Piala AFC: KL City Cipta Sejarah Layak Ke Pusingan Kalah Mati Tewaskan Tampiners Rovers

Pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) menampilkan aksi yang cukup gah untuk mencatat kemenangan ke atas Tampiners Rovers FC dengan keputusan 2-1. Skuad bimbingan Bojan Hodak ini dibarisi oleh para pemain terbaik dalam usaha untuk meraih 3 mata penuh pada perlawanan ini. The City Boys memulakan langkah dengan cukup garang seawal minit pertama permainan […]

Faiz Subri Ulangi Jaringan Bertaraf Puskas

Pemain sayap pasukan Penang FC, Mohd Faiz Subri kembali mencatat nama selaku penjaring apabila membantu Penang mengikat  Karo United FC dengan keputusan 1-1. Faiz yang turun dalam kesebelasan utama pasukan jelas menjadi nadi kepada kemenjadian jentera serangan pasukan dalam perlawanan pertama Piala TYT 2022 Stadium Bandaraya malam semalam. Gandingan beliau bersama Hilal Al-Helwe dan juga Jafri […]

Jordi Amat Rasmi Milik JDT

Pertahanan naturalisasi Indonesia, Jordi Amat hari secara rasminya bergelar pemain baharu Johor Darul Ta’zim (JDT). Sebelum ini, desas-desus bertiup kencang mengenai kehadiran bekas pertahanan Swansea City ini ke bumi Johor namun tiada sebarang pengumuman dibuat. Walau bagaimanapun, pertahanan berusia 31 tahun ini telah pun dimaklumkan secara rasminya oleh Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail idris […]

Gerakan ‘Double X’ Khuzaimi Piee Buktikan Beliau Pertahanan Moden Sejati

Pertahanan tengah pasukan Negeri Sembilan FC, Khuzaimi Piee menjadi watak penting buat pasukannya apabila mempamerkan aksi yang cukup memberangsangkan ketika menewaskan Sri Pahang dengan keputusan 3-0. Pemain berusia 28 tahun itu sekali lagi diberi kepercayaan oleh K. Devan untuk mengemudi benteng pertahanan pasukan. Beliau memiliki ketenangan yang cukup baik untuk merencanakan perlawanan selain membantu untuk […]

Bernardo Tavares Mahu Bawa Cristiano Ronaldo Ke Liga Indonesia

Jurulatih PSM Makassar, Bernardo Tavares mengakui bahawa ada usaha untuk membawa bintang terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo ke Liga Indonesia untuk bermain bersama pasukannya. Pengendali kelahiran Portugal itu jelas mahu menajamkan lagi barisan serangannya apabila aksi tak mengenal erti putus asa anak buahnya berjaya mengikat KL City dengan keputusan 0-0. Dalam satu temubual selepas perlawanan, beliau […]

Piala AFC: KL City Tak Bernasib Baik Diikat PSM Makassar

Pertemuan perlawanan pertama pasukan Kuala Lumpur City FC menentang PSM Makassar berkesudahan dengan keputusan seri 0-0. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan pemain terbaik mereka dengan The City Boys mempertaruhkan gandingan Kecin Koubemba dan juga Romel Morales untuk mengetuai jentera serangan KL City. Mereka bermula dengan cukup baik apabila melancarkan serangan bertali arus pada awal 20 minit permainan. […]

Darren Lok Rungkai Arahan Khas Kim Pan-gon Tentang Peranannya Di Atas Padang

Penyerang utama Harimau Malaya, Darren Lok mendedahkan peranan khas yang diberikan oleh ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon yang membawa kepada kejayaan Malaysia ke Piala Asia. Pemain berusia 31 tahun itu menjadi pilihan utama jurulatih kelahiran Korea Selatan itu apabila tampil dalam dua daripada tiga perlawanan dalam pusingan kelayakan itu. Beliau jelas berpuas hati dengan peluang […]

Malaysia Tersenarai Antara Pasukan Terbaik Dunia Perbaiki Ranking FIFA

Malaysia tersenarai sebagai antara pasukan terbaik dunia yang berjaya memperbaiki ranking FIFA. Perkara ini dikongsikan FIFA dalam satu hantaran di laman rasmi Instagram badan bola sepak dunia tersebut, hari ini. Selepas kecemerlangan Malaysia pada kempen kelayakan Piala Asia dan perlawanan persahabatan yang lalu, Malaysia telah berjaya melonjak naik sebanyak 7 anak tangga. Kejayaan skuad kendalian […]

Mentaliti Juara Brendan Gan Bukti Dirinya Seorang Pejuang Tempur Sejati

Kapten pasukan Selangor FC, Brendan Gan menegaskan antara salah satu kunci kepada kejayaan dalam kerjaya bola sepak profesionalnya ialah sikap tidak kenal erti putus asa. Jeneral tengah berpengalaman ini menggambarkan dirinya sebagai seorang pejuang di atas padang yang sentiasa bekerja keras buat pasukan ketika ditemubual dalam Bola Itu Life. Katanya, beliau bukanlah seorang pemain yang […]

Jaami Qureshi Akui Tiada Perancangan Beraksi Di Liga Malaysia

Pemain warisan Harimau Malaya, Jaami Qureshi secara terbuka menyatakan bahawa beliau kini tidak mempunyai perancangan untuk pulang beraksi di Liga Malaysia. Beliau merupakan antara salah seorang prospek muda yang sedang meningkat naik di Eropah bersama Brighton FC bawah 18 tahun. Nama pemain ini menjadi bualan hangat susulan beliau dijemput untuk menghadiri wisma FAM sekaligus menguatkan […]

Rentak Cemerlang Faisal Halim Bersama Harimau Malaya Jadi Aset Terengganu Berdepan KL City

Kelincahan pemain sayap pasukan Terengganu FC, Faisal Halim dijangka terus menjadi sandaran menjelang pertemuan menentang Kuala Lumpur City FC hari ini. Pemain berusia 24 tahun itu menikmati musim cemerlang selepas menjadi watak penting buat pasukan kendalian Nafuzi Zain dalam pentas Liga Super. Kini, beliau terus mendapat kepercayaan letua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gin apabila menjadi […]

Rakyat Malaysia Serang Kim Pan-gon

Kecemerlangan aksi pasukan negara di bawah kendalian jurulatih baharu Kim Pan-gon mendapat reaksi pelbagai oleh seluruh warganegara Malaysia baru-baru ini. Malah, laman sosial rasmi Instagram jurulatih kelahiran Korea Selatan ini diserang oleh ribuan komen oleh penyokong tegar Harimau Malaya susulan aksi luar biasa yang ditampilkan oleh anak buahnya. Pada hantaran terbaru Pan-gon kira-kira 3 bulan […]

“Walaupun Bangladesh Buruk, Itu Tetap Negara Saya” – Warga Bangladesh

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang melibatkan pertembungan antara pasukan negara menentang Bangladesh berkesudahan dengan kemenangan besar 4-1 menjadi milik Malaysia. Kemenangan ini juga telah membawa kepada pengakhiran bagi penantian seluruh warga Malaysia untuk melihat pasukan kesayangan layak secara merit selepas 42 tahun. Walau bagaimanapun, ia tidak mengubah hakikat bahawa terdapat ramai rakan kita dari Bangladesh […]

Jaami Qureshi Akan Lengkapkan Proses Kerakyatan Malaysia, Kekal Beraksi Di England

Pada tahun lalu terdapat desas-desus pemain kacukan negara, Jaami Qureshi akan menyarung jersi pasukan kebangsaan Iraq namun berkemungkinan besar perkara itu tidak akan berlaku. Bekas pemain kelab England, Brighton & Hove Albion ini difahamkan berada di Malaysia untuk melengkapkan proses dokumentasi pasportnya yang membolehkan pemain muda berusia 18 tahun itu berpotensi untuk menyarung jersi pasukan […]

Rakyat Indonesia Sambut Baik Harimau Malaya Mara Ke Piala Asia 2023

Para penyokong Indonesia menzahirkan rqsa bangga dan teruja apabila turut berkesempatan melihat Harimau Malaya mara ke Piala Asia 2023. Hal ini bertitik tolak daripada sokongan yang tidak berbelah bahagi ditunjukkan oleh para penyokong Malaysia yang berkesempatan untuk melihat pertembungan antara Indonesia dan Nepal. Malah, pasukan kendalian Shin Tae-yong juga berjaya meraih kemenangan yang cukup selesa […]

Kim Pan-gon Hargai Jasa TMJ Kepada Harimau Malaya

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menghargai setiap usaha dan penat lelah semua pihak telah membawa kepada kejayaan Harimau Malaya layak secara merit ke Piala Asia 2023. Jurulatih kelahiran Korea Selatan ini tidak memerlukan masa yang lama untuk terus mencetus impak dan membawa kejayaan yang cukup bermakna untuk menamatkan penantian selama 42 tahun warga Malaysia. […]