Matthew Davies Mahu Buat Rakyat Malaysia Berbangga

Pemain pertahanan kebangsaan, Matthew Davies tekad untuk membantu skuad Harimau Malaya meraih kemenangan di Kejohanan Pesta Bola Merdeka. Ketika sesi sidang media pra-perlawanan, Matt akui amat teruja dapat beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya. Beliau turut merindui suasana dan aura di Stadium Nasional Bukit Jalil. “Kita rasa gembira kerana dapat bermain di sini […]

Matthew Davies Bina Cinta Paling Dalam Buat Malaysia

Pertahanan kental Malaysia, Matthew Davies membuktikan cinta paling dalam menerusi sentuhan atas dan juga luar padang. Pemain berusia 28 tahun itu kini beraksi cemerlang bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) sejak beberapa musim dan mendapat kepercayaan penuh ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Aksi kentalnya di atas padang seringkali mencuri tumpuan penyokong Malaysia tatkala pemain Australia-Malaysia […]

Peranan Berbeza Matt Davies & Corbin Ong Bersama Malaysia

Duo pertahanan Malaysia, Matthew Davies dan Corbin Ong terbukti boleh memainkan peranan yang berbeza bersama Harimau Malaya. Pertahanan utama JDT memainkan peranan yang cukup cemerlang bersama Malaysia terutamanya ketika berdepan pasukan 100 terbaik dunia. Kedua-dua pemain ini menjadi pilihan utama ketua jurulatih, Kim Pan-gon ketika berdepan Syria dan China. Berdasarkan analisis yang dilakukan oleh penganalisis […]

Ramalan Awal Matthew Davies Jadi Kenyataan

Ramalan awal pertahanan kebangsaan, Matthew Davies jadi kenyataan apabila Malaysia berjaya mempamerkan persembahan memukau dalam dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 baru-baru ini. Skuad Harimau Malaya mencatat keputusan positif apabila seri menentang Syria 2-2 dan berjaya mengikat pasukan China dengan keputusan 1-1. Ketika sesi latihan bersama skuad kebangsaan tempoh hari, Matt Davies telah ditanya adakah Malaysia […]

Matthew Davies Kesan Keserasian Pemain Malaysia Hampir Sempurna

Pertahanan kental Malaysia, Matthew Davies yakin keadaan semasa pasukan negara berada pada tahap yang cukup memberangsangkan. Beliau ketika ditemui di Wisma FAM hari ini menjelaskan, para pemain kini semakin mendapat sentuhan yang diharapkan selepas beberapa hari menjalani latihan. Mengulas lanjut, pertahanan kebal JDT ini memaklumkan bahawa persiapan pasukan berjalan lancar terutamanya dari segi taktikal dan […]

Matt Davies & Corbin Ong Bocorkan 4 Pemain ‘Raja Pecut’ Di JDT

Bakat para pemain Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sering mencuri tumpuan apabila terdapat 4 pemain yang dilihat memiliki kelajuan yang cukup luar biasa bersama pasukan. Perkongsian yang dilakukan oleh duo berbakat JDT, Matthew Davies dan La’Vere Corbing Ong dalam segmen ‘Who’s most likely’ di JDT TV telah memberikan pendangan mereka mengenai beberapa aspek […]

Akhyar Rashid Terima Penghargaan Tertinggi

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid menerima pujian tertinggi daripada individu yang berjuang bersama-samanya merebut tempat dalam pasukan. Anak jati kelahiran Kedah ini telah pun menyertai skuad Harimau Selatan dari negeri kelahirannya pada tahun 2018 pada usia yang cukup muda. Bintang bertubuh kecil ini dikenali sebagai salah seorang pemain sayap lincah yang […]

Cinta Matthew Davies Kepada Malaysia Terlalu Dalam

Pertahanan kental pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies menzahirkan rasa cinta yang tidak terhingga terhadap Malaysia. Pemain kelahiran Australia itu merupakan tunjang utama buat skuad Harimau Selatan sejak beberapa musim kebelakangan ini apabila sering menjadi pilihan jurulatih untuk mengemudi benteng pertahanan pasukan. Beliau bagaimanapun membuatkan ramai pihak tergamam apabila mempamerkan kebolehannya untuk berinteraksi dengan […]

“Kalau Tak Konsisten, Kamu Tak Akan Main Di JDT” – Matthew Davies

Pertahanan kental pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies mengakui bukan satu tugas yang mudah buat mana-mana pemain yang mahu berada dalam kesebelasan utama pasukan. Beliau yang kini sudah pun memasuki musim keempatnya bersama Harimau Selatan mengakui bahawa setiap pemain di JDT perlu kekal konsisten untuk terus merebut tempat. Menurut satu kenyataan kepada Zulhelmi Zainal […]

Matthew Davies Optimis Dengan Kudrat JDT Di ACL

Biarpun selesa bergelar pendahulu Liga Super ketika ini, matlamat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim 2023 ialah tampil lebih cemerlang dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL). Dan bagi pemain pertahanan kebangsaan, Matthew Davies, beliau percaya matlamat tersebut boleh direalisasikan. Saingan ACL musim lepas dianggap paling cemerlang untuk skuad Harimau Selatan. Selain mengungguli saingan di peringkat kumpulan, […]

Azam Azmi Ambil Peluang Dengan Ketiadaan Matthew Davies

Ketiadaan ramai pemain utama skuad Harimau Malaya dalam panggilan kem kebangsaan kali ini sedikit sebanyak akan memberikan peluang dan pengalaman kepada para pemain baharu menunjukkan aksi mereka di atas padang. Antara yang mendapat peluang tersebut ialah pemain pertahanan kanan muda negara, Azam Azmi Murad yang telah menunjukkan aksi mantap ketika aksi persahabatan menentang Kemboja tempoh […]

Barisan Pemain JDT Laku Keras, Jadi Pilihan Sebagai Duta Jenama Antarabangsa

Jenama Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin unggul tatkala beberapa pemain JDT kini mula diangkat menjadi duta pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa. Antara tonggak JDT yang menjadi pilihan jenama-jenama ini ialah Matthew Davies, Akhyar Rashid dan Aidil Zafuan Abd Radzak. Pertahanan sensasi JDT, Matthew Davies telah dilantik menjadi duta sebuah aplikasi permainan bola sepak antarabangsa iaitu […]

Kombinasi 3 Serangkai Cools, Khuzaimi, Davies Petanda Era Moden Bola Sepak Malaysia

Percaturan yang digunakan oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk mempertaruhkan tonggak 3 pertahanan tengah membuahkan hasil apabila Malaysia menang menerusi penentuan sepakan penalti. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu menurunkan Matthew Davies, Dion Cools dan juga Khuzaimi Piee sambil dibantu oleh Arif Aiman dan juga Corbin Ong di bahagian sayap. Sungguhpun berdepan lawan yang […]

3 Pemain Yang Buat Harimau Malaya ‘Untung Besar’

Nilai para pemain Harimau Malaya kini ibarat pisang goreng panas tatkala kemenjadian prestasi pasukan telah memberi impak kepada nilai pasaran mereka. Hal ini menyebabkan kebanyakan nilai para pemain utama skuad kebangsaan mencanak naik sekaligus meletakkan mereka pada posisi yang selayaknya. Berikut merupakan senarai tiga orang pemain yang paling bernilai Malaysia ketika ini. 3. Matthew Davies […]

Demi Lencana Di Dada, Pemain Warisan Tak Kenal Apa Itu Putus Asa

Lagenda bola sepak kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail menzahirkan rasa teruja atas pencapaian pasukan Harimau Malaya melayakkan diri secara merit ke pentas Piala Asia 2023. Bekas pertahanan kanan pasukan Pahang ini juga bangga melihat melihat kemenjadian beberapa pemain warisan yang ada dalam skuad ketika ini membawa sisi baik bagi menambah kekuatan pasukan. Beliau ketika dihubungi […]

Matthew Davies Yakin Tak Susah Nak Tambat Hati Kim Pan-gon

Pemain pertahanan kanan skuad kebangsaan, Matthew Davies yakin tidak susah untuk beliau tambat hati jurulatih baharu negara, Kim Pan-gon walaupun kali pertama berlatih di bawah kendaliannya. Pemain kacukan Australia-Malaysia itu mengakui Pan-gon telah berjaya memberikan persepsi yang positif kepada pemainnya meskipun baru beberapa hari menyertai kem latihan pusat menjelang kejohanan kelayakan Piala Asia 2023 bulan […]