Safawi Rasid Pacu Perjuangan Malaysia Ke Piala Asia

Pemain sayap pasukan negara, Safawi Rasid kembali menemui sentuhan berbisanya apabila menjadi pencetus kepada permulaan cemerlang Harimau Malaya. Beliau turun dalam kesebelasan utama menentang Bangladesh dan memainkan peranan selaku pemain tengah menyerang. Safawi membentuk gandingan yang cukup baik bersama-sama barisan pemain serangan negara yang diketuai oleh Syafiq Ahmad, Faisal Halim dan juga Arif Aiman. Kemampuan […]

Hadiah Terbaik Dion Cools Julang Malaysia Ke Piala Asia

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools menjulang Malaysia ke pentas Piala Asia  selepas menjaringkan gol kemenangbuat negara. Pertahanan kental Zulte Waregem itu turun dalam kesebelasan utama pasukan sebagai pertahanan tengah dan membentuk gandingan mantap bersama Shahrul Saad. Cools beraksi dengan cukup tenaga dan juga bijak mengawal tempo permainan untuk membentuk permainan dari bawah. Ketenangan beliau untuk […]

Peja Anggap Sorakan Penyokong Punca Pemain Malaysia Hilang Fokus Di SNBJ

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berpendapat antara punca skuad kebangsaan tewas kepada Bahrain adalah disebabkan sorakan penyokong. Faizal Azumu ataupun lebih dikenali sebagai Peja menyatakan bahawa sorakan penyokong ketika De Paula dimasukkan mengakibatkan pemain yang lain gagal untuk fokus sepenuhnya lalu terus dihukum oleh pihak lawan. “Seingat saya sejurus jaringan pertama […]

Syafiq Ahmad: Kita Hanya Mahu Menang

Penyerang tengah Harimau Malaya, Syafiq Ahmad yakin pasukan negara sudah bersedia untuk memberi saingan yang sewajarnya kepada Bangladesh dalam aksi terakhir malam esok. Pasukan kendalian Kim Pan-gon turun dalam misi penting untuk meraih 3 mata sekaligus membuka peluang yang cerah untuk mara ke Piala Asia. Malah, pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) optimis para pemain […]

Javier Cabrera: Pemain Malaysia Bakal Turun Dalam Tekanan

Jurulatih pasukan kebangsaan Bangladesh, Javier Cabrera sudah pun mula untuk melancarkan perang psikologi menjelang sepak mula menentang Malaysia esok. Beliau yang hadir ketika sesi temubual pra perlawanan menentang Malaysia pagi ini yakin anak buahnya bakal memberikan yang terbaik dalam usaha untuk menyukarkan misi Harimau Malaya memperoleh 3 mata. Malah, Cabrera optimis mereka sudah pun mempunyai […]

Jawapan Spontan Kim Pan-gon Mengenai Kesebelasan Utama Berdepan Bangladesh

Jurulatih pasukan negara, Kim Pan-gon memberi maklum balas spontan mengenai perancangan beliau berdepan Bangladesh esok. Malaysia bakal turun dalam aksi terakhir peringkat kumpulan dalam usaha untuk meraih 3 mata berharga bagi memastikan pasukan layak ke Piala Asia. Walau bagaimanapun, jurulatih kelahiran Korea Selatan ini sudah mempunyai perancangan sendiri dalam usaha untuk mematahkan kemaraan pasukan kendalian […]

Lalui Persiapan Terbaik, Bahrain Sasar Kemenangan Berdepan Malaysia

Selepas berjaya menjinakkan Bangladesh dalam aksi pertama kelayakan Piala Asia 2023 tempoh hari, Bahrain mensasarkan untuk mengutip tiga mata dalam perlawanan menentang Malaysia pada Sabtu. Pemain tengah Bahrain, Komail Al Aswad menegaskan pasukan Bahrain telah melalui satu persiapan yang rapi sebelum menghadapi kempen kelayakan ini. Beliau juga mensasarkan untuk menjaringkan gol menentang Malaysia selepas berjaya […]

Bahrain ‘Menyorok’ Tak Mahu Malaysia Kesan Taktikal Rahsia Pasukan

Menjelang pertembungan antara pasukan Malaysia dan Bahrain pada esok, skuad kebangsaan Bahrain dilihat telah melakukan persiapan dengan begitu rapi sehinggakan mereka membuat keputusan untuk menukar tempat penginapan. Menurut satu ciapan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, difahamkan pasukan Bahrain telah memilih untuk menetap di sebuah hotel yang lebih privasi. Menjalani latihan petang di Padang […]

Sabah FC Ikat Persiba Balikpapan FC

Sabah FC mempamerkan aksi yang amat memberangsangkan pada perlawanan hari ini namun terpaksa akur apabila diikat Persiba Balikpapan FC dengan keputusan 0-0. Pasukan kendalian Dato’ Ong Kim Swee mempamerkan kualiti dalam usaha untuk mengekalkan rentak terbaik apabila turun dengan kesebelasan terbaiknya pada perlawanan ini. Perlawanan persahabatan yang berlangsung secara tertutup ini menunjukkan keseimbangan daripada kedua-dua […]

Khuzaimi Piee: Pemain Akan Berikan 120% Komitmen Menentang Bahrain

Pertahanan tengah pasukan negara, Khuzaimi Piee percaya bahawa pasukan akan memberikan segalanya dalam usaha untuk memperoleh mata menentang Bahrain esok. Pemain berusia 28 tahun itu tidak lagi beraksi dalam Kelayakan Piala Asia ini namun masih optimis bahawa peluang beliau akan tiba kelak. Malah, pertahanan kebal Negeri Sembilan FC ini sering mempamerkan kemampuan sebenarnya setiap kali […]

TMJ Tinggalkan JDT

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibrahim sah telah berundur daripada peranannya di JDT. Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik oleh Johor Southern Tigers, TMJ secara rasminya menyatakan hasratnya untuk mengundur diri selepas hampir sedekad mengemudi pasukan Harimau Selatan. Baginda Tunku juga menyatakan antara faktor yang menyebabkan keputusan berat […]

Arif Aiman Kekal Konsisten Tapau Turkmenistan Ikat Tepi

Pemain sayap Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi terus memacarkan sinar buat pasukan negara apabila menampilkan aksi yang sangat cemerlang ketika menewaskan Turkmenistan. Beliau turun dalam kesebelasan utama pasukan untuk mengisi posisi pemain sayap kanan menjalankan tugas dengan cukup cemerlang. Arif mempamerkan ketenangan dan juga kualiti individu yang cukup baik dan berada di segenap penjuru padang […]

Kelayakan Piala Asia 2023: Malaysia Mudah Ratah Turkmenistan

Malaysia membuka tirai Kelayakan Piala Asia dengan penuh bergaya apabila berjaya menumbangkan Turkmenistan dengan keputusan 3-1. Perlawanan bermula dengan cukup baik apabila pemain serangan pasukan, Safawi Rasid melakukan percubaan dari luar kotak penalti namun dihalang oleh pemain pertahanan Turkmenistan. Usaha yang tidak berbelah bahagi ini membuahkan hasil apabila serangan balas pantas dari bahagian sayap kanan […]

Kim Pan-gon Kekalkan Identiti Menyerang Berdepan Turkmenistan

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menjelaskan bahawa pasukan negara akan terus mengekalkan identiti menyerang ketika berdepan Turkmenistan malam ini. Pengendali kelahiran Korea Selatan ini juha menuntut anak buahnya agar terus konsisten menampilkan aksi bertenaga dengan terus memberi tekanan kepada lawan agar tidak mempunyai ruang dan peluang. Malah, beliau juga yakin momentum dan juga semangat […]

Sabah FC Tumpas Kepada Bhayangkara FC

Sabah FC sekali lagi menampilkan persembahan yang cukup memukau sungguhpun tidak berjaya membenam Bhayakara FC dan terpaksa akur tewas dengan keputusan 2-1. Pasukan bimbingan Dato’ Ong Kim Swee ini turun dengan kesebelasan pemain terbaiknya yang diketuai oleh para pemain berpengalaman seperti Baddrol Bakhtiar, Mari Yahyah bermula dengan cukup garang. Asakan bertali-arus dilancarkan oleh pasukan di […]

Turkmenistan Risau Dengan Ancaman Serangan Malaysia

Pertembungan antara pasukan Turkmenistan dan juga Malaysia esok sudah pasti berlangsung hangat tatkala kedua-dua pasukan bakal turun untuk mendapatkan 3 mata pertama. Malaysia kini berada dalam kedudukan terbaik selain motivasi tinggi yang diperoleh daripada 2 aksi persahatan sebelum ini bakal merancakkan lagi perlawanan ini. Pasukan bimbingan Yazguly Hojageldiyev berada pada kedudukan yang lebih baik dalam […]