Rasmi: Astro & RTM Penyiar Rasmi Liga-M 2023

Teka-teki siapa penyiar rasmi Liga Malaysia (Liga M) musim 2023 menggantikan UniFi akhirnya terjawab. Ini selepas MFL mengumumkan Astro dan RTM sebagai penyiar rasmi liga musim ini. Pembabitan Astro dan RTM dijangka menjanjikan liputan yang lebih menyeluruh termasuk siaran perlawanan sekaligus dapat memuaskan para penyokong yang setia mengikuti perkembangan Liga M. Semua perlawanan yang akan […]
Zamsaham Sambut Baik Usaha MFL Adakan Perlawanan Waktu Siang

Ramai pihak memberi reaksi positif terhadap usaha MFL mengadakan perlawanan pada waktu siang. Terbaru, pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham turut memuji langkah yang diambil MFL. Mengikut pengumuman MFL beberapa hari lepas, perlawanan waktu petang di Semenanjung Malaysia bakal diadakan pada 5.15 atau 5.30 petang. Sementara untuk perlawanan di Sabah dan Sarawak, perlawanan diadakan sekitar […]
MFL Potong Bayaran Hak Penyiaran Melaka & Sarawak United

Semua sedia maklum dengan masalah kewangan yang membelenggu Melaka United dan Sarawak United. Atas sebab itu juga, MFL telah memotong bayaran hak penyiaran Liga Malaysia yang diterima kedua-dua pasukan untuk dijadikan sebagai bayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai. Difahamkan, kedua-dua pasukan berhutang tunggakan gaji sebanyak RM2.7 juta dari tahun lepas. Disebabkan isu ini juga, MFL […]
MFL Challenge Cup Kembali Warnai Arena Bola Sepak Tempatan

Malaysian Football League (MFL) mengumumkan kejohanan Challenge Cup bakal kembali mewarnai arena bola sepak tempatan. Dalam satu kenyataan hari ini, MFL memaklumkan sebanyak enam trofi kejuaraan bakal dipertandingakan untuk tahun 2023. Pasukan-pasukan di Liga Malaysia berpeluang untuk merebut gelaran juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Perlawanan Sumbangsih), Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, MFL Challenge […]
Liga Super Dijangka Terima Tajaan Lebih RM35 Juta

Saingan Liga Super musim 2023 dijangka bakal menguntungkan pasukan-pasukan yang bertanding. Ini selepas MFL menjangkakan mereka akan mendapat nilai tajaan yang lebih tinggi berbanding tahun 2022. Sebelum ini, pada 2021, MFL mengumumkan menerima tajaan sekitar RM33.4 juta termasuk hak penyiaran semua perlawanan pasukan Liga Malaysia. Walaupun nilai terbaru masih tidak didedahkan, ia dijangka bakal mengatasi […]
“Liga Super 14 Pasukan Bukan Satu Masalah Asalkan Stabil” – Stuart Ramalingam

Satu demi satu pasukan menarik diri daripada Liga Super 2023, menyaksikan saingan yang sepatutnya berformat 18 pasukan, mungkin akan diteruskan dengan 14 pasukan sahaja. Bermula dengan kegagalan Melaka United dan Sarawak United mendapat lesen, kemudiannya PJ City menarik diri dan terbaru Uitm FC juga berbuat demikian baru-baru ini. Ini bermakna, akan berlaku penambahan dua pasukan […]
Liga Simpanan Mampu Bantu Pasukan Negara

PETALING JAYA, 20 DISEMBER: Bekas pemain Harimau Malaya era 80-an, Khalid Shahdan, menyokong penuh pembentukan Liga Simpanan yang bakal bermula pada musim 2023. Beliau percaya ianya akan membantu prestasi skuad Malaysia di peringkat kejohanan bawah umur di pentas antarabangsa. Menurutnya, Liga Simpanan itu akan menjadi medan terbaik kepada pemain-pemain muda untuk sentiasa mendapatkan minit permainan […]
Pengganti Slot PJ City Bakal Mulakan Latihan Isnin Ini

Pasukan yang bakal menggantikan tempat PJ City FC dilaporkan bakal menjalani latihan pertama mereka bermula Isnin ini. Masa depan The Phoenix dalam saingan musim hadapan sudah pun diketahui umum apabila mereka telah membuat keputusan untuk tidak bersaing di Liga Super 2023. Namun begitu, slot pasukan tersebut dijangka akan diisi oleh sebuah pasukan lain tidak lama […]
Shah Alam City Dijangka Ganti PJ City Di Liga Super

Sebuah pasukan yang dikenali sebagai Shah Alam City berkemungkinan akan mengambil alih tempat PJ City dalam saingan Liga Super 2023. Kelab yang berpangkalan di Shah Alam ini difahamkan akan dikendalikan oleh bekas pemain Selangor yang pernah memenangi anugerah Kasut Emas Liga Perdana Malaysia. Namun begitu, menerusi satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, […]
Kos Pengurusan Pasukan Liga Super Lelaki Ini Menggerunkan

Seorang lelaki misteri telah mencuri perhatian baru-baru ini apabila beliau memperkenalkan formula tersendiri bagi pengiraan kos pengurusan pasukan Liga Super. Lelaki yang mahu dikenali sebagai Ahmad John itu melakukan kira-kira terhadap kos keseluruhan bagi operasi sesebuah kelab di Malaysia. Katanya, sesebuah pasukan memerlukan dana sekurang-kurangnya RM40 Juta setahun bagi mengemudi kelab dengan stabil. Beliau mengambil […]
MFL Umum 60 Calon Pemain Terbaik Liga-M 2022

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22) anjuran MFL kembali lagi dan ia dijangka berlangsung secara maya pada penghujung Disember ini. ABK22 diadakan sebagai meraikan pencapaian pelbagai pihak dalam arena bola sepak tanah air termasuk pemain dan jurulatih Liga Malaysia. Untuk tahun ini, 16 kategori anugerah dipertandingkan iaitu: Bagi kategori penjaring terbanyak, kesemua pemenang kategori Penjaring Terbanyak Liga […]
Pemilik Melaka United Salahkan MFL

Susulan keputusan Malaysian Football League (MFL) kekal dengan pendirian menolak permohonan Melaka United untuk mendapatkan lesen kebangsaan bagi beraksi dalam Liga Super musim depan, ia menimbulkan rasa tidak puas hati pemilik kelab itu, Datuk Wira Justin Lim. MFL pada Selasa mengumumkan bahawa rayuan dikemukakan oleh Melaka United ditolak, setelah permohonan awal mereka sebelum ini ditolak […]
Majoriti Penyokong Bersetuju Jika MFL Perkenal Perlawanan Liga Super Waktu Siang

Majoriti penyokong bola sepak tanah air menyambut baik cadangan sekiranya Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengadakan perlawanan Liga Super pada waktu siang. Seperti yang sedia maklum, kebiasaan perlawanan di Malaysia akan diadakan di pada sebelah malam sejak sekian lama. Walau bagaimanapun, terdapat usaha oleh MFL untuk mengadakan aksi Liga Super pada musim ini pada sebelah petang […]
MFL Akui Belum Bersedia Gunakan VAR Di Malaysia

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menjawab status penggunaan video bantuan pengadil (VAR) yang cuba diketengahkan di Malaysia. Katanya, sistem ini masih belum mampu untuk dilaksanakan di Malaysia setelah melihat beberapa faktor penting yang perlu diambil kira. Sungguhpun teknologi bertaraf dunia ini telah pun diguna pakai buat pertama kali di Malaysia ketika perlawanan akhir Piala AFC di […]
MFL Umum Usahasama Strategik Dengan Origina

Malaysia Football League (MFL) mengumumkan syarikat minuman Origina sebagai penaja baru TM Piala Malaysia 2022 dan Liga Malaysia 2023. Ini selepas perjanjian antara kedua-dua belah pihak dimeterai hari ini. Dengan pengumuman ini, Origina akan menjadi pembekal rasmi minuman jus dan susu untuk Liga Malaysia. Bagi Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, kehadiran Origina sebagai penaja […]
Lim Teong Kim: Keputusan Perlawanan Tidak Penting

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim mahu menilai aksi pemain di atas padang terlebih dahulu sebelum melihat keputusan yang diperoleh pasukan kendaliannya. Hal ini susulan pasukannya tewas kepada PIB FC dengan keputusan 2-0 dalam aksi persahabatan pertama di bawah bimbingannya. Katanya, perlawanan ini boleh dinilai daripada pelbagai aspek termasuklah kelemahannya ketika bertemu juara Liga […]