UCL: Manchester City, Liverpool, Real Madrid & Villarreal Mara Ke Separuh Akhir

Dua wakil Liga Perdana Inggeris, Manchester City & Liverpool mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Liga Juara-juara UEFA 2021/22 selepas berjaya menewaskan lawan masing-masing secara agregat. Liverpool yang sebelum ini membawa bekalan selesa dari Benfica mengikat lawannya 3-3 dalam aksi ke-2 separuh akhir di Anfield dan mara ke separuh akhir dengan agregat 6-4. Manakala Manchester City […]

EPL: Gol Kevin De Bruyne Julang Man City Tewaskan Chelsea

Sebaik saja Kevin De Bruyne melepaskan sepakan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-70, Thomas Tuchel sudah tahu. Manchester City terus melebarkan jurang mata dengan pasukan-pasukan lain. Dan sekiranya trend ini berterusan, ini bermakna kejuaraan EPL akan terus kekal di Stadium Etihad untuk satu musim lagi. Kedua-dua pasukan segar dari kemenangan dalam Piala FA […]

EPL: Chelsea dan Liverpool Seri Di Stamford Bridge, City Tersenyum Lebar

Jika ditanya tentang pemenang perlawanan Chelsea-Liverpool semalam, ramai mungkin condong salah satu daripada kedua-dua pasukan. Tetapi apabila kedua-dua pasukan seri 2-2 pada akhir perlawanan, pemenang sebenar ialah pandahulu liga, Manchester City. Dengan kelebihan 11 mata di hadapan Liverpool, Citizens mempunyai peluang untuk mengekalkan kejuaraan liga musim lepas. Hakikat ini diakui oleh bek tengah Virgil van […]

EPL: Man City Curi Tiga Mata Di Emirates, Akibatkan Meriam Arsenal Tersumbat

Sekali pandang, ia merupakan kemenangan rutin buat Manchester City yang dibimbing Pep Guardiola. Benar, ia merupakan kemenangan ke-11 Citizens dalam liga. Tetapi jika ditanya penyokong-penyokong Arsenal, pasukan mereka lebih berhak menang jika tidak kerana campur tangan pengadil dan VAR. Sejak dari babak pertama, Gunners yang bermain tanpa kelibat bos mereka, Mikel Arteta yang menjalani kuarantin […]

Barcelona Intai Khidmat Aymeric Laporte

Selepas berjaya mendapatkan Ferran Torres dengan harga 55 juta euro (RM260.16 juta), nampaknya Barcelona enggan berhenti mendapatkan pemain Manchester City. Kini, wujud khabar angin kelab berpangkalan di Nou Camp itu sedang mengintai bek tengah Sepanyol, Aymeric Laporte. Sebelum ini, pemain pertahanan berdarah Basque itu merasa tidak gembira kerana dipintas John Stone sebagai bek tengah utama […]

Barcelona Tandatangani Ferran Torres Walau Hutang Keliling Pinggang

Selepas satu musim setengah bersama Manchester City, Ferran Torres akhirnya sah berpindah ke Barcelona dengan yuran perpindahan €55 juta. Perpindahan tersebut telah dimuktamadkan hari ini menerusi kenyataan bersama kedua-dua kelab. Torres telah memeterai kontrak sehingga 2027 dengan klausa perlepasan sebanyak €1 bilion. Beliau tampil sebanyak 43 kali bersama Citizens selepas berpindah dari Valencia pada Ogos […]

EPL: Macam ‘Main Futsal’, Manchester City Malukan Manchester United di Old Trafford

Manchester United dimalukan musuh utama pasukan berkenaan, Manchester City di Old Trafford selepas tewas 0-2 menerusi jaringan sendiri Eric Bailly dan Bernando Silva. Tuan rumah tersentak awal menerusi jaringan sendiri Eric Bailly yang tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-7. Ronaldo hampir menyamakan kedudukan menerusi percubaan one-touch pada minit ke-26 namun berjaya ditepis Ederson. […]

Manchester United Sailang Cristiano Ronaldo Dari Manchester City

Berita mengenai bintang bola sepak Eropah, Cristiano Ronaldo yang dikhabarkan telah meninggalkan Juventus masih belum selesai apabila beliau masih belum membuat keputusan mengenai destinasi beliau yang seterusnya. Bekas bintang Real Madrid ini telah dilaporkan sedang menimbang beberapa tawaran lumayan bagi meneruskan karier bola sepaknya di Eropah sambil kelab-kelab gergasi seperti PSG, Manchester City dan juga […]

Kevin De Bruyne Bakal Terlepas Aksi Bertemu Arsenal

Pemain Kelahiran Belgium, Kevin De Bruyne dikatakan bakal tidak diturunkan bagi pertembungan Manchester City bertemu Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) esok.  Jurulatih pasukan Belgium, Roberto Martinez mendedahkan bahawa pemain berusia 30 tahun itu masih mengalami masalah kecederaan sekaligus tidak akan diturunkan pada aksi di Etihad esok. Baca: Paralimpik 2020: Hasrat Hafiz Jamali Dan […]

Dusan Vlahovic Kini Diburu Atletico Madrid, Manchester City, Tottenham Dan Juventus

Goal.com

Penyerang muda kelahiran Serbia, Dusan Vlahovic yang beraksi bersama ACF Fiorentina kini menjadi buruan kelab-kelab besar seperti Atletico Madrid, Manchester City, Tottenham Dan Juventus. Vlahovic yang baru berusia 21 tahun ini berjaya menjaringkan 21 gol dan 2 assist dalam 37 penampilan liga musim lalu. Penyerang berkaki kiri ini berada di tempat ke-4 carta penjaring terbanyak […]

Alasan Tidak Logik Pep Guardiola Berkaitan Dana ‘Pak Arab’ Tertiris

Manchester City telah memecahkan rekod perpindahan Premier League apabila membelanjakan £100m buat pemain England, Jack Grealish. Kelab tersebut amat terkenal dengan kekayaan hasil daripada pemilik kelab, Sheikh Mansour. Malah Manchester City pernah digantung oleh badan induk bola sepak Eropah (UEFA) daripada beraksi di pentas Eropah selama 2 musim setelah melanggar peraturan perlesenan dan kewangan UEFA […]

Harry Kane Makin Buat Onar Setelah Manchester City Bawa Masuk Jack Grealish

Beberapa hari yang lalu, Harry Kane dilaporkan tidak menyertai sesi latihan Tottenham Hotspur sebagai tanda protes kerana keengganan Spurs melepaskan penyerang utama England tersebut kepada kelab kaya raya, Manchester City. Kini, Kane mohon lanjutkan cuti pula malah tidak turun ketika Spurs bertemu Chelsea. Kane nyata tidak berpuas hati dengan keputusan Spurs kerana beliau menyatakan sebelum […]

Tawar Hati Dengan Kelab, Bagaimana Pemain Mendesak Untuk Dilepaskan

Ketika berita penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane yang tidak hadir ke latihan menjelaskan bahawa beliau mula mendesak agar kelab tersebut melepaskannya kelihatan seperti berkaitan dengan beberapa senario yang pernah terjadi dalam dunia bola sepak Eropah. Ketika gergasi bola sepak Inggeris, Manchester City mula mengorak langkah untuk menandatangani Harry Kane dan juga Jack Grealish, kapten pasukan […]

European Super League: Kelebihan & Keburukan Liga ‘Haram’ Yang Mencabar UEFA

Pengenalan Bermula semalam, kecoh di media sosial dan penggemar sukan eropah apabila dikhabarkan sebuah kejohanan eropah yang baharu akan dibentuk iaitu European Super League. Didalangi oleh Presiden Real Madrid, Florentino Perez yang bakal menjadi pengerusi untuk kejohanan tersebut, kejohanan itu bakal mendapat dana daripada American bank JP Morgan sekitar 5 billion dolar. Antara kelab yang […]

Manchester United Tamatkan ‘Badi’ Kemenangan Manchester City di Etihad

Manchester United berjaya menamatkan ‘badi’ 15 kemenangan berturut-turut Manchester City di Liga Perdana Inggeris menerusi jaringan Bruno Fernandez dan Luke Shaw. Seawal minit pertama Manchester United berjaya mendahului perlawanan apabila Bruno Fernandez berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan penalti selepas Antony Martial di jatuhkan di dalam kotak penalti. Separuh masa pertama tamat dengan keputusan memihak kepada […]

Manchester City Mungkin Diturunkan Ke Liga Divisyen 4

Manchester City berisiko diturunkan ke League Two England (divisyen 4) dan juga bakal ditolak mata sekiranya rayuan mereka di UEFA ditolak. Hari ini Manchester City telah didenda oleh UEFA sekaligus dilarang beraksi dalam mana-mana liga eropah selama 2 musim kerana melakukan kesalahan yang serius iaitu melanggar undang-undang Financial fair Play. Mahkamah UEFA mendapati Manchester City […]