TMJ & RMS Duduk Semeja Bincang Pembangunan Bola Sepak

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) bertemu dengan DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor hari ini untuk tujuan perbincangan bola sepak.  Baginda Tunku yang turut disertai oleh para pegawai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim mengadakan satu perjumpaan dengan delegasi Selangor FC di […]

Nafuzi Zain: Masa Depan Pemain Terengganu Baik Buat Bola Sepak Malaysia

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain yakin masa depan pemain Terengganu cerah buat bola sepak Malaysia. Jurulatih berusia 44 tahun itu mengakui kekurangan pengalaman yang dimiliki oleh barisan pemainnya telah menjadi pemisah buat kedua-dua pasukan. Sungguhpun begitu, beliau tetap melihat perkembangan ini sebagai satu perkara yang positif buat para pemainnya menjadi lebih matang. Nafuzi turut […]

Arif Aiman Simpan Hasrat Menyinar Di Pentas Antarabangsa

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mahu memberi lebih banyak kejayaan buat JDT pada masa hadapan. Beliau yang dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan pada aksi final Piala FA selepas menjaringkan satu gol penting di Stadium Nasional Bukit Jalil. Arif menjelaskan sungguhpun beliau beraksi dengan baik namun masih banyak perkara yang mahu […]

Piala FA: JDT Tepati Ramalan Julang Piala FA Tewaskan Terengganu

Perlawanan akhir Piala FA yang melibatkan pertembungan antara pasukan Terengganu FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) berkesudahan dengan kemenangan menjadi milik JDT. Aksi yang dimeriahkan dengan kehadiran 84,321  orang penonton ini menyajikan kehangatan seawal tiupan wisel permulaan. Kedua-dua pasukan tidak melepaskan peluang untuk mengasak ke kubu lawan menerusi beberapa gerakan menarik di Stadium Nasional Bukit Jalil. […]

Dion Cools Kembali Ke Belgium?

Pertahanan sensasi Malaysia, Dion Cools dikatakan bakal membuat kepulangan ke Belgium untuk menyertai salah sebuah kelab di sana. Pemain berusia 26 tahun telah pun ditamatkan kontrak bersama FC Midtjylland setelah mencapai persetujuan bersama baru-baru ini. Setelah membuat 53 penampilan dan beraksi selama 2 musim di sana, beliau akhirnya difahamkan mahu membawa haluan baharu. Masa depan […]

Final Piala FA Dalam Suasana Hujan ?

Perlawanan akhir Piala FA yang melibatkan pertembungan antara dua pasukan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Terengganu dijangka bakal berlangsung dalam suasana hujan. Aksi dramatik yang dijadualkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini berisiko apabila kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang kini sedang mengalami hujan dengan kerap. Menurut laporan oleh […]

Nafuzi Zain: Terengganu Bermain Untuk Piala

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain yakin pasukannya turun dengan satu misi iaitu bagi menjulang piala bagi perlawanan akhir menentang JDT esok. Pengendali kelahiran Kelantan ini yakin bahawa para pemainnya sudah pun bersedia sekiranya diberi peluang untuk diturunkan. Mengulas lanjut, jurulatih berusia 44 tahun ini sedar akan ancaman hebat yang bakal diberikan oleh pasukan Harimau […]

Sanusi: Semua Sokongan Rakyat Malaysia Akan Pergi Kepada Terengganu

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi bin Md Nor yakin sokongan rakyat Malaysia akan berpihak kepada Terengganu menjelang pertemuan dengan JDT pada perlawanan akhir Piala FA. Beliau dalam satu temubual menegaskan sokongan padunya terhadap skuad kendalian Nafuzi Zain yang dilihat mampu menjulang piala tersebut pada edisi kali ini. Mengulas lanjut, Sanusi ketika ditanya mengenai pendapatnya tentang […]

KL City Lonjak AFC MA Ranking Malaysia Pintas UAE

Kejayaan pasukan Kuala Lumpur City FC dalam perlawanan separuh akhir antara zon semalam telah melonjakkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia. Pertemuan menentang wakil India, ATK Mohun Bagan menyaksikan anak didik Bojan mencipta kejutan apabila menang dengan keputusan 3-1. Jaringan pembukaan yang disudahkan oleh kapten pasukan, Paulo Josue sebelum dua jaringan dramatik pada akhir permainan menoktahkan […]

Lee Tuck Perkuat Harimau Malaya Di King’s Cup?

Kehadiran pemain naturalisasi terbaru negara, Lee Tuck mampu untuk menjadi tonik tambahan buat pasukan kebangsaan namun pemilihannya masih lagi jadi tanda tanya. Berita mengenai proses naturalisasi pemain kelahiran England ini telah pun disahkan oleh beliau sendiri di laman rasmi Instagramnya baru-baru ini. Pemain berusia 34 tahun ini difahamkan sudah pun cukup tempoh lima tahu di […]

BBC Sport Persoal Penalti JDT, Cadang Malaysia Gunakan VAR

Media daripada Eropah, BBC Sport mempersoal keputusan pengadil yang memberikan sepakan penalti kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika aksi menentang Selangor sabtu lalu. Ianya menarik perhatian media tersebut kerana mereka menganggap tiada sentuhan yang dilakukan oleh pertahanan Selangor, Yazan Al-arab terhadap Arif Aiman ketika dalam kotak penalti. “Bagaimana penalti itu diberikan? “Nampaknya Liga Super Malaysia […]

Haziq Nadzli Dalam Radar Kim Pan-gon

Penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nadzli disebut-sebut sebagai salah satu calon yang kini berada dalam radar Kim Pan-gon. Pemain muda berusia 24 tahun itu merupakan antara penjaga gol berbakat yang dimiliki oleh Malaysia sungguhpun jarang diturunkan. Walau bagaimanapun, bekas penjaga gol bawah 23 tahun negara itu membuktikan beliau mampu kekal pada tahap […]

Liga Premier: Kelantan Tewas Mengejut Kepada Selangor Di Laman Sendiri

Perlawanan ke-17 Liga Premier menyaksikan Kelantan tumbang di laman sendiri apabila mereka dikejutkan oleh Selangor II dengan keputusan 0-2. Kedua-dua pasukan bermula baik apabila serangan awal dimulakan oleh barisan serangan tuan rumah untuk mencari gol awal. Namun begitu, anak didik Rezal Zambery Yahya tersentak ketika satu serangan hasil pengeluaran bola daripada zon bahaya Selangor singgah […]

Kelantan Sekat Rokok Ke Dalam Stadium

Kelantan FC kini telah mengumumkan bahawa larangan merokok dalam kawasan stadium telah pun mula dikuatkuasakan. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh laman rasmi pasukan, inisiatif ini diambil bagi memastikan keselesaan dalam perkarangan stadium dapat diwujudkan terutamanya kepada golongan ibu dan juga kanak-kanak. Malah, hal ini turut disahkan oleh pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham […]

Dua Ubi Muda Malaysia Sah Akan ke Luxembourg

Selepas menjalani percubaan di beberapa kelab eropah pada bulan Jun lalu, dua pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Haykal Danish dan Roshisham Haikal berjaya memikat hati panel kejurulatihan kelab yang kini berada di tangga ketujuh Liga Luxembourg. Kedua-dua pemain yang juga pemain bawah 19 tahun negara itu dijangka akan menandatangani kontrak bersama kelab Racing FC Union. […]

Kelantan Sedia Bawa Pulang Luqman Hakim

Kelantan sedia memberi peluang kedua buat pemain muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin untuk kembali mewarnai kancah bola sepak Malaysia. Menerusi temubual bersama para penyokong, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham sedia membuka jalan buat pemain KV Kortrijk itu seandainya beliau mahu bermain di sini. Katanya, Kelantan bakal memperkuatkan pasukan menjelang saingan Liga Super […]