Liga A1: PT Athletic Tundukkan Malaysian University

PT Athletic FC kembali merampas tampuk pendahulu Liga A1 Semi-Pro apabila menewaskan Malaysian University FT (MUFT) di Stadium MMU, Cyberjaya. PT Athletic yang dibimbing Nazrulerwan Makmor perlu meraih kemenangan jika ingin memintas Melaka FC sebagai pendahulu liga. Ini selepas keputusan seri 1-1 mereka dengan KL Rovers FC membantu pasukan itu kembali ke persada liga. Manakala […]

Liga A1: Melaka Berhempas Pulas Tumpaskan Malaysian University

Minggu ke-10 saingan Liga A1 Semi Pro menyaksikan Melaka menumbangkan Malaysian University (MUFT) di laman sendiri pada Jumaat. Kedua-dua pasukan kini berada di prestasi terbaik setelah masing-masing mencatatkan kemenangan dalam aksi terdahulu menentang YPM dan Armed Forces. Melaka mengharapkan pengalaman yang dimiliki oleh Nasir Basharudin bagi memimpin pasukan manakala MUFT diketuai oleh Saiful Iskandar untuk […]

Liga A1: Malaysian University Lonjak Dua Anak Tangga, Tumpaskan Armed Forces

Aksi minggu ke-9 Liga A1 Semi Pro menyaksikan Armed Forces tumbang di tangan pasukan Malaysian University di laman sendiri. Armed Forces yang mencatat kemenangan ke atas Harini FT minggu lalu turun dengan momentum untuk menyekat pasukan di tangga ke-7 liga, Malaysian University. Malaysian University menampilkan barisan terkuat dengan Ashraf Fadhil diberi amanah mengemudi benteng terakhir […]

Liga A1: Malaysian University Garang Tewaskan Bukit Tambun

Malaysian University FT (MUFT) terus merapatkan jurang dengan kelompok enam pasukan teratas liga apabila menewaskan Bukit Tambun FC dalam aksi terbaru Liga A1 Semi-Pro. Bukit Tambun mengharapkan aura perubahan membabitkan pasukan itu menjadi pendorong untuk mengatasi Malaysian University. Manakala anak buah Ridzuan Abu Shah mahu kembali mengecapi kemenangan selepas diikat 2-2 oleh KL Rovers FC. […]

Liga A1: Gol Lewat Pacu KL Rovers Ikat Malaysian University

Hajat KL Rovers FC menduduki tangga kedua Liga A1 Semi Pro tidak kesampaian apabila diikat 2-2 Malaysian University FT (MUFT) di Stadium UKM, Bangi. KL Rovers memburu satu lagi kemenangan untuk menghambat dua pasukan teratas liga, Imigresen FC dan Melaka FC. Sementara Malaysian University pula mahu memintas Bunga Raya Damansara (BR Damansara) sekiranya berjaya menewaskan […]

Liga A1: Imigresen Kukuhkan Kedudukan, Tundukkan Malaysian University

Imigresen mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga A1 Semi Pro setelah menewaskan Malaysian University di laman sendiri pada Sabtu. Turun selaku pendahulu liga, Imigresen berada di prestasi terbaik setelah tundukkan PT Athletic minggu lalu, begitu juga Malaysian University yang mahu meneruskan rentak positif apabila menumpaskan Gombak minggu lalu. Pengendali Imigresen, Mat Zan Mat Aris menurunkn […]

Liga A1: Malaysian University Lebarkan Rekod Kemenangan, Tewaskan Gombak

Malaysian University FT (MUFT) terus mendaki carta Liga A1 Semi Pro apabila membenam cabaran Gombak FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Malaysian University mahu melebarkan dua kemenangan yang diraih dalam liga setakat ini. Sementara Gombak berharap dapat menambah satu lagi kemenangan selepas kali terakhir mengecapinya pada 1 Jun lalu. Separuh masa pertama menyaksikan Malaysian University […]

Tindakan Murni Bergson Raih Pujian Warganet

Tindakan murni penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva ketika aksi suku akhir kedua Piala FA menentang Malaysian University FT tempoh hari dipuji warganet. Dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim itu, Bergson dan penjaga gol Malaysian University, Irfan Syafiq telah berlanggar sesama sendiri ketika penyerang dari Brazil itu mahu menyambar hantaran lintang rakan sepasukan. […]

Liga A1: Malaysian University Kembali Cemerlang, Tewaskan Machan

Malaysian University FT (MUFT) kembali mendapat rentak kemenangan apabila mengalahkan Machan FC dalam aksi terbaru Liga A1 Semi Pro. Malaysian University berharap dapat bangkit selepas dibelasah 8-0 oleh Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam aksi suku akhir kedua Piala FA 2024. Sementara Machan pula berharap dapat meraih kemenangan pertama selepas tewas dalam tiga perlawanan […]

Liga A1: Malaysian University Kembali Cemerlang, Tewaskan Machan

Malaysian University FT (MUFT) kembali mendapat rentak kemenangan apabila mengalahkan Machan FC dalam aksi terbaru Liga A1 Semi Pro. Malaysian University berharap dapat bangkit selepas dibelasah 8-0 oleh Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam aksi suku akhir kedua Piala FA 2024. Sementara Machan pula berharap dapat meraih kemenangan pertama selepas tewas dalam tiga perlawanan […]

Malaysian University Pertahan Keputusan Guna 100% Pemain Tempatan

Wakil tunggal Liga A1 Semi Pro, Malaysian University tetap dengan pendirian untuk menggunakan khidmat pemain tempatan secara keseluruhan meskipun berdepan lawan-lawan yang lebih ampuh. Perkara ini ditegaskan oleh ketua jurulatih Malaysian University, Ridzuan Abu Shah yang menganggap beraksi berdepan JDT dalam saingan suku akhir ini perlu diambil sebagai pengalaman berguna buat masa depan pasukan. ”Ini […]

AFL Kagum Saingan Hebat Malaysian University Di Piala FA

Ketua Pegawai Eksekutif (COO) Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad mengakui kagum dengan prestasi yang dipamerkan Malaysian University FT (MUFT) dalam saingan Piala FA 2024. Malaysian University menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan menjadi wakil pertama Liga A1 Semi Pro layak ke suku akhir Piala FA. Kejayaan itu dicapai dengan menewaskan PDRM FC di pusingan […]

Piala FA: JDT Singkirkan Malaysian University Dengan Agregat 13-0

Juara bertahan Piala FA 2024, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menyingkirkan Malaysian University dengan agregat 13-0. Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio menurunkan kesebelasan terkuat untuk memburu jaringan besar di laman sendiri. Pesta gol bermula menentang wakil Liga A1 itu bermula menerusi jaringan Juan Muniz pada minit ke-21 sebelum Heberty Fernandes menyempurnakan penalti pada minit ke-30 […]

Siaran Langsung Piala FA: JDT vs Malaysian University (Live Streaming)

Pertemuan suku akhir kedua bakal melibatkan aksi antara juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Malaysian University. Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio mahu anak buahnya berwaspada melayan kunjungan kelab Liga A1 Semi Pro itu sungguhpun “Mereka akan bermain secara kompak bagi mengelak gawang dibolosi dan akan tunggu peluang terbaik menerusi serangan balas. “Kami tidak […]

Malaysian University Pamer Aksi 100% Lawan JDT Tanpa Import

Pengendali Malaysian University FT (MUFT), Ridzuan Abu Shah gembira dengan persembahan yang ditampilkan anak buahnya semasa menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) baru-baru ini. Wakil Liga A1 Semi Pro itu berdepan tugas sukar apabila bertemu dengan JDT di peringkat suku akhir Piala FA 2024. Aksi suku akhir pertama di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada […]

Piala FA: Terengganu Catat Jumlah Kehadiran Tertinggi Kali Ke-2

Saingan suku akhir pertama Piala FA 2024 menyaksikan Terengganu FC merekodkan kehadiran tertinggi diikuti oleh Malaysian University FT (MUFT). Saingan kali ini menyaksikan skuad Penyu mencuri tumpuan dengan membelasah Sabah FC 4-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada 28 Jun lalu. Kejayaan tersebut dibantu dengan kehadiran 15,677 orang di SSMZA. Meskipun angka tersebut […]