Respon Tunku Ismail Lihat Indonesia ‘Ikat’ Arab Saudi

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor memberikan respon terhadap kejayaan Indonesia merantai Arab Saudi. Skuad kendalian Shin Tae-yong memperagakan aksi cukup baik berdepan jaguh Asia itu dan berada di depan hasil ledakan Sandy Walsh. Arab Saudi bagaimanapun kembali menyamakan kedudukan sebelum tamat […]

Kapten Burnley, Joshua Brownhill Sahkan Ada Darah Malaysia

Kapten Burnley FC, Joshua Brownhill mengesahkan bahawa dirinya benar-benar berketurunan Malaysia. Perkara ini dikongsikan secara rasmi oleh laman Frfuturetalents mengenai perkhabaran seorang lagi tonggak yang berpotensi mewakili Harimau Malaya. Baru-baru ini, pertahanan Go Ahead Eagles iaitu Mats Deijl memberitahu bahawa beliau memiliki pertalian darah dengan Malaysia dan sudah pun berhubung dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia […]

“Lubnan Beri Segalanya Hadapi Malaysia” – Rabih Ataya

Pemain tengah berpengalaman Lubnan, Rabih Ataya percaya pasukan itu akan menampilkan aksi terbaik bila berdepan Malaysia. Ataya bukan asing dengan arena bola sepak Malaysia kerana pernah mewakili UiTM FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M). Malah beliau juga bertanggungjawab mengecewakan skuad negara apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium […]

Mats Deijl Buka Mulut Tentang Peluang Wakil Harimau Malaya

Bek kanan Go Ahead Eagles, Mats Deijl berkongsi kisah tentang peluangnya mewakili skuad Harimau Malaya di peringkat antarabangsa. Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan dua pemain berdarah warisan bakal mewakili skuad senior negara. Dua pemain yang dinyatakan beliau ialah Deijl dan pemain tengah St. Louis City 2, Wan […]

Pestabola Merdeka: Jurulatih Lubnan Anggap Malaysia Lawan Berbeza

Pengendali Lubnan, Miodrag Radulovic menyifatkan skuad Malaysia kali ini berbeza berbanding lawan yang dihadapi pada 2017 dan 2018. Malaysia gagal mengecapi sebarang kemenangan bila berdepan The Cedars dalam dua aksi kelayakan Piala Asia 2019. Skuad negara tewas dua kali dengan keputusan sama iaitu 2-1. Menariknya, orang yang bertanggungjawab merencana kemenangan pasukan itu ke atas Harimau […]

Pau Marti Idam Malaysia Rangkul Trofi Pestabola Merdeka 2024

Malaysia kini berazam untuk muncul juara Pestabola Merdeka 2024 hasil sentuhan Pau Marti Vicente. Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Jurulatih Malaysia, Pau Marti Vicente selepas berjaya melepasi ujian pertama untuk ke final. Beliau optimis anak buahnya mampu melakar kejayaan menentang pasukan ke-117 dunia, Lubnan ketika beraksi di laman sendiri. “Ia satu penghargaan kepada Malaysia sebaga […]

Hamidin Terima Darjah Tan Sri Daripada Sultan Ibrahim

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menerima anugerah pangkat Tan Sri hari ini. Perkara ini telah diumumkan oleh Istana Negara berkenaan pemimpin tertinggi badan induk tersebut yang menerima pengiktirafan tinggi hasil jasa besarnya selama ini. Beliau mula menjadi Presiden FAM bermula tahun 2018 sehingga kini telah membantu pelbagai kejayaan skuad kebangsaan. […]

Jordan ‘Terbang’ Ke Malaysia

Pasukan kebangsaan Jordan bakal terbang ke Malaysia bagi aksi kedua pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026. Naib juara Piala Asia 2023 itu menerima tamparan hebat sebelum ini apabila diikat pasukan ke-136 dunia, Kuwait dengan keputusan 1-1. Aksi kedua menyaksikan pasukan kendalian Jamal Sellami bakal terbang ke Malaysia bagi menentang Palestin. Umum mengetahui bahawa skuad kebangsaan […]

Tugas Besar Syihan Hazmi

Tugas besar menanti penjaga gol Malaysia, Ahmad Syihan Hazmi pada aksi final Pestabola Merdeka 2024. Pemain berusia 28 tahun itu menikmati musim kedua penuh gemilang bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan membantu pasukan untuk muncul juara Piala FA. Bekas penjaga gol Negeri Sembilan ini terlepas panggilan terakhir kem negara susulan kecederaan kembali menjadi sandaran utama […]

Karakter Pemain Lubnan Dari Kaca Mata Matthew Davies

Pertahanan kental Harimau Malaya, Matthew Davies berkongsi karakter pemain Lubnan dari pandangan peribadinya. Tonggak berpengalaman itu membantu skuad negara meraih kemenangan berdepan pasukan ke-147 dunia, Filipina dengan keputusan 2-1. Beliau ketika ditemui di Stadium MBPJ pada sesi latihan memberitahu bahawa pemain kini dalam momentum baik dan amat positif untuk beraksi di final. “Pemain agak tenang […]

Safawi Rasid Akui Pemain Selesa Ikut Taktikal Pau Marti

Kapten Terengganu FC, Safawi Rasid mengakui barisan pemain Harimau Malaya selesa mengikuti arahan taktikal Pau Marti Vicente. Jurulatih Sepanyol itu menggalas peranan sebagai pemangku jurulatih selepas jurulatih sebelumnya, Kim Pan-gon meletak jawatan pada Julai lalu. Dan Pau Marti lulus ujian pertamanya selaku pengendali Harimau Malaya apabila skuad negara menewaskan Filipina 2-1 pada 4 September lalu. […]

4 Kelab Liga Super Beli Penyerang Baharu

4 kelab di Liga Super Malaysia mendapatkan sentuhan penyerang baharu bagi jendela perpindahan kedua. Skuad Harimau Selatan rancak menambah baik pasukan menjelang sepak mula Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dan telah mendapatkan 7 pemain. Antara pemain tumpuan ialah penyerang Colombia, Jorge Obregon yang dibawa masuk dari kelab Croatia, HNK Rijeka. Pesaing terdekat JDT, Selangor FC […]

Bonnie Bunyau Raih Pingat Emas Kedua Malaysia

Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin menceriakan kem Malaysia dengan meraih pingat emas kedua Sukan Paralimpik 2024 di Paris, Perancis. Bonnie meraih emas dalam acara kategori 72 kilogram (kg). Selain meraih emas dalam kategori berkenaan, beliau turut memecahkan rekod dunia powerlifting miliknya dalam kategori sama. Rekod 231 kg yang dilakarnya sebelum ini dalam World Para […]

“Akhirnya Dia Buka Topeng, Kita Sahaja Yang Lalai”

Identiti penjaga gol baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya diketahui selepas beliau membuka topengnya. Baru-baru ini, Johor Southern Tigers telah memperkenalkan secara rasmi penjaga gawang baharu dari LaLiga 2, Andoni Zubiaurre yang menyertai pasukan. Tonggak berusia 27 tahun itu menjadi rekrut terbaru Harimau Selatan sebagai persediaan memghadapi kejohanan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), September ini. […]

Media Terkenal Eropah Kongsi Bakat Cilik Dari Malaysia

Bakat hebat kanak-kanak dari Malaysia telah tular dan mendapat perhatian media terkenal Eropah baru-baru ini. Dalam satu video yang dimuatnaik oleh pengguna media sosial, Hesrey menyaksikan bakat cilik dikenali Aman Shah menyertai satu pertandingan lompat tali pada tahun 2022. Video berdurasi 38 saat itu memperlihat Aman Shah tampil memecahkan rekod peribadinya dalam sukan lompat tali […]

Ini Jumlah Gaji Park Hang-seo Ketika Jadi Jurulatih Vietnam

Jumlah gaji bekas Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mencuri tumpuan peminat. Baru-baru ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan bahawa pengendali berusia 66 tahun itu merupakan salah seorang calon jurulatih Harimau Malaya. “Park Hang-seo salah satu daripada calon jurulatih,” jelas Hamidin. “Saya telah buat kerja saya dan mendapatkan pandangan daripada […]