Dion Cools: Saya Harap Dapat Jaringkan Gol Lagi Lawan India

Kapten pasukan Harimau Malaya, Dion Cools melaungkan keinginan untuk membolosi gawang gol India buat kali kedua menjelang aksi persahabatan esok hari. Malaysia bakal turun menentang pasukan tuan rumah India dalam aksi persahabatan di Stadium Gachibowli, Hyderabad pada pukul 10 malam waktu tempatan. Sebelum ini Malaysia berjaya menewaskan India dengan jaringan 4-2 dalam aksi Pestabola Merdeka […]

Pestabola Merdeka: Pemain Malaysia Seru Penyokong Banjiri Bukit Jalil

Bek kanan skuad senior Malaysia, Matthew Davies menyeru penyokong agar hadir dalam aksi final Pestabola Merdeka 2024. Aksi awal Pestabola Merdeka antara Malaysia dan Filipina pada 4 September lalu menyaksikan kehadiran seramai 15,800 orang. Mereka menjadi saksi kemenangan 2-1 yang dilakar skuad negara ke atas The Azkals. Angka ini tidak sehebat angka kehadiran Pestabola Merdeka […]

Lambakan Kualiti Bek Kanan Bakal Hiasi Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya dijangka akan menerima seorang lagi pemain pertahanan kanan selepas sebelum ini telah mendapatkan khidmat Matthew Davies dan Dion Cools. Pemain Go Ahead Eagles di Belanda, Mats Deijl dijangka bakal menyarung jersi Harimau Malaya tidak lama lagi dan perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin. […]

Nilai 3 Pemain Harimau Malaya Cecah RM8.5 Juta

Nilai tiga tonggak penting Harimau Malaya kini mencecah RM8.5 Juta. Skuad kendalian Pau Marti Vicente bakal beraksi dalam kejohanan Pestabola Merdeka 2024 di Bukit Jalil pada 4 September hadapan. Malaysia bakal ditentang oleh pasukan ke-147 dunia, Filipina pada aksi separuh akhir sebelum ke penentuan tempat ketiga atau final pada 8 September. Tiga tonggak penting Harimau […]

Matthew Davies Terima Penilaian Mengejutkan Lawan Sabah

Pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies menerima penilaian mengejutkan lawan Sabah. Pemain berusia 28 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan berdepan The Rhinos dan beraksi bersama Jordi Amat, Feroz Baharudin dan juga Murilo Henrique. Kesilapan bekas tonggak Sri Pahang ini bagaimanapun membuka ruang buat tuan rumah merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti. Beliau […]

Matthew Davies Rekod Penampilan Ke-50 Bersama Harimau Malaya

Perlawanan menentang Kyrgyzstan semalam merupakan satu perlawanan istimewa buat pemain pertahanan Harimau Malaya, Matthew Davies. Ini kerana perlawanan itu merupakan penampilan ke-50 beliau di pentas antarabangsa sejak merekodkan penampilan pertama pada September 2015. Jurulatih Harimau Malaya pada ketika itu, Datuk Ong Kim Swee memberi peluang kepada Davies untuk merekodkan penampilan pertama menentang Arab Saudi pada […]

Daniel Ting Sedia Galas Tugas Matthew Davies

Pemain pertahanan Sabah FC, Daniel Ting bersedia menggalas peranan yang ditinggalkan pemain pertahanan, Matthew Davies dalam skuad kebangsaan. Hari ini, jurulatih Kim Pan-gon membawa barisan 24 pemain Harimau Malaya yang bakal beraksi untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman. Duo berpengalaman dari Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Junior Eldstal dan Davies terpaksa […]

Matthew Davies & Junior Eldstal Disisihkan Dari Skuad Ke Oman

Dua watak penting Malaysia, Matthew Davies dan Junior Eldstal terpaksa disisihkan daripada skuad negara sebelum berlepas ke Oman bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Perkara ini dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai keputusan untuk meninggalkan dua pemain berpengalaman negara ini atas faktor kecederaan. Hanya baki lapan pemain iaitu tujuh pemain dari Johor Darul […]

AFC Asian Cup: Matthew Davies Mahu Malaysia Bangkit Daripada Kekecewaan

Kapten skuad senior Malaysia, Matthew Davies mengakui kecewa selepas skuad negara tewas 1-0 kepada Bahrain semalam. Aksi kedua Kumpulan E antara Malaysia dan Bahrain menyaksikan skuad negara memberi persembahan lebih mantap di Stadium Jassim bin Hamad semalam. Bagaimanapun, gol saat akhir oleh Ali Madan meranapkan impian Harimau Malaya untuk sekurang-kurangnya mengutip satu mata dalam perlawanan […]

AFC Asian Cup: Penilaian Terhadap Matthew Davies & Romel Morales Mengejutkan Ramai Pihak

Prestasi yang ditampilkan oleh Malaysia ketika tewas kepada Jordan mendukacitakan namun penilaian yang diberikan oleh dua orang pemain utama negara, Matthew Davies dan Romel Morales amat mengejutkan. Harimau Malaya turun buat kali pertama dalam kempen Piala Asia 2023 bertemu pasukan ke-87 dunia, Jordan dengan misi meraih 3 mata pertama. Hasrat itu lebur apabila pasukan bimbingan […]

AFC Asian Cup: “Kita Perlu Realistik, Tekanan Kini Pada Jordan” – Matthew Davies

Kapten pasukan Harimau Malaya, Matthew Davies yakin pasukan negara perlu turun dengan realistik menjelang pertemuan dengan Jordan bagi aksi pertama Kumpulan E. Bercakap pada sesi pra perlawanan hari ini, pemain berusia 28 tahun itu yakin pasukan sudah berada pada tahap yang terbaik untuk bertemu pasukan ke-87 dunia itu. Beliau juga memuji kerja keras yang ditunjukkan […]

Nilai 3 Bintang Malaysia Cecah RM6.3 Juta

Malaysia membuktikan bahawa kualiti yang dimiliki oleh pemain tempatan mampu berkembang seiring dengan prestasi pasukan di atas padang. Kecemerlangan tiga bintang utama Harimau Malaya pada peringkat kelab dan negara menjadikan prospek yang dihasilkan oleh negara sentiasa mendapat perhatian umum. Berdasarkan kemas kini nilai pasaran pemain oleh laman Transfermarkt, pemain paling bernilai Malaysia kini dipegang oleh […]

Sikap Menyentuh Hati Pemain Malaysia Jadi ‘Payung Teduh’ Kanak-Kanak Pengiring

Perlawanan antara Malaysia dan juga Kyrgyzstan bukan sahaja bermakna apabila skuad negara berjaya melakar kemenangan, namun tindakan bermoral para pemain turut diberi perhatian. Langkah setiap pemain diperhatikan sejak kali pertama masuk ke atas padang untuk memulakan aksi. Perlawanan yang berlangsung dengan hujan renyai pada awalnya telah mempamerkan sisi berbeza para pemain terhadap kanak-kanak pengiring yang […]

Matthew Davies: Malaysia Mahu Bangkit Semula

Bek kanan skuad senior Malaysia, Matthew Davies berharap dapat menjadikan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan esok sebagai medan kebangkitan mereka. Malaysia sebelum ini kecewa apabila tewas 2-0 di tangan Tajikistan dalam aksi final Pestabola Merdeka pada bulan lalu. Kekalahan itu sekaligus menamatkan rekod tujuh perlawanan tanpa kalah Harimau Malaya di pentas antarabangsa sejak […]

Matthew Davies Lengkapkan Penampilan Ke-100 Buat JDT

Pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies merekodkan satu kejayaan bermakna buat pasukan apabila membuat penampilan ke-100 bersama pasukan. Pemain berusia 28 tahun itu telah menyertai skuad Harimau Selatan pada tahun 2020 mengumpul kaps ke -100 ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2023 menentang Perak FC di Stadium Sultan Ibrahim pada 2 November […]

Matthew Davies: Itu Cuma Perang Psikologi Jurulatih Tajikistan

Bek kanan Malaysia, Matthew Davies menyifatkan dakwaan jurulatih Tajikistan, Petar Segrt bahawa pasukannya bukan pasukan pilihan sebagai taktik perang psikologi. Malaysia kecundang 2-0 kepada Tajikistan menerusi dua gol serangan balas pantas yang disumbat Rustam Soirov (minit ke-44) dan Shahrom Samiev (minit ke-88). Biarpun Segrt mendakwa kesebelasan utama Tajikistan sebagai yang termuda dengan purata usia 21.1 […]