Kelantan Mahu Bawa Masuk Lim Teong Kim

Kelantan FC dijangka bakal melakukan satu kejutan apabila dikhabarkan bakal membawa masuk bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim ke kelab musim hadapan. Menerusi satu temubual bersama para peminat, pemilik kelab Kelantan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham menerangkan tentang perancangan pasukan menjelang saingan Liga Super kelak. Jelasnya, The Red Warriors kini dalam usaha […]

Media Vietnam Perlekeh Kekuatan Malaysia

Media daripada Vietnam, Bongda Plus dikatakan memperlekehkan kekuatan pasukan Malaysia menjelang pertemuan dalam kumpulan bagi saingan Piala AFF 2022 yang akan berlangsung hujung tahun ini. Menurut salah seorang pundit daripada Bongda Plus, Quang Huy jelas gembira apabila Vietnam berada dalam satu kumpulan bersama Malaysia dan beliau berpendapat  bahawa taktikal Malaysia mudah dibaca oleh jurulatih Vietnam, […]

Azraai Khor Yakin Malaysia Mampu Kejutkan Vietnam

Pengendali berpengalaman negara, Azraai Khor Abdullah menyifatkan peluang Harimau Malaya untuk melangkah ke separuh akhir cerah pada edisi Piala AFF kali ini selain mampu mencipta kejutan ke atas pasukan Vietnam. Beliau percaya hal ini mampu direalisasikan sekiranya pasukan negara memanfaatkan dua perlawanan awal untuk mengutip 6 mata. Azraai juga yakin ia turut mampu meningkatkan moral […]

“Bayar Gaji” – TMJ

Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) menyampai mesej yang cukup penting kepada Sarawak United berhubung dengan masalah tunggakan gaji para pemain mereka ketika ini. Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) ini mengingatkan Sarawak United agar segera melunaskan tanggungjawab untuk melangsaikan segala permasalahan gaji yang kini sudah pun membarah. Walau bagaimanapun, menerusi satu […]

Luqman Hakim Ke Liga Perancis?

Penyerang muda sensasi Kv Kortrijk, Luqman Hakim Samsuddin dikhabarkan mungkin akan dipinjamkan ke kelab lain untuk mendapatkan minit permainan. Pemain berusia 22 tahun itu sudah memasuki tahun ketiganya bersama kelab Belgium tersebut namun masih lagi mengalami kesukaran untuk menembusi kesebelasan utama pasukan. Beliau juga lebih banyak diturunkan dalam perlawanan pasukan muda di kelab itu kelihatah […]

Lee Tuck Sah Jadi Pemain Malaysia

Pemain tengah pasukan Sri Pahang FC, Lee Tuck secara rasminya kini bergelar selaku warganegara Malaysia. Perancang tengah berbakat berusia 34 tahun itu merupakan warganegara England namun sudah beberapa tahun beraksi di Liga Malaysia. Bekas bintang Terengganu FC ini membuat pengumuman secara rasmi berkenaan status kewarganegaraan yang baru sahaja diterimanya hari ini. Menerusi satu kenyataan di […]

Nafuzi Zain Mahu Terengganu Buru ‘Top 3’ Liga Super

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain menyasarkan pasukannya untuk menamatkan saingan Liga Super sekurang-kurangnya pada kedudukan ke-3 terbaik. Pengendali kelahiran Kelantan ini memiliki tugas yang mencabar apabila bakal berdepan JDT pada final Piala FA bulan hadapan. Namun begitu, Nafuzi mahu anak buahnya untuk memberikan fokus terlebih dahulu terhadap pertembungan dengan Melaka United yang berlangsung di […]

Brendan Gan Kembali Perkuat Harimau Malaya?

Jeneral tengah pasukan Selangor FC, Brendan Gan berpeluang untuk kembali menyarung jersi pasukan kebangsaan tatkala kepulangan beliau memberi sinar baru buat jentera tengah pasukan. Bekas pemain tengah Perak FC ini telah dibelenggu kanser testis dan terlepas hampir semusim untuk beraksi bersama The Red Giants dan juga skuad kebangsaan. Sungguhpun begitu, kepulangan kapten pasukan Selangor ini jelas memberi […]

Khuzaimi Piee: Kami Akan Cuba Bawa Piala AFF Ke Malaysia

Pertahanan kental Negeri Sembilan, Khuzaimi Piee melaungkan keyakinan untuk membantu Harimau Malaya merampas kejuaraan Piala AFF edisi kali ini. Pemain yang mesra disapa Jimie ini menyedari cabaran yang bakal ditempuh oleh beliau dan rakan sepasukan selepas mendapat kumpulan yang seimbang semalam. Sungguhpun beliau akui harapan yang tinggi digalas selepas nama Malaysia dan juga Vietnam menjadi […]

Lim Teong Kim Dikatakan Calon Pimpin Perak Musim Hadapan

Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim antara sakah seorang nama yang dikaitkan untuk memimpin pasukan Perak FC musim hadapan. Jurulatih berusia 54 tahun ini sebelum ini menjalankan tugas dengan cukup baik setelah berjaya mencungkil ramai bakat muda tempatan ketika bersama AMD. Walau bagaimanapun, setelah kontraknya tamat, beliau telah pun pulang ke Jerman […]

Kim Pan-gon Yakin Harimau Malaya Sedia Cabar Kejuaraan Piala AFF

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon optimis dengan kemampuan anak didiknya selepas melihat undian yang berlangsung petang tadi. Majlis Undian Rasmi yang berlangsung di Bangkok tersebut menyaksikan Malaysia diundi dalam kumpulan B bersama-sama Vietnam, Singapura, Myanmar dan juga Laos. Mengulas lanjut, pengendali kelahiran Korea Selatan ini sedar akan cabaran yang bakal dihadapi oleh pasukannya dengan […]

Kelantan Jana Keuntungan Kali Kedua Berturut-Turut

Pasukan Kelantan FC dikhabarkan telah pun berhasil untuk menjana keuntungan kelab buat kali kedua berturut-turut. Hal ini telah pun disahkan sendiri oleh pemilik kelab The Red Warriors, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham. Menerusi satu kenyataan, Zamsaham menjelaskan bahawa bulan Ogos ini bakal menjadi bulan kedua buat Kelantan menjana keuntungan hasil pelbagai inisiatif dan […]

Nafuzi Zain Gembira Faisal Halim Sukakan Taktikalnya

Ketua jurulatih pasukan Terengganu FC, Nafuzi Zain mengakui terkejut dan tidak menyangka dengan jawapan yang diberikan oleh pemain sayap pasukannya iaitu Faisal Halim. Sebelum ini, pemain sayap lincah itu ada menyatakan mengenai pendirian masa depannya terletak kepada situasi pengendali kelahiran Kelantan itu. Malah, beliau berkongsi secara terbuka mengenai kesediannya untuk kekal di bumi Darul Iman […]

Lazio & Feyenoord Bakal Jadi Lawan Dion Cools Di Liga Europa

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools bakal berpeluang untuk membuktikan kehebatannya apabila bakal beraksi dalam saingan Europa League pada musim ini. Pemain berusia 26 tahun itu kini sudah menamatkan tempoh pinjamannya bersama kelab Belgium, SV Zulte Waregem dan kini sudah kembali bersama FC Midtjylland. Malah, beliau juga sudah pun menjalani latihan bersama pasukan bagi mempersiapkan […]

Kejayaan KL City Tambah Mata AFC MA Ranking Malaysia, Kini Setanding UAE

Kejayaan pasukan Kuala Lumpur City FC ketika menewaskan wakil Indonesia, PSM Makassar dengan keputusan 5-2 semalam memberi impak yang cukup besar kepada kedudukan Malaysia. Tatkala perjuangan anak didik Bojan Hodak masih lagi berterusan di pentas Asia kali ini, mereka secara dasarnya telah menjadi penyumbang kepada pungutan mata kelab Malaysia dalam kedudukan AFC. Kemenangan bersejarah The City […]

JDT Jalin Kerjasama Antarabangsa Bernilai Jutaan Ringgit

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah pun memaklumkan bahawa mereka bakal mengadakan kolaborasi baharu dengan syarikat antarabangsa terkenal. Perjanjian ini dijangka akan diumumkan pada penghujung September tentunya menjadi perhatian oleh seluruh peminat bola sepak tanah air dan juga Asia. Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik oleh Johor Southern Tigers, kolaborasi yang bakal diwujudkan ini […]