Malaysia Padam Rekod Buruk 25 Perlawanan Berdepan Pasukan Arab

Skuad Malaysia bimbingan Pau Marti Vicente telah memadam rekod buruk 25 perlawanan berdepan negara arab selepas menumbangkan Lubnan di final Pestabola Merdeka 2024. Perlawanan menentang Lubnan itu adalah perlawanan ke-26 menentang negara arab buat skuad kebangsaan dalam tempoh 10 tahun. Untuk rekod, sepanjang 25 perlawanan menentang negara arab sebelum ini, Malaysia gagal memenangi sebarang perlawanan, […]

Ranking Masa-Nyata FIFA: Malaysia Raih Mata Maksimum, Lonjak 3 Tangga

Ranking Masa-Nyata FIFA: Malaysia berjaya meraih mata maksimum untuk melonjak tiga tangga berdasarkan kemas kini semasa. Skuad kendalian Pau Marti meneruskan momentum cemerlang apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024. Harimau Malaya cemerlang menumpaskan wakil Timur Tengah, Lubnan dengan keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal Romel Morales. Kejayaan itu juga membolehkan skuad kebangsaan melakar kejayaan juara Pestabola […]

Jurulatih Lubnan ‘Naik Hantu’, Pemain Dibuang Padang

Jurulatih Lubnan, Miodrag Radulovic dikesan telah ‘naik hantu’ selepas melihat pasukannya terpaksa beraksi 10 pemain susulan seorang pemainnya dibuang padang. Insiden yang berlaku pada minit ke-80 itu memaksa pengadil keempat menenangkan beliau daripada terus melontarkan amarah kepada barisan kejurulatihan Malaysia. Lubnan yang ketinggalan 0-1 terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemainnya, Khalil Khamis diperintahkan keluar […]

Malaysia Muncul Juara Pestabola Merdeka 2024

Malaysia akhiri kemarau 11 tahun apabila berjaya muncul Juara Pestabola Merdeka selepas tewaskan Lubnan di pentas akhir edisi kali ini.  Enam muka baharu yang menjadi pilihan dalam kesebelasan utama skuad Pau Marti. Antaranya ialah Dominic Tan, Syafiq Ahmad, Endrick Dos Santos, Safawi Rasid dan Corbin Ong. Skuad kendalian Miodrag Radulovic turun dengan misi penting untuk […]

Romel Morales Gegar Jaring Lubnan

Penyerang Harimau Malaya, Romel Morales menceriakan Ekor Harimau Malaya dengan meledakkan jaringan semasa menentang Lubnan. Malaysia berdepan cabaran Lubnan di pentas final Pestabola Merdeka 2024. Pertembungan kedua-dua pasukan ini bertujuan menentukan siapa juara untuk edisi kali ini. Morales, penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan kapten Terengganu FC, Safawi Rasid menjadi sandaran Pau Marti […]

Pestabola Merdeka: 5 Fakta Menarik Tentang Aksi Malaysia vs Lubnan

Lima fakta menarik dijangka menghangatkan pentas final Pestabola Merdeka 2024 membabitkan Malaysia dan Lubnan. Kedua-dua pasukan turun di pentas final dengan semangat membara untuk memburu gelaran juara kejohanan edisi 2024. Malaysia atasi cabaran Filipina untuk menempah tiket final. Manakala Lubnan pula dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan juara bertahan, Tajikistan. Beberapa fakta menarik tentang final Pestabola […]

Malaysia Perlu Bayar Harga Mahal Dibolosi Filipina

Skauad kebangsaan Malaysia bimbingan Pau Marti Vicente terpaksa membayar harga yang mahal selepas dibolosi Filipina pada aksi kedua-dua pasukan dalam kempen Pestabola Medeka 2024 tempoh hari. Jaringan Filipina yang dihasilkan pada minit ke-28 itu adalah hasil rembatan deras Jefferson Tabinas telah membias mengenai kaki Feroz Baharudin lalu menerjah gawang Malaysia. Namun begitu, jaringan tersebut membuatkan […]

Tunku Ismail Pandang Tinggi Safuwan Baharudin

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor memandang tinggi pemain Singapura, Safuwan Baharudin. Tonggak berusia 32 tahun itu beraksi ketika JDT menewaskan pasukan kebangsaan Singapura dengan keputusan 3-0 di Kallang Football Hub. Jaringan Nazmi Faiz, Obregon dan juga Mohamadou Sumareh sudah cukup untuk […]

Berita Joshua Brownhill Ke Malaysia Jadi Bualan Eropah

Nama kapten Burnley, Joshua Brownhill menjadi bualan di Eropah selepas beliau terbuka dengan idea mewakili Harimau Malaya. Sebelum ini, pemain tengah berusia 28 tahun itu mendedahkan dirinya memiliki darah Malaysia menerusi neneknya. Hal ini dinyatakan dalam satu hantaran e-mel beliau kepada Future Talents baru-baru ini. “Saya boleh mengesahkan bahawa saya mempunyai susur galur Malaysia melalui […]

Siaran Langsung Pestabola Merdeka: Malaysia vs Lebanon (Live Streaming)

Aksi Malaysia vs Lubnan pada pentas final Pestabola Merdeka 2024 mencuri tumpuan. Ketua Jurulatih, Pau Marti optimis untuk memberikan yang terbaik di atas padang dan membawa pulang trofi berprestij itu. “Ia satu penghargaan kepada Malaysia sebaga tuan rumah untuk beraksi di final. Kita ada satu hari lagi untuk persiapan dan pemain akan memberikan 100 peratus untuk muncul […]

Ranking FIFA: Peluang Malaysia Naik 3 Tangga Terbuka Luas

Ranking FIFA: Peluang Malaysia untuk meraih mata maksimum dan melonjak 3 anak tangga kembali terbuka luas. Skuad kendalian Pau Marti lulus ujian pertama apabila menewaskan Filipina dengan keputusan 2-1 hasil ledakan Syamer Kutty dan Safawi Rasid. Kemenangan itu membolehkan pasukan kebangsaan meraih mata maksimum untuk memperbaiki kedudukan negara. Berdasarkan kemas kini ranking FIFA, Harimau Malaya […]

Pestabola Merdeka: Pemain Malaysia Seru Penyokong Banjiri Bukit Jalil

Bek kanan skuad senior Malaysia, Matthew Davies menyeru penyokong agar hadir dalam aksi final Pestabola Merdeka 2024. Aksi awal Pestabola Merdeka antara Malaysia dan Filipina pada 4 September lalu menyaksikan kehadiran seramai 15,800 orang. Mereka menjadi saksi kemenangan 2-1 yang dilakar skuad negara ke atas The Azkals. Angka ini tidak sehebat angka kehadiran Pestabola Merdeka […]

3 Pemain Naturalisasi Malaysia Cetus Kerisauan Kem Lubnan

Penyerang sensasi Lubnan, Gabriel Bitar menagih fokus daripada rakan sepasukan dalam misi merangkul gelaran juara pada aksi final Pestabola Merdeka 2024. Malaysia telah dijadual berdepan Lubnan pada jam 9 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada esok. Pemain berusia 26 tahun itu menganggap Malaysia adalah pasukan yang kuat dan merupakan lawan yang sukar. Beliau akui […]

Malaysia Tewas Tipis Kepada Skuad Muda China

Malaysia mempamerkan aksi garang namun akur tunduk tipis kepada skuad muda China. Aksi CFA Team China International Friendly Competition 2024 ini menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik untuk mencari kemenangan. Aksi babak pertama berlangsung rancak dengan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan untuk mendapatkan jaringan awal. Skuad muda negara bagaimanapun berjaya disekat dengan baik oleh lawan […]

Dion Cools Mahu Tamatkan Badi Malaysia Di Pentas Final

Kapten Malaysia, Dion Cools berharap mampu membawa pulang kejuaraan buat negara menjelang perlawanan akhir Pestabola Merdeka berdepan Lubnan pada Ahad. Cools merupakan ketua pasukan negara dan merupakan tunjang utama di benteng pertahanan bersama-sama Feroz Baharudin, Matt Davies dan juga Daniel Ting pada aksi lalu. Menurut Cools, momentum cemerlang pada aksi Rabu lalu mahu diteruskan meskipun […]

JDT Benam Singapura 3-0

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar kemenangan bergaya ke atas pasukan kebangsaan Singapura. Aksi yang berlangsung di Kallang Football Hub, Singapura itu menyaksikan juara Piala FA itu menurunkan beberapa muka baharu untuk diuji. Antara pemain yang mencuri tumpuan ialah penjaga gol, Andoni Zubiaurre, Jorge Obregon, Iker Undabarrena dan juga Enzo Lombardo. Perlawanan babak pertama menyaksikan […]