Kelayakan Piala Asia B-17: Malaysia Beri Kejutan Tumbangkan UAE

Pertembungan antara Malaysia dan juga Emeriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan pasukan muda negara menang dengan keputusan 3-2. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat dalam usaha untuk tidak mensia-siakan 3 mata yang boleh diraih. Anak didik Osmera Omaro jelas beraksi dengan kemampuan sebenar untuk terus memberikan masalah buat pasukan lawan sejak awal permainan. Malah, keputusan seri bertemu […]
Paulo Josue Bakal Jadi Wakil Pertama Malaysia Rangkul Kasut Emas Piala AFC

Kapten ‘Marvel’ pasukan Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue berpeluang untuk mencatatkan sejarah buat dirinya dan juga kelab apabila mempunyai peluang cerah untuk merangkul kasut emas Piala AFC. Prestasi memukau pemain berusia 33 tahun itu telah membawa pasukan untuk mara ke pentas akhir kejohanan dan bakal berentap dengan wakil dari Oman, Al Seeb. Pada perlawanan […]
Aksi Luqman Hakim Hanya Bertahan 9 Minit

Persembahan yang ditampilkan oleh pemain bintang sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin hanya bertahan selama 9 minit. Pemain berusia 20 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan bawah 21 tahun KV Kortrijk ketika menentang KV Oostende bawah 21 tahun. Luqman dilihat sudah mula mendapat kepercayaan oleh barisan kejurulatihan apabila lebih kerap tampil beraksi sejak kebelakangan ini. […]
Ranking FIFA Malaysia Melonjak Hampiri Lithuania

Prestasi luar biasa yang diperagakan oleh Harimau Malaya tahun ini telah membantu untuk melonjakkan ranking negara ke tangga-146 hari ini. Anak didik Kim Pan-gon kekal dalam landasan terbaik untuk berada dalam kalangan pasukan 100 terbaik dunia apabila terus cemerlang dalam kejohanan King’s Cup bulan lalu. Berdasarkan rangking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa […]
Paolo Josue Berpeluang Rangkul Kasut Emas Piala AFC

Pemain import pasukan Kuala Lumpur City FC, Paolo Josue berpeluang untuk merangkul kasut emas dalam kejohanan Piala AFC 2022. Kapten pasukan The City Boys ini menjadi watak penting tatkala memacu harapan pasukan untuk menjulang piala berprestij di Asia tersebut. Bintang kelahiran Brazil ini telah pun diturunkan sebanyak 6 kali dalam kejohanan ini dan memainkan peranan […]
FIFA Mahu Hamidin

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) menunjukkan minat yang mendalam terhadap Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin. Hamidin yang meneraju tampuk FAM telah pun dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa badan induk tersebut bagi pemilihan ahli jawatankuasa eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) penggal 2023-2027. Katanya, beliau menyambut baik pencalonan ini sungguhpun masih berada pada peringkat awal. […]
Kelayakan Piala Asia B-17: Malaysia Diikat Guam

Pasukan bawah 17 tahun negara melepaskan peluang berharga untuk mengutip 3 mata hari ini apabila terikat 1-1 dengan Guam dalam Kelayakan Piala Asia Bawah 17 Tahun. Anak didik Osmera Omaro turun dengan motivasi terbaik untuk terus memperagakan aksi terbaik pada saingan kelayakan kali ini. Kedua-dua pasukan bermula agak perlahan pada awal babak pertama namun mula […]
Rozaimi Kembali Beraksi

Bekas penyerang sensasi pasukan Sabah FC, Rozaimi Abd Rahman kini difahamkan audah kembali beraksi. Pemain berusia 30 tahun ini kali terakhir dilihat beraksi bersama pasukan Kedah Darul Aman FC sebelum pasukan mengumumkan bahawa pemain ini tidak lagi bersama mereka. Beliau yang merupakan antara penyerang paling berbisa ketika era kegemilangannya mula menempa nama bersama negeri kelahirannya […]
St Louis City Juarai MLS NEXT Pro Western Conference

Pemain tengah Amerika-Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal dinobatkan selaku juara MLS NEXT Pro Western Conference bersama St Louis City baru-baru ini. Beliau yang kini beraksi bersama pasukan tersebut sejak awal musim memainkan peranan yang cukup penting sepanjang musim sungguhpun hanya masuk sebagai pemain gantian pada perlawanan tersebut. Bintang berusia 24 tahun ini menjadi tulang belakang […]
Bergson Pecah Rekod Lagi

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva terus memecahkan rekod apabila bergelar penjaring terbanyak pasukan dalam satu musim. Pemain kelahiran Brazil ini menjadi tunjang utama untuk mengetuai jentera serangan Harimau Selatan sejak dua musim lalu. Ketenangan dan juga ketajaman bekas penyerang Fortaleza ini sentiasa menjadi igauan pertahanan lawan tatkala kelibatnya di atas padang […]
Christophe Gamel Lihat Bakat Azam Azih Mampu Tembus Pasaran Eropah

Bekas ketua jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel memuji kualiti dan impak yang dimiliki oleh bekas anak didiknya iaitu Nor Azam Azih. Pengendali kelahiran Perancis itu menyifatkan pemain tengah senasi itu memiliki ciri-ciri pemain yang sempurna untuk mengemudi kawasan tengah pasukan. Malah, anak jati kelahiran Pahang itu juga dikatakan mampu untuk memberi pelbagai masalah dan […]
Liga Super: JDT Hampiri Kejuaraan Liga Super Belasah Negeri Sembilan

Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin hampir untuk bergelar juara Liga Super buat kali ke-9 berturut-turut selepas membenam Negeri Sembilan FC dengan keputusan 3-0. Pasukan Harimau Selatan turun di gelanggang sendiri dengan barisan pemain terbaik sungguhpun terpaksa melupakan khidmat penyerang sensasi pasukan, Fernando Forestieri. Serangan demi serangan diatur seawal minit pertama perlawanan namun kekebalan penjaga gol […]
Kelayakan Piala Asia B-17: Malaysia Menang Selesa Atasi Palestin

Pertembungan Kelayakan Piala Asia bawah 17 yang melibatkan Malaysia menentang Palestin berkesudahan dengan kemenangan menjadi milik Harimau Malaya dengan keputusan 4-0. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Pakansari, Bogor Indonesia ini menyaksikan pasukan negara turun dengan moral terbaik untuk mencatat kemenangan. Bermula seawal minit pertama permainan, anak didik Osmera Omaro terus memberi tekanan yang cukup baik […]
Tan Cheng Hoe Mahu Berbakti Kepada Negara

Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe secara jelas menyatakan bahawa kepulangannya ke dalam kancah kejurulatihan bersama Selangor bukan disebabkan sesiapa. Bekas jurulatih Harimau Malaya ini menegaskan bahawa misi utamanya adalah untuk membantu The Red Giants kembali pada tahap terbaik. Cheng Hoe kali terakhir bersama pasukan Kedah pada tahun 2017 akhirnya membuat keputusan untuk mewarnai Liga Super […]
Gol Roket Ryan Lambert Raih Perhatian Media British

Gol pemain tengah sensasi KL City FC, Ryan Lambert kini mencuri tumpuan dunia apabila mula disebut-sebut oleh media British. Perancang tengah kelahiran Australia-Malaysia ini menjadi tunjang utama dibawah kendalian Bojan Hodak sejak dua musim lalu. Kecemerlangan dan gandingan baik bersama rakan sepasukan seperti Akram Mahinan dan juga Zhafri Yahya telah membawa The City Boys melangkah lebih jauh […]
Malaysia Bantai Indonesia 9-2

Malaysia kini mencipta satu lagi kemenangan bergaya ke atas Indonesia setelah membenam mereka dengan kejayaan besar 9-2 hari ini. Pertembungan dalam Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFF 2022 ini menyaksikan Harimau Malaya mempamerkan taring yang cukup berbisa bertemu musuh tradisi kali ini. Sungguhpun ketinggalan pada awalnya. Malaysia kekal bermotivasi tinggi untuk meledak 4 gol segera dalam tempoh […]