Piala FA: Skuad Kedua JDT Mudah Benam Malaysian University

Skuad kedua Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan masalah apabila menumpaskan kelab Liga A1, Malaysian University dengan keputusan 5-1. Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio memberi peluang kepada beberapa pemain baharu untuk beraksi seperti Ramadhan Saifullah, Mo Sumareh, Safiq Rahim, Natxo Insa dan juga Junior Eldstal. Babak pertama menyaksikan tuan rumah mendominasi permainan namun jaringan Corbin-ong […]
Siaran Langsung Piala FA: Malaysian University vs JDT (Live Streaming)

Aksi suku akhir Piala FA menyaksikan pertarungan antara pasukan Liga A1 Semi Pro, Malaysian University dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad kendalian Hector Bidoglio meneruskan rentak cemerlang apabila menundukkan Kelantan Darul Naim dengan keputusan 4-0. Malaysian University pula mencipta kejutan apabila menewaskan PDRM dengan keputusan 3-0. Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio masih mahu melihat […]
Malaysian University Ucap Terima Kasih Kepada JDT

Wakil Liga A1 Semi Pro, Malaysian University FT (MUFT) berterima kasih kepada Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) kerana membenarkan mereka menggunakan Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Selepas meraih kemenangan mengejut ke atas PDRM FC pada 12 Jun lalu, Malaysian University menjadi satu-satunya wakil Liga A1 Semi Pro dalam saingan suku akhir Piala FA 2024. Walau […]
Liga A1: Hujan Lebat Hiasi Kemenangan Dramatik Malaysian University Ke Atas YPM

Malaysian University FT (MUFT) akhirnya berjaya meraih kemenangan pertama dalam Liga A1 Semi Pro apabila menewaskan YPM FC di Stadium UKM, Bangi. Malaysian University berharap dapat meraih kemenangan pertama selepas dikecewakan Bunga Raya Damansara (BR Damansara) pada 23 Jun lalu. Sementara YPM FC pula turut memburu matlamat sama selepas tewas dua perlawanan awal liga. Babak […]
Piala FA: Jalil Elias Dalam Persiapan JDT Hadapi Malaysian University

Kelibat tonggak tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias mula melakukan persiapan menjelang aksi berdepan Malaysian University dalam saingan Piala FA. Sebelum ini, nama Jalil Elias mula hangat diperkatakan setelah terdapat khabar angin mengenai pemain berusia 27 tahun ini bakal kembali pulang ke Amerika Selatan bersama bekas kelabnya, San Lorenzo. Ditambah pula apabila sosok tubuh […]
Piala FA: Malaysian University Minta Aksi Suku Akhir Pertama Di Stadium Sultan Ibrahim

Wakil Liga A1 Semi Pro, Malaysian University FT (MUFT) memohon agar aksi suku akhir pertama Piala FA 2024 diadakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Permohonan ini didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Stuart Ramalingam kepada media selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) di Presint 5, Putrajaya. Selepas berjaya mengalahkan PDRM […]
Liga A1: Ledakan Kogileswaran Pastikan Malaysian University Tunduk Kepada BR Damansara

Aksi Minggu Ke-3 Liga A1 Semi Pro menyaksikan BR Damansara mencatatkan kemenangan berdepan Malaysian University. Kedua-dua pasukan dalam momentum terbaik tatkala BR Damansara masih mengekalkan rekod kebal dalam liga. Malaysian University telah berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA apabila menundukkan PDRM sekaligus bakal berdepan JDT. Aksi babak pertama berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan […]
Piala FA: Malaysian University Cipta Sensasi Kejutkan PDRM

Pasukan dari Liga A1 Semi Pro, Malaysian University berjaya menewaskan cabaran PDRM untuk melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA 2024/2025. P. Maniam merehatkan barisan pemain utama seperti Fadi Awad, Bruno Suzuki dan Bryan See untuk memberikan kepercayaan kepada barisan kedua pasukan seperti Iqbal Azmi, Ashraf Kamal, Zuhair Aizat serta Shafizi Iqmal. Malaysian University pula […]
3 Wakil Liga A1 Semi Pro Beraksi Di Piala FA

Saingan Piala FA musim ini akan diserikan dengan kehadiran 3 pasukan dari Liga A1 Semi Pro. Perkara ini telah diumumkan menerusi satu hantaran oleh pihak Malaysian Football League (MFL) yang menyaksikan 16 pasukan yang akan bersaing bagi merebut gelaran juara bagi musim 2024/2025. Satu tarikan istimewa bagi musim kali ini adalah penyertaan tiga pasukan dari […]
Liaoning Women’s HT Musnahkan Impian Treble Malaysian University

Malaysian University terpaksa menelan kepahitan setelah ditumpaskan Liaoning Women’s HT dalam perlawanan akhir Piala Vivian May Soars 2024. Malaysian University yang menyingkirkan Negeri Sembilan di separuh akhir yang lalu bermula baik di awal permainan dengan mengatur serangan ke arah kubu Liaoning. Pasukan jemputan dari China itu turut menguji gawang Malaysian University, namun aksi cemerlang ditampilkan […]
MHL: Malaysian University Muncul Juara, Atasi CS Mustang HT

Skuad hoki wanita Malaysian University (MU) muncul juara Liga Hoki Malaysia (MHL) Wanita untuk musim 2024. Kejayaan itu dicapai selepas anak buah Lailin Abu Hassan berjaya mengetepikan cabaran Combined State Mustang Hockey Team (CS Mustang HT) dalam perlawanan terakhir liga hari ini. Selepas berjaya mengalahkan Liaoning Women’s HT 1-0 dalam perlawanan sebelumnya, MU dilihat berada […]
MHL: Malaysian University Mudah Atasi Mutiara Impian-MSSPP-PSHA

Malaysian University tidak berdepan masalah untuk membenam cabaran Mutiara Impian-MSSPP-PSHA dalam saingan Women Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024. Aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil itu terpaksa bermula lewat disebabkan oleh hujan lebat yang melanda venue perlawanan. Aksi bermula menyaksikan Malaysian University menguasai perlawanan sejak awal permainan dan berjaya memecah kebuntuan pada minit […]
Sasaran Awal Malaysian University Tercapai

Malaysian University bersyukur berjaya mencapai salah satu sasaran mereka bagi musim ini selepas menjulang Piala Sumbangsih MHL wanita 2024. Menurut ketua jurulatih Malaysian University, Lailin Abu Hassan, beliau berbangga dengan persembahan anak buahnya itu sehingga berjaya mencapai sasaran piala. “Alhamdulillah, pemain telah berikan satu persembahan yang baik pada hari ini (semalam) dan mereka telah capai […]
Piala Sumbangsih MHL: Malaysian University Muncul Juara Tewaskan Negeri Sembilan

Juara Liga Hoki Malaysia (MHL) Wanita musim 2023, Negeri Sembilan kempunan mempertahankan trofi Piala Sumbangsih MHL apabila tewas kepada pasukan pilihan, Malaysian University. Meskipun memegang status sebagai juara bertahan, pasukan yang dibimbing K. Rajan itu melihat diri mereka sebagai pasukan bukan pilihan. Ini kerana Malaysian University yang dilatih Lailin Abu Hassan dianggotai ramai pemain kebangsaan […]
LWN 2023: Selangor Tewas Lagi Kepada ‘Mahasiswa’

Skuad bola sepak wanita Selangor FC sekali lagi dirundung kekalahan apabila tewas kepada Malaysian University dalam aksi tertunda Liga Wanita Nasional (LWN) 2023. Selepas tunduk 1-0 kepada LMS Tigress pada Ahad lepas, Merah Kuning memerlukan kemenangan agar tidak terperosok ke tangga tercorot. Manakala Malaysian University pula mahu menyamakan mata dengan Kelana United yang menduduki tangga […]
Liga Wanita Nasional: Kelana United ‘Diratah’ Malaysian University

Malaysian University mencipta kejutan dengan mengalahkan Kelana United dalam aksi terbaru Liga Wanita Nasional 2023. Kelebihan tampak memihak kepada Kelana United kerana dibarisi ramai pemain Malayan Tigress termasuk kapten Intan Sarah Sarah Zulgafli. Begitupun, Malaysian University mengejutkan pelawat dengan gol pertama pada minit ke-16 menerusi Nur Syafiqah Zainal Abidin. Tersentak, Kelana United cuba bangkit tetapi […]