengan keputusan 4-1. Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan. Selepas sentengah jam berlangsung, penyerang Uruguay, Darwin Nunez membuka jaringan pertama pasukan selepas berjaya menewaskan penjaga gol Brentford, Mark Flekken dengan ‘cip’ yang menarik. Seminit sebelum […]

Liverpool Berisiko Hilang Tiga Bintang

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool mungkin bakal kehilangan tiga bintang utama pasukan selepas ketiga-tiganya akan tamat kontrak tidak lama lagi. Tiga bintang utama yang dimaksudkan adalah penyerang berbisa Mohamed Salah, pertahanan tengah, Virgil van Dijk dan pertahanan kanan, Trent Alexander-Arnold. Ketiga-tiga pemain ini dijangka akan tamat kontrak dalam tempoh 18 bulan lagi dan […]

Mesir Mara Dalam Keadaan Mengerikan

Pasukan ke-77 dunia, Cape Verde nyaris memalukan Mesir dalam saingan Piala Afrika (AFCON) yang berlangsung semalam. Aksi antara jaguh Timur Tengah itu berlangsung hebat selepas pemain sayap sensasi, Mohamed Salah tidak dapat diturunkan akibat kecederaan. Perlawanan yang berlangsung di Stade Félix Houphouët-Boigny itu menyaksikan pasukan ke-33 dunia itu perlu mempertaruhkan beberapa muka baharu dalam kesebelasan […]

Mo Salah Angkat Kaki Dari Mesir Lebih Awal

salah egypt

Mohamed Salah terpaksa angkat kaki dari Mesir lebih awal akibat kecederaan yang dialaminya sewaktu menentang Ghana. Salah bakal kembali ke Liverpool untuk menerima rawatan lebih lanjut dengan harapan pemain tersebut akan kembali menyertai Mesir sekiranya pasukan tersebut layak ke saingan separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) menurut Fabrizio Romano. Pemain berusia 31 tahun itu mengalami […]

Mesir & Ghana Terikat, Mo Salah Cedera Teruk

Pasukan gergasi Afrika, Mesir sekali lagi hampa apabila diikat 2-2 dengan Ghana dalam aksi kedua Kumpulan B Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023. Selain terpaksa berpuas hati dengan satu mata, pasukan yang diberi jolokan The Pharaohs itu kini perlu menunggu status terbaru kecergasan ayam tambatan mereka, Mohamed Salah. Salah terpaksa dikeluarkan pada minit akhir babak pertama […]

Jurgen Klopp Harap Mesir Tersingkir Awal Di Piala AFCON

Jurgen Klopp berharap Mesir akan tersingkir awal di Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) demi mendapatkan kembali khidmat pemain bintang, Mohamed Salah. Liverpool akan bermain tanpa kelibat Mohamed Salah bermula aksi menentang Arsenal dalam saingan Piala FA dan mungkin berlanjutan sehingga pertengahan Februari jika Mesir layak ke peringkat kalah mati. Salah menjadi pemain penting Liverpool ketika ini […]

‘Bantuan’ Anthony Gordon Beri Kelebihan Kepada Mohamed Salah

Kemenangan 4-2 Liverpool ke atas Newcastle United pada awal pagi semalam menyaksikan Mohamed Salah berjaya melepasi 150 gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). Pencapaian itu diraih hasil ‘bantuan’ pemain sayap The Magpies, Anthony Gordon pada minit ke-86. Liverpool berpeluang menambah gol keempat apabila Martin Dubravka didakwa menjatuhkan Diogo Jota dalam kotak penalti. Penalti ini dianggap […]

Magis Mohamed Salah Pimpin Liverpool Tumbangkan Newcastle

Dua gol penyerang Mesir, Mohamed Salah memastikan Liverpool meraih kemenangan pertama tahun 2024 dengan menewaskan Newcastle United 4-2 di Anfield. Kedua-dua pasukan turun dengan prestasi berbeza. The Reds yang dibimbing Jurgen Klopp masih belum kalah dalam lima perlawanan terakhir semua kejohanan termasuk Piala EFL. Manakala The Magpies yang dibelenggu masalah kecederaan pula mengalami empat kekalahan […]