PDRM ‘Gari’ Skuad Muda Kedah

Pasukan Liga MFL, PDRM FC melunaskan dendam semalam apabila berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas skuad Kedah B. Pertembungan yang berlangsung di Stadium Alor Setar, Kedah itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik. Kedah dilihat bergelut untuk memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tidak mendapat rentak yang diharapkan. Keadaan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak […]
Jawapan Stuart Ramalingam Berkenaan Isu Bakar Suar Dalam Stadium

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam melihat tindakan penyokong membakar suar mungkin menghasilkan suasana yang hebat di stadium. Tetapi disebabkan ini berkait dengan isu keselamatan dan tatatertib, beliau menyerahkan hal berkenaan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Isu pembakaran suar kembali hangat susulan tindakan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) membakar suar […]
Juara Liga Super Bakal Menerima RM2.4 Juta

Pasukan-pasukan Liga Super bakal mendapat durian runtuh musim ini. Ini selepas Malaysian Football League (MFL) mengumumkan peningkatan agihan pendapatan sebanyak 96.55% berbanding agihan yang diterima pada tahun lepas. Buat kali pertama, MFL memperkenalkan agihan secara merit di mana agihan diberi kepada pasukan mengikut kedudukan dalam Liga Super. Juara bakal menerima RM2.4 juta dengan pasukan tercorot […]
Ketegasan Pengadil Dapat Pujian MFL

Ketegasan ditunjukkan pengadil sejak bermulanya saingan Liga Malaysia musim baru, sehingga menyaksikan sebanyak 12 kad merah telah dilayangkan (termasuk kepada dua jurulatih), mendapat pujian Malaysian Football League (MFL). Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam dalam laporan disiarkan Sukan Sinar berkata ia membuktikan kewibawaan seseorang pengadil itu di dalam mengawal suasana tegang, selain dapat memastikan setiap […]
MFL Puji Tindakan Pantas FAM Gantung Pengadil

Tindakan pantas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung pengadil Zulkarnain Zakaria mendapat pujian Malaysian Football League (MFL). Ini kerana ini menunjukkan FAM amat serius dalam soal menjaga kualiti pengadilan Liga Malaysia (Liga M). Semalam, Zulkarnain dikenakan penggantungan oleh Jawatankuasa Pengadilan FAM susulan dua penalti kontroversi yang dianugerahkannya dalam perlawanan Sabah-Penang. Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan […]
Touch ‘n Go eWallet Jalin Kerjasama Strategik Rancakkan Liga Malaysia

Satu lagi kerjasama dimeterai Malaysian Football League (MFL) bagi merancakkan perjalanan Liga Malaysia (Liga M). Hari ini, Kumpulan Touch ‘n Go menerusi TNG Digital Sdn Bhd bersetuju menjadikan Touch ‘n Go eWallet sebagai eWallet rasmi MFL untuk musim 2023. Bagi meraikan kerjasama ini, penyokong-penyokong boleh membeli tiket di laman web www.tickethotline.com.my dengan membayar melalui Touch […]
KBS & MFL Jalin Kerjasama Anjurkan Tayangan Skrin Besar Liga Super

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan juga Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengadakan jalinan kerjasama bagi mewujudkan tayangan skrin besar bagi saingan Liga Super 2023. Menerusi satu sidang media di Kementerian Belia dan Sukan hari ini, Hannah Yeoh berkata, usaha yang dilakukan ini dilihat mampu unuk merancakkan lagi perjalanan bola sepak musim baharu ini. Katanya, […]
Kerjasama Strategik MFL & AEON BiG Bakal Rancakkan Liga Malaysia 2023

AEON BiG (M) Sdn Bhd hari ini telah mengumumkan perjanjian dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebagai penaja eksklusif Hipermarket untuk musim 2023. Kerjasama ini sekaligus bakal menyatukan sebuah hipermarket terkemuka di Malaysia dan sukan yang paling popular di negara ini, bersama MFL yang mengendalikan Liga Malaysia seperti Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia. […]
Rize Dilantik Rakan Kerjasama Strategik MFL

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kini menerima satu lagi penaja bagi musim 2023 apabila mengumumkan kerjasama dengan Alrajhi Bank hari ini. Alrajhi dengan kerjasama sebuah bank digital inovatif di bawahnya yang dikuasakan oleh Al Rajhi Banking & Investment Corporation yang bersedia untuk merevolusikan perbankan abad ke-21 di Malaysia yang dikenali sebagai Rize MY. Alrajhi juga […]
Liga Malaysia Bakal Gunakan VAR Tahun 2023

Dengan Thailand dan Singapura menggunakan video bantuan pengadil (VAR) di liga masing-masing, ramai tertanya-tanya bila ia akan dilaksanakan di Malaysia. Tetapi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberi jaminan teknologi tersebut bakal digunakan di Liga Malaysia (Liga M) pada penghujung tahun ini. CEO MFL, Stuart Ramalingam mendedahkan MFL berpuas hati dengan kerjasama bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia […]
MFL Arah BRM Tukar Jersi

Kontroversi penajaan rokok elektronik yang diterima Kuala Kangsar BRM (BRM) dilihat masih belum berakhir. Terbaru, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pula meminta jersi yang mempunyai imej penaja berkenaan tidak digunakan dalam pusingan pertama Piala FA mereka pada Mac ini. Menurut CEO MFL, Stuart Ramalingam, keputusan tersebut dibuat disebabkan peraturan Liga Malaysia (Liga M) yang melarang semua […]
Stuart Ramalingam Jelaskan Isu Nilai Tajaan Yang Tak Didedahkan

Penstrukturan semula Liga Super menyaksikan pertambahan rakan penaja untuk MFL termasuk yang terbaru, Colgate dan BubblesO2. Tetapi sesetengah enggan mendedahkan nilai tajaan mereka secara terbuka – satu perkara yang dihormati oleh CEO MFL, Stuart Ramalingam. Beliau sedar isu ini menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak kenapa itu berlaku. Berbeza pada tahun-tahun sebelumnya, MFL dilihat […]
MFL & Bubbles O² Jalin Kerjasama Strategik Musim 2023

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kini menjalinkan satu lagi kerjasama strategik bersama sebuah syarikat minuman besar di Malaysia yang dikenali sebagai Bubbles 02. Bubbles O² merupakan satu-satunya air mineral beroksigen semulajadi di Malaysia. Malah, air mineral asli secara semula jadi beroksigen ini kaya dengan kandungan oksigen terlarut tinggi yang muncul ke permukaan dari air bawah tanah […]
Colgate Kini Penaja Rasmi MFL

MFL terus mendapat suntikan rakan penaja menjelang saingan Liga Super yang bakal bermula pada akhir bulan ini. Terbaru, syarikat penjagaan mulut dan gigi terkenal Colgate tampil sebagai penaja baru Liga Malaysia (Liga M) dengan kontrak selama semusim. Kehadiran jenama yang sudah bertapak di Malaysia sejak 64 tahun lalu disambut baik oleh MFL menerusi Presidennya, Dato’ […]
PUMA Orbita 1 Sah Jadi Bola Rasmi Liga Malaysia 2023

Dengan saingan Liga Super bakal bermula tidak lama lagi, MFL mula sibuk membuat persiapan. Terbaru, penganjur Liga Malaysia (Liga M) itu dengan kerjasama jenama sukan global Puma dan rakan penaja Active Sports memperkenalkan bola rasmi liga iaitu Puma Orbita 1. Dengan memilih bola tersebut, Liga M mengikut jejak langkah EFL (England), La Liga (Sepanyol) dan […]
Hak Penyiaran Kelab Liga Super 2023 Bakal Melebihi RM12 Juta

Kelab-kelab Liga Super boleh menghela nafas lega bila melihat dana penyiaran yang akan diterima mereka musim ini. Ini kerana hasil usaha MFL, nilai dana penyiaran yang diterima mereka bakal melebihi RM12 juta. Menurut CEO MFL, Stuart Ramalingam, penambahan dana tersebut dapat dilakukan disebabkan peningkatan jumlah penajaan yang diterima badan pengelola liga itu musim ini. Jika […]