Kad Merah Casemiro Cemar Kemenangan Manchester United

Angkara mencekik leher Will Hughes tatkala pemain Man Utd-Crystal Palace bertelagah berkenaan insiden Antony-Jeffrey Schlupp, Casemiro dikenakan kad merah. Dan ia hampir-hampir mengorbankan kemenangan Red Devils ke atas Palace dalam perlawanan EPL mereka hari ini. Semuanya bermula menerusi tindakan Schlupp melanggar Antony ke luar padang. Apabila kedua-duanya bersemuka dan mula bertolak-tolak, pemain-pemain kedua-dua pasukan kemudiannya […]

Anwar Ibrahim Masih ‘Sayangkan’ Manchester United

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa beliau masih meminati kelab gergasi dari Eropah, Manchester United walaupun ketiadaan bekas jurulatih kelab tersebut, Alex Ferguson. Beliau menjelaskan Alex Ferguson telah banyak memberikan perubahan kepada sesebuah kelab sehingga ke tahap yang cemerlang pada ketika itu. Alex Ferguson juga pernah diangkat sebagai antara pengurus terbaik sepanjang zaman […]

United Tolak Tawaran Rekod Dunia Dari Arsenal Untuk Dapatkan Penyerang England

teamtalk

Pendahulu Women’s Super League (WSL), Manchester United menolak tawaran rekod dunia daripada Arsenal untuk mendapatkan khidmat penyerang sensasi mereka Alessia Russo. Kontrak penyerang England itu bersama pasukan wanita United akan tamat pada penghujung musim ini, namun kelab itu nampaknya tidak berminat untuk menjualnya kepada kelab seteru utama, itupun begitu hampir kepada tarikh tutup jendela perpindahan […]

EPL: Gol Dramatik Nketiah Bantu Arsenal Tewaskan Man Utd

Hasrat pendahulu EPL, Arsenal melebarkan kelebihan ke atas Manchester City berjaya direalisasikan. Ini selepas tuan rumah menewaskan Man Utd 3-2 dalam perlawanan EPL di Stadium Emirates. Sebaik sepak mula, Gunners mencari gol awal bagi mendapatkan kelebihan ke atas Red Devils. Dan mereka hampir melakukannya pada minit ke-10 menerusi Gabriel Martinelli selepas bola sepakan David de […]

Man Utd vs Man City: Offside Atau Tidak? Subkhiddin Ada Jawapannya

Kemenangan 2-1 Man Utd ke atas musuh setempat Man City semalam diselubungi kontroversi ekoran gol penyamaan yang dijaringkan Bruno Fernandes. Ramai berpandangan gol tersebut tak patut dikira tetapi bekas pengadil negara Subkhiddin Mohd Salleh ada pandangan tersendiri. Ini selepas beliau ditanya tentang insiden tersebut oleh seorang penyokong Man Utd di Twitter semalam. Pada pandangan Subkhiddin […]

Arteta, Klopp, Conte & Pep Jadi Mangsa Amukan Ten Hag

Dengan kemenangan dramatik 2-1 Man Utd ke atas Man City semalam, Erik ten Hag mencipta sejarah tersendiri. Beliau menjadi pengurus United pertama yang memenangi sembilan perlawanan sejak Jose Mourinho pada Januari 2017. Lebih manis, ia dicapai dalam 20 kemenangan daripada 27 perlawanan dalam semua kejohanan yang disertai Red Devils. Ini termasuk kemenangan ke atas empat […]

“Saya Tak Peduli” – Pep Guardiola

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola tetap berpuas hati dengan aksi pasukannya walaupun tewas dalam 1 aksi derbi Manchester di Old Trafford. “Kami bermain dengan baik. Tahap pemain kami apabila menentang mereka (Manchester United) adalah sentiasa baik. “Tahniah pada pasukan (Manchester United), ia membanggakan untuk hadir ke sini (Old Trafford) dan beraksi dengan personaliti tersendiri, mereka […]

EPL: 2 Gol ‘1 Dalam Seribu’ Hiasi Kemenangan Man Utd Atasi Man City

Man Utd gagal memanfaatkan kelebihan di gelanggang sendiri selepas tewas 1-0 kepada jiran setempat, Man City dalam perlawanan EPL di Old Trafford hari ini. United yang masih dihantui kekalahan 6-3 di tangan anak-anak buah Pep Guardiola mengasak pelawat sebaik sepak mula. Red Devils hampir berada di depan menerusi pemain tengah Bruno Fernandes pada minit ke-11 […]

RVP Akui Tinggalkan Arsenal Sebab Kena ‘Racun’ Dengan Alex Ferguson

Robin Van Persie boleh dikatakan salah seorang penyerang terbaik pernah disaksikan dalam kancah Liga Perdana Inggeris. Dia mengucapkan selamat tinggal kepada EPL selepas bermain selama 11 musim, lapan musim bersama Arsenal dan tiga musim bersama Manchester United. Walaupun hanya menjulang trofi EPL sekali bersama United, dan Piala FA sekali bersama Arsenal dalam tempoh tersebut, ianya […]

Bangun Lewat Punca Rashford Kena Gugur Daripada Kesebelasan Utama

Penyerang berbisa Manchester United, Marcus Rashford mengakui kekhilafan dirinya sebagai punca dia tidak diturunkan di dalam kesebelasan utama ketika perlawanan menentang Wolverhampton Wanderers pada Sabtu. Rashford tetap muncul sebagai wira walaupun masuk sebagai pemain gantian apabila menjaringkan gol tunggal kemenangan United ke atas Wolves, dan dia mengambil kesempatan menjelaskan apa kesalahan dilakukannya sehingga dihukum oleh […]

Jordan Pickford Diintai Tiga Kelab Gergasi EPL

Jordan Pickford ketika ini merupakan penjaga gol utama Everton. Tetapi kegagalan Toffees memuktamadkan kontrak baru lima tahun untuk penjaga gol England itu telah menarik perhatian tiga kelab utama EPL iaitu Manchester United, Chelsea dan Tottenham Hotspur. Pickford sebelum ini menyatakan kesudian untuk memperbaharui kontrak bersama Everton. Malah, hal ini turut disuarakan oleh pengurus Frank Lampard […]

EPL: Man Utd Mudah Atasi Nottingham Forest

Man Utd memanfaatkan kelebihan di gelanggang sendiri apabila menundukkan pasukan yang berada di zon penyingkiran EPL, Nottingham Forest dalam perlawanan liga hari ini di Old Trafford. Sebaik sepak mula, United mengasak kubu Forest dan hampir berada di depan pada minit keenam. Penyerang England, Marcus Rashford melepaskan rembatan ke arah gol pelawat tetapi terhalang oleh pertahanan […]

Terpaksa Tinggalkan Manchester United, Ander Herrera Menangis Penuh Emosi

Ander Herrera dengan penuh emosi menangis semasa sesi Podcast UTD (Manchester United) ketika menjawab saat-saat akhir beliau bersama kelab kesayangannya, Manchester United. Beliau menceritakan kembali saat beliau terpaksa meninggalkan Manchester United pada tahun 2019 kepada Helen Evans dan Sam Homewood di Stadium San Mames Athletic Club membincangkan kerjayanya saat ini. Dengan penuh emosi beliau mencintai […]

Cadiz Cipta Kejutan Tewaskan Man Utd

Kelab kerdil La Liga, Cadiz mencipta kejutan dengan menewaskan Man Utd 2-0 dalam satu perlawanan persahabatan yang diadakan di Nuevo Mirandilla, Cadiz hari ini. Perlawanan hari ini merupakan sebahagian daripada usaha Erik ten Hag mengekalkan kecergasan pemain yang tidak menyertai Piala Dunia 2022. Red Devils yang turun tanpa ramai pemain utama mereka dikejutkan seawal minit […]

Terkini: Ronaldo & Manchester United Berpisah

Menerusi pengumuman terbaru dikeluarkan pihak Manchester United, kontrak Ronaldo ditamatkan serta-merta atas persetujuan bersama kedua-dua pihak. “Cristiano Ronaldo akan meninggalkan Manchester United dengan persetujuan bersama, berkuat kuasa serta-merta. “Kelab ingin mengucapkan terima kasih atas sumbangan besarnya dalam dua musim di Old Trafford, menjaringkan 145 gol dalam 346 penampilan, dan mendoakan kesejahteraan dia dan keluarganya untuk […]

Tular Aksi Harry Maguire Gelecek Macam Messi

Kapten Manchester United, Harry Maguire baru-baru ini berjaya membuka mata Ten Hag untuk memberinya mandat baharu dalam skuad besar United bagi menghadapi saingan musim ini. Di media sosial Twitter, telah tular aksi dari Maguire mengelecek dan lincah membawa bola sama seperti penyerang berbisa, Lionel Messi semasa beliau sedang menjalani latihan bersama skuad negaranya England yang […]