EPL: Liverpool Belasah Man Utd Tanpa Belas Kasihan, Pecah Rekod Sepanjang Zaman United

Liverpool mudah membelasah Manchester United 7-0 di Anfield menerusi 2 jaringan Cody Gakpo, 2 jaringan Darwin Nunez dan Mohamed Salah dan 1 jaringan Firmino. Kekalahan besar United ini juga menyamai rekod kekalahan terbesar pernah dicatat United pada 26 Disember 1931 selepas tewas 0-7 kepada Wolverhampton. Liverpool menguasai perlawanan sejak minit pertama namun Manchester United dilihat […]

Pemain Man Utd Raikan Piala Bersama Penyokong OKU

Minggu lepas, Man Utd menamatkan kemarau trofi mereka selama enam tahun dengan menjulang Piala Carabao. Lebih istimewa, seorang penyokong berstatus orang kelainan upaya (OKU) berpeluang meraikan detik istimewa itu bersama mereka. Kelibat penyokong OKU bernama Patrick Barden ini dirakam oleh seorang pengguna media sosial semasa di Stadium Wembley. Dalam video tersebut, pemain-pemain United termasuk Marcus […]

Michail Antonio Percaya Man Utd Bakal Menjuarai Liga Perdana Inggeris

Dengan Piala Carabao berada dalam tangan, tiga lagi trofi menjadi buruan Man Utd termasuk Liga Perdana Inggeris (EPL). Dan walaupun Arsenal ketika ini mendahului carta EPL, ada yang percaya United mampu mengejar dan menjulang trofi tersebut pada akhir musim. Hal ini dinyatakan oleh penyerang West Ham United, Michail Antonio semasa menjadi tetamu The Footballer’s Football […]

Erik ten Hag: Pemain Man Utd ‘Tak Gembira’

Di sebalik kejayaan menjulang Piala Carabao pada minggu lepas, itu bukan bermakna Manchester United berpuas hati dengan satu piala. Hal ini turut diakui pengurus pasukan Erik ten Hag yang mendedahkan anak-anak buahnya ‘tidak gembira’ dengan Piala Carabao sahaja. United menamatkan kemarau trofi selama enam tahun dengan menewaskan Newcastle United pada final Piala Carabao. Gol daripada […]

Manchester United Terus Dahagakan Trofi

Manchester United terus memburu trofi kedua mereka musim ini selepas merangkul Piala Carabao. Mereka layak ke suku akhir The Emirates FA Cup selepas berjaya menundukkan West Ham United 3-1 di Old Trafford awal pagi tadi. Babak pertama menyaksikan tuan rumah mendominasi pasukan pelawat dengan kerap melancarkan serangan ke arah gawang mereka. Bagaimanapun, ketangkasan penjaga gol […]

Liverpool Mahu Selamatkan Karier Mason Mount

Selepas berbelanja lebih RM3 bilion dalam pasaran perpindahan Januari dan musim panas lepas, Chelsea sudah berkira-kira menjual beberapa pemain termasuk Mason Mount. Mount dikhabarkan sedang diintai bekas juara EPL musim 2019-2020, Liverpool. Menurut laporan TeamTalk, ketika ini, pemain tengah England itu mempunyai baki kontrak selama 18 bulan dengan Blues. Tetapi usaha memperbaharui kontrak graduan akademi […]

Ronaldo Berpeluang Terima Medal Piala Carabao Dari Manchester United

Awal pagi Isnin lepas, Manchester United menamatkan kemarau trofi selama enam tahun dengan memenangi Piala Carabao. Menariknya, legenda Portugal, Cristiano Ronaldo juga berpeluang menerima pingat kejohanan tersebut daripada kelab berkenaan. Sebelum meninggalkan kelab pada pertengahan November lepas, Ronaldo dilihat tidak sebulu dengan pengurus Erik Ten Hag. Walaupun dijadikan sebagai pemain simpanan, bekas penyerang Real Madrid […]

Piala EFL: Manchester United Julang Trofi, Tewaskan Newcastle United

Hasrat anak-anak buah Eddie Howe menjulang trofi Piala EFL tidak kesampaian apabila mereka tewas 2-0 kepada juara kejohanan, Manchester United di pentas final. Kedua-dua pasukan sudah lama mengalami kemarau kejuaraan dengan United mahu menamatkan penantian mereka sejak 2016. Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan bermula seimbang dan mencari peluang untuk menjaringkan gol. Red Devils mendahului pada […]

Bruno ‘Belanja’ De Jong Erti Penyesalan Sebenar

Bintang Manchester United, Bruno Fernandes dirakam seolah-olah melepaskan geram terhadap pemain yang pernah dikaitkan ke Old Trafford, Frankie De Jong dalam aksi timbal balik Liga Europa di Old Trafford. Dalam perlawanan tersebut, Manchester United berjaya menewaskan Barcelona 2-1 (4-3 secara agregat) menerusi jaringan Fred dan Antony. Dalam satu babak pada minit ke-58, Bruno Fernandes menimbulkan […]

Europa: De Jong Terdiam, Man Utd Mara Tewaskan Barcelona

Manchester United meneruskan rentak kecemerlangannya selepas berjaya menewaskan Barcelona dalam aksi timbal balik untuk mara ke perlawanan 16 terakhir Liga Europa. Satu jaringan dari Fred dan Antony memastikan kemenangan mutlak United 4-3 secara agregat menewaskan Barcelona di Old Trafford. Barcelona bermula baik menerusi jaringan awal penalti Robert Lewanrowski pada minit ke-18. Bersambung babak ke-2, Fred […]

EPL: Man Utd Belasah Leicester Tanpa Belas Kasihan

Man Utd terus memburu jiran setempat, Manchester City yang kini menghuni tangga kedua EPL. Ini selepas dua gol Marcus Rashford membantu Red Devils membenam Leicester City 3-0 di Old Trafford hari ini. Sebaik sepak mula, tuan rumah mendominasi lawan mereka tetapi terpaksa menunggu hingga minit ke-25 untuk gol pembukaan. Rashford melepasi perangkap ofsaid Foxes dan […]

Agen: Alejandro Garnacho Ditawarkan Kenaikan Gaji 4 Kali Ganda

Dengan Manchester United kini terlibat dalam pemburuan empat gelaran, Red Devils mahu memastikan pemain-pemain tonggak diikat dengan kontrak baru. Dan khabarnya, pemain sayap muda Alejandro Garnacho bakal menikmati kenaikan gaji empat kali ganda sekiranya memeterai kontrak baru dengan United. Sejak bulan lepas, sudah ada usaha di pihak United untuk mengikat Garnacho dengan kontrak jangka panjang. […]

Elon Musk Pasang Niat Beli Manchester United

Dengan tarikh akhir 17 Februari ini, semakin ramai pihak yang menunjukkan minat membeli Manchester United. Dan khabarnya, individu kedua terkaya di dunia Elon Musk juga dilaporkan berminat mendapatkan Red Devils. Sebelum ini, beberapa pihak sudah menunjukkan minat mendapatkan United termasuk orang terkaya di United Kingdom, Sir Jim Ratcliffe. Tetapi setakat ini, hanya Ratcliffe yang membuat […]

Cody Gakpo Anggap Beliau Sudah Pun Menyertai Kelab ‘Besar’

Selepas menyertai Liverpool pada Januari lepas, Cody Gakpo kelihatan bergelut tatkala Reds berdepan masalah kemerosotan prestasi. Tetapi bekas penyerang PSV Eindhoven itu tetap bertegas bahawa Liverpool merupakan pilihan tepat sebagai kelab besar. Penyerang Belanda itu mengakui ada berbincang dengan bos lamanya di Eindhoven, Ruud van Nistelrooy tentang perpindahan ke Manchester United. Tetapi menurutnya, van Nistelrooy […]

Emir Qatar Mahu Bayar RM23 Bilion Untuk Dapatkan Manchester United

Selepas pemilik Manchester United, keluarga Glazers mengumumkan kelab itu akan dijual, beberapa pihak mula menunjukkan minat. Terbaru, Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani dikatakan bersedia membayar £4.5 bilion (RM23 bilion) untuk mendapatkan kelab yang berpangkalan di Manchester itu. Sebelum ini, jutawan terkaya di Britain Sir Jim Ratcliffe turut menyatakan minat mendapatkan United. Tetapi baginda […]

Bintang Baharu Liverpool Silap Langkah, Sebenarnya Mahu Ke Manchester United

Semua maklum pada bulan lepas, Cody Gakpo berpindah dari PSV Eindhoven ke Liverpool dengan yuran perpindahan £44 juta (RM228 juta). Tetapi dengan persembahannya kurang menyerlah kebelakangan ini, bos lamanya Ruud van Nistelrooy menganggap perpindahannya ke Anfield sebagai satu kesilapan. Bekas penyerang Belanda itu menyifatkan Gakpo boleh saja lebih menyerlah di bawah bimbingan rakan senegara, Erik […]