“Saya Bagitahu Haaland Tolong Berhenti Jaringkan Gol” – Pep

Ketua jurulatih Manchester City, Pep Guardiola mengaku bahawa beliau amat cemburu dengan penyerang sensasi pasukan, Erling Haaland. Pengendali kelahiran Sepanyol itu memberi respon kepada kata-kata yang dihamburkan oleh bekas anak didik beliau, Zlatan Ibrahimovic yang pernah bersamamya ketika di Barcelona. Ibrahimovic menggambarkan Guardiola merupakan seorang jurulatih yang sangat ego dan bakal menyekat perkembangan Haaland untuk […]

Premier League: Penalti Saat Akhir Hadiahkan Kemenangan Man City Atasi Fulham

Man City kembali ke puncak EPL selepas berjaya menundukkan Fulham 2-1 di Stadium Etihad. Separuh masa pertama menyaksikan Citizens banyak mengasak pasukan pelawat tetapi percubaan mereka banyak dinafikan oleh penjaga gol Cottagers, Bernd Leno. Tetapi mereka berjaya memecah kebuntuan menerusi sepakan kencang Julian Alvarez pada minit ke-16. Bagaimanapun, tuan rumah bernasib malang apabila Joao Cancelo […]

Premier League: Manchester City Jinakkan Leicester Di King Power

Sepakan percuma cantik Kevin de Bruyne sudah cukup untuk membantu Manchester City membenam Leicester 1-0 di Stadium King Power. Separuh masa pertama menyaksikan Citizens mendominasi pasukan tuan rumah sejak wisel perlawanan dibunyikan. Bagaimanapun, barisan pertahanan Foxes yang diterajui Wout Faes berjaya menyerap asakan pasukan pelawat sehingga rehat. Selepas rehat, City akhirnya memecah kebuntuan menerusi sepakan […]

Haaland Kecewa Besar Dengan Liverpool

Kekecewaan penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland berterusan susulan pasukannya dimalukan oleh musuh tradisi, Liverpool di Anfield baru-baru ini. Pemain kebangsaan Norway ini turun dalam kesebelasan utama City dan bergandingan bersama Phil Foden dan juga Bernardo Silva. Walau bagaimanapun, kehampaaan bekas pemain RB Salzburg berterusan apabila bertemu anak didik Jurgen Klopp terutamanya beraksi di laman […]

Guardiola Sedih Dengan Haaland

Ketua jurulatih Manchester City, Pep Guardiola berdukacita dengan penyerang sensasi pasukannya, Erling Haaland setelah mencatat kemenangan 4-0 ke atas Southampton semalam. Pengendali kelahiran Sepanyol itu terus memberi kepercayaan kepada bintang muda Norway itu untuk bergandingan bersama Phil Foden dan juga Riyad Mahrez pada bahagian serangan. Pemain berusia 22 tahun itu sudah pun menjaringkan gol dalam […]

De Bruyne Dirakam Memegang Erat Jersi Manchester United

Perancang tengah sensasi Manchester City, Kevin De Bruyne meraih perhatian selepas beliau dilihat bergambar dengan memegang jersi Manchester United. Pemain berusia 30 tahun itu mencipta fenomena di Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama City termasuklah beberapa kali menjulang kejuaraan liga. Peranan yang dimainkan olehnya di atas padang telah menjadi kunci kepada kejayaan The Citizens sungguhpun masih […]

EPL: Manchester City Berpesta Jaringan Malukan Manchester United

Manchester City terus merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Arsenal selepas berpesta gol 6-3 ke atas jiran setempat Manchester United dalam perlawanan EPL hari ini. Kedua-dua pasukan tampil memakai lilitan lengan berwarna hitam sebagai tanda memperingati tragedi rusuhan di Indonesia yang berlaku semalam. Babak pertama menyaksikan City mengasak United habis-habisan. Hasilnya, pasukan tuan rumah mendahului pada […]

EPL: Manchester City Mudah Ketepikan Wolves

Manchester City berjaya mengalahkan Wolverhampton Wanderers di Molineux sekaligus merampas kedudukan pendahulu liga. Dengan pendahulu liga, Arsenal hanya beraksi pada Ahad ini, ini peluang terbaik bagi juara bertahan EPL itu kembali ke puncak sebagai pendahulu. City mendahului seawal minit pertama menerusi Jack Grealish selepas menyudahkan hantaran cantik Phil Foden. Penyerang Norway, Erling Haaland menambah jaringan […]

Erling Haaland Beri Petanda Bakal Jadi Tempoyak Di EPL

Penyerang baharu Manchester City, Erling Haaland jelas masih tercari-cari rentak bersama pasukan baharunya apabila gagal membantu pasukan membenam Liverpool semalam. Pemain berusia 22 tahun itu diletakkan dalam kesebelasan utama dan bergandingan bersama Jack Grealish dan juga Riyad Mahrez. Beliau yang dibawa masuk oleh Pep Guardiola daripada Borussia Dortmund masih tercari-cari rentak terbaiknya apabila tidak mampu […]

Gaji Berjuta Tapi iPhone Retak, Riyad Mahrez Bagi Jawapan ‘Win’

Pemain sayap pasukan Manchester City, Riyad Mahrez baru-baru ini mendapat perhatian oleh pada peminatnya susulan beliau dilihat masih menggunakan telefon pintar sungguhpun ia sudah retak. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh pemain kebangsaan Algeria ini, beliau dilihat sedang bersedia untuk menaiki kapal terbang bagi menyertai pasukan bagi perlawanan pra-musim. Walau bagaimanapun, tumpuan lebih terarah […]

Liverpool Kempunan, Man City Bangkit Juarai EPL 2021/22

Penentuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini menyaksikan di antara pasukan Manchester City dan Liverpool.  Pasukan Manchester City muncul juara pada musim ini selepas berjaya menewaskan Aston Villa dengan keputusan 3-2. Kebangkitan luar biasa yang dipamerkan oleh Manchester City selepas ketinggalan dua jaringan sehingga 70 minit permainan. Ini bermakna Manchester City terus kekal dengan jumlah […]

Habuan RM81 Juta Buat Aston Villa Jika Man City Juarai EPL

Pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Aston Villa bakal menerima habuan lumayan sekiranya berjaya membantu Manchester City muncul sebagai juara liga musim ini. Hal ini disebabkan ia berkait rapat dengan perpindahan yang telah berlaku pada musim panas lalu apabila The Citizens mengumumkan bahawa beliau sah mendapatkan khidmat Jack Grealish. Kemas kini: Penyokong Aston Villa memohon maaf […]

Erling Haaland Sertai Manchester City

Penyerang sensasi Borussia Dortmund, Erling Haaland bakal menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dengan yuran perpindahan sekitar €60 – €75 juta. Menurut kenyataan wartawan Itali, Fabrizio Romano, Haaland sudah melepasi ujian medikal dan beliau akan diumumkan sebagai pemain Manchester City secara rasmi minggu ini. Saga perpindahan Erling Haaland ke kelab-kelab besar bukanlah perkara baru […]

Lagenda Manchester City Anggap Real Madrid Tidak Layak Untuk Berada Di Final UCL

Lagenda kelab Manchester City, Peter Schmeichel meluahkan apa yang terbuku di hati selepas melihat pasukan kesayangannya tewas kepada Real Madrid dengan cara yang menyayat hati. Bagi beliau, pasukan Real Madrid tidak layak untuk berada di pentas final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) kerana pasukan kendalian Carlo Ancelotti bukanlah sebuah pasukan yang beraksi dengan baik dalam dua […]

UCL: Kebangkitan Luar Biasa Real Madrid Buatkan Manchester City Terus Kempunan

Manchester City kempunan sekali lagi untuk mendakap piala Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas disingkirkan Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir awal pagi tadi. Real berjaya menewaskan City dengan keputusan 3-1 untuk mara ke perlawanan akhir melalui kelebihan agregat 6-5. City hanya dibezakan beberapa saat untuk mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara sebelum mengalami penyingkiran yang […]

UCL: Guardiola Akui Manchester City Dalam Bahaya Selepas Singkirkan Atletico Madrid

Walaupun Manchester City layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas menyingkirkan Atletico Madrid 1-0 secara agregat, namun pengendalinya, Pep Guardiola dilihat kurang berpuas hati dengan apa yang ditampilkan oleh para pemain beliau. “Pada separuh masa kedua, mereka (Atletico) beraksi lebih baik daripada kami dan kami bernasib baik kami tidak melepaskan sebarang gol,” kata Guardiola. […]